Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini menolak dakwaan penurunan prestasi The Citizens ketika aksi dimalukan dengan kekalahan 2-0 kepada Middlesbrough dalam perlawanan Piala FA kelmarin disebabkan para pemainnya tidak bersedia menghadapi cuaca sejuk di England selepas pulang dari Abu Dhabi pada Jumaat lalu.
City kembali ke England yang mengalami musim sejuk pada Jumaat lalu menaiki penerbangan selama tujuh jam selepas menghabiskan lima hari menjalani latihan dalam keadaan cuaca panas di Abu Dhabi sebelum beraksi menentang Middlesbrough di Stadium Etihad.
Sebaik tiba ke England, City hanya mempunyai tempoh 19 jam untuk membuat persediaan kembali membiasakan diri dalam keadaan musim sejuk sebelum menentang Middlesbrough.
Bagaimanapun, Pellegrini enggan mengakui latihan dalam cuaca panas di Abu Dhabi mengakibatkan para pemainnya gagal beraksi di tahap terbaik pada aksi Piala FA itu.
“Saya tidak fikir begitu. Saya tidak setuju (perubahan cuaca mempengaruhi prestasi). Orang ramai boleh berfikiran seperti itu, tetapi saya ada pendapat berbeza kerana kami mempunyai enam atau tujuh peluang untuk menjaringkan gol.
“Saya ulangi, terdapat banyak sebab berbeza yang akan mempengaruhi keputusan berlainan. Perlawanan itu perlu dianalisis,” tegas Pellegrini sambil menolak dakwaan para penyokong The Citizens mengenai penurunan prestasi akibat faktor latihan di Abu Dhabi.
“Kami tidak mempunyai masalah motivasi selepas kekalahan itu. Kami akan terus gigih berusaha dan berharap akan memenangi perlawanan di Stamford Bridge selepas ini,” tambah Pellegrini berhubung persiapan menghadapi Chelsea pada hujung minggu ini. – AFP