Pekerja Asing Belasah Polis, Rampas Pistol Di Penang

Seorang anggota polis cedera parah selepas dibelasah sekumpulan pekerja kilang warga asing yang turut merampas senjata api miliknya.


Pekerja Asing Belasah Polis, Rampas Pistol Di Penang

Dalam kejadian jam 6 petang semalam Koperal Khosim Hat, 56, pergi membuat tinjauan selepas mendapat aduan tentang aktiviti perjudian di Jalan Besar, Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

Bagaimanapun di lokasi itu beliau telah dibelasah dari belakang oleh sekumpulan pekerja asing yang turut bertindak merampas pistol yang dibawa bersamanya.

Mujurlah selepas ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah, Khosim berjaya menghubungi Balai Polis Bukit Tengah bagi meminta bantuan.

Sekumpulan anggota polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian lalu menghubungi ambulan untuk membawanya mendapatkan rawatan.


Pekerja Asing Belasah Polis, Rampas Pistol Di Penang

Khosim yang sudah 20 berkhidmat dengan PDRM mengalami kecederaan di muka, patah tulang rusuk kanan dan terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Bukit Mertajam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata, susulan insiden itu 23 pekerja asing warga Vietnam, Myanmar dan Nepal telah ditahan, 18 daripadanya bekerja di sebuah kilang di Bukit Tengah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Menurutnya senjata api jenis Walther P99 juga berjaya ditemui semula.mynewshub

SPRM Terkejut Berita Kehilangan Kevin Morais

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berharap agar berita kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, sejak Jumaat lepas tidak dikaitkan dengan mana-mana siasatan yang sedang dijalankan badan penyiasat itu dan polis berhubung kebocoran maklumat.


SPRM Terkejut Berita Kehilangan Kevin Morais

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata berita kehilangan Morais amat mengejutkan suruhanjaya tersebut.

"SPRM terkejut dengan berita kehilangan Kevin Morais dan berharap keluarga beliau akan bersabar sementara pihak Polis Diraja Malaysia sedang bertindak untuk mengesan beliau.

"SPRM berharap agar tidak ada mana-mana pihak membuat spekulasi tidak berasas mengenai berita kehilangan Kevin Morais. Kami berharap agar beliau akan ditemui selamat secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Azam, sepanjang tempoh bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kevin Morais telah mengendalikan banyak kes berprofil tinggi dan sehingga kini masih mengendalikan beberapa kes melibatkan SPRM.

"Saya sendiri mengenali Kevin Morais dengan rapat sejak berkhidmat di SPRM dan berharap semua pihak akan mendoakan keselamatan beliau," katanya.

Dilaporkan penemuan kereta Proton Perdana yang terbakar di Hutan Melintang pada Sabtu dikaitkan dengan kehilangan Kevin Morais.

Kali terakhir Kevin Morais dilihat ketika meninggalkan kediamannya menaiki kenderaan sama di Menara Duta untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara pada pagi Jumaat.

Sebelum ini, Morais dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meninggalkan kediamannya pada pukul 9 pagi menaiki Proton Perdana kelabu dengan bernombor WA6264Q.

Difahamkan, seorang rakannya cuba menghubungi Morais pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan seterusnya pukul 3 petang tetapi gagal.

Rakannya itu kemudiannya menghubungi pejabat apabila dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat hari itu.

Kevin Morais pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM dan mewakili badan penyiasat itu sebagai Timbalan Pendakwa Raya selama hampir 10 tahun sebelum kembali ke Jabatan Peguam Negara pada 1 Julai 2014.

Menurut sumber, Morais tidak terbabit dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).-mstar

Tulis Mahathir kepada Anina

“Saya harap saudari akan terus bercakap benar walaupun ia menjadikan saudari tidak disukai oleh sesetengah pihak. Jangan sesekali berputus asa. Negara kita memerlukan rakyat seperti saudari.


Tulis Mahathir kepada Anina

Itu komen Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu surat yang ditulis kepada bekas anggota Wanita UMNO Kedah, Anina Saadudin.

Dalam satu surat tersebut, Tun Mahathir turut mengingatkan walaupun kebenaran harus ditegakkan atau penipuan akan menjadi pegangan.

“Tetapi kebenaran haruslah dinyatakan atau yang tidak benar (penipuan) akan menjadi pegangan,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam suratnya kepada Anina semalam.

Tambah Tun Mahathir lagi, walaupun dia sedih dengan pemecatan Anina, beliau tetap bangga dengan Anina kerana berani bercakap benar.

“Saya bangga atas tindakan berani saudari. Tidak ramai orang yang berani untuk bercakap benar berkaitan pemimpin tertinggi kita kerana takut dituduh sebagai pengkhianat.

“Saya merasa sedih atas pemecatan saudari sebagai ahli Umno oleh setiausaha Agung Umno," kata Mahathir memetik laporan Malaysiakini.

Keahlian Anina dari UMNO sebelum ini digugurkan berikutan tindakan beliau menyaman Presiden UMNO, Najib Razak berikutan isu derma RM2.6 billion. - Siakapkeli.

Ruhainies Dapat 'Habuan' Wajah Iras Nora Danish

Pelakon baharu iaitu Ruhainies sudah lali apabila sering disapa dengan gelaran Puteri iaitu watak dalam sebuah sitkom Puteri yang dilakonkan oleh Nora Danish sekitar tahun 2005.


Ruhainies Dapat 'Habuan' Wajah Iras Nora Danish

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Zainul Ilyas, 23, berkata, wajah, suara dan fizikalnya yang hampir sama dengan Nora Danish itu membuatkan dia sering menerima tempias populariti aktres itu.

"Saya dah lali bila orang cakap saya macam Nora Danish kerana memang sejak tingkatan satu lagi ketika sitkom Puteri lakonan Nora disiarkan satu sekolah panggil saya gelaran Puteri.

"Hinggakan pada tingkatan empat, saya terserempak dengan pengarah sitkom itu, Aziz M.Osman dan dia menegur saya serta menawarkan untuk jadi adik kepada Puteri bila sudah habis belajar. Namun selepas itu kami tidak berhubung, dia pun sudah lupa saya," ujarnya kepada mStar Online.


Ruhainies Dapat 'Habuan' Wajah Iras Nora Danish
Ruhainies bersama Fattah Amin.


Ruhainies yang juga adik kepada pelakon Nur Risteena Munim ini memberitahu, kisah tersebut turut diketahui oleh Nora Danish.

Malah, menurut Ruhainies, Nora pernah menzahirkan hasrat untuk bertemu sendiri dengannya bagi melihat kesamaan mereka.

"Nora tahu perkara ini kerana pengikut saya akan tag nama dia di Instagram, malah dia sendiri pernah beritahu kawan baik saya iaitu Ezzaty untuk bertemu saya.

"Saya pula yang malu nak jumpa dia kerana dia jauh lebih cantik daripada saya," ujarnya.


Dalam pada itu, Ruhainies berkata, dia yang sebelum ini pernah terlibat dengan drama Sofea Jane telah dihubungi pihak stesen televisyen TV3 untuk membintangi drama di slot Akasia berjudul Hello Mr Perfect.

Kata Ruhainies, ia merupakan rezeki yang tidak pernah diduga apabila kehadirannya dalam industri hiburan diterima dengan baik.

"Saya pernah bintangi drama Sofea Jane tetapi hanya watak sampingan sahaja, selepas itu saya dihubungi pihak TV3 untuk membintangi drama Hello Mr Perfect untuk slot Akasia bersama pelakon Fattah Amin.

"Saya terkejut juga bagaimana TV3 dapat nombor telefon saya dan yakin memberi watak penting kepada saya. Ia sangat mencabar bagi pelakon baru macam saya kerana saya perlu bawa tiga watak berbeza," ujarnya.

Drama bersiri 26 episod berjudul Hello Mr Perfect itu akan disiarkan di slot Akasia, pukul 7 malam di TV3 selepas tamat drama Mencintaimu tidak lama lagi.-mstar

Dollah Salleh Umum Letak Jawatan

Dollah Salleh secara rasminya mengumumkan perletakan jawatannya sebagai jurulatih skuad bola sepak kebangsaan berkuat kuasa pada Jumaat.
Dollah Salleh Umum Letak Jawatan

Dollah mengambil keputusan itu selepas pasukan kendaliannya dimalukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan jaringan 10-0 pada aksi perlawanan ketiga Kumpulan A bagi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, Khamis malam.

Menurut Dollah, dia telah berbincang dengan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung hasratnya untuk melepaskan jawatan itu sebaik sahaja tamat perlawanan dengan UAE.

“Datuk Hamidin meminta saya bersabar seketika. Tetapi pagi tadi (Jumaat) saya memaklumkan hasrat itu dan berbincang sekali lagi. Semuanya berjalan lancar dan FAM terima keputusan saya untuk meletak jawatan,” jelasnya kepada media sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat malam bersama skuad kebangsaan.

Biarpun cuma berselindung perasaan terkilannya di sebalik senyuman kepada pihak media, Dollah mengakui ia satu pengakhiran yang tidak baik.

"Mana-mana jurulatih pun mahukan pengakhiran yang baik. Namun saya terima dan melepaskan jawatan dengan hati terbuka.

"Sudah tentu peminat juga tak boleh terima dengan keputusan tersebut. Mana-mana jurulatih pun akan melakukan perkara yang sama dan saya tidak salahkan pemain.

"Kekalahan memang saya dah jangka, bukan kita nak menipu ke apa semua, kalau boleh nak kurangkan jaringan. Saya agak-agak satu atau dua, janganlah sampai lebih-lebih.Terperanjatlah jadi sampai begitu sekali," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai aksi pemain-pemainnya, Dollah menjawab; "Itu kena tanya pemain sendiri. Kalau tanya saya...semua tak jadi".

Sebagai rekod, Dollah dilantik ketua jurulatih kebangsaan pada 28 Jun 2014, menggantikan Datuk K.Rajagobal yang kontraknya bersama FAM tamat penghujung tahun 2013.

Pencapaian terbaik Dollah sebagai jurulatih adalah pada 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Jurulatih berusia 51 tahun itu telah membimbing empat pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke saingan Liga Super.-mstar

Raja Farah Bakal Nikah Esok

Bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria mendoakan kebahagian wanita itu yang bakal berkahwin buat kali kedua pada Ahad ini.


Raja Farah Bakal Nikah Esok

Megat, 30, berkata, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa.

"Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Jumaat.

Megat diminta mengulas tentang perkahwinan Raja Farah dengan ahli perniagaan berusia 33 tahun pada Ahad ini yang akan diadakan di sebuah masjid di Shah Alam dekat sini.

Bagaimanapun, Megat enggan mengulas sama ada dia hadir atau tidak pada majlis tersebut.


Raja Farah Bakal Nikah Esok

Dalam pada itu Megat turut meminta agar masyarakat tidak lagi mempersendakan hal-hal masa lalu berkaitan kegagalan rumah tangga mereka.

"Saya tidak mahu ulas lebih sehingga membuka peluang orang mencemar maruah saya... cukuplah dengan doa dan harapan pada dia," ujarnya.

Ketika ditanya tentang kehidupan peribadinya kini, Megat berkata dia belum lagi mempunyai pengganti dan selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman.

"Saya masih belum ada pengganti dan sekarang saya beri ruang untuk keluarga dan teman-teman sahaja. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah," ujarnya.

Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.-mstar

Avril Lavigne, Chad Kroeger Berpisah Lepas 2 Tahun Kahwin

Nampak gaya, musim pasangan bintang di Hollywood mengakhiri ikatan perkahwinan mereka masih belum berakhir.

Mengikut jejak langkah pasangan Ben Affleck dan Jennifer Ganner serta pasangan Gwen Stefani dan Gavin Rossdale yang berpisah selepas bertahun-tahun berkahwin, kini penyanyi genre pop/rock, Avril Lavigne pula menemui jalan mati dalam rumah tangganya.


Avril Lavigne, Chad Kroeger Berpisah Lepas 2 Tahun Kahwin

Menerusi laman sosial Instagram Avril, 30, telah membuat pengumuman bahawa dia dan suaminya, Chad Kroeger akan berpisah selepas 2 tahun berkahwin.




Avril Lavigne, Chad Kroeger Berpisah Lepas 2 Tahun Kahwin

Chad Kroeger, 40, yang juga seorang penyanyi serta tonggak utama kumpulan Nickelback telah berkahwin dengan pelantun lagu Complicated itu pada Julai 2013.


Avril Lavigne, Chad Kroeger Berpisah Lepas 2 Tahun Kahwin

Bagaimanapun punca mereka membuat keputusan untuk berpisah masih lagi tidak didedahkan oleh mana-mana pihak.-mynewshub

Kurang Ajar, Pengawal Keselamatan Tendang Pengemis

Menjadi viral di laman sosial sejak semalam apabila sebuah video yang memaparkan aksi seorang pengawal keselamatan menyepak seorang wanita warga emas yang dipercayai kurang siuman, tersebar.


Kurang Ajar, Pengawal Keselamatan Tendang Pengemis

Rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat itu pada mulanya menunjukkan pengawal keselamatan berkenaan menyoal wanita malang terbabit yang sedang duduk menggemis di hadapan sebuah bank.


Namun, tidak beberapa lama kemudian, lelaki tersebut cuba menghalau mangsa dengan menyepak dan mengacu cota kepada mangsa.

Berdasarkan maklumat daripada netizen, insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah bank di Sandakan, Sabah.

Tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang jelas amat melampau menimbulkan kemarahan pengguna media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Shakirnah Osman berkata, “Ini tidak patut, bagaimana seorang wanita boleh diperlakukan demikian. Pihak polis perlu mengambil tindakan ke atas pengawal keselamatan itu.”

Seorang lagi pengguna Facebook, AznIzam AzIz berkata wanita tua terbabit merupakan pengemis yang sering dilihat berada di kawasan berkenaan.

“Dia biasanya memaksa orang ramai memberikannya wang disebabkan masalah mental, berikanlah sedikit walaupun syiling, bukannya menendang macam itu,” kata AznIzam.

Di penghujung video, seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu selepas pengawal keselamatan meninggalkannya dan berbual dengannya sebelum menghulurkan wang.-mynewshub

Berita Lisa Surihani Sudah Bersalin Adalah Palsu!

Nampaknya pelbagai cara dilakukan oleh blogger di internet untuk cepat menjadi popular dan mendapat ranking tinggi. Antaranya dengan menyebarkan berita palsu yang paling tergempar.


Berita Lisa Surihani Sudah Bersalin Adalah Palsu!

Kebiasaanya, selebriti adalah insan yang sering menjadi mangsa taktik kotor ini.

Jika sebelum ini berlaku kepada Adi Putra yang kononnya didakwa menghidap kanser, terbaharu menimpa pula kepada pelakon jelita Lisa Surihani apabila tersebarnya khabar angin menyatakan dia telah selamat bersalin disertakan lengkap dengan gambar bayi milik pasangan selebriti itu.


Berita Lisa Surihani Sudah Bersalin Adalah Palsu!

Kesal dengan berita palsu itu, Lisa Surihani yang sinonim dengan jolokan ‘Malaysian Sweatheart’ menafikan berita tersebut menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.


“Harap maklum, berita yang cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar.

“Walaupun headline ditulis dengan ‘soalan’ , ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk mereka capai hits yang diingini. Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa-apa, saya masih belum bersalin buat masa ini.

“Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar.

“Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya? terima kasih,” tulisnya.

Difahamkan, laporan palsu yang menyatakan Lisa Surihani telah selamat bersalin mula disebarkan dan menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Diharapkan semoga Lisa Surihani selamat melahirkan bayi sulungnya itu. –mynewshub

Wanita Mengamuk Barang Jualan Dirampas Penguatkuasa

Video seorang wanita yang mengamuk akibat tindakan pihak berkuasa yang merampas barangan-barangan jualannya mencetuskan kekecohan di media sosial.


Wanita Mengamuk Barang Jualan Dirampas Penguatkuasa

Menerusi video yang kini giat diperkongsikan, wanita tersebut melepaskan geramnya dengan menjerit dan membaling bekas kepada perakam video berkenaan yang dipercayai diambil oleh salah seorang anggota berkenaan.



Kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah yang lokasinya tidak diketahui.

Semasa kejadian, wanita berkenaan bersama seorang lelaki yang dipercayai merupakan suaminya melepaskan kemarahan dengan membaling loyang kepada anggota penguatkuasa yang merampas barang-barang jualan serta perkakasan berniaga.-mynewshub