Ingat lagi tak dengan berita kelahiran anak kedua Radhi OAG pada 30 Januari lalu? Bayi perempuan yang diberi nama Nur Aishah itu merupakan puteri sulung hasil perkahwinan kedua Radhi bersama Nur Shahira Ayu.
Walaupun kebiasaannya photoshoot newborn dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan, namun sesi penggambaran untuk anak Radhi dan Ayu ini hanya diadakan ketika Aishah berusia hampir sebulan.
Menurut Camora Arts yang mengambil gambar mereka sekeluarga, baby Aishah akan tidur apabila terdengar suara Radhi mendodoikannya dengan zikir-zikir ringkas sepanjang photoshoot itu. Manjanya!
Geram kami tengok hidung baby Aishah. Beruntunglah mak ayah kedua-duanya hidung mancung, tak perlu nak picit-picit tinggikan batang hidung lagi.
Tapi sebenarnya kami sangat jealous melihat kecantikan Ayu. Macam ada iras-iras Radhi pun ada. Orang kata kalau muka sepadan, jodoh kuat. Semoga berkekalan hendaknya.
Tapi sebenarnya kami sangat jealous melihat kecantikan Ayu. Macam ada iras-iras Radhi pun ada. Orang kata kalau muka sepadan, jodoh kuat. Semoga berkekalan hendaknya.
Sumber : ohbulan