Memaparkan catatan dengan label Adi Putra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adi Putra. Papar semua catatan

Gambar Bahagia Adi Putra Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Selepas membatalkan majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminat, kini muncul pula sekeping gambar bahagia Adi Putra dan isteri pertamanya Aida Yusof yang dimuat naik menerusi Instagram masing-masing semalam. Tindakan Adi itu terus menjadi tanda tanya apabila beliau sendiri juga pada ketika ini terus berdiam diri mengenai kontroversi pernikahannya.

Gambar Bahagia Adi Putra Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Gambar yang dimuat naik semalam tidak disertakan dengan kepsyen manis, hanya sekadar meletakkan emotikon berbentuk senyuman. Pada masa yang sama, ruangan komen juga dibanjiri dengan peminat beliau yang rata-rata mendokankan kebahagiaan rumah tangga mereka walaupun masih ada juga yang berang dengan tindakan Adi menipu isteri pertamanya.

Gambar Bahagia Adi Putra Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Manakala memetik laporan Utusan Online pula, difahamkan oleh sumber terdekat, pasangan suami isteri Adi dan Aida dikhabarkan kini sedang bercuti diluar negara hujung minggu ini namun lokasinya tidak dapat dipastikan. Dikhabarkan percutian itu merupakan satu usaha menenangkan serta memujuk hati isteri pertamanya itu yang baru sahaja menerima madu.

Sebelum ini, beberapa hari lalu cerita mengenai perkahwinan pelakon itu kecoh diperkatakan apabila gambar Adi berada pada majlis perkahwinan mula tersebar. Pelakon berkenaan dikatakan telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu yang juga merupakan rakan kongsi kepada Adi sejak setahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya.-rotikaya

Punca Adi Putra Dilarang Berlakon Enam Bulan

Pelakon Adi Putra terpaksa berehat selama enam bulan daripada bidang lakonan akibat daripada kecederaan 'slipped disc' yang dialaminya.


Adi Putra Dilarang Berlakon Enam Bulan, info, terkini, hiburan, sensasi, adi putra

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 34, berkata, dia dilarang oleh doktor untuk melakukan kerja-kerja berat dan perlu melakukan rawatan susulan secara berterusan.

"Saya terpaksa berehat daripada berlakon selama enam bulan walaupun melakonkan  watak yang tidak melibatkan aksi juga harus dielakkan.

"Buat masa sekarang penyakit itu tidaklah teruk tetapi cuma saya harus rajin untuk melakukan rawatan susulan kerana rawatan ini mengambil masa yang lama untuk sembuh," katanya kepada mStar Online.

Adi ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu berjudul Suami Aku Ustaz yang diadakan di Cathay Cineplex, di sini pada Selasa.

Filem bergenre cinta arahannya bersama Ghaz Abu Bakar itu dibintangi pelakon Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz, Liza Abdullah, Razak Ahmad dan Kamaliah Mat Don.


'Slipped disc' adalah penyakit yang berlaku pada bahagian tulang belakang dan  kesakitan berlaku apabila cakera tersebut menekan pada saraf yang terjejas dan akan menyebabkan pesakit sukar untuk berdiri dan berjalan.

Dalam pada itu tambah Adi,  dia memperoleh banyak tawaran berlakon namun terpaksa menolaknya akibat masalah berkenaan walaupun mendapat watak yang disukainya.


"Semenjak bulan Mac lalu saya tidak lagi mengambil sebarang tawaran lakonan kerana memikirkan masalah kesihatan yang dialami ini kerana takut ia boleh memberi masalah kepada pihak produksi bila sudah mula penggambaran nanti," jelasnya.


Adi Putra Dilarang Berlakon Enam Bulan, info, terkini, hiburan, sensasi, adi putra

Dalam perkembangan lain, Adi berkata dia kini sedang melakukan kerja amal untuk membantu mualaf ke Tanah Suci, Mekah mengejarkan ibadah umrah.

"Saya kini sedang mengumpul dana untuk membantu 30 mualaf yang berdaftar mengerjakan ibadah umrah dengan memberi tajaan seratus peratus kepada mereka," katanya.

Sementara itu mengenai filem Suami Aku Ustaz ia menceritakan mengenai Alisa yang dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji.

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa  perlu menyembunyikan statusnya sebagai seorang isteri di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri.

Filem itu bakal menemui penonton pada 14 Mei ini.

Sumber : mstar

Adi Putra Dimasukkan Ke Hospital, Kemungkinan Slipped Disc

Aktor popular, Adi Putra telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur selepas disyaki terkena gejala cakera teranjak atau slipped disc.


Adi Putra Dimasukkan Ke Hospital, Kemungkinan Slipped Disc, info, terkini, hiburan, sensasi, Adi Putra, pelakon

Menerusi laporan BH Online, finalis kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 204) itu mula diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta di ibu negara, malam tadi.

Menurut Adi, dia diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital. Selepas diberikan suntikan tahan sakit, dia kemudiannya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.

Tambah aktor yang berasal dari Singapura itu lagi, dia sendiri tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan dilaluinya bermula hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) MRI.

Justeru, Adi yang dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot, memohon maaf kepada peminat apabila terpaksa meninggalkan majlis promosi dalam keadaan tergesa-gesa.

Jelas Adi kepada Berita Harian, sebelum ke majlis itu lagi dia sudah merasakan seperti tidak sedap hati, tetapi mengenangkan tanggungjawabnya untuk memastikan filem ini berjaya di pawagam, dia telah menguatkan semangat untuk menghadirinya.

Adi juga berharap peminat mendoakan agar penyakitnya itu tidak kritikal dan dengan izin Tuhan dia dapat kembali bekerja seperti biasa.

Sumber : murai