Memaparkan catatan dengan label Shila Amzah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shila Amzah. Papar semua catatan

Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?

Teka teki mengenai jejaka bernama ‘MH’ yang berjaya memiliki hati Shila Amzah mungkin bakal terjawab melalui beberapa keping foto yang bakal kami kongsikan ini.

Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Malah hasil penelitian kami berdasarkan beberapa sumber, Shila Amzah mula mengenali lelaki bernama Haikal ini semasa merakamkan musik video terbarunya.
Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Menurut sumber kami lagi, sejak dari itu hubungan mereka semakin rapat dan kerap bertemu. Malah beberapa screenshoot komen daripada pelbagai sumber hasil carian kami ini menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta.


Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Siapa Lelaki Bernama Haikal Ini Di Hati Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Hasil pencarian kami, jejaka bernama Haikal ini pernah beberapa kali meninggalkan komen di Instagram Shila Amzah namun tidak disedari umum. Boleh jadi peminat setia memandangkan dia turut ‘like’ fanpage Shila Amzah di Facebook.

Apa-apa pun andai benar jejaka ini teman lelaki terbaru Shila Amzah, kami doakan yang terbaik. Peminat pastinya dah lama mahu mengetahui siapa jejaka yang berjaya menambat hati penyanyi kesayangan mereka. Peace!


Sumber : ohbulan

Ayda Jebat terkilan dengan kenyataan Shila Amzah

Aktres popular Ayda Jebat berkata dia terkilan dengan kenyataan yang dibuat oleh penyanyi popular Shila Amzah mengenai orang yang cakap 'muah ciked' adalah tidak terpelajar.


Ayda Jebat terkilan dengan kenyataan Shila Amzah, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah, Ayda Jebat

"Sindirian atau apa saja mengenai istilah 'muah ciked' daripada dia, saya langsung tak terasa tapi kenyataan dia orang yang cakap 'muah ciked' adalah tidak terpelajar, itu buat saya terkilan.

"Bagi saya tak perlu nak jawab apa-apa kononnya untuk bagi dia terasa pula, malah saya tak perlu jawab pun isu sebenarnya sebab ia tidak matang.

"Kalau dia rasa perkataan 'muah ciked' itu mengganggu kerjaya sampaikan dia kena besarkan hal itu, lainlah cerita. Tapi di pihak saya, tak kuasa hendak layan benda remeh itu," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu kontroversi tercetus apabila Shila memuat naik status di laman sosial Twitter berbaur sindiran kerana meluat dengan perkataan 'muah ciked' yang mana perkataan itu sering dikaitkan dengan Ayda dalam kalangan peminatnya.

Selepas itu, perbalahan antara kedua-dua peminat itu kemudian tercetus dan selepas beberapa hari Shila tampil dengan video membuat penjelasan yang berkata tweet sebelum itu sebenarnya merujuk kepada adiknya sendiri.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia tidak mahu ambil pusing dengan sindiran Shila, tetapi kenyataan yang mengatakan penggunaan istilah itu hanya untuk individu tidak berpelajaran memang tidak wajar dan menyinggung perasaannya.


Sumber : tupai

Shila Amzah Didakwa Perli Ayda Jebat

Melalui laman mikro Twitter peribadinya, penyanyi yang kini menempa nama di China, Shila Amzah mencipta isu baru apabila dikatakan menyindir pelakon Ayda Jebat.


Shila Amzah Didakwa Perli Ayda Jebat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shila Amzah, Ayda Jebat


Semuanya gara-gara ungkapan ‘muah ciked’ yang sememangnya popular terutama dalam kalangan peminat tegar aktres Suami Sebelah Rumah itu.

Menyoroti Twitter Shila, pelantun lagu Masih Aku Cinta itu telah memuatnaik beberapa entri menyatakan dirinya ‘annoyed’ dengan terma tersebut.


Shila Amzah Didakwa Perli Ayda Jebat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shila Amzah, Ayda Jebat

Shila Amzah Didakwa Perli Ayda Jebat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shila Amzah, Ayda Jebat


Sentap kan? Nah, kalau ada yang masih lagi sangsi, bacalah sendiri tweet Shila ini…

Melalui komen-komennya bersama pengikut di laman tersebut, Shila turut menyatakan bahawa dia “geli” dengan penggunaan frasa tersebut oleh sesetengah pihak kini.
    "@epah_farrim: @Shilaamzah me too..geli..

Mungkin Shila hanya menyatakan pandangannya, namun isu ini menjadi besar apabila ada segelintir peminat Ayda Jebat ‘terasa’ yang ia ditujukan buat pelakon tersebut.

Al maklumlah, Ayda sering menggunakan kombinasi ‘muah ciked’ itu ketika berinteraksi bersama peminatnya…


Shila Amzah Didakwa Perli Ayda Jebat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shila Amzah, Ayda Jebat


Tak berdiam diri, Ayda yang pernah popular dengan drama Rindu Awak 200% bingkas menjawab isu tersebut. Nak tahu apa jawapan aktres itu?
 
Ayda berkata, “Saya tahu perkara ini menerusi peminat saya. Sejujurnya, saya rasa pelik. Saya sendiri tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa sebenarnya. Saya merasakan perkara itu adalah benda kecil yang tak perlu diperbesarkan dan tidak patut menjadi isu pun.

“Tetapi, saya rasakan semua orang tahu yang saya menggunakan perkataan ‘#muahciked’ untuk berinteraksi dengan peminat saya. Itu boleh dikira sebagai perkataan saya sendiri untuk bermesra dengan peminat. Semua artis pun ada ayatnya tersendiri untuk berinteraksi dengan peminat.

“Kini saya lihat ramai orang menggunakan perkataan yang sama dan tidak ada pertikaian mengenai perkara itu. Saya pun tak kisah orang mahu gunakan perkataan itu kerana ianya tak menjadi satu isu bagi saya.

“Bila ada tweet mengatakan ‘#muahciked’ menjengkelkan, saya rasa pelik, lagi-lagi dari individu yang mempunyai ramai followers.”

Ayda menambah, dia tidak mempunyai masalah dengan Shila malah tidak mengenali penyanyi itu secara rapat kerana tidak pernah bersua muka.


Shila Amzah Didakwa Perli Ayda Jebat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Shila Amzah, Ayda Jebat

Ayda turut berkata, Shila bukanlah saingannya kerana telah menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi kenyataan di bawah:

“Bila Shila tweet perkara tersebut, banyak peminat yang ‘C.C’ saya. Walaupun saya tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa, saya rasa perkara itu tidak patut. Dia ada banyak pengikut di Twitter.

“Saya sendiri sebelum tweet apa-apa perkara, saya akan fikir masak-masak terlebih dahulu. Kalau perkara yang tak perlu dan tak patut, saya tak akan tweet.

“Saya sendiri tak ada masalah dengan dia, tidak mengenalinya secara peribadi dan tidak pernah berjumpa dengan dia. Saya sendiri rasakan dia bukan saingan saya.

“Dia merupakan artis yang sudah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, saya pula hanyalah seorang pelakon yang mula mahu menapak dalam industri. Saya sangat hormati dia sebagai seorang artis senior.

“Saya enggan memanjangkan lagi perkara ini dan saya harap dengan penjelasan saya, isu ini terhenti.”

Rasanya, tindakan dan jawapan Ayda yang nyata tidak mahu memanjangkan isu ini layak dipuji kerana ia menunjukkan kematangan dirinya yang bukanlah tahap ‘budak sekolah’.

Biasalah, kadang-kadang isunya terlalu remeh untuk diperkatakan namun bila ‘die hard fans‘ campur tangan, cerita besar hama pun boleh jadi besar gajah, kan?


Sumber : mynewshub

Shila Amzah Lawat Ibu Johan As’ari Di Hospital

Walaupun sentiasa sibuk dengan urusan harian dan juga persembahan, nampaknya Shila Amzah sempat meluangkan masa untuk melawat ibu Johan As’Ari yang kini terlantar di hospital kerana diserang strok kali keempat baru-baru ini.

Shila Amzah Lawat Ibu Johan As’ari Di Hospital, info, terkini, hiburan, sensasi, Shila Amzah

Melalui Instagram milik Johan, pelakon ini menyatakan tanda terima kasih dan juga mendoakan Shila sentiasa maju di dalam karier nyanyian yang sedang diceburinya sekarang.


Shila Amzah Lawat Ibu Johan As’ari Di Hospital, info, terkini, hiburan, sensasi, Shila Amzah

“Kepada kau yang tersayang, pada teman yang ku kenang @shahilaamzah. Hati suci mu terlalu kasih kepada ibunda hamba. Jazakillah! Take care and good luck for your career. Allahumma Amiin,” memetik kata-kata Johan di dalam akaun laman sosialnya itu.

Menurut pelakon Cinta Ilahi itu ketika ini, ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, masih dirawat di Hospital Serdang. Buat Johan kami doakan agar ibu anda cepat sembuh seperti sedia kala. Ini masa terbaik untuk anda membalas kembali jasa ibu. Johan pasti rindu masakan ibu, bukan?


Sumber : rotikaya

3 Bukti Shila Amzah Kini Sedang Dilamun Cinta

Kisah percintaanya dengan aktor kacak, Sharnaaz Ahmad telah lama berkubur. Malah, Sharnaaz juga dikatakan sudah memiliki cinta hati baru, Anis Al-Idrus.

3 Bukti Shila Amzah Kini Sedang Dilamun Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

Patah tumbuh hilang berganti. Nampaknya Shila Amzah pun macam dah memiliki pengganti untuk ubat luka hatinya itu. Nah, baca dulu hint dan klu yang diberikan Shila menerusi laman Instagramnya!


3 Bukti Shila Amzah Kini Sedang Dilamun Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah


Foto Shila Amzah Dating Dengan Jejaka Misteri ( Drive Porsche!!)


3 Bukti Shila Amzah Kini Sedang Dilamun Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Shila Amzah

3 Bukti Shila Amzah Kini Sedang Dilamun Cinta, gosip, hiburan, info, sensasi, Shila Amzah, terkini,

Kalau korang pandai, korang tekalah sendiri. Kita tengok ada yang mengena atau tidak! Apapun, jika betul Shila Amzah sedang hangat bercinta, kami doakan agar awak dan si dia bahagia kekal sehingga jinjang pelamin!


Sumber : ohbulan