Memaparkan catatan dengan label adira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adira. Papar semua catatan

Foto Tunang Adira & Shahrul 22 Disember Lalu

Pandai sungguh Adira dan Shahrul menyorok perkembangan percintaan mereka. Dalam diam rupa-rupanya pasangan kekasih ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 22 Disember 2014


Foto Tunang Adira & Shahrul 22 Disember Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, Adira

Lebih menarik, kedua-duanya telah merancang untuk berkahwin pada bulan September ini. Majlis pertunangan tersebut telah berlangsung serba ringkas dengan kehadiran keluarga Adira dan Shahrul di Kundasang, Sabah, rumah Adira.

Foto Tunang Adira & Shahrul 22 Disember Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, Adira

Pasangan sama cantik sama padan ini telah pun bercinta sejak beberapa tahun lalu dan ada kalanya bergaduh seperti pasangan lain. Menarik juga teknik Shahrul memujuk Adira. Anda kena baca di BiPop hari ini. Disini nak kongsikan sedikit kata-kata Adira tentang percintaannya dengan Shahrul yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Kata Adira:-

    Saya tidak tahu kenapa menyukainya mungkin sebab dia adalah Shahrul Nasrun. Bukan saya pandangan ketampanan atau kebendaan. Saya tidak suka lelaki berjanggut, tetapi apabila mengenalinya, persepsi saya berubah. Seksi juga lelaki berjanggut.

    Shahrul seorang yang baik hati dan berdikari, selain mementingkan kekeluargaan. Saya bahagia bersamanya. Shahrul tegas orangnya tetapi dia sering membuatkan saya gembira.

    Memang ramai yang tidak tahu kami sudah bertunang. Saya bukan mahu menipu atau menyembunyikan hakikat sebenar, namun pertunangan itu hanya ikatan yang tidak menjanjikan kepastian. Disebab itu saya tidak berani untuk menguar-uarkan terlebih dahulu.

    Majlis pertunangan berlangsung ringkas, hanya dihadiri keluarga. Hanya apabila tarikh sudah ditetapkan baru saya berani bersuara. Insya Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada September nanti.


Alhamdulillah. Tahniah diucapkan atas berita gembira ini. Pasti para peminat pun turut sama tumpang gembira. Tak sabar nak menunggu hari pernikahan Adira dan Shahrul. Pastinya kedua-duanya akan kelihatan cantik berseri-seri di hari bahagia mereka. Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar. Semoga dipermudahkan. Amin.

Sumber : BiPop

Adira & Shahrul Nasrun Sudah Bertunang, Nikah September

Tahniah kepada Adira dan juga bakal suami yang kini sudah bertunang pada 22 Disember tahun lepas dan apa yang lebih menarik, pasangan ini merancang untuk mendirikan perkahwinan pada September ini.


Adira & Shahrul Nasrun Sudah Bertunang, Nikah September, info, terkini, hiburan, sensasi, Adira,

Sebelum ini, Melodi pernah menembual Adira berkenaan ucapan yang sangat menyentuh perasaan yang disampaikan oleh tunangnya itu pada rakaman Ye Ke? sehingga membuatkan penyanyi ini menitiskan air mata terharu.


Semoga segala persiapan untuk majlis nikah nanti akan berjalan dengan lancar dan kami pasti ramai di peminat setia penyanyi yang manis berhijab ini mendoakan yang terbaik kepdada pasangan bakal suami isteri ini nanti.

Suka kami melihat barisan artis yang sudah merancang perkahwinan mereka. Sementara itu, Hafiz Suip yang berduet dengan penyanyi ini dalam menjayakan video muzik runut bunyi untuk filem Pilot Cafe baru-baru ini, bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa setahun selepas bertunang Februari lalu.


Sumber : rotikaya

Doa Adira Untuk Hafiz Suip

Walaupun pernah menyulam sejarah percintaan bersama penyanyi Hafiz Suip 25, Adira menjelaskan bahawa itu merupakan sejarah lama dan kini masing-masing sudah dewasa dan matang dalam menempuhi ranjau kehidupan. Adira turut memberitahu bahawa dia mendoakan bahawa pasangan Hafiz dan Nureffy Jasreel 22, kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Doa Adira Untuk Hafiz Suip, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip, adira

“Saya gembira untuk dia kerana telah berjumpa wanita yang betul-betul sesuai untuk dijadikan teman hidup. Saya doakan yang terbaik dan berharap hubungan itu hingga ke akhir hayat,” katanya yang ditemui semasa penggambaran klip video ‘Untuk Cinta’ OST filem Pilot Cafe.

Sementara itu, Adira turut memberitahu bahawa kekasihnya iaitu Shahrul Nasrun memahami dan tidak cemburu apabila digandingkan semula bersama bekas kekasihnya Hafiz untuk lagu duet baru mereka iaitu ‘Untuk Cinta’.

“Setakat ini dia tiada masalah dengan kerja saya dan faham apa yang saya lakukan ini adalah atas dasar profesional. Saya pun tidak fikir apa-apa melainkan tentang kerja sahaja,” tambahnya.

Adira turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan Hafiz dan boleh melakukan kerja secara profesional dan berazam untuk melakukan yang terbaik seperti mana yang di tunjukkan keserasian mereka dalam lagu hits ‘Ombak Rindu’.

“Kami masih boleh berkawan dan tiada masalah untuk bekerjasama secara profesional kerana bagi saya ini adalah kerja. Keserasian kami juga masih sama macam dulu, malah kali ini kami buat lebih baik daripada lagu Ombak Rindu,” katanya.

Sumber : rotikaya