Ronaldo Tidak Pasti Masa Depan Bersama Real Madrid

Cristiano Ronaldo gembira di Real Madrid tetapi mengaku tidak pasti sama ada masa depannya kekal di Santiago Bernabeu.


Ronaldo Tidak Pasti Masa Depan Bersama Real Madrid

Pemain Portugis ini mengatasi rekod Raul di Madrid sebagai penjaring terbanyak dalam kemenangan ke atas Levante pada 17 Oktober lalu. Dia mencatat 326 gol dalam 313 penampilan.

Laporan baru-baru telah mengaitkan penyerang itu dengan perpindahan keluar dari Bernabeu, dengan Paris Saint-Germain dan Manchester United dianggap sebagai kelab berpotensi untuknya.

Ronaldo mengakui dia tidak tahu sama ada dia akan kekal di Madrid untuk baki kerjayanya, tetapi gembira buat masa ini.

"Buat masa ini, saya gembira bermain untuk Real Madrid tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan saya," Ronaldo dipetik sebagai berkata oleh EFE.

"Saya perlu memilih cara yang membuatkan saya gembira."

Semasa di Sepanyol dia bersaing dengan bintang Barcelona, ​​Lionel Messi.

Pasangan itu sebelum ini telah berkongsi tujuh gelaran Ballon d'Or dan enam trofi Pichichi yang dianugerahkan kepada pemain dengan jumlah jaringan tertinggi dalam La Liga.

Ronaldo mengakui sukar untuk berdepan dengan kekalahan tetapi menganggap dirinya lebih unggul daripada pemain Argentina itu.

"Saya tidak boleh menerima kekalahan, saya menjadi sangat marah. Saya menjerit dan mengatakan perkara-perkara bodoh dan kemudian saya menyesal," katanya.

"Dalam kepala saya, saya adalah yang terbaik dan saya fikir setiap orang harus berfikir yang baik tentang diri mereka sendiri jika mereka mahu mencapai sesuatu yang hebat."-mstar

Emma Akma Hidap Busung Akibat Perbuatan Sihir

Pelakon Emma Akma mendedahkan dia baru sahaja kembali sihat selepas hampir setahun menderita penyakit busung akibat perbuatan sihir.


Emma Akma Hidap Busung Akibat Perbuatan Sihir

Emma atau nama sebenarnya Emma Akma Yunus, 46, berkata, pada mulanya dia sangkakan sakit perut yang dialami adalah disebabkan penyakit Cist, namun selepas berubat secara tradisional di beberapa tempat, barulah dia tahu, ada pihak yang 'menghantar' sihir kepadanya.

"Penyakit ini mula serius sejak Oktober tahun lalu dan doktor mengesahkan saya hidap penyakit Cist dan perlu melakukan pembedahan dengan segera.

"Memandangkan tak cukup wang, saya tangguh dahulu. Sementara itu, macam-macam cara saya cuba untuk mengubati penyakit ini termasuklah cara tradisional dan moden. Namun tiada perubahan.

"Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang pakar dalam ubatan tradisional, penyakit itu dapat disembuhkan dan perut saya kembali normal. Sukar dibayangkan keadaan ketika itu badan menjadi lemah, sehingga sukar untuk bangun," katanya kepada mStar Online.

Menerusi Kamus Dewan, busung ialah penyakit gembung perut yang berisi air akibat sesuatu penyakit.

Sementara itu, Emma berkata, sehingga kini dia tidak tahu siapa yang 'menghantar' sihir itu dan pada masa sama enggan tahu individu berbuat demikian.

Malah Emma mengambil pendekatan untuk hadkan beriadah bersama rakan-rakan dan lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

"Saya ada juga tanya kepada mereka yang mengubat saya. Tetapi mereka cuma berkata ramai yang cuba mengenakan saya.

"Jadi sejak sihat beberapa bulan lalu, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan kurangkan pergaulan dengan rakan-rakan. Maklumlah, di dalam industri ini, dalam yang suka, pastinya ada yang membenci.

"Apa yang saya dedahkan di sini di harap dapat diambil iktibar oleh orang lain. Sebab kita tidak tahu, orang yang paling dekat dengan kita mungkin orang yang paling benci kita," ujarnya.

Ditanya mengenai perkembangan karier lakonan pula, kata Ekma, sejak menderita sakit busung itu dia tidak lagi menerima sebarang tawaran lakonan.

"Sepanjang setahun ini, sekali sahaja saya berlakon dalam sebuah drama, itu pun watak kecil. Mungkin mereka ingat saya masih sakit, mereka tak berani nak ambil saya berlakon.

"Sementara menunggu tawaran berlakon, saya banyak mengambil tawaran kerja sebagai pengacara majlis selain menganjurkan bengkel-bengkel kecantikan dan lakonan," tuturnya.-mstar

Anak Peniaga Bakso Di Sabah Terima Anugerah Pelajaran Diraja UKM

Noviatin Syarifuddin mendapat inspirasi daripada kemiskinan keluarganya untuk menjadi pelajar dari Sabah pertama di fakultinya yang meraih Anugerah Pelajaran Diraja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anak Peniaga Bakso Di Sabah Terima Anugerah Pelajaran Diraja UKM

Dengan mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.74, beliau mengungguli anugerah bagi kategori Bumiputera dengan lulus ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang Antropologi dan Sosiologi pada majlis konvokesyen ke-43 UKM, Ahad.

Anugerah itu diberikan kepada dua pelajar cemerlang akademik dan serba boleh bagi setiap universiti. Pemenang mendapat pingat emas bernilai RM1,000 dan wang tunai RM5,000.

Noviatin, 23, berkata kejayaan itu tidak diraih semata-mata daripada '100 pendidikan pendidikan formal dalam kelas'.

Pelajar sains sosial itu berkata, beliau cuba menerapkan teori yang dipelajari di kelas dengan latihan praktikal. Konsep seperti itu terbukti berguna apabila beliau melibatkan diri dengan komuniti berbeza dalam program-program kesukarelaan yang disertainya.

Noviatin juga fasih berbahasa Mandarin kerana beliau belajar di sekolah rendah Cina.

"Ibu saya mahu mendedahkan saya kepada budaya yang berbeza. Mungkin dia bosan menjawab pertanyaan saya," katanya berjenaka, mengimbas bagaimana dia sering bertanyakan kepada ibunya, Partini Abdul Karim dengan soalan-soalan tentang rakannya yang berbilang kaum.

Anak sulung daripada lapan adik beradik ini juga memetik bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela bahawa 'pendidikan adalah senjata paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia'.

Menurut Noviatin, kata-kata Mandela telah memberi ilham kepadanya dan memberinya kesedaran bahawa latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah bukan penghalang kepada kejayaan.

Bapa Noviatin yang merupakan imam di kampung halamannya di Kampung Andrassy, ​​juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Tawau pada sebelah malam.

Ibunya berniaga di warung yang terletak bertentangan sekolah yang sama, menjual nasi kuning dan bakso untuk menambah pendapatan keluarga.

Walaupun Noviatin masih ingat bagaimana beliau sedih apabila masyarakat memandang rendah keluarganya, beliau selalu menahan air matanya.

"Ibu saya mengajar saya untuk membiarkannya kerana saya adalah orang yang berpendidikan. Katanya, jangan sekali-kali peduli dengan cakap-cakap orang tentang keluarga kita."

Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM Prof Dr Hazita Azman berkata terdapat satu keazaman di sebalik sikap malu-malu kucing Noviatin, manakala mentornya Dr Mimi Hanida Abdul Mutalib memuji sikap positif beliau.

Tidak ramai kawan-kawan Noviatin mengetahui kesusahan keluarganya.

"Saya jarang-jarang memberitahu rakan-rakan tentang latar belakang saya. Bukan kerana saya malu. Saya tak mahu mereka sedih dan tak mahu mereka memandang rendah kepada saya," kata beliau.

Sebelum konvokesyen ini, ibu bapa Noviatin tidak pernah datang ke Semenanjung sebelum ini.

Beliau juga menyimpan impian untuk membeli sebuah komputer supaya keluarganya dapat berhubung dengannya melalui Skype.

"Dengan cara itu saya dapat melihat wajah ibu saya," katanya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap telah menaja tiket penerbangan untuk ibu bapanya supaya mereka boleh menghadiri majlis konvokesyen.

Noviatin berterima kasih kepada semua orang yang membantunya, jadi beliau mahu berbakti kepada masyarakat dengan menumpukan kepada sebuah kehidupan akademik.

Sebagai permulaan, beliau mengikuti Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang sosiologi alam sekitar di UKM.

Beliau berharap dapat melihat pembangunan di kampungnya dengan memberi sumbangan penyelidikan.

"Saya mahu mereka didedahkan kepada dunia luar, ke barat Malaysia, datang ke sini dan melihat banyak perkara berbeza," katanya.-mstar

Che Ta, Zain Saidin Hadiah Rantai Leher Berlian Untuk Aaisyah

Semalam baru sahaja berlangsung sambutan hari lahir pertama buat puteri kesayangan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana dengan penuh meriah. Selain itu, Che Ta juga telah memberikan hadiah yang sangat bermakna buat anaknya itu.


Che Ta, Zain Saidin Hadiah Rantai Leher Berlian Untuk Aaisyah

Selepas pernah menghadiahkan anak sulung­nya, Ammar Effendy, 19, sebuah kereta BMW tahun lalu, kali ini Che Ta telah bermurah hati untuk menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian buat puteri bongsunya itu namun dia enggan mengulas lanjut mengenai harga rantai leher tersebut.


Che Ta, Zain Saidin Hadiah Rantai Leher Berlian Untuk Aaisyah

“Untuk ulang tahun kelahiran Aaisyah yang pertama, saya dan Zain hanya menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian kepadany,” jelas Che Ta. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak tiada tolok bandingnya, begitu jugalah dengan apa yang ingin disampaikan oleh Che Ta.

Che Ta, Zain Saidin Hadiah Rantai Leher Berlian Untuk Aaisyah

Selain itu, menurut laporan daripada akhbar Kosmo!, Che Ta tidak mahu mendedahkan jumlah sebenar rantai leher tersebut adalah kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Apa-apa pun, perkara ini pastinya akan mendapat perhatian peminat setia keluarga ini. Semoga semuanya baik-baik belaka.-rotikaya





Raja Ilya Tidak Sabar Bakal Berlakon Dengan Kajol

Pelakon terkenal dengan wajah persis pelakon Hindustan, Raja Ilya tidak dapat menahan rasa teruja beliau apabila bakal bergandingan dengan bintang ternama Bollywood iaitu Kajol dalam filem KL ke Bollywood yang bakal memulakan penggambaran beliau pada bulan Disember ini.


Raja Ilya Tidak Sabar Bakal Berlakon Dengan Kajol

Jelas Raja Ilya beliau akan menjalani penggambran filem tersebut selama dua minggu di Mumbai, India selepas tertangguh beberapa bulan.


Raja Ilya Tidak Sabar Bakal Berlakon Dengan Kajol

    Filem ini sepatutnya menjalani penggambaran Mac lalu namun atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan selain tidak mendapat pengesahan daripada produksi di India ia terpaksa ditangguhkan.

    Alhamdulillah produksi telah mengesahkan penggambaran akan dijalankan pada Disember depan dan saya teruja kerana bintang Bollywood Kajol turut terlibat dalam filem ini.

Impian menjadi kenyataan apabila dapat berlakon bersama-sama bintang yang diminati olehnya, Raja Ilya juga akui peluang seperti ini dapat mengembangkan lagi karier beliau.

    Peluang yang datang seperti mimpi dan ini adalah peluang saya untuk membuktikan diri dan mengembangkan kerjaya di peringkat lebih tinggi. Ini adalah impian saya dan harus saya rebut kerana ia tidak mungkin datang lagi selepas ini.


Raja Ilya Tidak Sabar Bakal Berlakon Dengan Kajol

Filem arahan T. Anand itu turut menampilkan Shaheizy Sam yang berkisarkan tentang hasrat seorang pemuda yang ingin mengejar impiannya sebagai bintang terkenal di India. Raja Ilya terpaksa bertutur dalam bahasa Hindi ketika menggalas watak antagonis yang bertanggungjawab mempertemukan Kajol dan Shaheizy Sam dalam filem tersebut.-beautifulnara

KLCC Kecoh Bila Beg Pakaian Disangka Bom

Pengunjung Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur ataupun lebih dikenali sebagai KLCC pada Sabtu, gempar dengan penemuan tiga beg hitam yang dipercayai mengandungi bom.


KLCC Kecoh Bila Beg Pakaian Disangka Bom

Beg tersebut yang diletakkan di ruang pintu masuk utama bangunan pusat beli-belah terkenal di ibu negara itu dilaporkan dijumpai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Susulan itu, sepasukan polis bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat daripada pihak pengurusan KLCC.

Anggota UPB yang lengkap berpakaian kalis letupan dilihat memeriksa beg berkenaan serta melakukan prosedur membabit tekanan bunyi kuat seperti letupan.

Pasukan khas itu bagaimanapun dilihat beredar keluar meninggalkan kawasan tersebut dengan membawa beg berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan objek yang ditemui di beg hitam itu hanyalah berisi pakaian.

“Bagaimanapun, selepas membuat pemeriksaan, kami mendapati beg berkenaan hanya berisi pakaian yang mungkin ditinggalkan.

“Kawasan sekitarnya juga sudah diperiksa dan kini selamat untuk digunakan dan dilalui orang awam,” katanya seperti yang dipetik di Harian Metro.

KLCC pernah digemparkan dengan panggilan bom pada 12 September 2001 yang menyebabkan kesemua petugas di menara itu diarahkan keluar sebelum kemudian disahkan palsu.

Insiden yang turut mendapat liputan luas media antarabangsa itu berlaku sehari selepas peristiwa serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat.-mynewshub

Neymar, Suarez Selamatkan Barcelona

Barcelona mengalahkan Getafe dengan gol 2-0 dalam saingan La Liga di Stadium Coliseum Alfonso Perez, Madrid, awal pagi Ahad.


Neymar, Suarez Selamatkan Barcelona


Gol skuad bimbingan Luis Enrique ini diperolehi melalui Luis Suarez pada minit ke-37 dan Neymar pada minit ke-58.

Gol ini sekali gus menjadikan Neymar sebagai pendahulu pemain yang mencatatkan gol terbanyak dalam La Liga musim ini.

Dia mengumpulkan sembilan gol, mendahului penjaring terbanyak La Liga musim lalu, Cristiano Ronaldo dan Suarez yang masing-masing mencatatkan lapan gol.

Namun Suarez telah pun merekodkan gol ke-300 sepanjang kariernya baik di peringkat kelab dan negara. Setakat ini, dia sudah bermain dalam 501 pertandingan.

Suarez menyumbang gol pembukaan setelah menerima tendangan rakannya, Sergi Roberto lapan minit sebelum separuh masa pertama berakhir.

Walaupun diasak pemain lawan, penyerang Uruguay ini mampu melepaskan tendangan ke sudut sempit gawang Vicente Guanita.

Roberto kembali memainkan peranannya dalam gol kedua Barcelona pada minit ke-58. Kali ini dia melepaskan umpan lambung dari sebelah kanan dan disambut oleh Neymar yang melakukan penyudah gol dengan kaki kiri.
Guanita tidak menunjukkan reaksi ketika bola masuk ke gawangnya.

Barcelona memperlahankan rentak permainan setelah gol Neymar. Bagaimanapun, mereka tetap mendominasi penguasaan bola. Pertandingan berakhir dengan kemenangan 2-0 untuk Barcelona.

Dengan kemenangan ini, Barcelona menyamai kedudukan dengan Real Madrid dari segi kutipan mata (24 mata). Namun, Madrid masih berada di puncak liga kerana perbezaan gol. Masih terdapat 28 baki perlawanan dalam La Liga.-mstar

Mourinho Tetap Positif Urus Chelsea

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho menjelaskan ‘ada usaha yang kamu tidak boleh menang’ selepas skuadnya tewas 3-1 kepada Liverpool di Stamford Bridge, pada Sabtu malam.
Mourinho Tetap Positif Urus Chelsea

Pada aksi tersebut,The Blues bermula dengan baik apabila Ramires membuka jaringan seawal minit keempat permainan, namun semuanya berubah apabila pemain Liverpool, Philippe Coutinho mula menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Malah Coutinho turut menambah gol kedua sebelum pemain gantian Christian Benteke memastikan The Reds pulang dengan selesa.

Kekalahan kepada anak buah Jurgen Klopp itu menyaksikan aksi tewas keenam Chelsea liga musim ini sekaligus kekal di tangga ke-15 pasukan.

“Pemain-pemain bermain dengan baik sehinggalah mereka rasakan mustahil untuk mencari gol kemenangan.

“Apa yang berlaku pada separuh masa kedua semuanya akibat daripada saat sukar yang berlaku di padang.

“Pemain-pemain juga sedih dengan keputusan ini dan saya menghormati perasaan mereka. Kami akan lihat satu persatu perlawanan.

“Manakala saya yakin penyokong-penyokong tidak bodoh kerana mereka tahu bahawa saya dan semua pemain telah cuba  yang maksimum,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mourinho mengakui ini bukanlah perlawanan terakhirnya.

“Selepas ini saya balik dan berjumpa dengan keluarga saya yang turut bersedih dengan keadaan ini.

“Saya akan cuba lupakan seketika apa yang terjadi dan esok kembali menjalani latihan bagi perlawanan pada Rabu ini,” katanya.

Chelsea bakal bertemu Dynamo Kiev bagi saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.

Selain itu, Mourinho enggan mengulas tindakan pemain Liverpool Lucas yang melakukan kesalahan ke atas Ramires.

“Apa yang kamu fikir? Kamu tidak akan dihukum FA (Persatuan Bola Sepak England). Saya yang akan didenda jika mengulas kepada kamu.

“Perkara itu di luar kawalan kami,” jawab Mourinho.-mstar

Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

Kebanyakan penumpang pesawat Rusia yang terhempas di semenanjung Sinai, Mesir pada Jumaat dilaporkan telah meninggal dunia sebaik sahaja pihak berkuasa penerbangan awam Mesir dan pegawai keselamatan tiba di tempat kejadian pada Sabtu.


Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

Pesawat Airbus A321, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL-9268, dalam perjalanan dari tempat peranginan Sinai Laut Merah Sharm el-Sheikh ke St Petersburg, Rusia terhempas di kawasan pergunungan terpencil di tengah Sinai selepas subuh, kata kementerian penerbangan.


Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

Pegawai keselamatan di tempat kejadian memberitahu Reuters melalui telefon, bahawa pasukan mencari dan menyelamat turut mendengar suara-suara di dalam badan pesawat.


Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

"Saya melihat adegan tragis. Mayat-mayat bergelimpangan di tanah dan ada sebahagiannya  meninggal dunia di tempat duduk sendiri di dalam pesawat," jelas salah seorang pegawai yang berada di tempat kejadian.

Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia


"Pesawat itu terbelah dua, sebahagian kecil di hujung ekor yang dibakar dan bahagian besar terhempas ke batu. Kami telah mengeluarkan lebih kurang 100  mayat dan selebihnya masih berada di dalam badan pesawat."

Sinai merupakan lokasi kejadian pemberontakan oleh militan yang menyokong Negara Islam. Para pemberontak telah membunuh beratus-ratus tentera Mesir serta polis dan juga telah menyerang sasaran Barat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

Manakala Rusia telah melancarkan serangan udara terhadap kumpulan pembangkang Syria termasuk Negara Islam pada 30 September lalu.


Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

Namun sumber keselamatan Mesir berkata, tidak ada petunjuk bahawa jet Airbus itu telah ditembak jatuh atau diletupkan.


Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

Pesawat A321 yang  mempunyai 185 tempat duduk merupakan jet jarak sederhana telah digunakan dalam 1,100 operasi di seluruh dunia sejak tahun 1994.


Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

Ia merupakan sebuah pesawat  automatik bergantung kepada komputer untuk membantu juruterbang kekal dalam had yang selamat ketika terbang.


Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

Menurut data daripada Yayasan Keselamatan Penerbangan insiden tersebut merupakan kemalangan maut kedua melibatkan pesawat dari keluarga A320 ini.


Pesawat A321: Semua Penumpang Telah Meninggal Dunia

Dalam pada itu, dilaporkan Perdana Menteri Mesir Sherif Ismail menuju ke lokasi kemalangan dengan beberapa menteri kabinet lain dengan menaiki  jet peribadi.

Menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir, pesawat Airbus A 321 berlepas pada 05:51 masa Kaherah (0451 BST) dan hilang daripada radar 23 minit kemudian ketika berada dalam ketinggian 31,000 kaki (9,400 meter).

Misi mencari dan menyelamat lewat tiba di lokasi kejadian di kawasan Hassana disebabkan faktor cuaca yang kurang baik.-mstar

JDT Cipta Sejarah Bola Sepak Malaysia, Juara Piala AFC 2015

Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


JDT Cipta Sejarah Bola Sepak Malaysia, Juara Piala AFC 2015

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan, Sabtu malam.

Pencapaian itu sekali gus, mengubat kekecewaan mereka yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan sulung pada 2009, yang ketika itu dikenali sebagai Johor FC.

Selaku juara, JDT membawa pulang trofi Piala AFC yang disampaikan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai berjumlah US$350,000 (RM1.502 juta), manakala Istiklol FC meraih US$250,000 (RM1.072 juta) selaku naib juara.

Lebih manis, kapten JDT Safiq Rahim dinobatkan sebagai pemain paling bernilai, manakala kapten Istiklol FC, Vasiev Dilshod dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. 

Kejayaan berkenaan merupakan trofi ketiga yang diraih JDT musim ini, selepas muncul juara Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 31 Januari lepas, selain menjuarai Liga Super 2015.

Beraksi di atas padang tiruan ternyata memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah yang menguasai babak awal perlawanan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah pintu gol JDT, namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan mereka gagal meraih sebarang gol.

Nasib sebaliknya menyebelahi skuad Harimau Selatan yang berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi Velazquez, sekali gus menggembirakan hampir 500 penyokong skuad Harimau Selatan yang turut hadir memberikan sokongan.

Gol berkenaan berpunca daripada sepakan penjuru Safiq yang ditampan keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Nikola Stosic sebelum Velazquez meluru sebelum melepaskan rembatan kaki kiri daripada luar kotak penalti.

Tersentak dengan gol itu, Istiklol FC kembali memperkemaskan permainan untuk memburu gol penyamaan namun kekebalan benteng pertahanan JDT diketuai Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Marcos Antonio menyaksikan keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan tuan rumah meneruskan serangan kearah kubu JDT, dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 menerusi Dzhalilov Manuchehr Jalilov, namun jaringannya dibatalkan pengadil, Minoru Tojodari Jepun selepas Dilshod berada pada kedudukan ofsaid.

Jalilov sekali lagi, berjaya menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan, namun Minoru tidak membenarkan gol berkenaan kerana pemain itu berada pada kedudukan ofsaid, dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat.

Senarai pemain:

FC Istiklol: Stosic Nikola, Asrorov Siyovush, Davronov Nuriddin, Makhmudov Khurshed (Parviz Umarboev), Manuel Bleda Rodriguez (Akhtam Nazarov), Dzhalilov Dzhakhongir, Petro Kovalchuk, Vasiev Dilshod (Kapten), Fathuloev Fathullo,Mahdi Chahjooei, Dzhalilov Manuchehr Jalilov.

JDT: Mohd Farizal Marlias, Marcos Antonio, Muhd Aidil Zafuan Abdul Radzak, S.Kunanlan, Jasazrin Jamaludin, Muhammad Fazly Mazlan, Hariss Harun, Safiq Rahim (Kapten), Leandro Velazquez (Gary Steven Robbat), Mohd Safee Sali (MahalliJasuli), Luciano Figueroa. 

Pengadil: Minoru Tojo (Jepun).-mstar