Pinda Akta SKMM, Hukum Pesalah Laku Media Sosial


Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1998 akan dikaji semula khususnya dalam menghukum pesalah laku media sosial.


Pinda Akta SKMM, Hukum Pesalah Laku Media Sosial, info, terkini, berita,

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya kini dalam proses mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi meminda akta tersebut.

“Sekarang ini dalam peringkat untuk melihat secara menyeluruh tentang akta yang ada digubal pada 1998.

“Sudah sampai waktunya untuk melihat, mengkaji dan meminda akta ini dalam semua segi termasuk soal berkaitan tadbir urus SKMM itu sendiri,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.


Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung langkah pengukuhan undang-undang sedia ada bagi membendung pesalah media sosial.

Bung menarik perhatian Dewan Rakyat dengan membangkitkan isu hukuman terhadap pihak yang didapati bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong namun hanya dikenakan hukuman yang dianggap tidak setimpal.

Mengulas mengenai hukuman bagi kesalahan berkenaan, Shabery berkata ia juga sedang diteliti termasuk kemungkinan menambah hukuman sedia ada.

“Beberapa perkara perlu diteliti kembali khususnya undang-undang yang sedia ada mencukupi atau tidak.

“Sebagai contoh kesalahan menghina raja-raja termasuk denda RM200,000, apakah ia dianggap sama dengan yang dibuat di negara jiran seperti Thailand apabila ada rakyatnya menghina raja mereka,” katanya. - mStar Online

Filled Under: