Bakal mendirikan mahligai cinta bersama pilihan hati, Mohd Daud McKienzie, pada 15 Mei ini, Lana Nodin telah berkongsikan beberapa gambar mesra pra perkahwinan mereka di laman Instagram miliknya.
Ternyata pasangan ini sudah tidak sabar untuk menjadi suami isteri dan kami lihat kemesraan yang terjalin ketika sesi fotografi juga bukanlah dibuat-buat dan kelihatan sangat neutral sekali.
Sebelum ini Lana Nordin pernah memberitahu bahawa dia bakal berangkat ke Amerika Syarikat selepas berkahwin dan ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan di sana, tambahan pula suaminya itu mempunyai kenalan dalam bidang tersebut.
Apa-apa pun semoga perkahwinan Lana dan juga Daud bakal beroleh bahagia sehingga ke akhir hayat dan kami pasti ramai peminat Lana sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan ini.
Lagi Foto Lana dan Daud Disini
Sumber : rotikaya