Adeline Tsen Tepis Gosip Cinta Dengan Harris Baba


Pelakon tinggi lampai, Adeline Tsen menafikan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pendatang baru dari Singapura, Harris Baba. Pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% menyatakan yang hubungan antara dia dan Harris adalah hanya sekadar teman rapat sahaja.


Adeline Tsen Tepis Gosip Cinta Dengan Harris Baba, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Adeline Tsen

"Saya dan Harris hanya sekadar teman sahaja. Saya mengenali dirinya pun menerusi rakan pelakon, Ryzal Jaafar. Kami mula berkenalan apabila sering hadir ke acara yang sama," kata Adeline memulakan perbualan.

Senang dengan karakter Harris yang disifatkan sebagai gila-gila, Adeline pelik kenapa Harris dikaitkan menjalin cinta dengan dirinya, sedangkan dia mempunyai ramai lagi kawan lelaki.

Artikel Terdahulu : Punca Arja Lee Merajuk Dalam Bidang Lakonan

"Saya rapat dengan Harris kerana karakternya yang gila-gila. Kebanyakan kelompok kawan saya adalah lelaki, semua boleh lihat menerusi kemaskini Instagram saya. Apa yang membuatkan saya pelik, dalam ramai-ramai kawan lelaki, Harris pula dikatakan menjalin cinta dengan saya," ulas Adeline lagi.

Bertemu dengan Harris, vokalis kumpulan Carla ini merasakan yang dia harus memberikan fokus untuk mencipta nama dalam industri hiburan tempatan.

"Saya sependapat dengan Adeline. Kami hanya berkawan rapat sahaja, tidak lebih dari itu. Sebagai pendatang baru, fokus saya adalah untuk mengukuhkan nama dalam bidang nyanyian agar kehadiran saya dan ahli kumpulan Carla yang lain diterima oleh penggemar muzik tanah air," kata Harris.

Bernaung di bawah bimbingan penyanyi dan komposer Awi Rafael, Harris menyatakan yang kumpulannya akan muncul dengn single pertama dalam masa terdekat.

"Saya sudah hampir lima bulan berada di sini untuk melebarkan kerjaya seni. Awi membimbing saya dan ahli kumpulan Carla yang lain untuk menghasilkan muzik baru. Carla bakal keluar dengn buah tangan pertama tidak lama lagi," ujarnya mengakhiri bicara.


Sumber : murai

Filled Under: