Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!

Di sebalik kesuraman kutipan tiket perfileman tempatan, filem Mat Moto berjaya mencatat rekod sebanyak RM1 juta walaupun baharu sehari ia ditayangkan.


Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!

Satu pencapaian yang cukup menakjubkan!

Menurut pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim, dia sama sekali tidak menyangka filem pertama arahannya berjaya mendapat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Pekin yang turut berlakon dalam filem itu berkata kutipan itu melebihi sasaran awal yang ditetapkan olehnya.

“Datuk Yusof telefon saya pukul tiga pagi memaklumkan perkara itu dan saya hilang kata-kata apabila mendapat tahu perkara itu kerana ia jauh melebihi sasaran awal.

“Selepas mengambil kira jualan tiket sebelum filem ditayangkan kami hanya menganggarkan kutipan hari pertama RM500 ribu tetapi tidak sangka mencecah RM1 juta, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.


Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!

Selain Pekin, Mat Moto dibintangi Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy, Faizal Hussien, Falisha Crossley dan Cat Farish.

Filem ini merupakan arahan bersama Pekin dan Syafiq Yusof.

Sebelum ini, Polis Evo terbitan Astro Shaw dan Tayangan Unggul berjaya mencatatkan sejarah sebagai filem terlaris di Malaysia mengatasi The Journey.

Polis Evo mencatat jumlah kutipan sebanyak RM17.3 juta selepas 42 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 17 September tahun lalu. – MYNEWSHUB

Video: Amy Search Terseliuh Bahu Akibat Terjatuh Dari Pentas

Terjatuh ketika mengadakan persembahan sebenarnya, bukanlah satu perkara asing buat penghibur dan penyanyi.


Video: Amy Search Terseliuh Bahu Akibat Terjatuh Dari Pentas

Malang tak berbau, itu yang terjadi apabila vokalis kumpulan rock lagenda Amy Search dilaporkan terjatuh ketika sedang menjayakan sebuah persembahan, semalam.

Mungkin teruja ingin memberikan persembahan terbaik buat peminat setianya, Amy tidak perasan keadaan pentas di hadapannya lalu terjatuh.

Apa pun selepas itu Amy tetap meneruskan persembahannya, memang terbaiklah bro!

Perkara malang ini juga pernah terjadi kepada penyanyi antarabangsa seperti Madonna dan Beyonce.

Namun, mereka turut bersikap profesional dan terus menyambung nyanyian bagaikan tiada apa yang berlaku. – MYNEWHSUB

Isteri Black Hanifah Keguguran Anak Kedua

Kandungan isteri penyanyi Black Hanifah, telah mengalami keguguran baru-baru ini. Berita sedih itu dikongsikan Black menerusi gambar isterinya, Cira di atas katil hospital dalam akaun Instagram miliknya.


Isteri Black Hanifah Keguguran Anak Kedua


Black dilihat memujuk isterinya menghadapi perkara getir tersebut dengan menulis kapsyen, “I will always be there until Jannah. Takde rezeki kita. Ujian ini bermakna Allah sayang kat kita. Love u.. “


A photo posted by #nyawablack @cirakhairy (@black.hanifah) on

Semoga Black dan isteri, Cira Khairi tabah hadapi dugaan dan mendapat lagi khabar gembira yang diimpikan, selepas ini.

Black dan Cira kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Khaleef Dayyan berusia setahun. – MYNEWSHUB

Isteri Black Hanifah Keguguran Anak Kedua

Mesej Penting Buat 'Pelajar Manja'

Perkara panas yang akhir-akhir ini mendapat perhatian pengguna media sosial sudah tentunya kes pelajar universiti dilaporkan terpaksa ‘tahan lapar’ ekoran kesempitan wang apabila tak banyak baki yang tinggal selepas pinjaman pendidikan diguna untuk membayar keperluan pengajian.


Mesej Penting Buat 'Pelajar Manja'

Kebanyakannya cenderung menyalahkan kos sara hidup kini yang kian meningkat hingga menjejaskan ekonomi semasa sekaligus menyusahkan rakyat termasuk golongan pelajar.

Bagaimanapun, ada juga yang berasakan sebilangan pelajar zaman sekarang dilihat terlalu ‘manja’ dan ‘mengada-mengada lebih’.

Kami pasti ramai pelajar yang marah, tidak setuju dan menafikan pandangan berkenaan namun dalam sesetengah situasi itulah perkara pahit yang perlu mereka sedar dan telan.

Di sebuah ruangan media sosial, seorang pelajar IPT tempatan menzahirkan rasa marahnya tentang sikap segelintir pelajar universiti sekarang yang tidak bijak menguruskan perbelanjaan dan sudahnya, alami masalah kewangan dan mula menyalahkan pihak lain.

Pengguna Facebook Mohammad Asyraf Khalib menulis:Nota: BUKAN SEMUA mahasiswa sama macam yang diceritakan dalam post ini. Hanya sebilangan kecil sahaja. Barangkali cuma 3/10 (mungkin). Segala isu dan peristiwa yang diselitkan adalah sekadar analogi semata-mata. Maka, yang baik ambillah simpan, yang buruk jadikan sempadan supaya kita tak berbuat perkara sedemikian kelak. Jangan lekas melatah. Moga Allah redha dan ampunkan dosa kita semua.


Mesej Penting Buat 'Pelajar Manja'

Amaran: POST INI TIDAK BOLEH apply untuk semua universiti sebab yuran, perbelanjaan dan pinjaman kewangan setiap universiti nyata berbeza. Jika ia tidak berkenaan dengan anda sila abaikan kenyataan umum ini.

Elakkan guna kenyataan ini untuk tujuan mempersenda mana-mana mahasiswa. Ini bukan ruang debat. Kalau ada cadangan cara untuk urus perbelanjaan, nasihat berguna, kata kata semangat untuk kami mahasiswa. Silakan. Mohon dahulukan adab.

Ok.. kami rasa perkongsian ini memang terbaik’ untuk ceritakan situasi sebenar, di sebalik sesetengah kes kononnya pelajar terpaksa tahan lapar seperti dibisingkan sesetengah pihak sebelum ini.

Rancang setiap sen dengan bijak dan paling penting, berbelanjalah dengan ‘mengukur baju di badan sendiri’. – MYNEWSHUB

Afdlin Shauki Tegur Penaja TRW

Pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki menerusi laman Facebooknya baru-baru ini meluahkan pendapatnya mengenai tajaan sesetengah pihak terhadap sesebuah pasukan bola sepak.


Afdlin Shauki Tegur Penaja TRW

Afdlin berkata pihak penaja tidak seharusnya berhak untuk mengubah budaya dan integriti sesebuah pasukan yang ditaja mereka.

Bersama nukilannya Afdlin mengepilkan gambar pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) bersama penaja utama mereka, pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman (Datuk Seri Vida) dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menggayakan aksi meletak dua jari di bahagian pipi.


Afdlin Shauki Tegur Penaja TRW

Jumaat lalu, satu perjanjian kontrak penajaan pasukan bola sepak Kelantan sebanyak RM16 juta telah dimeterai antara Datuk Seri Vida dan Tan Sri Annuar di Bangunan Mara, Kuala Lumpur.

Datuk Seri Vida akan menjana sumber kewangan buat KAFA selama dua musim.

Ekoran tajaan tersebut pasukan PQP TRW dikatakan bakal mengenakan jersi warna pink sementara Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu telah pun dicat merah jambu seperti mana syarat ditetapkan pihak penaja. – MYNEWSHUB

Nora Danish Dah Nak Kahwin?

Ini semua gara-gara gambar yang dimuat naik seorang pereka fesyen Ashraff Zainal yang menunjukkan pelakon itu sedang mencuba gaun pengantin rekaannya dengan kapsyen, “Someone is getting married. Love is in the air.”

Nora Danish Dah Nak Kahwin?


Mungkinkah Nora menjadi ‘muse’ atau model untuk busana pengantin pereka ini sahaja atau benar dia bakal menamatkan zaman solonya?

Nora yang diketahui rapat dengan anak Menteri Pelancongan, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram pada 2006 namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, pelakon kecil molek itu dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal Ramli, yang kini berusia tujuh tahun. – MYNEWSHUB
A photo posted by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on

A photo posted by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on

A photo posted by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on

Alex Ferguson Kembali Jika Van Gaal Dipecat

Alex Ferguson dilaporkan akan kembali ke Old Trafford untuk membantu Ryan Giggs jika Manchester United memecat Louis Van Gaal akibat kemerosotan prestasi kelab berkenaan.


Alex Ferguson Kembali Jika Van Gaal Dipecat

Walaupun legenda berusia 74 tahun itu telah bersara pada 2013, namun dia tidak mempunyai masalah untuk kembali, lapor akhbar tempatan United Kingdom, Sunday People.

Bagaimanapun Ferguson didakwa tidak akan kembali dilantik sebagai jurulatih, sebaliknya hanya akan membantu Giggs dari sebalik tadbir.

Khabar angin mengenai pemecatan van Gaal semakin 'bertiup kencang' apabila kelab itu kini menghuni kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris dan mungkin tidak layak untuk ke aksi Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Malah ia mungkin akan menjadi realiti sekiranya United tewas kepada Liverpool pada Ahad.-mstar

Tajaan: Syarikat Terkemuka Thailand 'Risik' JDT

Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan sedang 'dirisik' sebuah syarikat terkemuka dari Thailand yang mahu menjadi penaja skuad Harimau Selatan itu.


Tajaan: Syarikat Terkemuka Thailand 'Risik' JDT

Khabar gembira itu dimaklumkan menerusi akaun rasmi Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim berkata, maklumat tersebut diperolehi sewaktu JDT berada di Thailand bagi perlawanan pra musim kelab tersebut.

JDT akan menentang Chonburi FC pada Ahad manakala Big Bang Chulalongkorn University FC, Selasa depan.

Dua aksi persahabatan itu merupakan medan pemanas badan skuad JDT bagi menghadapi kelayakan Juara-Juara Liga Asia (ACL) dan Liga Malaysia musim 2016.

"Kita ada maklumat yang baik untuk dikongsikan iaitu ketika ini sewaktu JDT berada di Thailand, ada syarikat yang besar di sana ingin menaja kelab kita.

"Syarikat tersebut turut menaja beberapa kelab bolasepak di Europa.

"Jadi secara tidak langsung ini menyatakan bahawa kita sudah berada di tahap antarabangsa," katanya.

Ismail berkata rundingan antara JDT dan syarikat tersebut sedang dilakukan.

Malah, katanya apa jua keputusan yang dicapai akan dimaklumkan kepada semua penyokong setia JDT selepas ini.

"Buat masa ini, rundingan sedang dilakukan dan kami akan memaklumkan kepada anda semua keputusannya nanti," katanya.

Sementara itu, Ismail turut menyifatkan JDT kini sebagai sebuah jenama global apabila pelancaran jersi terbaharu kelab itu pada Ahad mencatat sejarah tersendiri selepas video yang dimuatnaik mendapat empat juta 'reached'.

Katanya, video tersebut mendapat tontonan lebih sejuta penonton berdasarkan statistik yang dilakukan laman sosial itu.

"Untuk makluman penyokong, ini jelas menunjukkan betapa populariti JDT kini berada di tahap jauh lebih tinggi berbanding pesaing yang lain," katanya.-mstar

Beg Ditinggal Di Pavilion Hanya Berisi Baju, Bukan Bom

Dua beg galas yang ditinggalkan di bawah kerusi di sebuah pusat membeli-belah di sini menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan bom.


Beg Ditinggal Di Pavilion Hanya Berisi Baju, Bukan Bom

Polis bagaimanapun mengesahkan bahawa dua beg galas berkenaan ditinggalkan oleh dua pelancong warga Korea yang mahu membeli-belah di Pavilion Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, dua pelancong wanita itu meninggalkan dua beg mereka dekat bahagian tengah di aras dua pusat membeli-belah tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

"Selepas 30 minit menunggu pemilik untuk menuntut beg mereka, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menghubungi kita demi keselamatan orang awam.

"Unit pemusnah bom segera ke tempat kejadian dan beg berkenaan diperiksa dan apa yang ditemui adalah pakaian," katanya.

Kira-kira tiga jam kemudian, dua wanita berkenaan dalam lingkungan 20-an dan 40-an tampil untuk menuntut beg mereka.

"Mereka dibawa untuk disoal siasat. Mereka beritahu kita bahawa mereka mahu pergi membeli-belah, sebab itu mereka tinggalkan beg mereka di situ.

"Kita berpuas hati dengan jawapan mereka. Mereka telah dilepaskan," katanya.

Pemeriksaan mendapati kedua-dua pelancong itu memasuki Malaysia pada Isnin lalu (11 Januari).-mstar

Vida Bantah Kafa Kekalkan Jersi Warna Merah, Tuntut Merah Jambu

Penaja utama The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu yang berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.


Vida Bantah Kafa Kekalkan Jersi Warna Merah, Tuntut Merah Jambu

Malah Vida turut tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga TRW.

Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida tetap mempertahankan keputusannya bahawa warna berasaskan merah jambu perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum ini.

"Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.

"Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah," katanya kepada mStar Online.

Susulan itu, Vida telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan perkara itu pada petang Ahad.

"Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama," katanya.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar dan ditemani peguam Vida.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa tidak hadir pada mesyuarat itu.

Difahamkan Kafa masih mempunyai kontrak perjanjian dengan Nike bagi jersi dan lain-lain tajaan syarikat gergasi sukan itu selama setahun lagi.

Ketika ditanya mengenai reaksi Kafa, Vida berkata, mereka akan berusaha merealisasikan permintaannya.

"Selepas beberapa mesyuarat sebelum ini, saya terpaksa tegas dengan wawasan saya untuk pasukan ini. Sebab itu saya bawa bersama peguam pada hari ini," katanya.

Usahawan wanita itu berharap agar isu warna pada jersi itu akan diselesaikan dengan kadar segera.

"Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada Kafa mengenai perkara ini," katanya.

Vida berkata, jersi berwana merah jambu itu merupakan salah satu daripada 33 syarat tambahan yang dipersetujui antara beliau dan Kafa dua minggu lalu.

Pada Sabtu, Annuar mengumumkan Kelantan akan mengekalkan jersi berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi saingan musim ini.

Beliau berkata, Kafa akan mendaftar jersi kedua di gelanggang sendiri dengan warna 'shocking pink' seperti yang diminta Vida.

"Jersi tersebut akan dilancarkan pada satu tarikh yang ditetapkan penaja utama Datuk Seri Vida," kata Annuar.

Terdahulu, Annuar berkata, jersi Nike TRW akan diperkenalkan kepada umum pada 10 Februari depan.-mstar