Ayda Jebat terkilan dengan kenyataan Shila Amzah


Aktres popular Ayda Jebat berkata dia terkilan dengan kenyataan yang dibuat oleh penyanyi popular Shila Amzah mengenai orang yang cakap 'muah ciked' adalah tidak terpelajar.


Ayda Jebat terkilan dengan kenyataan Shila Amzah, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah, Ayda Jebat

"Sindirian atau apa saja mengenai istilah 'muah ciked' daripada dia, saya langsung tak terasa tapi kenyataan dia orang yang cakap 'muah ciked' adalah tidak terpelajar, itu buat saya terkilan.

"Bagi saya tak perlu nak jawab apa-apa kononnya untuk bagi dia terasa pula, malah saya tak perlu jawab pun isu sebenarnya sebab ia tidak matang.

"Kalau dia rasa perkataan 'muah ciked' itu mengganggu kerjaya sampaikan dia kena besarkan hal itu, lainlah cerita. Tapi di pihak saya, tak kuasa hendak layan benda remeh itu," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu kontroversi tercetus apabila Shila memuat naik status di laman sosial Twitter berbaur sindiran kerana meluat dengan perkataan 'muah ciked' yang mana perkataan itu sering dikaitkan dengan Ayda dalam kalangan peminatnya.

Selepas itu, perbalahan antara kedua-dua peminat itu kemudian tercetus dan selepas beberapa hari Shila tampil dengan video membuat penjelasan yang berkata tweet sebelum itu sebenarnya merujuk kepada adiknya sendiri.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia tidak mahu ambil pusing dengan sindiran Shila, tetapi kenyataan yang mengatakan penggunaan istilah itu hanya untuk individu tidak berpelajaran memang tidak wajar dan menyinggung perasaannya.


Sumber : tupai

Filled Under: