Ucapan Anniversary Alyah Buat Ramli MS Penuh Makna


Pernah diuji dengan pelbagai ujian yang melanda rumah tangganya, penyanyi Alyah nyata tabah dan reda menerima ketentuan yang telah ditetapkan.


Ucapan Anniversary Alyah Buat Ramli MS Penuh Makna, info, terkini, hiburan, sensasi, alyah, ramli ms

Namun dalam sedar atau tidak, rupa-rupanya usia perkahwinan Alyah bersama Datuk Ramli MS sudah pun menjangkau tahun kedua, semalam.

Seperti pasangan lain, Alyah turut meraikan hari bersejarah ini dengan mengirimkan kad ucapan romantis kepada suaminya.


Alyah memuat naik gambar kad tersebut berserta kapsyen dengan makna cukup mendalam di laman Instagramnya hingga mencuri perhatian ramai.

“Happy second anniversary to me.. thank you Allah SWT memberikan aku pengalaman yang mengajar aku ertinya hidup, ertinya pengorbanan, ertinya mempertahankan, ertinya menjadi lebih dewasa. Thank you so much ya Allah SWT ya tuhanku.”


Ucapan Anniversary Alyah Buat Ramli MS Penuh Makna, info, terkini, hiburan, sensasi, alyah, ramli ms

Luahan pelantun Sesal Separuh Nyawa ini menggambarkan dia kini seolah-olah reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Pasangan ini pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas Alyah memuat naik gambar seorang gadis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Ramli MS hingga memberikan kesan buruk kepada rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Alyah kemudian mendakwa mereka kini saling belajar melayari hubungan suami isteri.

Sama-sama kita doakan moga rumah tangga Alyah dan suami sentiasa dirahmati dan bahagia selamanya.

Sumber : mynewshub

Filled Under: