Mia Sara Ambil Keputusan Berhijab

Pelakon kanak-kanak Mia Sara, 11, mengambil keputusan bertudung sejak pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Mekah, tiga minggu lalu.

Mia Sara Ambil Keputusan Berhijab

Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, anaknya meluahkan keinginan itu sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahun lalu dan hal tersebut mendapat sokongan baik keluarganya.

“Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu. Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia seorang sahaja yang tidak.

“Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia masih belum akil baligh,” katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.

Bagaimanapun Ridhuan berharap agar Mia tidak dikritik memandangkan anaknya itu masih lagi mengikat kontrak untuk beberapa drama yang memerlukannya tidak bertudung.

“Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.

“Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui proses belajar itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Ridhuan, sekiranya selepas ini Mia kurang mendapat tawaran kerana perubahan imej itu, dia dan anaknya sedia menerima dengan hati terbuka.

Malah Ridhuan yakin, niat baik anaknya mahu bertudung akan memberi rahmat dan mungkin rezeki yang diberi bukan daripada bidang seni lakonan.

“Rezeki kita daripada Allah, bukan manusia yang tentukan. Saya percaya Mia sudah bersedia dengan segala kemungkinan,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Mia bakal muncul menerusi telefilem Supergame Boy Mac ini selain menjadi duta kepada produk kesihatan Caliph Supplement.

Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya, MS Couture. – mStar Online

Awie Bakal Nikah lagi?

Penyanyi rock tanah air, Awie meluahkan rasa terharu apabila anaknya sudah bersetuju untuk membenarkan dirinya berkahwin lagi selain menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka.


Awie Bakal Nikah lagi?

Walau bagaimanapun, Awie turut memberitahu bahawa dirinya masih belum bersedia untuk berkahwin lagi, dan kes perceraiannya juga belum menemui pengakhiran.

“Apabila anak saya cakap, mereka terbuka hati untuk ayahnya kahwin lagi, saya hanya tersenyum dan tergelak dengan telatahnya.

“Tapi saya rasa buat masa sekarang memang tidak terlintas langsung untuk ke arah itu. Kes mahkamah saya pun masih belum selesai”

“Lagipun saya lebih selesa sibukkan diri dengan karier seni dan pada masa yang sama banyak luangkan masa bersama dengan anak-anak.

“Perkara seumpama itu amat penting buat kami agar hubungan ini terus akrab dan melihat mereka membesar dengan lebih baik,” memetik kenyataan Awie daripada sebuah portal hiburan.

Dia juga menjelaskan bahawa dia bakal berpindah ke rumah baru kerana ingin melupakan semua memori pahit di rumah lamanya itu. -mynewshub

Katy Perry Digosipkan Bercinta Dengan Orlando Bloom

Kelihatan mesra bersama sebaik selesai majlis anugerah Golden Globe yang semalam, penyanyi Katy Perry kini dikaitkan bercinta dengan aktor kacak, Orlando Bloom.


Katy Perry Digosipkan Bercinta Dengan Orlando Bloom

Kedua-dua selebriti popular itu dikatakan menghabiskan masa berborak bersama dalam majlis parti yang diadakan sejurus majlis anugerah itu berakhir.

Kemesraan mereka diibaratkan seperti pasangan yang sedang dilamun cinta dan sepanjang parti itu mereka langsung tidak berenggang antara satu sama lain.


Katy Perry Digosipkan Bercinta Dengan Orlando Bloom

Malah, peminat sudah mula memberi nama timangan kepada pasangan ini sekiranya benar mereka sedang berpacaran.

Antara nama gabungan comel yang diberikan adalah Blooperry dan Karlando. –mynewshub

Datuk Vida Dapat Tawaran Berlakon Daripada Michael Ang

Siapa yang tidak kenal dengan personaliti yang cukup popular dengan tagline ‘Qu Puteh..Qu Puteh.. Barulah Puteh’ iaitu Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih mesra disapa Datuk Seri Vida.


Datuk Vida Dapat Tawaran Berlakon Daripada Michael Ang

Memilih untuk menjadi penaja beberapa program hiburan dan memonopoli iklan stesen televisyen tempatan membuatkan populariti yang dikecapi pengasas produk kecantikan kini persis seorang selebriti.

Bukan itu sahaja, keputusannya mahu menaja pasukan bola sepak Kelantan turut menarik perhatian dan menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia.

Barangkali, melihat fenomena yang berlaku ini sekali gus membuatkan pengarah drama Michael Ang berminat memberi tawaran berlakon kepada Datuk Seri Vida.

Bercerita mengenai tawaran tersebut, Datuk Seri Vida memberitahu dia belum menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran tersebut.

“Watak yang ditawarkan ialah sebagai diri sendiri atau ‘cameo’. Namun, saya belum membuat apa-apa keputusan kerana kekangan masa,” ujarnya.

Tambahnya,  dia mengidamkan untuk berlakonkan watak seperti Elsa dalam filem animasi Frozen dan Maleficent yang dilakonkan Angelina Jolie dalam filem Maleficent pada 2014.

“Saya sukakan watak-watak fantasi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Vida turut memaklumkan dia dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem.

Bagaimanapun, dia enggan berkongsi jalan ceritanya filem tersebut dan menjangkakan filem tersebut bakal menjadi filem yang luar biasa. –mynewshub

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2015

Bintang Barcelona, Lionel Messi dipilih bagi merangkul Anugerah Ballon d’Or FIFA 2015 buat kali kelima pada majlis yang berlangsung di Zurich awal pagi Selasa.


Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2015

Kejayaan Messi merangkul gelaran pemain terbaik Eropah 2015 ini selepas mempamerkan aksi konsisten musim lalu dengan meledak 52 gol dalam 61 perlawanan bagi membantu Barcelona meraih trofi juara kali ke-23 Liga Sepanyol, Pial Sepanyol, Liga Juara0Juara, Pial Super Eropah dan juara Piala Kelab Dunia bulan lalu.

Messi berjaya mendapat undian tertinggi dengan 41.33 peratus sekaligus mengetepikan impian penyerang Real Madrid Cristiano Ronaldo yang menerima undian 27.76 peratus untuk meraih trofi ini buat kali ketiga berturut-turut dan kali keempat keseluruhan.

Manakala rakan gandingan Messi di Barcelona, Neymar  yang turut tersenarai dalam pencalonan akhir di tempat ketiga dengan mencatat undian 7.86 peratus.

Keputusan pemenang Ballon d’Or ini berdasarkan pilihan yang dibuat oleh lebih 200 orang jurulatih dan kapten  serta undian media antarabangsa.

“Ia merupakan saat berharga apabila kembali berada di pentas ini, sekali lagi menerima Ballon d’Or selepas beberapa kali melihat Cristiano Ronaldo menang,” jelas Messi selepas diumumkan sebagai pemenang oleh pemain Brazil, Kaka.

Messi menambah koleksi trofi Ballon d’Or sejak kali pertama pada tahun 2009,2010,2011 dan 2012.

Sementara itu, Barcelona terus menambah rekod kelab apabila Luis Enrique menerima Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik Dunia 2015.

Manakala Jill Ellis terpilih sebagai Jurulatih Wanita Terbaik Dunia 2015 selepas membawa Amerika Syarikat bergelar juara Piala Dunia tahun lalu dengan menewaskan Jepun, 5-2.

Ellis tidak keseorangn menerima anugerah berprestij itu apabila pemain tengahnya, Carli Lloyd turut terpilih sebagai Pemain Wanita Terbaik Dunia 2015.

Turut mendapat perhatian pada majlis yang ditayangkan secara langsung di laman web FIFA TV adalah pemain Vila Nova, Wendell Lira yang mengetepikan Messi untuk menerima Anugerah Puska (Gol Terbaik) setelah mencatat  undian sebanyak 1.6 juta.

Senarai penuh pemenang:

Ballon d’Or - Lionel Messi (Barcelona)

Pemain Wanita Terbaik Dunia - Carli Lloyd (AS)

Jurulatih Lelaki Terbaik Dunia - Luis Enrique (Barcelona)

Jurulatih Wanita Terbaik Dunia - Jill Ellis (AS)

Anugerah Puskas - Wendell Lira (Vila Nova)
-mstar

Yana Samsudin Tegur Ibu 'Selfie' Ketika Susukan Anak

Pelakon Yana Samsudin menegur segelintir golongan ibu agar tidak memuat naik gambar selfie ketika sedang menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka.


Yana Samsudin Tegur Ibu 'Selfie' Ketika Susukan Anak

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 32, berkata, perkara itu dilihat tidak manis sebagai wanita Timur meskipun foto selfie yang dipaparkan tidak mendedahkan kulit mereka.

"Walaupun saya belum berpengalaman menjadi seorang ibu, saya gembira melihat ramai wanita mula sedar mengenai kepentingan menyusukan anak sendiri (breastfeeding) dan saya harap satu hari nanti saya juga dapat berbuat demikian.

"Cuma yang tidak manisnya apabila ramai ibu yang gemar mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ia  tidak manis dipandang," katanya yang dihubungi mStar Online.

Yana diminta mengulas mengenai statusnya di Facebook tentang kaum ibu yang gemar memuat naik gambar selfie ketika sedang menyusukan anak tanpa menutup dada dengan sebarang kain.


Yana Samsudin Tegur Ibu 'Selfie' Ketika Susukan Anak

Status itu dimuat naik berikutan isu viral di laman sosial 'Amran Fans' mengkritik golongan ibu yang suka mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak masing-masing.

Perkara itu membuatkan ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan status tersebut dan memuat naik lebih banyak gambar mereka sedang menyusukan anak.

Kata Yana, pada zaman moden yang menyediakan pelbagai alternatif lain untuk menyusukan anak seperti kain 'apron', para ibu sepatutnya menggunakan kemudahan tersebut.

"Saya tahu 'apron' menyusukan anak kini banyak dijual di kedai barangan bayi. Apa salahnya gunakan kemudahan berkenaan untuk membaluti dada kita? Kalau mahal, selendang pun boleh.

"Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya ini. Tetapi sebagai seorang wanita yang konservatif, saya pula berasa malu melihat wanita lain bergambar selfie sedang menyusukan anak.

"Tidak salah menggalakkan para ibu breastfeeding, tetapi ada cara lain tanpa perlu bergambar seperti itu," katanya.

Sementara itu, Yana menyifatkan isu tersebut juga akan menjadi pengajaran untuknya apabila bergelar ibu satu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Yana bakal memulakan penggambaran drama untuk siaran Astro di bawah terbitan KL Motion Pictures.

Selain itu, Yana turut sibuk menguruskan butik baru miliknya iaitu Ayana by Yana Samsudin yang bakal dibuka tidak lama lagi di Seksyen 7, Shah Alam.-mstar

PDRM Buru Individu YG Edit Gambar Najib Macam Pengasas 'Qu Puteh'.

Caption yang tertera pada gambar tersebut dan pengedit buang wajah Datuk Vida dan gantikan kepada wajah Najib Razak.

PDRM Buru Individu YG Edit Gambar Najib Macam Pengasas 'Qu Puteh'.

Gambar edit Najib tu memang kelakar. Tetapi melihat kepada kesungguhan IGP yang beria nak menyiasat pengedit gambar berkenaan lebih kelakar lagi.


PDRM Buru Individu YG Edit Gambar Najib Macam Pengasas 'Qu Puteh'.

Benda - benda troll neh patut letak tepi je. Dah betul-betul takde kerja sangat, Malaysia neh aman sangat sampai berita-berita macam kat bawah neh pun tak wujud ;

Boleh la saja-saja suka-suka buat kertas siasatan isu gambar trolling.

Kadang aku terfikir. Penipuan internet punya banyak, bersepah, merata. Tapi kesungguhan untuk menyiasat tu aku tak nampak.


PDRM Buru Individu YG Edit Gambar Najib Macam Pengasas 'Qu Puteh'.

Yang difocus ialah menjaga maruah Najib dari segenap segi. Reply komen, kena siasat. Sound Najib, kena siasat. Kritik Najib, kena siasat. Buat troll, kena siasat. Dah lembik sangat ke piem Malaysia neh? Begitu lembut sampaikan terlalu mudah rasa sensitif ke macam mana? Bukan ke Najib itu pahlawan Bugis?

Aiyooo buat malu saja isu remeh temeh macam neh dilayan dengan siasatan. Seriyus lawak.-amenoworld

ATM Sahkan Dua Anggotanya Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Tembak

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat mengesahkan dua anggotanya kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan yang seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes penyeludupan.


ATM Sahkan Dua Anggotanya Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Tembak

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin berkata selain polis, ATM turut melakukan siasatan terhadap kejadian itu.

"Pihak polis (sedang) membuat siasatan... pihak tentera pun saya telah arahkan untuk buat siasatan atas kejadian yang berlaku. 

"Saya tak dapat komen apa-apa waktu ini. Kita tunggu hasil siasatan polis," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Jumaat.

Difahamkan, dalam kejadian 7.15 malam Khamis, seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an maut selepas terkena tembakan anggota tentera yang bertugas di sebuah pos kawalan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Anggota tentera itu melepaskan tembakan setelah van yang membawa lelaki itu, tidak berhenti di pos kawalan untuk pemeriksaan.

Tembakan itu dikatakan terkena lelaki itu yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi pada Jumaat enggan mengulas mengenai kejadian itu. - Bernama

Pesawat Terhempas Di Sweden

Pasukan keselamatan Sweden sedang berusaha mencari dua mangsa yang dipercayai maut selepas sebuah pesawat yang membawa mel terhempas di utara negara itu pada Jumaat.


Pesawat Terhempas Di Sweden

Pesawat yang menggunakan model Canadair CRJ-200 itu menghantar panggilan kecemasan dan kemudiannya dikesan di kawasan darat oleh pesawat F-16 milik Norway.

Menurut akhbar harian Sweden, Svenska Dagbladet, pesawat itu dalam penerbangannya dari lapangan terbang utama di Oslo ke Tromso di Norway.

Seorang jurucakap memberitahu stesen radio Sweden bahawa polis sedang menjejaki lokasi nahas di antara bahagian barat laut Tasik Akkajaure dan sempadan Norway.

Tambah jurucakap itu, kawasan berkenaan tidak mempunyai jalan raya dan cuaca begitu sejuk. - Reuters

Tentera Vietnam Siasat Misteri 'Bola Angkasa'

Tentera Vietnam sedang menyiasat misteri tiga bola logam, dipercayai merupakan serpihan dari angkasa yang jatuh di utara negara itu, kata seorang pegawai kanan tentera pada Jumaat.


Tentera Vietnam Siasat Misteri 'Bola Angkasa'

Jurucakap tentera, Leftenan Jeneral Vo Van Tuan memberitahu AFP bahawa dua bola logam ditemui di barat laut wilayah Yen Bai pada 2 Januari lalu.

Tambahnya, sebiji bola lagi bersaiz lebih besar dengan berat kira-kira 45 kilogram jatuh di ladang jagung di wilayah Tuyen Quang.

"Kita masih mengenal pasti  dari mana ia datang," katanya, sambil menambah bahawa pihak tentera telah menentukan bahawa ia tidak mengandungi bahan letupan atau berbahaya.

Beliau berkata, kesemua bola logam itu jatuh dari langit sehingga ia membimbangkan penduduk tempatan.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa mereka mendengar bunyi seperti guruh sebelum bola-bola berkenaan jatuh ke bumi.

Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan mengumumkan hasil siasatan. - AFP