Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Pelakon Puteri Sarah memberitahu tidak sedar bahawa usia perkahwinannya dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 31, sudah pun memasuki ulang tahun pertama pada 8 Mac lalu.


Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles


Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 30, berkata, kedua-dua mereka masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain dan belajar menjalankan tanggungjawab seorang isteri.

"Saya tak rasa seperti sudah setahun usia perkahwinan kami, ia seperti baru semalam sahaja sebab kami masih lagi mengenali satu sama lain.

"Saya juga masih belajar banyak perkara tentang Syamsul dan masih belajar menjalankan tanggungjawab sebagai isteri," ujarnya kepada mStar Online.


Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Puteri Sarah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang usia genap setahun perkahwinan mereka pada 8 Mac 2014.

Sementara itu, Sarah berkata, setahun melayari kehidupan berumah tangga ini banyak mengajarnya tentang perkongsian hidup sebagai suami isteri disamping mengutamakan tanggungjawab sebagai isteri.

"Dalam tempoh setahun ini saya banyak belajar tentang perkongsian hidup bersama pasangan kita, yang mana keutamaan kini diberikan kepada suami.

"Kalau dulu kita hanya fikir fasal kita sahaja, namun sekarang sebelum pergi kerja perlu uruskan hal suami dan balik kerja juga begitu," ujarnya.


Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya lakonan, katanya, dia sudah tidak berminat untuk berlakon sejak mendirikan rumah tangga.


Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Kata Sarah, dia kini lebih menumpukan perhatian terhadap bidang pungurusan butik dan janama pakaian muslimah Shara by Puteri Sarah yang diusahakan sejak setahun lalu.

"Sejak pakai tudung saya dah jarang berlakon dan selepas berumah tangga saya memang ingin berhenti terus untuk menumpukan perhatian sebagai isteri sahaja.

"Namun, saya akan bekerja sebagai pengurus di sebuah butik iaitu Rumoda di Bangsar. Bekerja di butik lebih banyak masa untuk bersama keluarga dan suami," ujarnya.-gosipmalaysia

Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Gambar Terbaru Syamsul Dan Isteri Yang Buat Kita Jeles

Artis Malaysia Mula Berjinak-Jinak Dengan Pakaian Ala-Ala Barat

Adeline Tsen, mungkin ramai yang tidak kenal dengan beliau, tapi anda ingat tak watak perempuan jahat yang ingin merampas Jebat daripada Mas dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, lakonan mantap Sharnaaz Ahmad dengan Nelydia Senrose? Beliau lah yang memegang watak tersebut.


Artis Malaysia Mula Berjinak-Jinak Dengan Pakaian Ala-Ala Barat

Sejak dua menjak ini, nama beliau memang hangat la di bibir-bibir lelaki. Yalah, ketika menghadiri beberapa acara baru-baru ini Adeline sering memperagakan pakaian yang agak menjolok mata dan boleh kata mana-mana lelaki yang melihat boleh cair lah..


Artis Malaysia Mula Berjinak-Jinak Dengan Pakaian Ala-Ala Barat

Memang seksi betul beliau sehinggah menampakkan bentuk badan yang cukup mengghairahkan.

Apa pendapat anda? Memang menggiurkan bukan? Harapnya tiada la pulak artis beragama Islam mula nak tiru Adeline Tesn pula yee..-mirroworld

Wartawan Melodi Muat Naik Gambar PM Yang Diedit Digantung Tugas

Akibat dari memuat naik satu gambar menghina Perdana Menteri, Najib Razak di Instagram, seorang wartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi dikatakan telah digantung tugas. 


Wartawan Melodi Muat Naik Gambar PM Yang Diedit Digantung Tugas


Namun, menurut Free Malaysia Today, laporan pergantungan tugas ini masih belum disahkan secara rasmi oleh Media Prima. Zuan Azmi atau Zuanbikinpanas sebelum ini telah memuat naik sekeping gambar Najib Razak yang telah diedit. Bagaimanapun, beliau dengan segera meminta maaf atas kesilapannya itu. 

Wartawan Melodi Muat Naik Gambar PM Yang Diedit Digantung Tugas

بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri @najib_razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu. Utk makluman, gambar berkenaan bukanlah saya yang edit, cuma sy perolehi dari beberapa whats app group saya setelah menjadi topik perbualan. Caption "Amboi posing takmau kalah no" juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan & sesuatu yang tidak patut dilakukan keatas pemimpin negara. Segala yang dikongsikan di akaun saya adalah pandangan & kata-kata peribadi saya sahaja & tidak mewakili mana-mana pihak & organisasi. Saya juga akan lebih berhati-hati & lebih bertanggungjawab dalam berkongsi apa sahaja di akaun Instagram saya selepas ini. Saya amat berharap permohonan maaf secara terbuka ini akan diterima dengan baik oleh semua pihak. Sesungguhnya segala kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Saya juga mendoakan kesejahteraan buat semua yang membaca permohonan maaf terbuka ini. Amin YRA
A photo posted by Zuan Azmi Official's (@zuanbikinpanas) on
“Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri @najib_razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu,” tulisnya di laman Instagramnya. 

Menurut Zuan juga, dia tidak terlibat dalam pengeditan gambar tersebut tetapi dia memperoleh gambar itu melalui Whatsapp. - Siakapkeli

Boleh Jadi Contoh Untuk Pemimpin Di Malaysia

Kritikan dan kemarahan rakyat berhubung perbelanjaan perjalanannya mendorong Speaker Parlimen Australia, Bronwyn Bishop mengumumkan peletakan jawatannya.


Boleh Jadi Contoh Untuk Pemimpin Di Malaysia

Perkembangan itu berlaku selepas Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu bahawa keistimewaan yang dimiliki ahli-ahli politik di negara itu akan disemak semula.

Anggota Parti Liberal pimpinan Abbott itu dikritik selama lebih tiga minggu selepas pihak media melaporkan beliau menggunakan wang pembayar cukai bagi membiayai kos perjalanannya termasuk membayar AS$3,600 (RM13,762) untuk menaiki helikopter sejauh 80 kilometer ke majlis untuk mengumpul dana politik pada November 2014.

“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini. Namun, kerana perasaan sayang dan menghormati institusi Parlimen serta rakyat Australia, saya meletak jawatan sebagai Speaker,” kata pemimpin berusia 72 tahun yang memegang jawatan itu sejak 2013.

Abbott berkata, semakan asas mengenai keistimewaan anggota Parlimen akan dilakukan kerana orang ramai berhak untuk mendapat jaminan bahawa wang pembayar cukai tidak disalahgunakan.

“Apa yang berlaku sejak beberapa hari lalu bukan berpunca daripada individu tertentu tetapi menjurus kepada sistem keistimewaan itu sendiri.

“Terdapat terlalu banyak situasi yang mana anggota Parlimen boleh melakukan perkara yang diperuntukkan di bawah keistimewaannya tetapi boleh menimbulkan kemarahan umum,” tambah Abbott pada sidang media.

Terdahulu Bishop memberitahu, beliau akan membayar semula tuntutan kos helikopter itu bersama penalti 25 peratus dan menyifatkan bayaran yang dikenakan sebagai terlalu mahal serta tidak munasabah. – AFP

Pengarah Eoon Suhaini Lapor Polis Dipecat Produser 'Memori Cinta #3'

Pengarah drama Love You Mr Arrogant  iaitu Eoon Suhaini berang selepas dipecat daripada mengarahkan drama Memori Cinta #3  terbitan JNJ Creatif bagi siaran saluran televisyen internet, HyppTV.


Pengarah Eoon Suhaini Lapor Polis Dipecat Produser 'Memori Cinta #3'

Eoon berkata, dia mendapat surat pemecatan itu selepas 13 hari mengarah dengan alasan dia banyak menimbulkan masalah semasa penggambaran.

"Saya bengang kerana pihak produksi memecat saya tanpa alasan munasabah sebaliknya saya dituduh menimbulkan banyak masalah sebagai alasan untuk mereka menyingkirkan saya dalam projek itu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Kata Eoon, dia sudah nampak penipuan produser syarikat berkenaan sejak awal apabila pihak berkenaan telah menggunakan namanya untuk mempengaruhi HyppTV selepas satu kertas cadangan dihantar bagi penerbitan drama berkenaan sebanyak 30 episod.

Ujarnya, selepas pihak HyppTV bersetuju dengan kertas cadangan itu atas sebab populariti namanya sebagai pengarah berpengalaman, tiba-tiba pihak produksi memintanya agar tidak terlibat dalam projek itu.

"Saya bengang kerana mereka menipu, saya disuruh buat proposal drama dengan menggunakan nama saya sebagai pemilik syarikat produksi dan pengarah untuk disiarkan di stesen itu.


Pengarah Eoon Suhaini Lapor Polis Dipecat Produser 'Memori Cinta #3'

Namun, apabila stesen televisyen tersebut setuju untuk mengambil drama tersebut, produksi berkenaan beri pelbagai alasan supaya saya tidak terlibat dengan penggambaran itu.

"Mereka tiba-tiba ingin mulakan penggambaran secara tergesa-gesa iaitu ketika saya sibuk dengan penggambaran drama Hidayah Mu Ramadan untuk slot Ramadan di TV3, walhal saya sudah tahu perkara itu awal-awal lagi," ujarnya.


Pengarah Eoon Suhaini Lapor Polis Dipecat Produser 'Memori Cinta #3'
Effa terkilan digugurkan kerana minta cuti sakit.


Produksi JNI Creative dimiliki oleh Muhibbudin Ahmad dan Noraini Ahmad Helmi yang turut mempunyai dua buah syarikat produksi iaitu Kota Rentang dan Easy Win.

Eoon berkata, produksi tersebut terpaksa menggunakan khidmatnya sebagai pengarah berikutan saluran televisyen berkenaan hanya meluluskan nama dia sebagai pengarah dan seorang lagi iaitu Heykal Hanifah.

Dalam pada itu, Eoon berkata, dia sudah membuat laporan polis terhadap perkara tersebut pada Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini.

Sementara itu, salah seorang pelakon drama tersebut iaitu Effa Nareesha Muhammed, 38, turut menerima nasib yang sama apabila digugurkan selepas meminta cuti sakit.

Pengurusnya Fazs, 35, memberitahu pemecatan Effa dengan alasan dia tidak sihat untuk bekerja, walhal ia merupakan kali pertama Effa memohon untuk bercuti kerana masalah jantung.

"Effa memang ada masalah jantung. Sebelum dia diserang sakit, dia ada menerima panggilan daripada produser yang mahu berbincang mengenai masalah bayaran yang kononnya tidak setimpal.

Kemudian badannya jadi lemah, ketika saya minta produser untuk dia diberi cuti sehari, pihak produksi hubungi saya dan memberitahu bahawa Effa terpaksa digugurkan daripada membintangi drama itu," ujarnya.

Effa jatuh sakit selepas menerima panggilan daripada produser drama Memori Cinta #3 dan digugurkan dari panggambaran tersebut.


Bagaimanapun Fazs berkata, keadaan pelakon tersebut kini stabil dan dia sedang berehat di rumah keluarganya di Shah Alam.

Tambah Fazs, Effa sudah melakonkan lebih 40 adegan untuk drama tersebut dan tempatnya kini sudah digantikan dengan pelakon Iris Yasmin.

"Pada mulanya ada masalah tentang bayaran iaitu mereka berjanji untuk bayar 80 adegan pada harga RM7,500 dan jika lebih 80 adegan perlu dibayar harga lain, namun bila saya lihat keseluruhan adegan yang perlu dilakonkan adalah lebih 150 adegan.

"Saya minta penjelasan mengenainya dan disebabkan perkara itu, pihak berkenaan telah memarahi Effa sehingga dia sakit jantung. Mereka kemudian menggugurkannya daripada drama tersebut," ujarnya.

Jelas Fazs lagi, pihaknya sudah melaporkan perkara tersebut kepada Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman agar produksi tersebut diambil tindakan yang sewajarnya.

Drama 30 episod berjudul Memori Cinta #3 turut dibintangi oleh Dayana Roza, Shima Anuar dan Riz Amin.-mstar

Shaheizy Sam Sudah Buat Persiapan Kahwin?

Pelakon Shaheizy Sam menafikan dia sedang melakukan persiapan kahwin termasuk merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat seperti diperkatakan segelintir pihak.


Shaheizy Sam Sudah Buat Persiapan Kahwin?

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 33, berkata, buat masa ini dia terlalu sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai masa untuk melakukan sebarang aktiviti luar dari bidang seni.

"Demi Allah saya tiada buat sebarang persiapan untuk berkahwin sekarang ini, itulah yang saya selalu cakap kepada peminat, kalau nak baca cerita saya di blog-blog boleh tetapi kalau nak percaya sila bertanya saya dahulu.

"Saya tidak pernah salahkan mana-mana pihak yang buka cerita itu kerana mungkin mereka mahu saya berkahwin segera. Namun, kalau benar sudah ada tarikh nak berkahwin nanti saya akan beritahu," ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Polis Evo di Hard Rock Cafe, di sini, Isnin.

Shaheizy diminta mengulas tentang khabar angin dia bakal menamatkan zaman bujangnya dan kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.

Shaheizy Sam Sudah Buat Persiapan Kahwin?
Syatilla Melvin


Sementara itu, ditanya tentang wanita yang sering dikaitkan dengannya iaitu pelakon Syatilla Melvin, dia berkata wanita tersebut hanyalah sekadar teman rapat.

"Saya ada dengar orang bercakap bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin tapi tak tahulah. Kalau bercakap tentang kesediaan saya, saya sudah dua tahun saya bersedia.

"Setakat ini hubungan saya dan dia sama seperti kawan-kawan perempuan lain seperti saya berkawan dengan Fazura, Yana Samsudin dan bekas kekasih saya Puteri Najwa. Syatilla boleh disifatkan sebagai kawan rapat tapi bukan istimewa buat masa ini," ujarnya.

Dalam pada itu Sam turut berkata, dia sudah menyerahkan soal keputusan untuk berumah tangga kepada ibunya Khaty Fauziah kerana dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal tersebut kerana terlalu sibuk dengan kerja.

"Saya ini terlalu sibuk dan banyak aktiviti, saya tidak boleh fokus untuk fikir soal kahwin. Apa yang saya fikir sekarang ialah untuk cari duit untuk ibu saya sahaja.

"Jadi saya serahkan soal jodoh pada ibu saya dan biar dia yang buat keputusan untuk kahwinkan saya dengan siapa sahaja dan bila-bila masa yang dia rasakan sesuai," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang lakonannya dalam filem Polis Evo, Sam yang memeggang watak sebagai Khai berkata, dia terpaksa membuat bentuk badan sasa bagi menjayakan karakter sebagai seorang anggota polis.

Tindakan tersebut sebagai tanggungjawabnya  seorang pelakon seperti mana yang dilakukan oleh pelakon-pelakon di Hollywood.

"Saya buat bentuk badan agar nampak benar-benar seperti seorang anggota polis dan bagi saya ia adalah perkara biasa yang dilakukan pelakon-pelakon di Hollywood.

"Mereka sanggup untuk mengubah keadaan fizikal untuk sesuatu watak itu, saya lakukan ini kerana saya rasa ia sesuatu yang penting," ujarnya.

Selain itu, Sam berkata, dia berbanga apabila berpeluang membawakan watak sebagai anggota polis dan merasai apa yang pernah dilalui oleh Allahyarham bapanya iaitu bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Abdul Samad Jaaman.

Filem Polis Evo turut dibintangi oleh Zizan Razak, Nora Danish dan Publo Amirul dan bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 17 September depan.-mstar

Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Kerana sudah tidak tahan dengan keadaan jalanraya yang rosak di sekitar Shah Alam telah membuatkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka "Brotherhood Shah Alam" juga merupakan penduduk sekitar telah tampil menconteng dan mengecat jalanraya yang rosak.


Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Menurut mereka pelbagai aduan sudah dilakukan tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Dikatakan mereka melalukan tindakan berkenaan kerana untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi yang mungkin boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Mereka semalam telah menjalankan aktiviti ini sekitar SHELL UNISEL, Seksyen 21 dan sekitar seksyen 14 dekat dengan Kompleks PKNS dengan mencari jalan rosan dan berlubang.
Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Bagi mereka, tidak kisah untuk penduduk sekitar atau orang ramai marah dengan tindakan menconteng jalanraya ini kerana tindakan yang mereka lakukan adalah salah satu usaha untuk membuka mata pihak MBSA supaya cepat memperbaiki jalan berkenaan.


Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Selain itu, cat kuning yang digunakan mereka juga sudah pasti senang dinampak oleh pengguna jalanraya yang melalui jalan berkenaan, jika nampak cat kuning berkenaan bolehlah dielak kerana disitu terdapat lubang ataupun jalan rosak.


Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Aktiviti ini diketuai oleh Saudara Lando Zawawi bersama penduduk sekitar. Lando sebelum ini diketahui sering tampil megeluarkan kenyataan tentang masalah jalan rosak disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Tindakan yang mereka lakukan ini telah mendapat banyak sokongan daripada penduduk sekitar yang menyifatkan apa yang dilakukan mereka adalah sesuatu yang baik kerana ia sudah pasti akan membuka mata pihak berwajib. - Siakapkeli


Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Penduduk Conteng Dan Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes

Rafael Ucap Terima Kasih Kepada United Selepas Tandatangani Kontrak Bersama Lyon

Rafael da silva akan melengkapkan perpindahannya ke Lyon minggu ini selepas pihak Ligue 1 mengesahkan pemain pertahanan tersebut telah lulus pemeriksaan perubatan dan menandatangani perjanjian empat tahun.

Rafael Ucap Terima Kasih Kepada United Selepas Tandatangani Kontrak Bersama Lyon


Pemain antarabangsa Brazil membuat penampilan lebih 150 kali ketika bersama Manchester United sejak tiba di kelab itu pada tahun 2008, tetapi pengambilan pemain bek kanan baru, Matteo Darmian telah membuatkan dia berhijrah dari Old Trafford ke Lyon.

Perpindahan itu menyaksikan Lyon membayarnya dengan jumlah yang tidak didedahkan, namun di rantau ini pemain berusia 25 tahun itu dipercayai dibayar sebanyak €3.5 juta.

Awal hari ini, Rafael menulis kata-kata perpisahan penuh emosi kepada United, di Twitter.

Rafael keluar dari Old Trafford tiga tahun selepas adik kembarnya Fabiowas dipinjamkan kepada QPR.

Fabio kembali ke Manchester, tetapi mendapati peluang terhad di bawah David Moyes dan menandatangani perjanjian bersama Cardiff City pada Januari 2014.-mstar

Pedro Mampu Bawa Man United Kejar Kejuaraan EPL

Manchester United bakal menjadi pencabar Liga Perdana Inggiers (EPL) jika berjaya mendapatkan penyerang pantas seperti Pedro, kata Louis Van Gaal.


Pedro Mampu Bawa Man United Kejar Kejuaraan EPL

United yakin akan dapat membawa Pedro ke Old Trafford selepas menyelesaikan pemindahan Angel Di Maria ke Paris Saint-Germain (PSG).

Van Gaal juga percaya mampu memberi tempat kepada Pedro sekiranya penyerang Barcelona itu menyertai skuad berkenaan.

"Barcelona mempunyai pemain pantas seperti Messi dan Neymar - mereka juga mempunyai Pedro. Kami perlu bersaing untuk itu.

"Kami mampu memenangi gelaran liga jika dapat membeli pemain yang kreatif dan pantas. Kami perlu menambah baik skuad ini.

"Pencabar kami, Chelsea mempunyai pemain yang kreatif dan pantas seperti Eden Hazard, Willian dan Oscar," katanya.-mstar

Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi

Zaman sekarang ni kalau gaji RM3000 pun boleh dikira cukup-cukup makan je. Tak tahu lah nak saving macam mana. Nak buat simpanan untuk kahwin la, untuk belanja seharian, duit sewa kereta, rumah.. Eh macam-macam lagi lah! Lagi-lagi bila ada GST ni. Lagi teruk la gamak nya..


Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi

Baru-baru ni Saiful Nang berada di Sweden dan kongsi pengalaman di sana. Menurut Saiful Nang, rakyat di Sweden pun memang melenting dek kerana GST ni. Iya lah, kalau nak ikutkan diorang punya peratusan GST lagi tinggi beberapa kali ganda. Tapi orang kat sana tetap tak bising sangat nak bayar tax.. Nak tahu kenapa?


Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi


    Orang kat Sweden ni pun bising juga pasal tax. Income tax dia sampai 45%. Dapat gaji separuh gomen ambik. Dah lah macam tu…GST sampai 24%!! Kalau di Malaysia yang 6% pun dah rusuhan. Income tax 20% pun ramai cilok. TAPI SWEDISH TETAP TAK GADUH SANGAT bayar tax.

    Kenapa?


Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi

Kerana education terbaik dunia dia dari kecil sampai universiti semua FREE. Public transport mereka bagus dan murah, barang makan murah, highway free, jalanraya cantik, insuran kesihatan tak perlu kerana healthcare dia lagi baik dari private hospital kita. Tidaklah sampai datang hari ini utk temujanji dengan pakar lagi 15 bulan baru jumpa. Pencuri tak ramai kerana yang jobless pun dapat gaji berdasarkan 70-80% gaji terakhir mereka. Tak ada sebab orang nak pecah rumah orang lain. Lagi yang mereka tak marah sangat, menteri-menteri dan PM dia orang biasa sahaja. Tak kaya mana pun macam PM Uganda yang banyak jet.


Sebab Kenapa Rakyat Sweden Tak Bertekak Walaupun GST Tinggi

Lupa satu lagi. Ni gambar saya dengan kawan saya tengah highway ada accident. Tengok lane kosong ni kenapa tak ada orang menyelit potong queue? Kerana accident ni jauh di depan. Kami berhenti dalam 15 minit dalam 1 barisan supaya bila accident tu buka 1 lorong sahajapun, traffic dah surai. Kalau kita buka 1 lorong bahagian kosong ni mesti penuh sampai tempat accident. Lepas tu nak masuk 1 lorong semua taknak bagi jalan. Kanan kata kiri potong queue, kiri kata kanan potong queue. Last-last benda boleh settle 10 minit jala 2 jam tak selesai lagi. Buatlah highway barang 50 lorong pun. Yang penting ialah sikap yang perlu disekolahkan.

Bukan kata mereka bagus semua. Tapi bukankah nak dijadikan contoh kita kenang yang baik sahaja dan yang buruk kita diam-diam nanti balik jadikan sempadan. Apapun, syukurlah Uganda masih aman. Nama saya Saiful Nang…saya sayang Uganda.-ohbulan