Isteri Pep Guardiola Tak Suka Manchester


Manchester United dan Manchester City mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola apabila isterinya enggan tinggal di luar bandar seperti Manchester.


Isteri Pep Guardiola Tak Suka Manchester

Guardiola menjadi sasaran United dan City selepas bekas jurulatih Barcelona itu enggan menyambung kontrak di Jerman dan sedia menerima cabaran baru.

Bagaimanapun isterinya, Cristina Serra dilapor enggan meninggalkan bandar Jerman yang serba mewah itu dan berhijrah ke kawasan terpencil seperti Manchester.

Keengganan Serra itu mungkin mempengaruhi keputusan Guardiola kerana jurulatih kelahiran Sepanyol berusia 44 tahun tersebut lebih mengutamakan keluarga daripada kariernya.

Guardiola sebelum ini terpaksa membawa keluarganya untuk berfikir di Amerika Syarikat sebelum membuat keputusan bagi membimbing Bayern Munich.

Bagaimanapun Bayern kini berharap Guardiola menyambung kontraknya dan terus berkhidmat untuk kelab berkenaan.-mstar

Filled Under: