Adi Putra Dimasukkan Ke Hospital, Kemungkinan Slipped Disc


Aktor popular, Adi Putra telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur selepas disyaki terkena gejala cakera teranjak atau slipped disc.


Adi Putra Dimasukkan Ke Hospital, Kemungkinan Slipped Disc, info, terkini, hiburan, sensasi, Adi Putra, pelakon

Menerusi laporan BH Online, finalis kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 204) itu mula diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta di ibu negara, malam tadi.

Menurut Adi, dia diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital. Selepas diberikan suntikan tahan sakit, dia kemudiannya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.

Tambah aktor yang berasal dari Singapura itu lagi, dia sendiri tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan dilaluinya bermula hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) MRI.

Justeru, Adi yang dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot, memohon maaf kepada peminat apabila terpaksa meninggalkan majlis promosi dalam keadaan tergesa-gesa.

Jelas Adi kepada Berita Harian, sebelum ke majlis itu lagi dia sudah merasakan seperti tidak sedap hati, tetapi mengenangkan tanggungjawabnya untuk memastikan filem ini berjaya di pawagam, dia telah menguatkan semangat untuk menghadirinya.

Adi juga berharap peminat mendoakan agar penyakitnya itu tidak kritikal dan dengan izin Tuhan dia dapat kembali bekerja seperti biasa.

Sumber : murai

Filled Under: