Zul Ariffin Kemalangan Di Langkawi: Terpelanting Daripada Jetski

Pelakon Zul Ariffin yang berada di Langkawi kini mengalami satu kemalangan sekitar tiga hari lepas ketika sedang menaiki Jetski di pulau tersebut.


Zul Ariffin Kemalangan Di Langkawi: Terpelanting Daripada Jetski

Perkara itu disahkan sendiri oleh Zul menerusi akaun Instagram miliknya dan memberitahu beliau berada dalam keadaan baik. Namun, Zul tidak mahu memberikan komen lanjut bagaimana kemalangan itu berlaku.

    Langkawi – Berikut adalah gambar suspek yg menaiki Jetski sampai terpelanting petang semalam, menurut laporan beliau enggan memberi apa-apa komen tentang kejadian itu.

Apa yang berlaku tu dah lepas, tak perlulah kot nak ingat saat cemas masa kemalangan tu. Tapi apa kami perasaan bukan kemalangan tu yang menjadi persoalan pertama tetapi ramai yang memuji fizikal abang sado kita ni.-beautifulnara

Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskadar untuk memilik trak Mack paling mahal di dunia akhirnya tercapai apabila trak itu diserahkan kepada baginda di satu majlis penyerahan yang diadakan di Brisbane hari ini.
Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Trak tersebut dilaporkan mengambil masa setahun oleh pengeluar trak terbabit.

Antara keistimewaan trak itu adalah dilengkapi dengan 6 CCTV, dua set televisyen, ruang dapur, barbeku, katil serta kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas.

Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Lebih menarik, bahagian depan trak tersebut dihias dengan lambang harimau yang sedang mengaum diperbuat daripada emas.


"Ini impian beta, adakah beta tersenyum?", kata baginda ketika mengulas tentang trak tersebut.

Harga sebenar trak itu dirahsiakan tetapi menurut rekod, trak itu semestinya lebih mahal dari trak sebelumnya yang berharga A$481,000 (RM1.5juta)

"Beta sentiasa menghargai kemahiran kebolehan jurutera Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun sebelum ini", kata baginda.

"Beta berharap dapat mempamerkan hasil kerja ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja ia dibawa ke Malaysia", kata baginda lagi.


Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Trak tersebut dijangka tiba di Malaysia hujung bulan ini dan pemanduan pertamanya akan dilakukan bagi tujuan amal.


Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Trak tersebut dapat menghasilan 685hp kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimun 100km/h.-siakapkeli

Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Impian Sultan Johor Miliki Trak Mack Paling Mahal Di Dunia

Azri AF9 Dan Salma Hadapi Detik Cemas

Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba. Walaupun keadaan agak cemas tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Azri AF boleh menarik nafas lega apabila isterinya, Salma telah melahirkan cahaya mata mereka yang pertama pada 13 Oktober 2015 jam 9:31 malam.
 
Azri AF9 Dan Salma Hadapi Detik Cemas

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Azri di aplikasi WhatsApp. “Alhamdullillah. Isteri saya, Salma sudah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.1kg secara pembedahan di Hospital Serdang. Sepatutnya Salma dijangka bersalin bulan November tetapi lain pula jadinya. Ini mengejutkan kami sekeluarga sebenarnya. Doktor yang mencadangkan supaya Salma menjalani pembedahan”, cerita Azri.

Tambah Azri lagi, “ Setelah doktor membuat pemeriksaan, doktor terus mencadangkan untuk membuat pembedahan kerana bayi agak besar. Doktor juga menjelaskan boleh bersalin normal tetapi jika bayi keluar lambat risikonya bayi mungkin lemas atau cacat. Tetapi saya cemas kerana ini adalah satu keputusan yang besar kerana jika bersalin secara normal ataupun pembedahan ia tetapi risiko tinggi. Jika pembedahan risiko kepada Salma manakala kalau normal risiko kepada bayi. Saya berada ditengah-tengah. Tetapi alhamdullilah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar”.

Azri dan Salma telah memilih nama untuk bayi perempuan mereka. “Saya dapat nama ini dalam mimpi. Saya pun tidak tahu macam mana hendak cerita. Tetapi yang peliknya kami belum tahu lagi jantina bayi kami. Jadi nama indah yang muncul dalam mimpi saya ini kami berikan kepada bayi kami, Andi Raisya binti Mohamad Azri. Terima kasih kepada anda semua yang mendoakan kesejahteraan Salma dan anak kami”, tutur Azri.-http://era.fm

Impian Doktor Kahwin Ala ‘Fairytale’ Jadi Kenyataan

Sweetnya majlis perkahwinan pasangan pengantin baru ini! Mana tidaknya, lain daripada lain, pasangan doktor ini berjaya menarik perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan berkonsepkan ala-ala fairytale yang sungguh klasik.


Impian Doktor Kahwin Ala ‘Fairytale’ Jadi Kenyataan

Apa yang uniknya, busana yang dipakai membuatkan pasangan pengantin ini kelihatan tidak ubah persis Sultan Mansur Shah, Melaka dan Puteri Hang Li Po sedang bersanding.

Majlis perkahwinan Dr. Mohd Aidid Rizal Mohd Rajib dan Dr. Diana Sabrina Redzuan Lim ini turut mengetengahkan gabungan tema perkahwinan tradisional Melayu dan Cina, sekali gus menonjolkan kepelbagaian budaya di negara ini.

Bercerita mengenai idea perkahwinannya, Dr. Diana memberitahu pada mulanya dia mahukan tema perkahwinan ala ‘Disney’.

“Namun selepas berbincang dengan ibu dan bapa mertua saya, kami memutuskan untuk menggabungkan dua budaya yang berbeza. Kemudian datanglah idea untuk Mohd Aidid berpakaian seperti Sultan Mansur Shah yang berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.

“Saya cukup teruja…apabila menjadi seorang puteri.

“Ia amat menyeronokkan. Kami turut mengupah pengawal sebenar dari Istana Budaya supaya majlis perkahwinan itu nampak realiti,” ujarnya.

Selain itu, beberapa tetamu jemputan lelaki juga kelihatan hadir menggunakan baju Melayu manakala isteri mereka berpakaian cheong sam.

Malah, ketika majlis, kedua-dua mempelai turut disambut dengan paluan kompang dan tarian singa.-mynewshub

Ummi Qazrina Jadi Sasaran Sindiran Seks

Tak tahulah apa yang difikirkan oleh pengguna media sosial ini apabila gambar seorang bintang kecil yang pernah membintangi iklan Petronas beberapa tahun lalu dijadikan sebagai sindiran berbaur seks, baru-baru ini.

Ummi Qazrina Jadi Sasaran Sindiran Seks

Mereka menegur cara berpakaian Ummi Qazrina yang berbaju-T agak ketat da disifatkan terlalu mendedahkan bentuk payudaranya tidak seperti ketika di zaman kanak-kanaknya yang ayu sopan bertutup.

Ini antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook: “baik ya semasa kecil, tersembunyi. Besar sudah tidak tersembunyi. Orang nampak, orang tengok. Akan jadi gangguan seks kepada laki-laki.”

“Kalau kau tidak tunjuk, orang pun tidak tengok. Kau yang gatal tunjuk, orang pun gatal tengok. Perkara ringkas sahaja,” tulis seorang pengguna Nik Hakim.

Komentar-komentar itu ditinggalkan di laman Facebook Sukan Star TV selepas pengendali akaun itu memuat naik foto beserta kapsyen gambar, ‘Iklan Petronas untuk Hari Kemerdekaan ke-50. Dah besar dah dia orang‘.

Iklan hari kemerdekaan itu menampilkan Ummi bersama rakannya, Tan Hon Ming ditemu bual pengarah iklan terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad bagi mengisi slot iklan Petronas pada tahun 2008.-mynewshub

Kelayakan Euro 2016: Belgium Bakal Duduki Ranking No.1 Dunia

Pasukan Belgium bakal menghuni kedudukan ranking FIFA No.1 dunia selepas mencipta kemenangan 3-1 ke atas Israel dalam saingan Kelayakan Euro 2016 awal pagi Rabu.


Kelayakan Euro 2016: Belgium Bakal Duduki Ranking No.1 Dunia

Kemenangan tersebut memberi makna besar untuk skuad bimbingan Marc Wilmots itu, manakala ia menjadi noktah buat Israel yang memasang impian untuk beraksi di Perancis tahun hadapan.

Kombinasi mantap Dries Mertens dan Kevin De Bruyne dengan meletakkan Belgium di hadapan pada minit ke-64 dan 78' manakala pemain tengah Chelsea, Eden Hazard memastikan pasukannya menang selesa dengan jaringan ketiga enam minit sebelum masa permainan sebenar berakhir.

Mengikut keputusan perlawanan sebelum ini, Belgium sudah pun layak ke saingan Euro 2016 selepas mencipta kemenangan 4-1 ke atas Andorra pada aksi Sabtu lalu dan kemenangan terbaharu ini mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas (23 mata) Kumpulan B dengan kelebihan dua mata daripada Wales.

"Saya terlalu teruja.Ya! No.1 dunia," jelas Mertens gembira dengan pencapaian Belgium yang sebelum ini berada di kedudukan ke-71 dunia (2007) sebelum merampas posisi yang dikuasai pasukan Jerman dan Argentina.

Belgium sebelum ini berada di tangga ketiga dunia namun berjaya mengubah kedudukan tersebut selepas kemenangan ke atas Israel malah faktor kekalahan pasukan di ranking kedua dunia, Jerman (Republik Ireland) dan Argentina (Ecuador) menjadi faktor kemaraan skuad The Red Devils untuk menghuni kedudukan No.1 dunia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak mereka.-mstar

Punca David Teo Kecewa Atikah Suhaime

Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo kesal dengan sikap pelakon Atikah Suhaime yang seolah-olah lupa asal usul selepas bertindak menyindir pihak media dengan menyenaraikan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang wartawan di Instagram miliknya baru-baru ini.

Punca David Teo Kecewa Atikah Suhaime


David berkata, tindakan artis naungan syarikatnya itu jelas menunjukkan wanita tersebut masih belum matang dalam menjawab kontroversi selain kurang pengalaman sebagai seorang artis.

"Pada saya kenyataan dibuat Atikah menerusi Instagram berhubung isu dengan pihak media itu adalah kerana dia tidak mempunyai pengalaman dan tidak matang.

"Dia seharusnya lebih rasional dalam menghadapi sesuatu isu tetapi mungkin juga perkara itu berlaku kerana MIG belum cukup mendidiknya," kata David kepada mStar Online.

Punca David Teo Kecewa Atikah Suhaime

David berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Badi di Cathay E@Curve di sini, Selasa.

Atikah mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas dikatakan berang apabila wartawan menanyakan soalan mengenai gosip tentang perkara peribadi mengenai dirinya.

Terdahulu dalam laporan akhbar mingguan Ahad lalu, Atikah dan aktor Ammar Alfian menafikan mereka melakukan hubungan terlarang bersama seorang lagi artis iaitu Idris Khan.
Dalam pada itu, David berkata, Atikah seharusnya perlu bersikap rendah diri, bersyukur selain bersopan dalam tutur kata sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di laman sosial.

"Saya akan 'ajar' dia! kerana MIG tidak pernah mengajar artis-artis kami bersikap sedemikian," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, David  akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Atikah berhubung kontroversi perlakuan seks tersebut yang dipercayai turut dirakamkan dalam bentuk video.

Jelas David, pertemuan itu perlu dilakukan bagi mendapatkan cerita sebenar  sebelum pihaknya mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

"Tidak adil sekiranya saya mengulas perkara tersebut tanpa mendengar penjelasan daripada Atikah terlebih dahulu.

"Sebab itu saya ingin berjumpa dengannya bagi mendapatkan cerita sebenar," kata David.

David berkata, dia yakin tuduhan mengatakan Atikah terlibat dalam sebuah video lucah adalah palsu kerana sehingga ke hari ini dia belum mendapat sebarang video sebagai bukti daripada mana-mana pihak.

"Gosip berkenaan saya sudah dengar sejak beberapa bulan lalu dan ada cuba meminta salinan video itu namun sehingga ke hari ini tiada pihak tampil mengemukakan bukti," ujarnya.-mstar

Belanda Tersingkir, Turki Tempah Tiket Ke Perancis

Pasukan Belanda tidak layak ke aksi akhir Euro 2016 selepas tewas 3-2 di tangan Republic Czech di laman sendiri pada saingan kelayakan bagi Kumpulan A awal pagi Rabu.
Belanda Tersingkir, Turki Tempah Tiket Ke Perancis

Pemenang ketiga Piala Dunia 2014 itu terlepas aksi akhir di Perancis tahun hadapan buat kali pertama sejak 1984.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Danny Blind ini ketinggalan 2-0 dalam babak pertama selepas Pavel Kaderabek membuka jaringan pada minit ke-24. Manakala Josef Sural menambah gol kedua Czech pada minit ke-35.

Pasukan Republik Czech menambah jurang gol apabila Robin van Persie tersilap langkah menjaringkan gol sendiri minit ke-66 sekaligus menambahkan lagi tekanan buat Oranje.

Bagaimanapun Klaas-Jan Hunterlaar berjaya merapatkan jaringan gol minit ke-69 sebelum Van Persie menebus kesilapannya dengan gol kedua Belanda pada minit ke-82.

Biarpun pemain-pemain Belanda cuba mengejar untuk menyamakan jaringan, ketiadaan penyudah tajam menyebabkan mereka tewas di hadapan penonton sendiri.

Kali terakhir Belanda merangkul trofi kejuaraan ini pada tahun 1988 manakala meraih tempat ketiga pada aksi Euro 1992, 2000 dan 2004.

Selain itu, dalam satu lagi aksi kumpulan ini menyaksikan pasukan Turki berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Iceland sekaligus menempah tiket ke Perancis apabila mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga (18 mata) kumpulan.

Republik Czech mengambil alih posisi Iceland di tangga teratas dengan kelebihan dua mata (22) selepas 10 perlawanan.

Manakala Belanda hanya mencatat 13 mata dengan rekod empat kemenangan, satu seri dan lima kalah diikuti Kazakhstan (5) dan keenam kumpulan, Latvia lima mata tanpa sebarang kemenangan.-mstar

Suasana Di Bilik Taklimat Terlalu Senyap, Bunyi Pin Jatuh Dapat Didengar

Penyiasat nahas udara membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dilancarkan dari kawasan dikuasai pemberontak di timur Ukraine, kata sumber yang rapat dengan siasatan.


Suasana Di Bilik Taklimat Terlalu Senyap, Bunyi Pin Jatuh Dapat Didengar

Rusia bagaimanapun pantas menafikan dakwaan itu.

Hasil kajian itu mungkin akan memburukkan lagi ketegangan antara Rusia dan Barat, kerana hubungan tegang berhubung konflik di Ukraine dan kemasukan Moscow dalam perang di Syria.

"Ia adalah satu peluru berpandu BUK yang mengenai bahagian atas sebelah kiri kokpit," kata seorang daripada saudara mangsa, Robby Oehlers kepada pemberita dalam keadaan pucat, selepas diberi taklimat oleh pegawai-pegawai Belanda di The Hague.

Beliau berkata gelombang kesedihan menyelubungi segenap ruang bilik taklimat yang dihadiri beratus-ratus saudara-mara yang kehilangan orang tersayang.

Taklimat diberikan oleh Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra.

"Mereka menunjukkan kepada kami serpihan yang berada di dalam pesawat," kata Oehlers, sambil menambah suasana di dalam bilik itu 'terlalu senyap, sehingga bunyi pin jatuh dapat didengari'.

Kumpulan anggota penyiasat yang dipimpin Belanda mahu menamatkan 15 bulan spekulasi mengenai mengapa Boeing 777 meletup di udara tahun lepas, membunuh semua 298 orang di atas kapal.

Hasil kajian yang dilaporkan itu pantas dipertikaikan oleh pembuat peluru berpandu Almaz-Antey, malah sebelum pendedahan rasmi laporan penyiasat dibuat pada pukul 6.15 petang, di pangkalan udara Belanda.

Sebelum itu, memetik tiga sumber yang rapat dengan siasatan, akhbar harian Volkskrant yang dihormati berkata siasatan itu telah mendapati pesawat itu ditembak oleh peluru berbandu permukaan ke udara (BUK) pada 17 Julai 2014 ketika sedang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut Volkskrant, laporan itu mengandungi peta lokasi kemalangan, di mana bangkai pesawat bertaburan di seluruh kawasan berhampiran kampung Grabove, sebuah kampung orang Ukraine dan kawasan perang di Donetsk yang dikawal oleh pemberontak.

Ia menolak perdebatan Moscow bahawa pesawat itu telah dibedil oleh peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Ukraine kerana ia terbang kira-kira 10,000 meter di atas wilayah itu, kata akhbar itu lagi.-mstar

Sirap Paracetamol Royce Pharma Sdn Bhd Ada Alkohol

Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml di pasaran kerana didapati mengandungi alkohol.


Sirap Paracetamol Royce Pharma Sdn Bhd Ada Alkohol

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu Datuk Eisah A Rahman berkata kementerian telah mengarahkan syarikat tersebut memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit.

Kementerian itu dalam surat tawaran telah menetapkan spesifikasi bahawa produk itu tidak sepatutnya mengandungi alkohol, dan syarikat itu dalam membuat tawaran ubat tersebut kepada kementerian itu telah tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mereka mengenai kandungan alkohol, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata kerana syarikat itu tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mengenai wujudnya alkohol dalam ubat tersebut, maka pihak kementerian telah menerima tawaran syarikat tersebut untuk membekalkan produk itu.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati produk paracetamol itu mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan," katanya.

Bagaimanapun, Eisah berkata produk itu telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), dan didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

"Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan dilaporkan," katanya.

Beliau juga menyarankan pengguna supaya sentiasa menyemak maklumat label dan sisip bungkusan produk dan memilih produk yang sesuai yang diperlukan.

"Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian telefon 1800886772 atau emel npcc@moh.gov.my untuk keterangan mengenai ubat-ubatan," katanya. -- Bernama