Punca Jualan Tudung Zara Zya Kurang Dapat Sambutan


Pelakon Zara Zya terpaksa memeperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan peminat berbanding produk makanan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, perkara tersebut disebabkan ramai pembeli tidak gemar membeli tudung yang dijual artis yang tidak memakai tudung.


Punca Jualan Tudung Zara Zya Kurang Dapat Sambutan

"Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Zara berkata, dia menumpukan perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal yang lebih mendapat sambutan peminat-peminatnya.

Selain itu, Zara berkata, dia juga kini muncul dengan produk penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu Miss Zara Beauty.

Ramadan ini saya sibuk berniaga biskut raya di beberapa bazar yang dianjurkan di Lembah Klang ini. Saya juga akan melancarkan produk kosmetik sendiri tidak lama lagi," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini Zara berkata, dia sudah menempah empat pasang baju sejak sebelum Ramadan.

"Tahun ini saya tempah empat pasang baju sahaja, itu pun untuk majlis-majlis rumah terbuka yang akan dihadiri nanti. Saya yakin empat pasang baju tu tidak cukup," katanya.-mstar

Filled Under: