Chelsea Tunggu 'Lampu Hijau' Montreal Bawa Masuk Drogba


Pengurus interim Chelsea Guus Hiddink menegaskan sekali lagi hasratnya untuk membawa masuk Didier Drogba dalam barisan kakitangannya.


Chelsea Tunggu 'Lampu Hijau' Montreal Bawa Masuk Drogba

Namun, The Blues harus menunggu restu dari kelab disertai Drogba, Montreal Impact.

Hiddink telah dilantik sebagai pengurus interim kelab dari Barat London itu hingga akhir musim ini. Dia menggantikan Jose Mourinho, yang dipecat susulan prestasi buruk Chelsea pada musim ini.

Dalam sidang media pertamanya pada Rabu, Hiddink kembali menyatakan hasratnya untuk melibatkan Drogba dalam barisan stafnya sekurang-kurangnya sehingga akhir musim ini.

Bagi Hiddink, Drogba dinilai akan membawa peranan penting dalam misinya dalam membangkitkan Chelsea daripada terus berada di kedudukan corot musim ini.

Pengalaman Drogba yang banyak ketika bersama 'The Blues' selama dua musim  menjadi alasan utamanya.

"Saya bekerjasama dengannya sekitar lima atau enam tahun lalu. Saya sangat puas hati memiliki pemain profesional sepertinya di kelab ini," ujar Hiddink di BBC.

advertisement

"Dia sudah menjadi legenda untuk kelab ini. Tapi satu-satunya hal yang pasti saat ini adalah dia bermain untuk Montreal," katanya.

"Saya belum tahu apa keputusan tentang prosesnya secara rasmi, tapi saya bercakap jujur dari hati yang paling dalam bahawa impak yang diberikan pemain sepertinya penting untuk kelab ini."

Drogba, pemain berusia 37 tahun masih aktif bermain dan terikat kontrak dengan kelab MLS, Montreal Impact, hingga Disember 2016.

Persoalan timbul adakah Montreal akan melepaskan pemainnya itu dengan mudah selepas menunjukkan prestasi baik ketika bermain di MLS.

Drogba menjaringkan 12 gol dari 12 penampilannya.

"Kami memahami hubungan eratnya dengan Chelsea, tapi keinginan kami adalah untuk menahannya di sini untuk semusim lagi," demikian pernyataan rasmi Montreal menerusi akaun Twitternya.-mstar

Filled Under: