Tak Kan Nak Tengok Tetek Awak - Nazim Othman

Biasa lah, kalau jadi artis ni ada yang suka dan ada yang tak suka. Paling penat bila nak layan haters yang si artis tak buat salah apa pun masih kena maki di sosial media.. Lebih-lebih lagi di Instagram. Tapi tu lah asam garam kalau nak jadi artis kan?

Tak Kan Nak Tengok Tetek Awak - Nazim Othman

Terbaru, Nazim Othman dapat komen yang kurang sopan dari seorang follower. Rasa-rasanya kalau artis yang jenis hilang sabar mesti maki hamun balik individu ni, tapi Nazim ada cara tersendiri untuk handle follower yang kurang sopan ni.

Tak Kan Nak Tengok Tetek Awak - Nazim Othman
Tak Kan Nak Tengok Tetek Awak - Nazim Othman
Tak Kan Nak Tengok Tetek Awak - Nazim Othman

Tak Kan Nak Tengok Tetek Awak - Nazim Othman

Tak Kan Nak Tengok Tetek Awak - Nazim Othman

Menerusi ruangan komen di Instagram Nazim Othman, ramai yang memuji sikap ‘cool’ Nazim Othman melayan individu tu. Sikap Nazim patut dicontohi kerana tidak cepat melenting dan tahu mengawal keadaan sekeliling.-beritapremium

PAS Persoal Bil Perhimpunan 16 September

PAS mempersoalkan sama ada penganjur perhimpunan baju merah dan Himpunan Rakyat Bersatu akan menerima bil pembersihan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagaimana yang dilakukan terhadap Bersih 4, baru-baru ini.


PAS Persoal Bil Perhimpunan 16 September

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya rakyat akan membuat perbandingan mengenai tindakan polis dan kerajaan terhadap penganjur kedua-dua perhimpunan tersebut.

"Apakah ada yang lebih menjengkelkan di perhimpunan 16 September nanti? Apakah pula nilai bil membersihkan Kuala Lumpur yang akan diterima penganjur selepas perhimpunan nanti? Apakah pihak berkuasa boleh bertindak secara konsisten dan adil?

"Tindakan pihak polis dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum, semasa dan selepas Bersih 4 akan menjadi perhatian khusus terhadap penilaian sikap mereka yang bakal diambil di perhimpunan baju merah 16 September ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Malah, Tuan Ibrahim turut mempertikaikan sama ada penganjur akur dengan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak membenarkan peserta berhimpun di tiga lokasi panas iaitu Bukit Bintang, Jalan Petaling dan Plaza Low Yat.

"Persoalannya, apakah penganjur akan akur dengan larangan ini," soalnya.

Pada masa sama, beliau turut membangkitkan sama ada perhimpunan tersebut tidak akan mengganggu peniaga dan tidak bersifat perkauman seperti dakwaan yang dilemparkan terhadap penganjuran Bersih 4.
"Apakah perhimpunan baju merah tidak mengganggu peniaga sebagaimana yang didakwa terhadap Bersih 4?

"Apakah kedai tidak perlu ditutup dan peniaga akan mendapat manfaat dari himpunan tersebut? Apakah ia akan mengganggu jalan lintas? Apakah sentimen perkauman akan dimainkan?," soalnya lagi.

Tuan Ibrahim turut menegaskan, PAS tidak akan membenarkan ahlinya menyertai perhimpunan anjuran Umno itu walaupun kecewa dengan tindakan segelintir peserta Bersih 4 yang bertindak memijak gambar pemimpin Umno dan juga PAS.

"Ketika Bersih 4, ada usaha pihak tertentu membuat provokasi meletakkan gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS untuk dipijak sebagai simbolik kerjasama antara PAS dan Umno. Tapi, hakikatnya usaha provokasi ini gagal.

"Ia adalah tindakan pihak yang tidak faham dengan keadaan semasa. Lebih mengharukan apabila Presiden PAS memaafkan tindakan mereka," katanya.-mstar

Punca Sebenar Che Ta Nekad Tinggalkan AF 2015

Tidak tahu sama ada hanya gimik atau perkara ini benar-benar berlaku, Che Ta mengakui dan mengesahkan bahawa dia enggan untuk meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan. 
 
 
Punca Sebenar Che Ta Nekad Tinggalkan AF 2015
 
Tindakan menarik diri sebagai juri itu sebenarnya dibuat setelah dia diherdik oleh Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF baru-baru ini. Malah menurut Che Ta, dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar.

“Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional. Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi”

“Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya. Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sementara itu, menurut Edry pula, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina. Apa pun, semoga AF kali ini mampu mendapat sambutan hangat lagi.

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Memang tepat lagi padu teguran seorang ustaz berikutan kecohnya gosip Tasha Shilla yang berani mendedahkan hampir sebahagia tubuhnya ketika menghadiri majlis perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis baru-baru ini.


Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Tasha dengan beraninya tampil sek$i pada majlis itu dan menjadi perhatian netizen selepas tindakannya memuat naik gambar di Instagram.

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Menerusi Portal Mynewshub, seorang ustaz yang dikenali dengan nama Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan supaya para selebriti dan artis tanah air untuk mengikut ‘dress code’ yang telah ditetapkan dalam Islam.

Agak-agak, nasihat ustaz ni diterima mereka semua ni tak? Hmmmm… Suka hatilah nak dengar ke tidak, para Agamawan telah pun tampil menegur kerana hampir kebanyakan artis tanah air merupakan penganut agama Islam.

    “Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

    “Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.”

Apa yang lagi penting, Ustaz Asmawi ini turut berkongsi cadangan demi kebaikan kita semua terutama anak seni yang sememangnya menjadi idola dan ikutan umum.

    “Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

    “Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure.”

Terbaik ustaz! Tapi sangat malang jika ia hanyalah ibarat mencurahkan air ke daun keladi, sama-samalah kita mendoakan suatu hari nanti akan berlaku satu keajaiban dan penghijrahan dalam dunia industri hiburan kita. Kan cantik kalau Tasha Shilla tampil menutup aurat macam ni.-gosipmalaysia

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Nazim Othman Memperkenalkan Pasangan Di Majlis Raja Sehari

Pelakon Nazim Othman akhirnya memperkenalkan siapa sebenarnya wanita yang selama ini dikaitkan dengannya iaitu Nedlyn Nazlan di Majlis Raja Sehari semalam.


Nazim Othman Memperkenalkan Pasangan Di Majlis Raja Sehari

Teka –teki siapakah wanita itu terjawab apabila Nazim memberitahu wanita kacukan Melayu dan Cina itu hanyalah pasangannya yang berlakon di dalam filem web pendek #HCintax3 terbitan Himalaya.

“Sebenarnya Majlis Raja Sehari ini hanyalah gimik kepada pelancaran filem web ini bagi kempen produk terbaru dari Himalaya iaitu Nourishing Skin Cream Himalaya.

“Filem pendek berkonsepkan aviation ini menceritakan tentang kisah cinta romantik antara saya dan Nedyln dalam mencari dan menemukan semula cinta mereka oleh Nourishing Skin Cream.

“Saya tahu ada yang terkejut dengan jemputan Majlis Raja Sehari ini tetapi kini saya harap semuanya sudah jelas,” katanya kepada murai.com.my
 

Nazim Othman Memperkenalkan Pasangan Di Majlis Raja Sehari

Nazim dan Nedlyn hadir dengan paluan kompang ke majlis tersebut yang juga majlis pelancaran Nourishing Skin Cream Himalaya yang berlangsung di butik Himalaya, Suria KLCC.

Serentak dengan kempen itu, Nazim dilantik untuk menajdi duta dan mengikat kontrak selama 3 bulan bersama Himalaya.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Embun Elit, Denise Yan, Nazim dipilih sebagai duta kerana kepentingannya kepada penjagaan wajah dan diri.

“Kami berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Nazim Othman kerana ini merupakan pertama kali Himalaya menggunakan selebriti tanah air sebagai wajah kepada kempen kami.

“Selain iu, Nazim juga mewakili ikon-ikon generasi baru Malaysia yang kami sedar akan kepentingan gaya hidup sihat dan usahasama ini pentang bagi Himalaya sebagai sebuah jenama produk kesihatan,” katanya.

Seiring dengan pelancaran produk terbaru Himalaya, peminat berpeluang untuk makan malam bersama Nazim Othman dengan menyertai pertandingan digital mulai sekarang sehingga Oktober 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandainagn itu, sila layari http://himalayacintax3.com/
-murai

Pembedahan Otak Ujian Terbesar Buat Nazim Othman

Pelakon Nazim Othman menyifatkan ketumbuhan pada otak yang dialami sehingga memerlukan dia menjalani pembedahan besar pada Mac lepas adalah ujian paling berat yang dilalui setakat ini.


Pelakon Nazim Othman menyifatkan ketumbuhan pada otak yang dialami sehingga memerlukan dia menjalani pembedahan besar pada Mac lepas adalah ujian paling berat yang dilalui setakat ini.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 31, berkata, perkara itu membuatkan dia melihat keadaan sekeliling dengan pemikiran berbeza berbanding sebelum ini.

"Mengalami ketumbuhan di otak adalah ujian yang paling besar pernah saya lalui dan fasa tersebut membuatkan saya sedar banyak perkara.

"Saya mula menghargai apa yang berlaku di sekeliling saya selain tidak takut dengan sesiapun selain Dia - Allah S.W T.

"Pada masa sama, saya lebih reda dengan setiap ketentuan yang datang walaupun perkara yang dilalui tidak seperti yang dirancang," katanya.

Nazim ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk penjagaan kesihatan dan kecantikan jenama Himalaya di pusat beli-belah KLCC, di sini pada Jumaat.

Nazim mengalami ketumbuhan otak iaitu di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya.


Sementara itu, ditanya mengenai hasratnya sempena ulang tahun kelahirannya nya yang ke 31 pada 16 September ini, kata Nazim, dia berdoa agar kesihatannya menjadi lebih baik selain menantikan jodoh yang sesuai.

Nazim yang dikaitkan dengan aktres Bella Dally berkata, kali ini dia sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami, cuma masih menantikan jodoh mengikut ketentuanNya.

"Nak ikutkan sampai di satu tahap, saya tidak mahu berkongsi apa-apa berkaitan Bella sebab jawapan yang diberi masih klise.

"Hati saya memang terbuka untuk ada keluarga sendiri dan saya sudah bersedia ke arah itu.  Kalau dia jodoh saya, Alhamdulillah. Kalau bukan ditakdirkan dengannya, saya reda.

"Lagipun susah nak cari wanita seperti dia, yang memahami perangai gila-gila saya," ujarnya.

Mengenai perlantikannya sebagai duta produk Himalaya, Nazim berperanan akan menyertai promosi jelajah di beberapa buah negeri dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, Nazim juga sibuk dengan penggambaran drama Akulah Balqis, untuk siaran TV3, arahan Erma Fatima.-mstar

Mourinho Enggan Terima Hakikat Aksi Hambar The Blues

Jose Mourinho enggan bertanggungjawab di atas kekalahan Chelsea 3-1 kepada Everton di Goodison Park pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu malam.


Mourinho Enggan Terima Hakikat Aksi Hambar The Blues

Bagaimanapun Mourinho mengakui ia satu keputusan teruk sepanjang kariernya.

The Blues  tampil  aksi hambar sejak pembukaan musim ini apabila hanya mengutip empat mata daripada lima perlawanan dengan mencatat satu kemenangan, satu seri, manakala selebihnya tewas.

"Keputusan tidak setaraf dengan kualiti dan status kami malah skuad lebih layak daripada ini.

"Semua orang mengkritik bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya dan pemain, namun saya tidak bersetuju.

"Saya adalah juara, pemain-pemain adalah juara. Cara kami bermain tidaklah seteruk berbanding dengan keputusan kerana semuanya dilihat menentang kami.

"Tetapi saya tidak menyalahkan diri sendiri dan juga pemain walaupun keputusan yang dicatat adalah paling teruk sepanjang karier. Pun begitu saya masih selesa dengan situasi ini," ujar Mourinho kepada BT Sport.

Malah Mourinho juga masih yakin kariernya di Stamford Bridge masih selamat walaupun ketinggalan jauh daripada pendahulu liga, Manchester City.

"Saya tidak fikir ada pengurus lain yang layak selain daripada saya untuk berada di sini. Sayalah yang paling sesuai di Chelsea.

"Saya telah banyak melakukan perkara yang luar biasa dengan pasukan ini, tetapi kini saya menghadapi keputusan teruk sekaligus saya perlu mencari punca kepada masalah itu," jelas Mourinho.-mstar

Keputusan Chelsea sepanjang musim ini:

Arsenal 1-0 Chelsea (Community Shield) - kalah

Chelsea 2-2 Swansea (Liga Perdana) - seri

Manchester City 3-0 Chelsea (Liga Perdana) -kalah

West Brom 2-3 Chelsea (Liga Perdana) - menang

Chelsea 1-2 Crystal Palace (Liga Perdana) - kalah 

Everton 3-1 Chelsea (Liga Perdana) - kalah

Cubaan Culik Kanak-Kanak Menaiki Van Putih Ditumpaskan

Kejadian semalam berlaku di Cahaya Masai. Seorang lelaki menaiki van putih yang cuba menculik kanak-kanak namun berjaya ditangkap oleh orang awam dan polis. 

Gud Job Orang Masai (y) Sumber: mestigempaq2015

Cubaan Culik Kanak-Kanak Menaiki Van Putih Ditumpaskan

Cubaan Culik Kanak-Kanak Menaiki Van Putih Ditumpaskan

Cubaan Culik Kanak-Kanak Menaiki Van Putih Ditumpaskan

Cubaan Culik Kanak-Kanak Menaiki Van Putih Ditumpaskan

Cubaan Culik Kanak-Kanak Menaiki Van Putih Ditumpaskan


Neymar Bakal Jadi Penerima Gaji Kedua Tertinggi Di Barcelona

Penyerang sensasi Barcelona, Neymar bakal menjadi penerima gaji kedua termahal kelab tersebut jika kontrak baharunya dimeterai dalam masa terdekat.


Neymar Bakal Jadi Penerima Gaji Kedua Tertinggi Di Barcelona

Menurut laporan The Mirror, Barcelona dan Neymar sudah memulakan rundingan mengenai kontrak baharu yang menyaksikan pemain muda itu menuntut bayaran gaji melebih 200,000 pound (RM1.33 juta) seminggu selepas cukai.

Khabar angin yang mengaitkan Neymar dengan Manchester United pada musim panas ini memaksa Barcelona untuk terus mengikat bintang muda itu dengan kontrak baharu.

Neymar memiliki waktu yang tepat untuk berunding mengenai kontrak baharunya di Nou Camp.

Walaupun dia dilihat sengaja menggunakan Manchester United untuk memancing kontrak baharu, terdapat kelab-kelab lain yang menaruh minat terhadapnya.

Terdahulu, Chelsea turut dikatakan sedia bersaing dengan United untuk memiliki pemain tersebut.-mstar



Bukti Arab Saudi Turut Membantu Pelarian Syria

Sekarang ini hangat diperkatakan mengenai isu pelarian Syria, lebih-lebih lagi apabila kejadian sedih yang menimpa anak kecil berumur 3 tahun Aylan Kurdi baru-baru ini.


Bukti Arab Saudi Turut Membantu Pelarian Syria

Kemelut dan krisis yang berlaku di negara itu mendapat perhatian daripada pelbagai negara, antara ialah Arab Saudi yang dikatakan tidak menerima masuk dan membantu pelarian Syria ke negaranya.


Bukti Arab Saudi Turut Membantu Pelarian Syria

Oleh itu,  Mohammed Khalid Alyahya yang merupakan  Associate Fellow At the Saudi Arabian King Faisal Centre For Research And Islam Studies merungkai bahawa mengapa Arab Saudi ‘tidak membantu’ mereka.

"Zero is a very inaccurate number because Saudi Arabia doesn’t have a refugee policy. There are 500,000 Syrians in Saudi Arabia that have been given visas, 3000 of which, based on a recent royal decree, have been given scholarships to attend university inside the kingdom. They are also given healthcare for themselves and their families but they are called visitors, they are not called refugees. Many of them are there to visit their families, who already live in Saudi Arabia. I can’t speak to other Gulf countries but the number in Saudi Arabia is 500,000. We can argue that this number is LOW but I would say the entire international community has done very little to alleviate the suffering of the Syrian people."




"    This week we have seen a lot of focus on the refugee crisis after there was a spike in the number of refugees coming into Europe and after we saw these heart-breaking photographs of drowned civilian children and civilians but the refugee crisis has been going on for 4 years. It’s as if people have forgotten Syria until that one picture of the child surfaced. 25 million refugees, that’s where we are headed right now. There is no concreate plan of action to stop the root of the problem which is Bashar Al Assad."




Whole families have come in and they have been given visas and their statuses have been formalised in Saudi Arabia. Just the fact that they’re not called refugees doesn’t mean that they aren’t refugees.




"Putting the number at zero is extremely misleading. It just ignores the fact that there are 500,000 Syrians in Saudi Arabia as a result of this war that WEREN’T in Saudi Arabia before it."-ohbulan