Memaparkan catatan dengan label jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenayah. Papar semua catatan

Tahan Isi Perut, Usus Yang Terburai Dirodok Pisau

Seorang lelaki warga Bangladesh terpaksa menahan isi perut yang terkeluar dengan tangan selepas mangsa dirodok senjata tajam.


Tahan Isi Perut, Usus Yang Terburai Dirodok Pisau, info, terkin, berita, jenayah,

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa seorang pekerja kontrak diserang seorang lelaki di tapak pembinaan di Jalan Dutamas 2, Persiaran Dutamas di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ketika kejadian mangsa berada di rumah kongsi sebelum didatangi suspek dipercayai warga Indonesia.

Menurutnya, suspek berusia 40-an itu muncul menaiki van putih bersama seorang lelaki dipercayai rakan kepada suspek.

“Suspek menikam mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan kejadian itu menyebabkan isi perut mangsa hampir terburai.

Mangsa yang parah bagaimanapun masih sedarkan diri dan terus menutup lukanya dengan tangan bagi mengelakkan isi perut dan usus terkeluar.

Menurutnya, siasatan polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata manakala motif kejadian juga masih dalam siasatan.

“Polis sedang meneruskan siasatan bagi memburu suspek. Berdasarkan keterangan mangsa, suspek berbadan gempal dan pendek,” katanya.

Difahamkan, mangsa terpaksa mengalami pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kejadian itu, bagaimanapun mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber : myMetro Online

Warga Emas Parah Tengkuknya Dikelar!

Seorang warga emas nyaris maut apabila tengkuknya dikelar dengan parang oleh seorang lelaki di sebuah syarikat pemasaran kelapa sawit dan getah dekat Bukit Gambir, di sini semalam.


Warga Emas Parah Tengkuknya Dikelar! , info, terkini, berita, jenayah, kejam,

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa, Md Noh Nahar, 62, mengalami kecederaan parah di tengkuk sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk rawatan kecemasan.

Insiden tersebut tidak disedari pekerja syarikat berkenaan kerana masing-masing sibuk dengan tugas melayan pelanggan yang datang berurus niaga.

Bagaimanapun, seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, dia ada melihat suspek yang juga pelanggan syarikat itu memegang parang pendek sambil berkata-kata sesuatu yang tidak difahami.

"Suspek dilihat membasuh parang itu pada lopak air di hadapan kaunter dan meletakkan di bakul motosikal miliknya.

“Saya berasa tidak sedap hati lalu keluar ke bahagian hadapan dan terkejut lihat mangsa tertunduk di meja sambil memegang akhbar yang dibacanya dalam keadaan berlumuran darah kesan kelar di tengkuk.

“Mangsa mengerang kesakitan sambil meminta tolong dengan suaranya agak perlahan,” katanya.

Kata saksi itu juga, keadaan menjadi kecoh apabila orang ramai mula menyedari kejadian itu dan suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal.

“Mangsa yang juga pekerja syarikat itu dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Gambir sebelum dikejarkan ke HPSF,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintenden Mohd Salleh Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan suspek berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Bukit Gambir dua jam selepas kejadian.

“Lelaki tersebut ditahan reman sehingga 30 Mac ini dan akan mendapatkan kebenaran mahkamah bagi membolehkan suspek menjalani pemeriksaan mental di hospital.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber : vuralmediamalaysia

Dua penjenayah ditembak mati

Sekurang-kurangnya dua penjenayah ditembak mati ketika cuba melarikan diri daripada polis di kawasan semak di Jalan Rasah-Port Dickson di sini, jam 2.45 petang tadi.


Dua penjenayah ditembak mati, info, terkini, berita, jenayah,

Sumber berkata, terdahulu polis mengekori suspek terbabit dari arah Port Dickson menuju ke bandar ini sebelum keadaan itu disedari kumpulan suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu.

Katanya, mereka kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan dan cuba melarikan diri ke dalam hutan.

"Suspek kemudian melepaskan tembakan menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan terhadap kumpulan itu" katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengucapkan tahniah kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) kerana berjaya tumpaskan tiga penjenayah dalam kejadian itu.

Sumber : bharian

Video Pencuri Guna Anak Isteri Kaburi Perbuatan Jahat

Ternyata status seorang suami dan bapa tidak mampu menyekat perbuatan jahat seorang lelaki daripada mencuri telefon pintar yang dipamerkan di Plaza Metro, Kajang ini.


Video Pencuri Guna Anak Isteri Kaburi Perbuatan Jahat, info, terkini, berita, sensasi, jenayah

Menerusi rakaman kamera pengawasan, dia pada mulanya dilihat berlegar-legar bersama isteri dan dua anaknya di dalam kedai tersebut.

Tidak lama kemudian, lelaki yang mendukung anak lelakinya itu mula membelek-belek telefon yang diletakkan di atas meja pameran.

Dengan pantas, dia kemudiannya menarik telefon tersebut dan menyembunyikannya di baju sebelum keluar dari kedai dengan selamba.

Langkahnya itu kemudian dituruti oleh isteri dan seorang lagi anaknya.

Tidak dapat dipastikan sama ada isterinya sedar atau tidak dengan perlakuan si suami atau mereka sememangnya sudah merancangnya bersama-sama.

Apa yang menyedihkan, anak-anak yang tidak tahu apa-apa dipergunakan bagi mengaburi pandangan pekerja kedai.

Kalau beginilah perangai si bapa, tak tahulah kami macam mana dia mendidik anak-anaknya nanti.



Sumber : mynewshub.cc

Juruteknik ATM Maybank Curi RM80 Ribu, Didenda RM20 Ribu?

Peribahasa ada menyatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Seorang bekas juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank, akhirnya mengaku bersalah mencuri wang berjumlah  RM80,850 dari sebuah mesin ATM.


Juruteknik ATM Maybank Curi RM80 Ribu, Didenda RM20 Ribu?, info, terkini, berita, sensasi, jenayah, ATM Maybank

Tertuduh, Hamdan Abu Hussin, 27, dijatuhkan hukuman didenda sebanyak  RM20,000 dan dipenjarakan seminggu oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Keputusan perbicaraan tersebut dibacakan oleh Hakim Nor Sharidah Awang, hari ini.

Menurut Nor Shahridah, keputusan mahkamah ini mengambil kira kepentingan awam walaupun tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau.

Bagaimanapun, tertuduh boleh dihukum penjara selama enam bulan lagi jika gagal membayar denda yang dikenakan pihak mahkamah.

Hamdan dikatakan melakukan kesalahan tersebut pukul 3.20 petang di ruang legar Bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Presint 2, Putrajaya pada  7 Mac lalu.

Bercerita lanjut mengenai kes kecurian ini, pihak Safeguards menerima maklumat mengenai kehilangan wang anggaran RM80,000 di mesin ATM Maybank berkenaan pada 9 Mac lalu.



Sumber : mynewshub.cc

Cara Baru Sindiket Mencuri Kereta

Pernahkah anda terserempak dengan gambar di atas yang di mana penunggang motorsikal mengambil tiket parkir?


Cara Baru Sindiket Mencuri Kereta, info, terkini, berita, jenayah, kes curi kereta


Sekiranya ada, segeralah mengambil gambar no plat motorsikal berkenaan dan terus laporkan di bilik pengawal penjaga parkir atau Polis.

Menurut sumber, gambar di atas di ambil oleh seseorang ketika hendak membeli belah di Jusco Tebrau, Johor.

Untuk makluman anda semua, ini adalah modus operandi terbaru sindiket mencuri kereta yang sedang digiatkan oleh penjenayah sekitar pusat membeli belah.

Taktik penjenayah tersebut adalah dengan merampas kenderaan di belakang sewaktu pengguna hendak keluar dari pusat membeli belah.

Penjenayah ini amat licik kerana mereka akan memerhati kecuaian dan kesilapan manusia.

Mereka dikatakan  akan memecah cermin kenderaan yang hendak dicuri, lebih-lebih lagi jika mangsa adalah merupakan golongan perempuan.

Terdapat sebuah kes di Jusco Bukit Tinggi Klang, di mana seorang pemandu perempuan hendak membayar parkir di mesin sebelah dan membiarkan kereta dalam keadaan enjin masih hidup.

Dengan sepantas kilat penjenayah yang mengunakan taktik mengambil tiket menggunakan motor seperti gambar di atas terus mengambil kesempatan dengan merampas kereta mangsa sewaktu mangsa hendak membayar parkir.

Buat anda semua, sila pastikan anda telah membayar tiket parkir terlebih dahulu sewaktu hendak keluar dari pusat membeli belah,bagi mengelakkan daripada anda perlu keluar dari kenderaan kerana hendak membayar tiket parkir.


Sumber : sukamenulis.blogspot.com