Doktor terkandas ucap selamat bercuti pada PM

Semalam, seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Badang memuatkan posting mengenai keadaan terdesak di kliniknya yang beliau dakwa terputus hubungan akibat banjir dan tidak mendapat apa-apa bekalan.




“Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta.”- Malaysiakini

Rumah Khairul Fahmi Che Mat juga sudah di naiki air banjir

Rumah penjaga gol Bolasepak Kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat di Kota Bahru juga tidak terkecuali di naiki air banjir besar yang melanda Kelantan.


Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Namun penjaga gol bolasepak kebangsaan itu kini sedang bercuti bersama keluarga nya di Macau, sama -sama kita doa kan agar semua mangsa-mangsa yang terlibat berada di dalam keadaan selamat.'
Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

 Daerah Gua Musang yang dua tiga hari lepas teruk di landa banjir kini telah pun surut, dan kini Daerah Kuala Krai pula alami banjir yang amat luar biasa.

Kini berbagai pihak dan ejensi sedia bergerak ke Pantai timur dalam menghulur kan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sana. Oleh Tiffany HNS


Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,

Rumah Khairul Fahmi Che Mat banjir, iinfo, terkini, mangsa banjir,


Sumber : newsredapple.blogspot.com

Fesyen Kambing Apa Pakai Seluar Macam Nih

Beberapa gambar dua wanita bertudung tetapi berseluar pendek sehingga menampakkan paha, tersebar meluas di laman sosial.

Dalam ‘penampakan’ di sebuah pusat beli belah di bandar itu, dua wanita terbabit dilihat memakai tudung berwarna kuning, namun berseluar pendek sehingga menampakkan bahagian kaki mereka yang putih melepak.

Tidak diketahui apa motif mereka berpakaian sedemikian.

Menurut seorang pekerja Parkson, Umiq berkata, dua wanita terbabit bukan orang tempatan. Sebaliknya warganegara China yang datang melancong ke Malaysia. Namun tidak diketahui apa motif mereka berpakaian seperti itu.

“Tidak tahu apa motif mereka berpakaian seperti itu. Seorang jalan dengan tersenyum riang, seorang lagi berjalan sambil tutup muka. Kami semua terkejut dengan penampilan mereka berdua, termasuk para pengunjung pusat beli belah pelbagai bangsa memerhatikan mereka berdua,” katanya.

Ada seorang lelaki dikatakan telah menegur perbuatan dua wanita berkenaan. Namun dengan tanpa sebarang rasa bersalah, mereka memberikan alasan mereka pelancong China dan enggan mengendahkan teguran lelaki terbabit.

Sehingga kini, masih tidak dapat dikenal pasti apakah benar dua wanita terbabit pelancong China atau cuba mewujudkan provokasi dan menghina agama Islam. Hal seperti ini perlu dipandang serius oleh pihak berwajib kerana ia boleh menjadi satu penghinaann terhadap agama Islam.


Fesyen Kambing Apa Pakai Seluar Macam Nih, info, terkini, berita, sensasi,

Fesyen Kambing Apa Pakai Seluar Macam Nih, info, terkini, berita, sensasi,

Fesyen Kambing Apa Pakai Seluar Macam Nih, info, terkini, berita, sensasi,

Fesyen Kambing Apa Pakai Seluar Macam Nih, info, terkini, berita, sensasi,


Sumber : mynewshub.cc

Wanita Yang Menyebabkan Ramai Mengamuk

Sebagai umat islam kita wajib membantu saudara seagama kita disana pelbagai bantuan diperlukan jika tidak berkemampuan bantulah dengan doakan mereka supaya selamat segala-segalanya jika anda mahu menyumbang sesuatu dibawah nombor untuk anda hubungi.


Wanita Yang Menyebabkan Ramai Mengamuk, info, terkini, berita, sensasi,viral

Berbalik kepada tajuk diatas memang sangat mengecewakan disebalik Negeri Kelantan ditimpa banjir ada juga yang kehilangan harta benda muncul pula wanita ini yang bernama Nur Aini Al Azhar dengan tanpa perasaan serba salah mengatakan padan muka rakyat Pantai Timur.


Wanita Yang Menyebabkan Ramai Mengamuk, info, terkini, berita, sensasi,viral

Status beliau mengundang kemarahan bukan sahaja rakyat Kelantan bahkan seluruh Malaysia.Semoga Beliau sempat bertaubat

Artikel Terdahulu : Terkini !! Anak Najib Razak Mengamuk Di Twitter

Sumber : m-poser.blogspot.com

Terkini !! Anak Najib Razak Mengamuk Di Twitter

Tweet anak Najib mengamuk menajadi viral dilaman sosial. Amukan anak Najib ini berpunca daripada penyokong-penyokong PKR mengkritik Najib yang kini berada di Hawaii main golf bersama Obama.


Terkini !! Anak Najib Razak Mengamuk Di Twitter, info, terkini, berita, sensasi, anak najib,

Dalam tweet beliau yang suka maki Najib tu cuba kau imagine tu bapak kauthen someone maki bapak kau maca dia maki Najib kau tak marah ?Open minded la weh..

Terkini !! Anak Najib Razak Mengamuk Di Twitter, info, terkini, berita, sensasi, anak najib,

susulan itu Anak Najib ini juga Dihentam oleh pengguna-penguna laman facebook yang lain anda lihat apa reaksi mereka selepas anak Najib Meluahkan marahnya dalam Twitter.

Terkini !! Anak Najib Razak Mengamuk Di Twitter, info, terkini, berita, sensasi, anak najib,

Artikel Terdahulu : 2,000 Coli Dalam Syiling

Sumber: beritahariann.org

2,000 coli, pakaian dalam tersimpan sedekad atas siling

Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama - kehilangan coli serta pakaian dalam wanita.


2,000 coli, pakaian dalam tersimpan sedekad atas siling, info, terkini,berita, china, sensasi, pelik

Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing.

Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka - seorang lelaki dikenali sebagai Tan.

Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan.

Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita.


2,000 coli, pakaian dalam tersimpan sedekad atas siling, info, terkini,berita, china, sensasi, pelik

Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja.

Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu.

“Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi.

“Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita,” katanya.

Artikel Terdahulu : Lelaki OKU Maut Digilis Kereta Api

Sumber : hmetro.com.my

Lelaki OKU Maut Digilis Kereta Api

Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut selepas kedua-dua belah tangan dan kakinya putus digilis kereta api kargo dalam satu kejadian dekat Bedong awal pagi semalam.


Lelaki OKU Maut Digilis Kereta Api, info, terkini, berita, ngeri,

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi menyebabkan mangsa, M Kalimuthu, 29, yang dikatakan mengalami masalah mental maut di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai merayau-rayau di kawasan landasan terbabit seorang diri, sebelum digilis kereta api itu.

Mayat mangsa termasuk cebisan anggotanya yang putus dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Terdahulu : Mek Kelate Gigih Berniaga Walau Berendam Banjir

Sumber : wowberita.org

Mek Kelate Gigih Berniaga Walau Berendam Banjir.. Salute!

Keadaan banjir di dua buah negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu belum ada tanda-tanda reda, malah jumlah mangsa dilaporkan kian meningkat.


Mek Kelate Gigih Berniaga Walau Berendam Banjir, info, terkini, berita, sensasi, akibat banjir di kelantan

Meskipun banjir adalah satu musibah, tetap terselit cerita yang memberi inspirasi di sebaliknya.

Sebagai contoh, kisah para peniaga di Kampung Kedai Tanjung, Pasir Mas yang tetap gigih mencari rezeki dengan berniaga makanan seperti jagung bakar, keropok dan lain-lain meskipun terpaksa berendam dalam air banjir.

Menurut salah seorang peniaga di sini, dia memperoleh lebih RM500 sehari hasil berniaga jagung bakar di musim banjir ini.

Wow, memang berbaloi walau kecut badan kena berendam kan?

Berniaga dalam suasana banjir juga, diteruskan seorang peniaga nasi berlauk di Rantau Panjang, dalam gambar di bawah.


Mek Kelate Gigih Berniaga Walau Berendam Banjir, info, terkini, berita, sensasi, akibat banjir di kelantan

Lihat sajalah ketinggian paras air banjir tu, dah nak sama level dengan meja tapi bisnes tetap jalan.

Ore Kelate memey power!

Bukan semua orang sanggup bertahan berendam dalam air banjir seperti mereka jadi kami memang salut abis la..

Artikel Terdahulu : Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali

Sumber : mynewshub.cc

Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali

Di Itali, umat Islam di sana dianggarkan seramai 1.5 juta tetapi hanya ada 8 buah sahaja masjid rasmi.


Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali, info, terkini, berita, islam di itali

Jadi di manakah tempat mereka mengerjakan ibadah?

Sungguhpun Masjid Rom adalah masjid terbesar di Eropah tetapi majoriti penganut Islam yang tidak tinggal di sana terpaksa bersolat di masjid sementara.

Masjid sementara dibina di dalam rumah kedai, kawasan kilang, bilik belakang dan kawasan lapang.

Bukan itu sahaja, pembinaan masjid baru dihalang oleh pihak berhaluan kiri yang mempertahankan kesucian agama Katolik.

Beberapa pemintaan membina masjid berjaya dihalang oleh pihak Lega Nord yang berasakan pendatang beragama Islam tidak seharusnya berani meminta membina rumah ibadat agama yang mereka katakan adalah pengganas.

Penentang pembinaan masjid di Itali kerap menggunakan alasan di dalam Al Quran ada tertera orang Islam boleh beribadat di mana-mana dan tidak memerlukan bangunan masjid khas.


Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali, info, terkini, berita, islam di itali

Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali, info, terkini, berita, islam di itali

Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali, info, terkini, berita, islam di itali

Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali, info, terkini, berita, islam di itali

Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali, info, terkini, berita, islam di itali

Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali, info, terkini, berita, islam di itali

Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali, info, terkini, berita, islam di itali

Masjid-Masjid Sementara Umat Islam Di Itali, info, terkini, berita, islam di itali




Artikel Terdahulu : Lantai Kompleks KDN Retak

Sumber : mynewshub.cc

Lantai Kompleks KDN Retak Akibat Perubahan Suhu Bawah Tanah

Orang ramai yang berurusan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Jalan Duta di sini, Selasa terkejut apabila lantai seluas sembilan meter persegi di ruang legar bangunan itu mengalami keretakan.


Lantai Kompleks KDN Retak, info, terkini, berita, sensasi,

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 petang itu dipercayai akibat perubahan suhu tanah di bawah kawasan lantai itu berikutan perubahan cuaca.

"Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas tiba di kompleks itu pukul 4.11 petang untuk membuat pemeriksaan dan mendapati bangunan itu masih selamat untuk digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata bangunan itu masih dalam tempoh jaminan kontraktor pembinaan selama lima tahun.

"Bangunan ini baru empat tahun diduduki dan berdasarkan temu bual dengan pegawai KDN, kami dimaklumkan pihak kontraktor akan membaiki kerosakan tersebut," katanya.


Sumber : mStar Online

Letupan Gas: Dua Maut, Seorang Parah di Gurun

Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang Rabu.


Letupan Gas: Dua Maut, Seorang Parah di Gurun, info, terkini, berita, letupan gas, kedah

Kejadian yang berpunca daripada letupan sebuah tong gas di bahagian dapur rumah itu menyebabkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang wanita cedera parah.

Jurucakap Bomba Kedah berkata pihaknya menerima panggilan itu pada pukul 4.57 petang.

Katanya sebanyak tiga jentera serta 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Yan dan Sungai Petani dikerahkan ke tempat kejadian, dengan jentera pertama tiba pada 5.13 petang.

" Setiba jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres akibat daripada letupan tong gas di bahagian dapur.

Letupan Gas: Dua Maut, Seorang Parah di Gurun, info, terkini, berita, letupan gas, kedah

" Letupan menyebabkan struktur rumah runtuh dan turut melibatkan lapan buah rumah yang berhampiran. Api kebakaran akibat letupan itu dapat dikawal pada 5.20 petang," katanya ketika dihubungi.

Artikel Terdahulu : Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit

Sumber : mstar.com.my

Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit

Dua mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan konkrit cair bagi pembinaan terminal LRT di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights, Subang Jaya.


Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit, info, terkini, berita, runtuhan konkrit cair, kemalangan

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, insiden malang tersebut dipercayai berlaku pada pukul 4.30 petang Rabu.

"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut Twitter pihak Bomba.

Projek sambungan LRT itu diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad.

Sementara itu, Prasarana dalam satu kenyataan berkata konkrit berkenaan runtuh ketika proses meratakan konkrit cair projek sambungan LRT di Kampung Kuala Sungai Baru.

Difahamkan empat pekerja tertimbus dibawah runtuhan konkrit tersebut sementara empat lagi dilaporkan mengalami kecederaan.


Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit, info, terkini, berita, runtuhan konkrit cair, kemalangan

"Usaha mencari dan menyelamat masih berjalan. Pekerja yang cedera telah diberikan bantuan kecemasan dan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Pasukan mencari dan menyelamat, termasuk pihak polis dan pasukan Bomba dan Penyelamat juga telah dikerahkan ke tempat kejadian," menurut kenyataan tersebut.

Artikel Terdahulu : Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas

Sumber : mstar.com.my

Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas

Tempoh pinjaman Frank Lampard di Manchester City akan berakhir pada awal Januari depan. Bagaimanapun pengurusan The Citizens berharap dapat mempertahankan pemain tengah ini kerana prestasinya yang cemerlang.


Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas, info, terkini, berita sukan, epl, manchester city, frank lampard,

Sehingga kini, pengurusan kelab itu masih lagi berunding dengan New York City FC, kelab yang dinaunginya selepas Chelsea. Bagaimanapun, keputusan itu hanya dapat diketuai selepas Hari Krismas.

Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini berkata, Lampard merupakan seorang pemain yang begitu cemerlang.

"Saya ulang lagi bahawa Frank merupakan pemain yang sangat penting. Saya amat berharap dia akan bertahan lebih lama di sini.

"Saya juga berharap rundingan dapat berjalan lancar dan kedudukan Lampard dapat dipastikan dalam beberapa hari lagi," kata Pellegrini.

Sejak dipinjaman ke Manchester City, Lampard berjaya membuat enam jaringan daripada 15 perlawanan.

Artikel Terdahulu : Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Sumber : mstar.com.my

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini dilapor mahu mendapatkan Mario Mandzukic yang benilai £25 juta pada tingkap pemindahan Januari ini sebagai persediaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic, info, sukan, epl, spekulasi, mario manzukic, manchester city


Pellegrini terdesak untuk mendapatkan Mandzukic yang merupakan penyerang Croatia dan Atletico Madrid bagi menajamkan jentera serangan City selepas mereka hanya mengharapkan kepada Sergio Aguero.

Bagaimanapun Aguero juga menerima nasib seperti Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang terpaksa direhatkan akibat mengalami kecederaan.

Aguero perlu direhatkan sehingga Januari manakala Jovetic memerlukan beberapa minggu lagi untuk kembali cergas sepenuhnya.

Tertekan dengan kehilangan penyerang utama, Pellegrini kini terpaksa menggunakan khidmat pemain tengah seperti James Milner untuk mengetuai jentera serangan.

Artikel Terdahulu : Nicol Juarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia Kali Ke-8

Sumber : mstar.com.my

Nicol Juara Kejohanan Skuasy Wanita Dunia

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menutup tirai penyertaannya dalam kejohanan peringkat antarabangsa tahun ini dengan meraih gelaran juara untuk kali kelapan dan dinobatkan sebagai pemain wanita nombor satu dunia 2014.


Nicol Juara Kejohanan Skuasy Wanita Dunia, info sukan, berita, skuasy, nicol david juara skuasy kali kelapan

Kemenangan beliau dalam Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kaherah, Mesir Sabtu lepas menjadi pelengkap kepada kemenangan yang diraihnya pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia, selain dimahkotakan sebagai juara bagi enam kejohanan Jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA) dan menerajui cabaran Malaysia untuk beraksi untuk julung kalinya di peringkat akhir Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia.

Mengenai kemenangan yang diraihnya pada Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kaherah, Nicol berkata ia antara kejayaan yang tidak akan dilupainya kerana terpaksa mengejar mata dalam set keempat untuk mengalahkan lawannya.

"Ketika itu, keazaman yang ada dalam minda saya ialah untuk mendapatkan mata terakhir kerana saya tahu saya telah bekerja keras dan oleh itu perlu menang dan tidak mahu peluang yang ada terlepas dengan mudah.

"Kepercayaan yang diberi keluarga dan rakan sepasukan menjadi pendorong utama bagi saya untuk mengatasi semua halangan. Ia sesuatu yang amat berharga dan saya gembira kerana usaha gigih saya telah membuahkan hasil," kata Nicol yang kembali ke tanah air untuk menyambut Krismas bersama rakan dan keluarga di sini, Rabu.

Sabtu lepas, anak jati Pulau Pinang ini meraih gelaran juara kelapan apabila mengalahkan pemain utama tuan rumah dan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily, dalam pertarungan mendebarkan sebanyak lima set selama sejam, enam minit di Wadi Delga Squasy Club, Mesir, yang berkesudahan dengan keputusan 5-11, 11-8, 7-11, 14-12, 11-5.

Ditanya adakah lapan gelaran juara dunia yng diraihnya itu sudah cukup baginya, Nicol berkata ia belum cukup.

"Saya rasa selagi tubuh saya masih mampu serta sihat, dan keinginan untuk menang masih ada, saya tidak akan berhenti," katanya.

Nicol berkata pada 2015, beliau akan menyertai lebih 10 kejohanan, bermula dengan Kejohanan Juara-juara pada 16 Jan di New York.

"Selain kejohanan utama seperti Kejohanan Juara-juara, Terbuka Britain dan Terbuka Amerika, saya juga berazam mencatat prestasi cemerlang dalam kejohanan yang berlangsung di Malaysia," katanya.

Nicol berkata beliau akan berehat selama dua minggu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk menyambut Krismas dan Tahun Baharu 2015 bersama rakan dan keluarganya.

Artikel Terdahulu : Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas

Sumber : mstar.com.my

Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas

Sebentar tadi, menerusi maklumat yang dikongsikan di Facebook Sukan Star TV, satu kemalangan melibatkan bot penyelamat mangsa banjir telah berlaku di Kampung Dato Haji Ibrahim Fikri di Kemaman, Terengganu.


Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas, info, terkini, berita, mangsa banjir, lemas

Panggilan mengenai kejadian telah diterima oleh pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) sekitar jam 1.45 petang tadi.

Laporan yang diterima menyebut bot tersebut dinaiki oleh tiga anggota penyelamat dan lima mangsa banjir yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita.


Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas, info, terkini, berita, mangsa banjir, lemas

Bot tersebut dikatakan terbalik selepas terperangkap pada pusaran air, menyebabkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita hilang dihanyutkan arus deras.

Ketika kejadian, semua mangsa menggunakan jaket keselamatan.

Setakat ini, usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.


Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas, info, terkini, berita, mangsa banjir, lemas

Menerusi ruangan komen di Facebook Geng Bandar Chukai Kemaman pula, ada pihak memaklumkan kedua-dua mangsa merupakan pasangan suami-isteri.

Sama-samalah kita doakan semoga mereka dapat ditemui dalam keadaan selamat.




Artikel Terdahulu : JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular Di Musim Banjir

Sumber : mynewshub.cc

JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular Di Musim Banjir

Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menjadi tidak menang tangan untuk menangkap ular.


JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular, info, terkini, berita, Terengganu, Bencana Banjir

Ini kerana hampir setiap hari Bilik Operasi Daerah JPAM menerima panggilan mengenai ular yang memasuki rumah penduduk.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah menangkap 383 ekor ular yang memasuki rumah penduduk dari 1 hingga 20 Dis lalu.

Beliau berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tangkapan tertinggi iaitu 117 kes, diikuti Dungun (70 kes), Marang (65 kes), Besut (50 kes), Kemaman (46 kes), Hulu Terengganu (19 kes) dan Setiu (16 kes).

Antara spesis yang sering ditangkap terdiri daripada tedung, senduk dan katam tebu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut, katanya.

“Apabila habitat ular terganggu (seperti banjir), ular akan menyusur masuk ke tempat yang dirasainya selamat seperti dalam rumah untuk berlindung. Ular akan masuk melalui lubang pintu rumah dan lubang tandas. Namun sehingga kini tiada kes mangsa yang dipatuk ketika berada di dalam tandas,” katanya kepada Bernama.

Che Adam menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menghubungi anggota JPAM untuk menangkap ular yang memasuki rumah mereka. – BERNAMA

Video Pencuri Guna Anak Isteri Kaburi Perbuatan Jahat

Ternyata status seorang suami dan bapa tidak mampu menyekat perbuatan jahat seorang lelaki daripada mencuri telefon pintar yang dipamerkan di Plaza Metro, Kajang ini.


Video Pencuri Guna Anak Isteri Kaburi Perbuatan Jahat, info, terkini, berita, sensasi, jenayah

Menerusi rakaman kamera pengawasan, dia pada mulanya dilihat berlegar-legar bersama isteri dan dua anaknya di dalam kedai tersebut.

Tidak lama kemudian, lelaki yang mendukung anak lelakinya itu mula membelek-belek telefon yang diletakkan di atas meja pameran.

Dengan pantas, dia kemudiannya menarik telefon tersebut dan menyembunyikannya di baju sebelum keluar dari kedai dengan selamba.

Langkahnya itu kemudian dituruti oleh isteri dan seorang lagi anaknya.

Tidak dapat dipastikan sama ada isterinya sedar atau tidak dengan perlakuan si suami atau mereka sememangnya sudah merancangnya bersama-sama.

Apa yang menyedihkan, anak-anak yang tidak tahu apa-apa dipergunakan bagi mengaburi pandangan pekerja kedai.

Kalau beginilah perangai si bapa, tak tahulah kami macam mana dia mendidik anak-anaknya nanti.



Sumber : mynewshub.cc

Nenek Berusia 81 Tahun Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara

Payung terjun merupakan sukan yang cukup ekstrem dilakukan, apalagi bagi mereka yang masih berkategori first time. Perlu latihan yang cukup lama, agar ketika melakukan sukan ini tubuh tidak terperanjat dan terkejut, kerana dilakukan di atas ketinggian.


Nenek Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara, info, terkini, sensasi, berita,

Begitu juga dengan usia penerjun, yang biasanya relatif muda dan kuat. Namun jika payung terjun dilakukan oleh seorang, wanita amatur, dan lanjut usia. Pasti anda ingin tahu, dan apa yang membuatnya rela melakukan perkara tersebut.

Nenek bernama bernama Min, yang berasal dari Shiyan, Hubei, China, mungkin menjadi nenek yang berani melakukan aksi ekstrem terjun payung, apalagi dilakukan di usianya yang tidak lagi muda, iaitu 81 tahun.

Hebatnya lagi, ini adalah pertama kalinya ia melakukan aksi tersebut, semasa melakukan lawatan ke Australia,untuk melawat anaknya yang ada di sana. Tindakan tersebut boleh membuat anda terkejut dan terperanjat, sekaligus kagum dengan apa yang ia lakukan.

Dalam foto-fotonya kelihatan ia sangat menikmati tindakan tersebut. Lucu, adalah satu kata yang boleh keluar saat melihatnya melakukan terjun payung, walaupun ia ditemani oleh orang yang profesional.

Ia juga mengakui, tidak ingin masa tuanya dihabiskan hanya berdiam diri di rumah sambil bermain catur. Dan ia boleh melakukan perkara yang unik dan ekstrem, walaupun usianya tidak lagi muda.

Nenek Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara, info, terkini, sensasi, berita,

Nenek Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara, info, terkini, sensasi, berita,

Nenek Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara, info, terkini, sensasi, berita,


Sumber : zamrispoon.blogspot.com