Jadual Liga Perdana Inggeris Minggu Ini

Berikut merupakan jadual Liga Perdana Inggeris minggu ini.


Jadual Liga Perdana Inggeris Minggu Ini

Sabtu (24 Oktober 2015)

Aston Villa lwn Swansea - 10.00 pm, Astro SuperSport  (810)  HD (831)

Leicester lwn Crystal Palace - 10.00 pm, Astro SuperSport  2 (811)  HD (833)

West Ham lwn Chelsea - 10.00 pm, FOX Sports (812)  HD (832)

Norwich lwn West Brom - 10.00 pm, Astro SuperSport  3 (816)  HD (834)

Stoke lwn Watford - 10.00 pm


Ahad (25 Oktober 2015)

Arsenal lwn Everton - 00.30 am, Astro SuperSport  (810)  HD (831)

Sunderland lwn Newcastle United - 08.00 pm, Astro SuperSport  (810)  HD (831)

Bournemouth lwn Tottenham - 10.00 pm, Astro SuperSport  (810)  HD (831)

Manchester United lwn Manchester City - 10.00 pm, FOX Sports (812)  HD (832)

Liverpool  lwn Southampton - 11.59 pm, Astro SuperSport  (810)  HD (831)
-mstar

Jose Mourinho Yakin Chelsea Sapu Bersih Empat Piala

Jose Mourinho yakin Chelsea mampu memenangi empat piala pada musim ini walaupun skuad itu mempamerkan aksi terburuknya sejak Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula.


Jose Mourinho Yakin Chelsea Sapu Bersih Empat Piala

Juara EPL musim lalu itu kini menghuni kelompok terbawah liga dengan ketinggalan 10 mata di belakang penduhulu carta.

Bagaimanapun pasukan itu yakin dapat menewaskan Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu untuk bangkit daripada kekalahan kepada Porto sebelum ini.

Mourinho berkata, kebangkitan Chelsea bermula dengan kemenangan ke atas Aston Villa pada Sabtu lalu.

"Kami mampu menang kesemua empat piala, dan kami juga mampu tewas dalam keempat-empat saingan. Semua peluang masih terbuka. Segalanya masih terbuka.

"Saya fikir untuk menang keempat-empatnya walaupun ia sukar untuk setiap pasukan, termasuk Manchester United atau Manchester City yang berada di kelompok teratas liga ketika ini.

"Di England ia sangat sukar. Keyakinan adalah asasnya. Kami perlukan taktikal disiplin, semangat dan usaha.

"Tumpuan, kerana tumpuan juga adalah asasnya. Setiap langkah ini akan membawa keputusan lebih baik dan keyakinan akan meningkat," jelasnya.-mstar

Pep Guardiola Mengaku Bosan Di Bayern Munich

Pep Guardiola memberi isyarat bahawa dia bakal meninggalkan Bayern Munich pada sidang media pra-perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Arsenal.


Pep Guardiola Mengaku Bosan Di Bayern Munich

Bekas jurulatih Barcelona itu mendedahkan bahawa dia bosan untuk berkhidmat untuk tempoh lama dalam satu kelab.

Tindakannya turut menarik perhatian kelab gergasi seperti Manchester City yang mahukan jurulatih baru pada musim depan.

"20 tahun dalam satu kelab agak mustahil untuk dilakukan. Tiada sesiapa yang mempunyai tenaga lebih untuk berbuat demikian kerana ia membosankan penyokong.

"Kecuali Arsenal, juga Alex Ferguson. Wenger bukan sahaja jurulatih, tetapi dia seorang pengarah sukan.

"Dia membuat perubahan untuk keseluruhan kelab kerana sebelum ini Arsenal bermain dalam keadaan bertahan.

"Watak Wenger lebih daripada seorang jurulatih. Dia merupakan segalanya. Dia mampu berada di kelab itu untuk tempoh lebih lama. Saya?... tidak.

Skuad bimbingan Guardiola yang belum tewas dalam 12 perlawanan terakhirnya termasuk dalam saingan Bundesliga bakal menentang anak didik Wenger yang dahagakan kemenangan.-mstar

Punca Emma Maembong tampar Kamal di taman rekreasi

Angin tidak, ribut tidak, tiba-tiba pelakon popular Kamal Adli ditampar Emma Maembong. Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika pasangan pelakon itu bersiar-siar di sebuah taman rekreasi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Punca Emma Maembong tampar Kamal di taman rekreasi

Menurut sumber, Emma Maembong dikatakan berang dengan gelagat Kamal memerhatikan seorang gadis yang kebetulan berada berhampiran mereka ketika itu.

Sumber berkata, pasangan terbabit pada mulanya dilihat berjalan berdua-duaan sebelum Emma tiba-tiba memarahi Kamal dan terus menampar pelakon itu.


Punca Emma Maembong tampar Kamal di taman rekreasi

Difahamkan, kejadian itu turut disaksikan orang ramai yang berada di situ dan reaksi agresif Emma nyata mengejutkan mereka.

Menurut sumber, Kamal turut tergamam dengan tindakan Emma dan berdiri kaku tanpa sebarang tindak balas.

Kisah teman tapi mesra pasangan pelakon itu sememangnya bukan lagi rahsia.

Walaupun dilihat semakin terbuka berbicara mengenai hubungan itu, tetapi mereka tidak pernah mengiakan status sebenar sama ada pasangan kekasih atau sebaliknya.


Punca Emma Maembong tampar Kamal di taman rekreasi

Namun, apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan pelakon drama Jodoh Sebelah Pintu ketika bersiar-siar di taman rekreasi itu tidak mustahil mereka adalah pasangan kekasih.

Malah, reaksi Emma menampar Kamal juga jelas menunjukkan pelakon jelita itu cemburu dengan tindakan Kamal memerhatikan gadis terbabit.

Sementara itu, Kamal ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian itu, manakala Emma pula gagal dihubungi apabila telefon bimbitnya tidak dijawab.-hmetro

Wijnaldum Sumbat Empat Gol Untuk Newcastle, Benam Norwich 6-2

Georginio Wijnaldum menjaringkan empat gol sekaligus mencipta rekod tersendiri untuk Newcastle buat kali pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.


Wijnaldum Sumbat Empat Gol Untuk Newcastle, Benam Norwich 6-2

Empat jaringan Wijnaldum (minit ke-14, 26',66, 85') itu memberikan kemenangan besar 6-2 ke atas Norwich bersama dua lagi gol dilakukan oleh Perez pada minit ke-33 dan 64.

Manakala gol Norwich diperolehi melalui jaringan Mbokani minit ke-20 dan Redmont (34').

Lebih penting kemenangan itu memberi sedikit kelegaan kepada pengurus pasukan Steve McClaren yang terumbang ambing apabila skuad itu berada dalam posisi ketiga terakhir kedudukan liga.

Jika mereka terus mencatat kemenangan menjelang pertemuan dengan Sunderland minggu ini, Newcastle dijangka mampu mengubah kedudukan yang lebih selamat.-mstar

Manchester United Belasah Everton 3-0

Pasukan tetamu, Manchester United menang 0-3 ke atas Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Goodison Park, Sabtu.

Manchester United Belasah Everton 3-0

Pada babak pertama, gol pembukaan United disumnbat masuk oleh Morgan Schneiderlin pada minit ke-18.

Pemain yanng berasal dari Perancis ini membolosi gawang gol tuan rumah setelah memanfaatkan bola yang ditanduk pemain Everton yang jatuh di kakinya.

United kembali mempamerkan keunggulannya selang empat minit kemudian menerusi Ander Herrera.

Pemain dari Sepanyol ini menyambut umpan silang Marcos Rojo dari bahagian kiri pertahanan Everton dengan tandukan tajam.

Pada babak kedua United menambah keunggulan melalui gol sumbangan Wayne Rooney pada minit ke-62.

Ia bermula daripada umpan Morgan Schneiderlin ke Ander Herrera yang berada di kanan pertahahan Everton.

Sementara itu, David De Gea pula telah membuat satu penyelamat kemas dalam perlawanan ini.

Penjaga gol dari Sepanyol itu berjaya menghalang tendangan kencang Romelu Lukaku dari jarak dekat.

Secara keseluruhannya, skuad bimbingan Louis Van Gaal menguasai pertandingan ini.-mstar

City Kekal Di Puncak, Raheem Sterling Cipta Hatrik

Manchester City terus unggul apabila membelasah Bournemouth 5-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, yang menyaksikan Raheem Sterling mencipta hatrik.

City Kekal Di Puncak, Raheem Sterling Cipta Hatrik


Pada babak pertama, City selaku tuan rumah sudah pun mendahului 4-1.

Raheem Sterling menyumbang gol pembukaan pada minit ke-7 dan diikuti gol oleh Wilfried Bony selang empat minit kemudian.

Bournemouth sempat membalas menerusi gol yang disumbat masuk oleh Glenn Murray, tetapi tidak mampu menambah lebih banyak jaringan sehingga tamat perlawanan.

Pada minit ke-26 bekas pemain Liverpool ini menendang masuk gol keduanya, mengukuhkan lagi kedudukan pasukan di puncak liga dengan 21 mata, diekori rapat Manchester United dengan 19 mata.

Sterling sekali lagi membolosi gawang lawan untuk gol ketiga pasukan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Penampilan hebat Sterling telah mengundang pujian daripada Manuel Pellegrini, walaupun pengurusnya itu mempunyai pandangannya sendiri terhadap pemain berusia 20 tahun itu.
"Saya fikir adalah sesuatu yang penting apabila Raheem memberikan tiga gol hari ini," kata Pellegrini pada sidang akhbar selepas perlawanan.

"Bagaimanapun dia masih perlu memperkemaskan permainannya. Dia telah melakukannya hari ini. Dia masih muda dan akan terus menjadi lebih baik."

"Saya merasakan dia bukanlah penyerang seperti Sergio Aguero atau Bony, tetapi tahun ini saya dapat katakan, apabila dia tiba, saya yakin dia bakal menyumbang lebih banyak gol."

Aksi hebat Sterling juga dikaitkan dengan format 4-4-2 yang diterapkan Pellegrini.
"Saya rasa bermain di samping Bony bakal memberikannya lebih banyak ruang," katanya.

"Format yang kami terapkan hari ini membuat Raheem berpeluang menyumbang lebih banyak gol."

Kemenangan City ditutup oleh gol kedua Bony pada minit ke-89.-mstar

Zamani Slam Lari Dari Pusat Pemulihan

Baru sahaja kita menerima berita gembira bahawa Zamani Slam sedang menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah dengan baik sehingga badannya kini sudah berisi sikit, tiba-tiba penyanyi itu dilaporkan sudah melarikan diri dari Rumah PENGASIH  sekitar jam 10.26 malam semalam.


Zamani Slam Lari Dari Pusat Pemulihan?

Menurut Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd, Zamani telah menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua lagi individu yang tidak dikenali selepas melihat rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan pusat pemulihan berkenaan.

Sebelum ini Zamani dan pembantu peribadinya didenda sebanyak RM 5,500 selepas kedua-keduanya mengaku salah atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah selepas satu serbuan dilakukan di kediaman artis itu di Taman Keramat pada 21 Januari lepas.

Zamani Slam Lari Dari Pusat Pemulihan?

Atas kesalahan tersebut Zamani juga diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Erm memang ada banyak halangan ketika hendak menjadi lebih baik, kami sangat berharap agar Zamani tidak tertipu daya lagi dengan pengaruh negatif dan mengulangi kesilapan beliau sebelum ini.-beautifulnara

Juara AF 2015 Bakal Berdepan Saman Malu

Sebelum ini Sufi Rashid, 24, pernah berkata yang dia tidak menyesal membuat pendedahan mengenai isu gangguan seksual kerana dia hanya ingin mempertahankan haknya dan Tegar.


Juara AF 2015 Bakal Berdepan Saman Malu

Sufi juga berharap agar kes ini tidak dibuka kembali. Malah Sufi juga enggan mengulas dengan berkata kes ini sudah ditutup.


Juara AF 2015 Bakal Berdepan Saman Malu

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Tindakan Sufi satu ketika dahulu yang campur tangan di dalam kes gangguan seksual Tegar dan Arif Dollah nampaknya memakan diri apabila Arif bakal meneruskan saman malunya terhadap Sufi kerana dakwaan juara AF2015 itu telah menjejaskan reputasinya.
Juara AF 2015 Bakal Berdepan Saman Malu

"Kes itu sebenarnya membabitkan saya dan Tegar saja, tetapi Sufi campur tangan kononnya untuk mempertahankan Tegar," ujar Arik dipetik sebagai berkata.


Juara AF 2015 Bakal Berdepan Saman Malu

Di kala nama Sufi sedang meningkat naik, kontroversi sebegini sudah tentu sedikit sebanyak menjejaskan popularitinya. Semoga Sufi tenang menghadapi dugaan ini.-myartis

The Lomas Kecewa Sambutan Dingin Lagu 'Rindu'

Kumpulan The Lomas kecewa apabila lagu single kedua mereka berjudul Rindu  yang dilancarkan pada awal tahun kurang dimainkan di radio-radio tempatan.


The Lomas Kecewa Sambutan Dingin Lagu 'Rindu'

Salah seorang anggotanya, Amira Othman berkata, perancangan untuk pembikinan video klip juga terpaksa ditangguhkan disebabkan perkara itu, walaupun lirik video yang dimuat naik pada Februari lalu sudah ditonton lebih 300,000 kali.

"Single Rindu sudah beberapa bulan dikeluarkan, namun peliknya hingga sekarang tidak dimainkan di radio-radio tempatan.

"Kami pun tidak tahu dimana silapnya kerana lagu tersebut konsepnya sama sahaja seperti Bila Larut Malam. Kalau dilihat jumlah tontonan di lirik video lagu Rindu sudah pun ditonton 300,000 kali," ujarnya kepada mStar Online.

Amira berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kumpulan The Lomas selepas popular dengan lagu Bila Larut Malam.

The Lomas dianggotai oleh bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 iaitu Indah Ruhaila, Aisyah Aziz, Amira Othman, dan Nabila.

Dalam pada itu, Amira berkata, perkara tersebut membuatkan mereka agak tertekan apabila ditanya oleh peminat-peminat yang mahu mendengar lagu tersebut di radio.

"Ramai juga peminat yang minta lagu tersebut di radio-radio, tapi tidak diendahkan. Mereka pula bertanya kepada kita kenapa lagu tersebut tidak dimainkan yang mana kami pun tiada jawapannya,

"Ia adalah diluar bidang kuasa kami, mungkin tiada rezeki kami kali ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Amira berkata, mereka tidak berputus asa dan akan terus cuba promosikan lagu tersebut dengan cara lain.

Lagu Rindu merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Azlan & The Type Writer.

Dalam perkembangan lain, Amira berkata, The Lomas bakal membuat showcase di Kafe Guzzi dekat sini pada 14 November depan.

Persembahan tersebut turut melibatkan bekas pelajar Akademi Fantasi 2013 lain iaitu Azheal dan Faizul Sany.

"Insya-Allah kami akan mengadakan showcase yang dianjurkan oleh kelab peminat kami pada November ini. Ia juga mendapat tajaan daripada seorang datuk yang merupakan peminat The Lomas.

"Showcase tersebut juga bakal menampilkan penyanyi Azheal dan Faizul Sany," ujarnya.-mstar

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/hT-X6ttKXoU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>