Habuan Menunggu Pemain Selangor


Setelah berusaha keras untuk menewaskan Kedah dan sekali gus menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 malam Sabtu, para pemain skuad Gergasi Merah bakal menerima habuan.
Habuan Menunggu Pemain Selangor

Ini dinyatakan pengurus pasukan Amirudin Shari yang berkata ia susulan pemberian RM30,000 kepada pemain selepas berjaya membawa Selangor ke final.

"Sasaran kita adalah untuk layak ke final. Kita letakkan ganjaran RM30,000 jika mereka layak ke pusingan akhir. Jumaat lepas kita sudah selesaikannya (pemberian).

"Semalam kita ada membuat permintaan kepada menteri besar (Datuk Seri Azmin Ali). Apabila pasukan membuat pencapaian yang memberangsangkan ini, sudah pasti menteri besar akan memberikan ganjaran, cuma amaun itu akan diumumkan kemudian," kata Amirudin.

Selangor mengalahkan Kedah 2-0 untuk muncul juara Piala Malaysia 2015.-mstar

Filled Under: