"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin


Pelakon Fattah Amin ingin memperkukuhkan karier lakonannya terlebih dahulu sebelum merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya, aktres Sherry Ibrahim.


"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 25, berkata, masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan dalam kerjayanya yang masih baharu.

"Rasanya masih terlalu awal untuk bercakap soal perkahwinan kerana perancangan ke arah itu masih belum ada.

"Ini kerana saya ingin memperkukuhkan karier terlebih dahulu dan masih banyak yang ingin saya capai sebelum berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fattah, hubungannya dengan Sherry berjalan seperti biasa dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.


"Hubungan kami seperti biasa tetapi belum sampai tahap merancang untuk berkahwin kerana ingin memberi ruang kepada diri masing-masing mengejar cita-cita terlebih dahulu," jelasnya.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia bimbang gandingan terlalu kerap bersama Sherry dalam drama akan membuatkan penonton bosan.

"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin

Fattah berkata, dia seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada terlibat dalam mana-mana projek bersama teman wanitanya itu.

"Bukan apa, apabila kami ada hubungan peribadi di luar set. saya bimbang ia akan terbawa-bawa sehingga menganggu sikap profesional sebagai pelakon.

"Saya juga bimbang penonton akan berasa bosan yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada karier kami," jelasnya.

Pasangan itu sebelum ini pernah bergandingan dalam drama bersiri Cinta Ibadah dan Manisnya Bulan Madu.-mstar

Filled Under: