Adira & Shahrul Nasrun Sudah Bertunang, Nikah September


Tahniah kepada Adira dan juga bakal suami yang kini sudah bertunang pada 22 Disember tahun lepas dan apa yang lebih menarik, pasangan ini merancang untuk mendirikan perkahwinan pada September ini.


Adira & Shahrul Nasrun Sudah Bertunang, Nikah September, info, terkini, hiburan, sensasi, Adira,

Sebelum ini, Melodi pernah menembual Adira berkenaan ucapan yang sangat menyentuh perasaan yang disampaikan oleh tunangnya itu pada rakaman Ye Ke? sehingga membuatkan penyanyi ini menitiskan air mata terharu.


Semoga segala persiapan untuk majlis nikah nanti akan berjalan dengan lancar dan kami pasti ramai di peminat setia penyanyi yang manis berhijab ini mendoakan yang terbaik kepdada pasangan bakal suami isteri ini nanti.

Suka kami melihat barisan artis yang sudah merancang perkahwinan mereka. Sementara itu, Hafiz Suip yang berduet dengan penyanyi ini dalam menjayakan video muzik runut bunyi untuk filem Pilot Cafe baru-baru ini, bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa setahun selepas bertunang Februari lalu.


Sumber : rotikaya

Filled Under: