Atletico Madrid Mahukan Christian Benteke

Atletico Madrid sedia mendapatkan Christian Benteke sekiranya penyerang Chelsea, Diego Costa tidak pulang semula ke kelab itu pada musim depan.


Atletico Madrid Mahukan Christian Benteke

Selain Atletico, Benteke yang menjadi penyerang simpanan Liverpool turut diminati West Ham dan Juventus.

Usaha mendapatkan Benteke, 25, semakin giat dilakukan apabila pemain berkenaan mendakwa tidak gembira dengan kaedah yang digunakan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Liverpool juga dilapor mahu menggunakan hasil penjualan Benteke untuk mendapatkan pemain tengah Roma, Leandro Paredes.

Roma sebelum ini pernah menyatakan minat untuk mendapatkan Benteke sebelum memilih Edin Dzeko dari Manchester City.-mstar

Slam Balas Dendam Adakan Konsert Selepas 20 Tahun

Selepas 20 tahun tidak muncul dengan persembahan berskala besar, kumpulan Slam akan tampil dengan sebuah konsert yang dikenali Konsert Kurnia Slam pada 14 Mei depan di Star Expo Centre, Kenanga Wholesale City, dekat sini.


Slam Balas Dendam Adakan Konsert Selepas 20 Tahun

Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Abdul Halim selaku ketua kumpulan itu berkata, konsert hampir dua jam itu adalah hadiah buat peminat yang sekian lama begitu sabar menanti buah tangan terbaharu mereka.

"Selepas Konsert Unplugged Slam yang berlangsung di Stadium Negara pada  3 Ogos 1996, kami tidak tampil dengan sebarang konsert berskala besar. Cuma pada 2012, kami ada jayakan Konsert Slam Kembali Merindu di Singapura.

"Ini saat yang kami nanti-nantikan apatah lagi kesihatan Zamani kini semakin beransur pulih dan dia begitu bersemangat untuk menjayakan konsert ini,” katanya kepada mStar Online.

Slam ditemui pada sidang pengumuman konsert berkenaan yang berlangsung di Talent Lounge, Damansara Pedana, di sini pada Khamis.


Slam Balas Dendam Adakan Konsert Selepas 20 Tahun

Sementara itu vokalis Slam iaitu Zamani turut meluahkan rasa rindunya untuk bertemu peminat menerusi sebuah konsert yang disifatkannya sebagai perjumpaan semula ataupun reunion.

"Saya senang sifatkan konsert ini sebagai sebuah konsert reunion Slam bukan sahaja pertemuan semula sesama anggota tetapi juga dengan peminat. Dalam durasi hampir dua jam persembahan, insyaAllah saya akan sampaikan lebih 25 buah lagu popular   dengan pembahagian beberapa segmen termasuk rangkaian lagu-lagu secara medley," katanya.

Tambahnya Zamani lagi, dalam merancakkan perjalanan konsert tersebut, mungkin akan ada penyertaan beberapa artis muda yang pernah membesar dengan lagu-lagu Slam untuk turut sama membuat persembahan.

Bagaimanapun semua itu masih dalam perancangan.

Harga tiket menyaksikan konsert berkenaan dijual antara RM88 sehingga RM399.

Ia boleh didapati secara dalam talian menerusi www.ticketpro.com.my atau menghubungi talian 03-78807999.-mstar

Michael Carrick Tolak Tawaran Kelab China

Micheal Carrick dilaporkan menolak dua tawaran mewah daripada kelab Liga Super China yang ingin mendapatkan khidmatnya pada akhir musim ini.


Michael Carrick Tolak Tawaran Kelab China

Kontrak pemain tengah itu bersama Manchester United akan berakhir pada musim ini dan sehingga kini tiada tawaran baru daripada kelab berkenaan.

Carrick, 34, merupakan nama baharu yang menjadi perhatian kelab bola sepak China selepas mereka mendapatkan bekas pemain tengah Chelsea, Ramires; pemain buruan Liverpool, Alex Teixeira dan bekas bintang Arsenal, Gervinho.

Difahamkan, wakil Carrick telah mendapat kunjungan daripada wakil kelab China yang mahukan khidmat pemain itu baru-bari ini, lapor Mirror.uk.

Bagaimanapun, pemain England itu dikatakan mahu kekal di United sehingga menamatkan karier sebagai pemain bola sepak profesional.-mstar

Vida Labur RM3.8 Juta Dapatkan Siaran Langsung Setiap Perlawanan

Bermula malam ini (Jumaat), penyokong Kelantan yang berada di luar negeri pantai timur itu berpeluang menyaksikan perlawanan skuad Kijang menentang Sarawak pada aksi Liga Super secara langsung di stesen televisyen, TV9.


Vida Labur RM3.8 Juta Dapatkan Siaran Langsung Setiap Perlawanan

Berita gembira itu adalah hasil inisiatif penaja utamanya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selepas mencapai rundingan dengan Media Prima Berhad (MPB) untuk mendapatkan hak penyiaran membabitkan pasukan berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM3.8 juta pada malam Khamis.

Bukan sahaja perlawanan Liga Super, penyokong turut berpeluang menonton secara langsung aksi Piala FA pasukan itu yang akan disiarkan di dua stesen televisyen milik MPB iaitu TV3 dan TV9.

Menurut jutawan kosmetik itu, pelaburan besar itu dikeluarkan kerana prihatin dengan keluhan penyokong Kelantan yang tidak berpeluang menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru.

"Saya terima maklum balas daripada penyokong yang kecewa kerana tidak dapat menonton sendiri perlawanan tersebut. Jadi anggaplah ini hadiah saya kepada penyokong dalam usaha mengangkat mutu bola sepak di Kelantan.

"Demi cita-cita yang tinggi terhadap pasukan ini, saya cuba penuhi permintaan penyokong. Saya harap mereka akan terus memberikan sokongan kepada Kelantan," katanya.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata rundingan dengan MPB mengenai hak penyiaran tersebut dimuktamadkan pada malam Khamis dan kontrak akan ditandatangani sekembalinya dari China pada Sabtu.

"Persetujuan sudah dicapai kerana saya sendiri sukakan sesuatu perkara itu diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Insya-Allah penyokong dalam menyaksikan perlawanan menentang Sarawak di TV9 malam ini," katanya.

Beliau berkata pelaburan besar itu bukan sekadar gimik tetapi sebahagian daripada usahanya untuk melakukan transformasi besar-besaran terhadap PQPTRW musim ini selain meningkatkan nilai komersial pasukan tersebut.

"Tidak, ini bukan sekadar gimik. Saya cuba memenuhi permintaan penyokong yang amat sayangkan pasukan ini," katanya.

Malah, usahawan wanita dari Machang itu berkata dengan adanya siaran secara langsung, penyokong dapat melihat sendiri prestasi sebenar pasukan dan tidak hanya membuat penilaian sendiri selepas hanya melihat keputusan selepas perlawanan.

"Dengan cara ini, persepsi negatif penyokong yang hanya melihat keputusan perlawanan sahaja sekiranya Kelantan tewas dapat kita elakkan. Itu yang mahu saya lakukan.

"Saya tak nak ada yang jadi 'keyboard warrior' tanpa melihat sendiri perlawanan tersebut. Ia mungkin memberi tekanan kepada ketua jurulatih dan juga pemain," katanya.

Sebelum ini mStar Online melaporkan Vida membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi memastikan skuad PQPTRW berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini.

Vida berkata pelaburan besar itu membabitkan nilai tajaan RM16 juta terhadap PQPTRW, RM3 juta bagi kempen promosi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta RM1 juta menganjurkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Pada 11 Februari lalu, Media Prima diberikan hak penyiaran untuk menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Malaysia untuk tempoh tiga tahun sehingga 2018.

Stesen televisyen itu sudahpun memulakan liputan menyeluruh pada 13 Februari lalu dengan menyiarkan dua perlawanan secara langsung mulai pukul 9 malam.-mstar

Tembakan Rambang: Empat Terbunuh, 30 Cedera

Seramai empat orang terbunuh manakala 30 lagi cedera pada Khamis selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah kilang pemotong rumput di bandar Kansas.


Tembakan Rambang: Empat Terbunuh, 30 Cedera

Harvey County Sheriff T. Walton berkata, jumlah kematian akan meningkat kepada tujuh manakala suspek yang merupakan bekas pekerja kilang berkenaan turut terbunuh.

"Suspek telah ditembak mati oleh pihak berkuasa. Dia adalah bekas pekerja kilang itu.

"Ini adalah satu kejadian ngeri yang pernah berlaku di sini," kata Walton.

Saksi mendakwa ternampak suspek mula menembak seorang wanita di tempat letak kereta kilang berkenaan.

Lelaki itu kemudian melepaskan tembakan rambang di kawasan berhimpun kilang tersebut yang membunuh mangsa lain.-mstar

'Messi Kecil' Akhirnya Sarung Jersi Sebenar Messi

Penyerang kebangsaan Argentina, Lionel Messi, bukan sahaja menghantar satu, malah menyerahkan dua helai jersi miliknya kepada seorang kanak-kanak Afghanistan berusia lima tahun yang menjadi tumpuan selepas gambarnya memakai jersi yang diperbuat daripada beg plastik bertulisan 'Messi' menjadi viral di Internet bulan lalu.


'Messi Kecil' Akhirnya Sarung Jersi Sebenar Messi

Kanak-kanak tersebut, Murtaza Ahmadi bersama keluarganya yang berasal dari utara wilayah Ghazni menerima hadiah itu yang disampaikan menerusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNICEF).

Messi merupakan duta kepada pertubuhan tersebut.

"Murtaza tidak berhenti tersenyum sambil berulang kali menyebut 'saya cintakan Messi," kata jurucakap UNICEF Afghanistan, Denise Shepherd-Johnson.

Bintang Barcelona itu menandatangani jersi terbabit sambil menulis 'Dengan penuh rasa cinta' dalam bahasa Sepanyol sambil melukis gambar bola sepak di atas jersi terbabit.

Keluarga Murtaza yang hidup dalam kemiskinan sememangnya tidak mampu untuk membeli jersi Messi.

Malah keluarga tersebut juga merupakan dalam kalangan etnik minoriti Hazara yang tinggal di Ghazni berdekatan Kabul.

'Messi Kecil' Akhirnya Sarung Jersi Sebenar Messi

Abang Murtaza, Homayoun, 15, 'mencipta' jersi Messi menggunakan daya kreativitinya dengan menulis nama Messi di atas beg plastik berjalur biru dan putih dengan pen penanda berwarna hitam dan kemudiannya dimuat naik di dalam laman Facebook pada 11 Januari lalu.

Gambar terbabit menjadi viral dan menyentuh hati semua pencinta bola sepak antarabangsa dan mereka menggelarkan Murtaza sebagai 'Messi Kecil' di laman sosial.

Persekutuan Bola Sepak Afghanistan menyatakan bahawa Messi sudah menghubungi mereka untuk mengadakan pertemuan dengan Murtaza secepat mungkin.

Kedutaan Sepanyol di Kabul turut memberitahu bahawa mereka akan cuba sedaya upaya bagi memastikan pertemuan ini dapat diadakan.

Bagaimanapun, sumber terdekat Messi memaklumkan bahawa mereka belum lagi dapat memastikan atau menafikan pertemuan terbabit boleh diadakan.

Isu keselamatan amat dititikberatkan ke atas pertemuan yang bakal diadakan di Afghanistan.

Bola sepak dan kriket adalah sukan popular di negara perang terbabit.
Namun aktiviti sukan jarang sekali diadakan di bawah pemerintahan Taliban dengan stadium bola sepak di Kabul sering kali digunakan sebagai tempat untuk menjalani hukuman terhadap penjenayah.-mstar

Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor

Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUCM) dilaporkan terhempas lalu terbakar di pesisir pantai dekat Kuala Selangor, pagi Jumaat.


Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor

Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan anggotanya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang ramai pada pukul 8.47 pagi.

Difahamkan enam mangsa yang menaiki pesawat itu termasuk juruterbang dilaporkan selamat.

Kesemua mangsa diselamatkan penduduk berhampiran lokasi menggunakan perahu.-mstar

Sultan Johor beli pesawat peribadi

Berita mengenai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dikatakan membeli pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737/800 baharu, heboh diperkatakan di laman sosial mulai semalam. 
 
 
Sultan Johor beli pesawat peribadi
 
Mengikut laporan sebuah portal berita tempatan, sumber penerbangan memaklumkan pesawat peribadi itu kini dalam perjalanan dari Washington ke Johor Bahru dan dibina dengan ciri khas mengikut spesifikasi diinginkan Sultan Johor
 
Difahamkan, pesawat baharu itu berkemampuan membuat penerbangan selama 10 jam tanpa henti. Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsi dan viral dalam laman sosial, pesawat peribadi itu berwarna keemasan dengan jalur biru di bahagian tepi, selain menampilkan bendera Johor dan logo SI di badan pesawat. 
 
Berdasarkan harga pasaran, pesawat berkenaan dianggar berharga lebih RM400 juta (AS$96 juta). Bagaimanapun, pihak Istana Johor yang dihubungi enggan mengulas atau mengesahkan perkhabaran berkenaan. Oktober tahun lalu, Sultan Ibrahim membeli trak jenama Mack yang menjadi kebanggaan rakyat Johor, selain menghadiahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dengan sebuah jet peribadi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/127992

Terkini | Bangla Ditangkap, Sedang Selingkuh Dengan Bini Orang

Pada masa sama, semakin ramai pula Bangla didapati ‘buat perangai’ sejak akhir-akhir ini membuatkan cadangan menolak lebih ramai pekerja dari negara berkenaan kian mendapat sokongan.


Terkini | Bangla Ditangkap, Sedang Selingkuh Dengan Bini Orang

Selepas kes Bangla kacau isteri orang dan rogol remaja 13 tahun dalam tandas kafe siber, kini tersebar kisah Bangla ditahan sedang selingkuh dengan bini orang di Rahang, Seremban, Negeri Sembilan.

Bersama cerita ini dikepilkan gambar Bangla tersebut yang diikat tangannya bersama wanita tempatan yang menjadi kekasih gelapnya.


Terkini | Bangla Ditangkap, Sedang Selingkuh Dengan Bini Orang

Kisah ini dipercayai tersebar kepada umum selepas seseorang yang turut terlibat menangkap pasangan ini memuatnaik gambar mereka beserta keterangan gambar di laman sosial Facebook.

Puncanya, si wanita dikatakan kerap membenarkan lelaki Bangla ini masuk ke dalam rumahnya ketika si suami tidak ada.

Ini membuatkan jiran-jiran berasa curiga dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghendap dan menangkap mereka kerana berkhalwat. –mynewshub

Mourinho Sah Ke Old Trafford Jun Ini

Louis van Gaal kini boleh menarik nafas lega apabila bakal penggantinya, Jose Mourinho tidak akan mengemudi Manchester United pada musim ini.


Mourinho Sah Ke Old Trafford Jun Ini

Menurut laporan The Mirror, pengurus kelahiran Portugal itu sudah memaklumkan kepada lembaga pengarah Red Devils bahawa beliau hanya akan ke Old Trafford pada Jun ini.

Oleh itu, kedudukan Louis van Gaal masih selamat dan beliau akan terus bersama United sehingga hujung musim ini.

Mourinho dijangka menerima bayaran gaji sebanyak RM88.78 juta setahun.

Difahamkan Mourinho ditawarkan kontrak selama tiga tahun di Old Trafford.

Kedudukan Van Gaal goyah selepas gagal memulihkan prestasi pasukan itu pada musim ini.

United sebelum ini dimalukan Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris dan tewas kepada FC Midtjylland pada aksi pertama Liga Europa, awal pagi Jumaat lalu.

Namun United bangkit mencatatkan kemenangan ketika bertemu Shrewsbury awal pagi Selasa dan mara ke pusingan suku akhir Piala FA.

United kini menduduki tangga kelima liga, ketinggalan enam mata di belakang Manchester City yang berada di tempat keempat.-mstar