Berb0gel Selepas Mengambil 'Ubat Zombie'

Seorang wanita bertelanjang telah dirakam orang ramai bergolek di atas sebuah jalan  di New York. Tidak banyak yang diketahui mengenai kejadian itu kecuali ia berlaku pada Prospect Avenue dalam kejiranan Longwood daripada Bronx.

Berbogel Selepas Mengambil 'Ubat Zombie'

Rakaman video yang menunjukkan wanita itu telanjang bergolek di dalam pertengahan jalan sebelum dua anggota polis mengiringi beliau ke kaki lima. Wanita itu mungkin telah mengambil ubat sintetik yang dikenali sebagai "ubat zombie" yang telah dikaitkan dengan banyak kes di mana pengguna itu telah dibogelkan.

November lalu, DEA berkata dadah itu telah muncul kembali di New York City.-ohdunia


Video Adi Putra Mengaku Sudah Berkahwin Buat Kali Kedua

Setelah lama berdiam diri, pelakon Adi Putra akhirnya mengaku beliau sudah berkahwin buat kali kedua bersama seorang janda anak satu.


Video Adi Putra Mengaku Sudah Berkahwin Buat Kali Kedua


Pengakuan Adi itu dibuat menerusi satu temu bual bersama program Melodi TV3, malah video penjelasan beliau itu turut dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi beliau.

    Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua. Ada yang bertanya kenapa saya berdiam diri mahupun melarikan diri. Saya rasa mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tidak, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya, tanggungjawab bermaksud hal peribadi.

    Ramai ingin tahu ya ataupun tidak. Ya saya akan jelaskan. Memang ya saya bernikah, bererti dua isteri. Disini, terjawablah segala persoalan dan andaian selama ini.

Adi juga menyatakan beliau tidak menyimpan perasaan dendam kepada mereka yang sebelum ini menghina serta mengkritik beliau serta membuat pelbagai andaian mengenai dirinya.

Video Adi Putra Mengaku Sudah Berkahwin Buat Kali Kedua

Pada masa yang sama beliau mengakui foto-foto beliau  nikah bersama seorang wanita yang disebarkan sebelum ini adalah benar.

Malah, perkahwinan Adi juga diketahui oleh isteri pertamanya Aida Yusof. Namun, Aida sebelum ini tidak mahu memberikan sebarang komen kerana ingin menjaga aib Adi Putra.

Berikut video penuh penjelasan Adi Putra berhubung perkahwinan beliau :-

Adi Putra akan mengadakan sidang media khas pada jam 2 petang hari ini di Casa Ampang untuk menjawab segala persoalan dan menjelaskan perkara sebenar disebalik pernikahan beliau yang kedua.-beautifulnara

Adele Bakal Berlakon Dalam Filem?

Selepas meraih kejayaan sebagai penyanyi, Adele dilaporkan bakal berlakon filem tidak lama lagi.Menurut media antarabangsa, Xavier Dolan yang merupakan pengarah klip video lagu Hello nyanyian Adele telah menyenaraikan nama bintang terkenal itu sebagai salah seorang barisan pelakonnya.

Adele Bakal Berlakon Dalam Filem?

Artikel itu menyebut bahawa Adele bakal berlakon di samping pemenang Anugerah Oscar, aktres Natalie Portman.

Menurut media antarabangsa, Xavier Dolan yang merupakan pengarah klip video lagu Hello nyanyian Adele telah menyenaraikan nama bintang terkenal itu sebagai salah seorang barisan pelakonnya.

Adele Bakal Berlakon Dalam Filem?

Artikel itu menyebut bahawa Adele bakal berlakon di samping pemenang Anugerah Oscar, aktres Natalie Portman.

Adele Bakal Berlakon Dalam Filem?

Namun filem yang bakal dilakonkan itu masih belum diperincikan maklumatnya oleh sang penerbit.

Menurut sumber Scoopla, Adele tidak berminat untuk menjadi pelakon sepenuh masa, sebaliknya dia gembira bekerja dengan Xavier dan pengarah itu juga percaya Adele mempunyai bakat lakonan yang boleh diketengahkan ke layar perak. –mynewshub

Datin Red Sindir Pedas Adira

Isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan bahawa dia sudah masak benar dengan perangai suaminya yang turut dikenali sebagai Dato Red.

Datin Red Sindir Pedas Adira

Syarifah atau lebih dikenali sebagai Datin Red berkata, dia kini langsung tidak ambil pusing mengenai hal-hal negatif yang dikaitkan dengan suaminya.

Suaminya baru-baru ini dikaitkan dengan pelakon wanita yang semakin meningkat naik, Ruhainies.

Dato Red turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyukai aktres muda itu selepas tersebar sebuah video memaparkan aksi mesra mereka di sebuah pusat beli belah.

Datin Red Sindir Pedas Adira

“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?

“Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.

Datin Red Sindir Pedas Adira

Bercerita mengenai hal bermadu, Datin Red berkata, “Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.

“Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,” katanya lagi.

Datin Red berkahwin dengan Dato Red 10 tahun lalu, ketika suaminya bekerja sebagai pemandu lori sayur.

“Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya, mungkin juga sebab anak-anak.

“Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun lalu, apabila perniagaan suami semakin baik,” katanya.

Dato Red berkahwin kali kedua dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember lalu. –mynewshub

Pasangan Lakukan Asmara Siang Hari Kejutkan Penduduk

Bila sudah hilang maruah dan malu, inilah yang berlaku, sanggup melakukan seks di tempat awam, pada siang hari pula.

Pasangan Lakukan Seks Siang Hari Kejutkan Penduduk

Aksi pasangan ini melakukan seks, hanya beberapa meter dari jalan utama telah mengejutkan penduduk fi Minsk, Beirut.

Bukan itu sahaja, penduduk di situ turut diganggu dengan bunyi mengerang yang kuat.

Gambar pasangan yang langsung tiada maruah itu telah dirakamkan dan kemudian dimuatnaik dalam Twitter dengan kapsyen:

“Ini adalah gambar yang terkenal di Sukharevo. Saya tertanya-tanya apa lagi yang tertinggal dari penglihatan.

Jika pasangan itu dapat didedahkan identitinya, mereka berdepan dengan hukuman berat kerana melakukan kelucahan melampau tanpa mempedulikan orang ramai terutama kanak-kanak dan dilakukan di tempat terbuka.-mynewshub

Juventus Sasar Nemanja Matic

Nemaja Matic menjadi sasaran utama Juventus dalam pencarian bagi menggantikan Paul Pogba. Pogba kini semakin hampir berhijrah ke Manchester Untied menerusi perpindahan yang akan memecah rekod dunia iaitu lebih £100 juta.

Juventus Sasar Nemanja Matic

Berikutan itu, Juventus akan menggunakan dana berkenaan untuk mendapatkan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain dari Napoli dan seorang pemain tengah.

Daily Mail melaporkan, Matic kini menjadi pilihan utama Massimilliano Allegri selain Moussa Sissoko yang merupakan pemain Newcastle.

Matic yang juga pemain kebangsaan Serbia tidak menjadi pilihan Chelsea untuk diturunkan dalam kesebelasan utama sejak akhir musim lalu.

Dia berhijrah ke Chelsea dari Benefica dengan yuran perpindahan bernilai £30 juta pada 2014, sebelum membantu kelab tersebut menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Matic dijangka akan dilepaskan oleh Antonio Conte selepas jurulatih kelahiran Itali itu mendapatkan N'Golo Kante dari Leicester.-mstar

Pep Guardiola Berdepan Masalah

Usaha Pep Guardiola untuk membentuk semula Manchester City berdepan masalah apabila tujuh pemain senior akan mengakhiri kontrak mereka pada musim ini.

Pep Guardiola Berdepan Masalah

Tujuh pemain bertaraf bintang itu akan meninggalkan Manchester City secara percuma pada musim depan jika mereka tidak ditawarkan kontrak lanjutan, lapor Daily Mirror.

Pemain tersebut ialah Yaya Toure, Fernandinho, Pablo Zabaleta, Gael Clichy, Jesus Navas, Bacary Sagna dan Willy Caballero.

Selain itu, pihak atasan kelab turut sedang berusaha mengurangkan pemain bukan warga England bagi memenuhi syarat Liga Perdana Inggeris yang mahukan lapan pemain tempatan daripada 25 orang yang didaftarkan.

Setakat ini, Toure berpeluang menyertai Inter Milan yang dipimpin bekas jurulatih City, Roberto Mancini.

Bagi Zabaleta pula, Roma antara kelab yang telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya sejak musim lalu.

Sevilla dilapor mahu mendapatkan Navas manakala Caballero sedia meninggalkan City.-mstar

Namewee Sekali Lagi Permainkan Agama Dengan Muzik Video

Pengarah, komposer dan penyanyi rap, Namewee sekali lagi mencetuskan kontroversi - kali ini dengan muzik video "Oh My God" yang dilihat menghina pelbagai agama.

Namewee Sekali Lagi Permainkan Agama Dengan Muzik Video

Ketika menjelaskan mengenai klip itu, Namewee menerusi video berasingan berjudul "Tokok" berkata, dia sedar bahawa video berkenaan mungkin akan diharamkan di Malaysia.

Namun katanya, dia tetap mengambil keputusan untuk menyiarkannya bagi menggalakkan keharmonian agama.

"Perkara yang paling sukar ialah video itu mungkin akan diharamkan di Malaysia. Anda akan memahami selepas anda menonton muzik video itu.

"Kami hanya mahu menggalakkan keharmonian dalam semua agama. Banyak negara berhadapan isu-isu agama...ada juga beberapa negara yang mempunyai konflik berterusan tanpa perdamaian," katanya.

Namewee yang sebelum ini mempersendakan lagu Negaraku berkata, muzik video itu dirakamkan untuk membuka mata semua agama.

"Kami menggabungkan empat agama utama, ia adalah sesuatu yang jarang berlaku," katanya.

Klip empat minit yang diarahkan dan dihasilkan oleh Namewee menampilkan band Taiwan yang dikenali sebagai Nine-One-One.

Video itu bermula dengan azan, koir gereja dan pukulan gong meditasi Buddha serta loceng kuil Hindu.

Namewee kemudiannya menggunakan istilah seperti "Namo Amitabha," "Hallelujah", "Om Mani Padme Hum" dan "Allah".

Klip video yang dimuat naik di YouTube pada awal Ahad telah ditonton oleh 40,799 pengguna setakat ini.-mstar

Kunci Kebahagiaan Amy Mastura

Penyanyi Amy Mastura memberitahu faktor dia jarang mendedahkan tentang perihal keluarganya kepada umum antara kunci kebahagiaan bersama suami, Alvin Tham Suffian yang dikahwininya sejak 16 tahun lalu.

Kunci Kebahagiaan Amy Mastura


Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 45, berkata, dia bersyukur sepanjang tempoh itu tiada masalah besar yang melanda hubungan mereka suami-isteri selain kehadiran dua cahaya mata banyak menguatkan lagi ikatan mereka sebagai pasangan.

"Saya tiada sebarang rahsia tertentu tetapi sejak dahulu lagi saya memang kurang dedahkan kisah keluarga untuk tatapan umum dan perkara itu saya rasa turut menyumbang kepada kebahagian kami sekeluarga.
Amy kini bahagia bersama suami dan dua cahaya matanya.

"Tiada yang istimewa tentang keluarga saya sebenarnya kerana kita juga harus yakin bahawa kebahagian itu adalah kurniaan Allah dan sebagai hambaNya kita kena jaga amanah itu sebaik-baiknya," katanya kepada mStar Online.

Amy Mastura ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminatnya iaitu Amy Mastura Fan Club (AMFC) di Bora Ombak Ampang di sini, Sabtu lalu.

Kunci Kebahagiaan Amy Mastura

Dalam pada itu, Amy tidak menafikan lumrah hidup sebagai suami-isteri akan wujud salah faham namun pengalaman hidup berumahtangga membuatkan dia banyak belajar untuk menyelesaikan masalah.

"Pasangan mana yang tidak pernah salah faham tetapi Alhamdulillah semakin lama kami melayari bahtera perkahwinan ia mematangkan kami.

"Saya juga bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang cukup memahami," katanya.

Amy dan Alvin berkahwin pada 30 Jun 2000 dan mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Adriana Tham, 15 dan Adalia Tham, 11.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri bersama kelab peminatnya, Amy berkata, seramai 100 peminat hadir pada majlis itu yang diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan pelbagai aktiviti.


Malah kata Amy, dia tidak menyangka ada peminat yang mengikuti perkembangan kariernya sejak awal kemunculannya turut hadir pada acara berkenaan.

“Percaya atau tidak, ada di antara peminat-peminat saya yang mengikuti perkembangan karier seni saya sejak mereka kecil sehinggalah berkahwin dan beranak pinak pun ada hadir.

“Saya sebenarnya cukup terharu dengan usaha mereka mengadakan majlis ini dan tidak lupa kepada semua penaja yang membantu menjayakan lagi majlis ini," ujarnya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi berkaraoke bersama peminat, pertandingan mewarna kanak-kanak dan persembahan eksklusif daripada Amy Mastura sendiri.

Sementara itu bercerita tentang kerjaya seninya, Amy berkata, dia bakal muncul dengan single berentak balada berjudul 'Kalimah' ciptaan anak kepada komposer Johari Teh, Ardib Johari.

Selain itu, Amy juga bakal memasuki set sebuah drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production dalam waktu terdekat ini.-mstar

Wawa Zainal Bising Pada Aeril Zafrel

Pelakon Aeril Zafrel bercadang untuk mengambil cuti selepas pementasan teater muzikal Lela Manja yang sedang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya tamat pada 31 Julai ini.

Wawa Zainal Bising Pada Aeril Zafrel

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 28, berkata, sejak Disember tahun lalu dia langsung tidak berkesempatan untuk bercuti kerana jadual kerjayanya padat dengan pelbagai aktiviti seni.

"Jujur saya katakan buat masa ini apa yang saya perlukan adalah waktu rehat berkualiti kerana sejak Disember lalu saya langsung tidak berkesempatan berbuat demikian.

"Jadual kerja saya begitu padat dengan pelbagai penggambaran dan aktiviti seni dan Insya-Allah sejurus selesai pementasan teater muzikal Lela Manja saya akan bercuti seketika," katanya.

Dalam pada itu, Aeril berkata, isterinya, aktres Wawa Zainal mula merungut apabila dia jarang meluangkan masa bersama keluarga.

Bagaimanapun kata Aeril, walaupun sentiasa sibuk dia akan memastikan sentiasa berkomunikasi dengan isterinya itu bagi mengetahui perkembangan sesamanya dan anak-anak.

"Memang isteri ada bising sebab saya asyik sibuk dan sebab itu juga saya mahu ambil cuti selepas tamatnya teater ini," ujarnya.

Tambah Aeril, dia akan membawa isteri dan anak-anaknya melancong ke Pulau Langkawi untuk merehatkan minda selain menghabiskan masa bersama keluarga.

"Saya pilih destinasi dalam negara kerana anak-anak masih kecil dan Langkawi adalah lokasi sesuai untuk kami seisi keluarga.

"Insya-Allah saya merancang untuk ke sana selama lima hari," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aeril berkata, selain Lela Manja, dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem KL Vampire yang juga karya dari Indonesia.

Kata Aeril, penggambaran berlangsung di Indonesia selama 10 hari baru-baru ini yang turut menampilkan pelakon seperti Josiah Hogan, Reen Rahim dan Raja Ilya.-mstar