Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!


Di sebalik kesuraman kutipan tiket perfileman tempatan, filem Mat Moto berjaya mencatat rekod sebanyak RM1 juta walaupun baharu sehari ia ditayangkan.


Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!

Satu pencapaian yang cukup menakjubkan!

Menurut pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim, dia sama sekali tidak menyangka filem pertama arahannya berjaya mendapat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Pekin yang turut berlakon dalam filem itu berkata kutipan itu melebihi sasaran awal yang ditetapkan olehnya.

“Datuk Yusof telefon saya pukul tiga pagi memaklumkan perkara itu dan saya hilang kata-kata apabila mendapat tahu perkara itu kerana ia jauh melebihi sasaran awal.

“Selepas mengambil kira jualan tiket sebelum filem ditayangkan kami hanya menganggarkan kutipan hari pertama RM500 ribu tetapi tidak sangka mencecah RM1 juta, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.


Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!

Selain Pekin, Mat Moto dibintangi Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy, Faizal Hussien, Falisha Crossley dan Cat Farish.

Filem ini merupakan arahan bersama Pekin dan Syafiq Yusof.

Sebelum ini, Polis Evo terbitan Astro Shaw dan Tayangan Unggul berjaya mencatatkan sejarah sebagai filem terlaris di Malaysia mengatasi The Journey.

Polis Evo mencatat jumlah kutipan sebanyak RM17.3 juta selepas 42 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 17 September tahun lalu. – MYNEWSHUB

Filled Under: