Memaparkan catatan dengan label automotif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label automotif. Papar semua catatan

Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran Terkini Perodua

Viral di laman sosial foto-foto dan risalah model kereta terbaharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hangat diperkatakan netizen.

Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran Terkini Perodua

Sejak 20 tahun bertapak dalam industri automotif tempatan dengan pelbagai model kereta yang telah dikeluarkan, kini Perodua tampil pula dengan model sedan.


Menerusi pencarian di laman sosial, model baharu itu diberi nama Perodua Bezza merupakan model sedan sulung syarikat automotif terkemuka tempatan.

Menurut sebuah portal permotoran, Careta, yang berkesempatan memandu uji model terbaharu itu memberitahu bahawa model tersebut didatangkan dengan dua varian iaitu iaitu 1.0 liter dan 1.3 liter.

Varian 1.0 liter didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan dan Standard G iaitu gabungan manual dan auto.

Manakala varian 1.3 liter menawarkan transmisi manual 5-kelajuan, transmisi automatik 4-kelajuan. Bagi Premium X terdapat dalam manual dan auto dan bagi Advance pula hanya auto sahaja.

PERODUA Sedan 1.0 Liter:

Transmisi manual 5-kelajuan
Transmisi automatik 4-kelajuan
Standard G (manual dan auto)

PERODUA Sedan 1.3 Liter:

Transmisi manual 5-kelajuan
Transmisi automatik 4-kelajuan
Premium X (manual dan auto)
Advance (auto sahaja)

Bagaimanapun, anggaran harga bagi kedua-dua jenis model terbaharu ini dijangka berada antara RM30,000 hingga RM55,000.


Antara spesifikasi lain yang terdapat pada model sedan ini ialah dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV).

Selain itu, tempat letak barang atau boot Perodua baharu itu mempunyai kapasiti sebesar 508 liter lebih besar daripada boot Toyota Vios dan Nissan Almera. – MYNEWSHUB

Trak Ford Ranger baru lebih ranggi

Selepas menguasai pasaran trak pikap di beberapa negara Asia Tenggara, Ford Ranger kini kembali dengan varian dipertingkatkan yang memberi impak pada penampilan dan padanan teknologi terbaru.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Menariknya, ia diperkenalkan secara global sempena Pameran Motor Bangkok, minggu lalu, dengan menerapkan keupayaan serta kualiti buatan yang mantap untuk pasaran lebih 180 negara.

Model yang dipertingkatkan itu nyata berbeza apabila memberi banyak perubahan, terutama pada imej depannya. Namun, penampilannya lebih moden dan berani memberikan Ford Ranger kelihatan gah di jalan raya dengan rekaan bonet depan lebih maskular, selain padanan jeriji bentuk trapezoid.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Lampu depan menggunakan projektor membolehkan trak pikap itu lebih jelas dikenali melalui rupanya yang garang. Bahagian dalaman juga menawarkan persekitaran lebih selesa, kontemporari dan membuatkan seperti berada dalam kereta sedan.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Ia diperkuatkan lagi dengan rekaan dalaman dengan garisan horizontal menyusuri keseluruhan kabin, sekali gus memberikan rasa luas dan diceriakan oleh skrin sesentuh bersaiz lapan inci di bahagian tengahnya.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Skrin itu memudahkan pemandu dan dipadankan banyak butang kawalan di hujung jari bersama sudut dikod menggunakan warna mesra pengguna.

Ford Ranger masih kekal menjadi trak paling lasak dalam kelasnya dengan kemampuan mengharungi air sedalam 0.8 meter (m) dan kelegaan tanah setinggi 0.23 m.


Ranger baru lebih ranggi, Ford Ranger, info, terkini, berita, automotif

Ia juga dilengkapi rangkaian teknologi terkini membabitkan sistem ketersambungan generasi terkini Ford, Sync 2 menawarkan cara lebih bijak dengan menggunakan arahan suara.

Bagi memberi kemudahan, ia didatangkan dengan soket kuasa 240 volt yang boleh digunakan untuk mengecas komputer, malah ciri keselamatan lebih baik dan membantu pemandu seperti teknologi Amaran Mengekalkan Laluan untuk menghalangkan pemandu keluar dari laluan secara tidak sengaja.

Rangkaian kuasanya ditawarkan enjin diesel berbeza iaitu 3.2 liter Duratorq, 2.2 liter Duratorq, 2.2 liter serta 2.5 liter petrol. Ia juga hadir dengan sistem Start/Stop automatik yang mampu menjimatkan minyak sehingga 3.5 peratus dengan mematikan enjin kenderaan dalam keadaan melalu seperti di lampu isyarat.

Namun bagi pasaran Malaysia, model itu hanya ditawarkan dengan enjin diesel dan dijangka dilancarkan selepas pertengahan tahun ini. Ford Ranger itu dipasang di kilang AutoAlliance Thailand, Rayong, Thailand bagi pasaran Asia Pasifik.
 

Sumber : hmetro

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015

Tahniah, kepada perodua Malaysia! Seperti biasa Perodua meneruskan tradisinya mengeluarkan facelift untuk model – model kereta Perodua mereka apabila kali ini tiba giliran kereta perodua Myvi 2015 baru ditawarkan untuk anda dengan direka semula bagi memberikan nafas baru sekaligus memastikan Perodua Myvi terus relevan di Malaysia.


Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015

Gambar dan foto terkini new facelift Perodua MYvi 2015 baru ini telah tersebar pada ketika ini yang mana kelihatan lebih garang daripada model kereta Perodua Myvi yang sebelum ini.

Bagaimana pula dengan tawaran harga Perodua MYvi 2015 baru?

Rata-rata tinjauan Berita Semasa setakat ini, ramai kalangan pemilik Perodua Myvi berpuas hati dengan spesifikasi kereta yang dimiliki dan digunakan mereka ketika ini.
  •         Kereta kecil
  •         Ruang dalam besar dan selesa. Jikalau anak 3 orang masih lagi selesa untuk jalan jauh
  •         Spare part pun banyak. Senang untuk dicari dan ditukar ganti
  •         Penggunaan minyak petrol masih lagi ditahap yang menjimatkan jikalau kena cara pemanduannya (*subjektif)
  •         Parking pun mudah terutamanya golongan wanita
  •         Anda bersetuju?

Cuma Berita Semasa harapkan harga dan price bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru lebih berpatutan dan munasabah sesuai dengan sokongan rakyat Malaysia selama ini. Mungkin?
New Facelift Perodua MYvi 2015 Baru : Senarai Penambaikan & Penambahan Spec?

Nampaknya bagi new facelift Perodua MYvi 2015 baru kali ini ada sedikit sebanyak perubahan untuk beberapa spesifikasi kecil termasuklah :
  •         Reka bentuk lampu yang baru
  •         Rekebantuk gril
  •         Tawaran warna pilihan baru, biru
  •         dilengkap dengan tayar aloi
  •         Rebentuk meter juga diperbaharui
  •         Tempat duduk juga telah disaluti dengan kulit
  •         Sentuhan yang lebih sporty pada stereng
  •         Perodua malaysia telah menambah butang mod Econ seperti mana yang ada model kereta perodua Axia
  •         di bahagian belakang, terdapat sedikit perubahan yang mana bumper belakang dan rekebantuk skir tampak lebih rendah

P/S : Sekali pandang kelihatan bumper Myvi 2015 seiras Honda Jazz. Apa pula kata anda?

PP/S : Tertanya-tanya juga Berita Semasa, apa pulanya grill radiator sebesar itu? Untuk “drag race”? Sesuaikah dengan keadaan habuk, kotoran dan keadaan cuaca di Malaysia?
Gambar Perodua Myvi 2015 Baru

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015

Gambar Perodua Myvi New Facelift 2015, info, terkini, berita, automotif, perodua malaysia, new facelift produa myvi 2015


Sumber : beritasemasa.com.my