Peribahasa ada menyatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.
Seorang bekas juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank, akhirnya mengaku bersalah mencuri wang berjumlah RM80,850 dari sebuah mesin ATM.

Tertuduh, Hamdan Abu Hussin, 27, dijatuhkan hukuman didenda sebanyak RM20,000 dan dipenjarakan seminggu oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.
Keputusan perbicaraan tersebut dibacakan oleh Hakim Nor Sharidah Awang, hari ini.
Menurut Nor Shahridah, keputusan mahkamah ini mengambil kira kepentingan awam walaupun tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau.
Bagaimanapun, tertuduh boleh dihukum penjara selama enam bulan lagi jika gagal membayar denda yang dikenakan pihak mahkamah.
Hamdan dikatakan melakukan kesalahan tersebut pukul 3.20 petang di ruang legar Bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Presint 2, Putrajaya pada 7 Mac lalu.
Bercerita lanjut mengenai kes kecurian ini, pihak Safeguards menerima maklumat mengenai kehilangan wang anggaran RM80,000 di mesin ATM Maybank berkenaan pada 9 Mac lalu.

Sumber : mynewshub.cc