Trak Ford Ranger baru lebih ranggi


Selepas menguasai pasaran trak pikap di beberapa negara Asia Tenggara, Ford Ranger kini kembali dengan varian dipertingkatkan yang memberi impak pada penampilan dan padanan teknologi terbaru.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Menariknya, ia diperkenalkan secara global sempena Pameran Motor Bangkok, minggu lalu, dengan menerapkan keupayaan serta kualiti buatan yang mantap untuk pasaran lebih 180 negara.

Model yang dipertingkatkan itu nyata berbeza apabila memberi banyak perubahan, terutama pada imej depannya. Namun, penampilannya lebih moden dan berani memberikan Ford Ranger kelihatan gah di jalan raya dengan rekaan bonet depan lebih maskular, selain padanan jeriji bentuk trapezoid.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Lampu depan menggunakan projektor membolehkan trak pikap itu lebih jelas dikenali melalui rupanya yang garang. Bahagian dalaman juga menawarkan persekitaran lebih selesa, kontemporari dan membuatkan seperti berada dalam kereta sedan.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Ia diperkuatkan lagi dengan rekaan dalaman dengan garisan horizontal menyusuri keseluruhan kabin, sekali gus memberikan rasa luas dan diceriakan oleh skrin sesentuh bersaiz lapan inci di bahagian tengahnya.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Skrin itu memudahkan pemandu dan dipadankan banyak butang kawalan di hujung jari bersama sudut dikod menggunakan warna mesra pengguna.

Ford Ranger masih kekal menjadi trak paling lasak dalam kelasnya dengan kemampuan mengharungi air sedalam 0.8 meter (m) dan kelegaan tanah setinggi 0.23 m.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Ia juga dilengkapi rangkaian teknologi terkini membabitkan sistem ketersambungan generasi terkini Ford, Sync 2 menawarkan cara lebih bijak dengan menggunakan arahan suara.

Bagi memberi kemudahan, ia didatangkan dengan soket kuasa 240 volt yang boleh digunakan untuk mengecas komputer, malah ciri keselamatan lebih baik dan membantu pemandu seperti teknologi Amaran Mengekalkan Laluan untuk menghalangkan pemandu keluar dari laluan secara tidak sengaja.

Rangkaian kuasanya ditawarkan enjin diesel berbeza iaitu 3.2 liter Duratorq, 2.2 liter Duratorq, 2.2 liter serta 2.5 liter petrol. Ia juga hadir dengan sistem Start/Stop automatik yang mampu menjimatkan minyak sehingga 3.5 peratus dengan mematikan enjin kenderaan dalam keadaan melalu seperti di lampu isyarat.

Namun bagi pasaran Malaysia, model itu hanya ditawarkan dengan enjin diesel dan dijangka dilancarkan selepas pertengahan tahun ini. Ford Ranger itu dipasang di kilang AutoAlliance Thailand, Rayong, Thailand bagi pasaran Asia Pasifik.
 

Sumber : hmetro

Filled Under: