Presiden FIFA Sepp Blatter Dimalukan

Presiden Fifa, Sepp Blatter berhadapan detik memalukan beberapa minit sebelum memulakan sidang media di Zurich apabila dilemparkan dengan wang kertas.

Sambil melemparkan wang kertas palsu itu, lelaki yang berpakaian kemas dengan kot dan tali leher berkenaan memberitahu Blatter, dana itu bagi menyokong Korea Utara dalam bidaan Piala Dunia 2026.


Presiden FIFA Sepp Blatter Dimalukan

Tindakan itu dilakukan Lee Nelson atau watak serta identitinya pada laman Facebook - Jason9Bent itu dikenal pasti sebagai pelawak dari Britain.

Melihatkan perbuatan lelaki itu, Blatter secara spontan berkata: "Mana pengawal keselamatan?"

Beberapa ketika kemudian, pengawal keselamatan membawa lelaki berkenaan keluar dari bilik sidang media itu.

Blatter kemudiannya meminta untuk menangguhkan sessi itu sehingga segalanya tenang.

Difahamkan, Nelson atau nama sebenarnya Simon Brodkin pernah melakukan perkara sama kepada selebriti, Kanye West dan skuad bola sepak Piala Dunia England.

Pada Jun lalu, ketika festival muzik di Glastonbury, Nelson naik ke pentas ketika West sedang membuat persembahan dan bernyanyi bersamanya.

Pada 2013, Nelson pernah menyarung jersi Manchester City dan masuk ke padang bermain bersama pasukan itu sebelum pengurusan pasukan dan orang ramai menyedari kehadirannya.-mstar

Punca Jualan Tudung Zara Zya Kurang Dapat Sambutan

Pelakon Zara Zya terpaksa memeperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan peminat berbanding produk makanan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, perkara tersebut disebabkan ramai pembeli tidak gemar membeli tudung yang dijual artis yang tidak memakai tudung.


Punca Jualan Tudung Zara Zya Kurang Dapat Sambutan

"Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Zara berkata, dia menumpukan perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal yang lebih mendapat sambutan peminat-peminatnya.

Selain itu, Zara berkata, dia juga kini muncul dengan produk penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu Miss Zara Beauty.

Ramadan ini saya sibuk berniaga biskut raya di beberapa bazar yang dianjurkan di Lembah Klang ini. Saya juga akan melancarkan produk kosmetik sendiri tidak lama lagi," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini Zara berkata, dia sudah menempah empat pasang baju sejak sebelum Ramadan.

"Tahun ini saya tempah empat pasang baju sahaja, itu pun untuk majlis-majlis rumah terbuka yang akan dihadiri nanti. Saya yakin empat pasang baju tu tidak cukup," katanya.-mstar

"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin ingin memperkukuhkan karier lakonannya terlebih dahulu sebelum merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya, aktres Sherry Ibrahim.


"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 25, berkata, masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan dalam kerjayanya yang masih baharu.

"Rasanya masih terlalu awal untuk bercakap soal perkahwinan kerana perancangan ke arah itu masih belum ada.

"Ini kerana saya ingin memperkukuhkan karier terlebih dahulu dan masih banyak yang ingin saya capai sebelum berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fattah, hubungannya dengan Sherry berjalan seperti biasa dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.


"Hubungan kami seperti biasa tetapi belum sampai tahap merancang untuk berkahwin kerana ingin memberi ruang kepada diri masing-masing mengejar cita-cita terlebih dahulu," jelasnya.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia bimbang gandingan terlalu kerap bersama Sherry dalam drama akan membuatkan penonton bosan.

"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin

Fattah berkata, dia seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada terlibat dalam mana-mana projek bersama teman wanitanya itu.

"Bukan apa, apabila kami ada hubungan peribadi di luar set. saya bimbang ia akan terbawa-bawa sehingga menganggu sikap profesional sebagai pelakon.

"Saya juga bimbang penonton akan berasa bosan yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada karier kami," jelasnya.

Pasangan itu sebelum ini pernah bergandingan dalam drama bersiri Cinta Ibadah dan Manisnya Bulan Madu.-mstar

United Cuba Pancing Gareth Bale 95 juta pound

Berbaki 44 hari sebelum berakhirnya tempoh perpindahan pemain, Manchester United dilaporkan bakal mengemukakan tawaran mencecah 95 juta pound (RM564 juta) untuk Gareth Bale.


United Cuba Pancing Gareth Bale 95 juta pound

Ia dikatakan bagi menguji sejah mana Real Madrid sanggup mempertahankan bintang antarabangsa Wales itu ke Old Trafford.

Gergasi Liga Perdana Inggeris yang sudah berunding dengan Real sejak beberapa bulan lalu dan tumpuan diberi kepada Bale apabila pasukannya memaklumkan Sergie Ramos yang mahu dipancing United akan kekal di Santiago Bernabeu.

Pengurus United, Louis van Gaal mengakui, Red Devils mungkin melakukan kejutan dalam masa terdekat.

Garteh Bale, 26, yang menyertai Real pada harga 85 juta pound (RM504.61 juta) ketika berpindah dari Tottenham pada 2013.

Selain Bale, Red Devils juga mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat Thomas Muller dan Robert Lewandowski dari Bayern Munich, selain sanggup membayar klausa pelepasan bintang Barcelona, Pedro.

Yuran perpindahan bagi Muller dan Lewandowski dijangka sekitar 102.4 juta pound (RM607.91 juta) dan perpindahan akan menjadi kenyataan sekiranya Bayern mahu melepaskan mereka.

Selepas mendapatkan pemain untuk menguatkan posisi pertahanan dan tengah, United perlu mencari penyerang baharu selepas melepaskan Radamel Falcao dan Robin van Persie.

Sebelum ini United sudah membeli penyerang Belanda, Memphis Depay, selain dua pemain tengah, Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger serta pertahanan, Matteo Darmian.-mstar

Murid Dirotan Guru Kerana Minum Air Dalam Kelas

Seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah di sini dirotan oleh guru hanya kerana minum air di dalam kelas.Bahagian punggung dan tapak tangan pelajar berkenaan berbirat akibat kejadian pada 1 Julai lalu.


Murid Dirotan Guru Kerana Minum Air Dalam Kelas

Bapa kepada pelajar berkenaan, Saw Say Wei, 38, berkata tindakan guru pendidikan jasmani itu adalah sangat melampau.

Beliau yang bekerja sebagai Pengurus Kejuteraan di Singapura telah pun medapatkan penjelasan dari pihak sekolah selain merujuk perkara itu kepada PPD dan membuat laporan polis. - Siakapkeli

RM193 Juta Nilai Benteke Ke Liverpool

Nilai perpindahan sebanyak £32.5 juta (RM192.9 juta) dipersetujui Liverpool untuk mendapatkan penyerang Aston Villa Christian Benteke.


RM193 Juta Nilai Benteke Ke Liverpool

Media British melaporkan, pemain antarabangsa Belgium berusia 24 tahun itu akan menjalani ujian perubatan minggu ini dan dijangka menyertai pasukan barunya untuk jelajah Australia.

Doktor kelab Liverpool akan meninggalkan Jelajah Australia untuk terbang semula ke Britain bagi menguruskan perkara itu.

Sejak menyertai Aston Villa dari Genk pada 2012, Benteke berjaya menjaringkan 49 gol menerusi 101 penampilan.

Dia membantu pasukannya bagi mengelak dari penyingkiran pada musim lalu.

Liverpool melakukan bidaan untuk Benteke selepas menjual Raheem Sterling ke Manchester City dengan rekod pembelian sebanyak £49 juta (RM290.9 juta).-mstar

KPN Nafi Minta Rasuah RM20,000 Dari Papagomo

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan penyebaran perbualannya bersama penulis blog, Papagomo menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan beliau meminta rasuah sebanyak RM20,000.


KPN Nafi Minta Rasuah RM20,000 Dari Papagomo

Khalid berkata, siasatan dimulakan terhadap akaun Facebook 'Papagomo Original' yang didakwa memuat naik 'paparan skrin' yang didakwa sebagai perbualan antara beliau bersama penulis blog itu.

Menerusi perbualan yang dikatakan itu, Khalid meminta rasuah sebanyak RM20,000 bagi 'menyelesaikan' kes penulis blog itu selepas dia ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dibebaskan dari tahanan polis pada Jumaat lalu.

"Satu laporan dibuat bagi membantu siasatan," kata Khalid kepada The Star tetapi mengesahkan bahawa peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail turut membuat laporan bahawa akaun Facebook itu bukan kepunyai penulis blog berkenaan.

Halaman di akaun Facebook itu turut menyiarkan khabar angin yang didakwa perjumpaan diadakan di antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan merancang untuk melakukan pergaduhan bersenjata di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Perkara itu tersebar selepas penahanan Papagomo.

Bukit Aman yang menyifatkan penyebaran maklumat tidak benar itu mempunyai niat untuk merosakkan keharmonian dan keamanan, menggesa rakyat Malayisa supaya tidak membiarkan mesej-mesej tersebut viral secara dalam talian.

Sementara itu, Ahmad Shuaib turut menasihatkan anak guamnya supaya menjauhi daripada halaman itu dengan mengatakan bahawa Papagomo tidak boleh mengemaskininya kerana ketika itu dia di dalam tahanan.

Papagomo sebelum ini ditahan kerana didakwa memuat naik gambar seorang mangsa rompakan warga Melayu yang cedera, di media sosial, dengan mendakwa bahawa ia sebagai mangsa pergaduhan di Plaza Low Yat.

Polis menahannya kerana didakwa tindakannya itu membangkitkan ketegangan kaum.-mstar

Lelaki Rakam Saat Isteri Bersalin Dalam Kereta

Video ini memaparkan saat-saat genting seorang wanita yang bersalin di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke pusat bersalin di Houstan, Texas.


Lelaki Rakam Saat Isteri Bersalin Dalam Kereta


Detik mendebarkan itu telah dirakam oleh suaminya sendiri yang sedang memandu kenderaan tersebut sementara wanita itu duduk di sebelahnya.

Video yang baru dimuat naik beberapa hari lalu itu mendapat perhatian orang ramai dan sudah ditonton lebih 4 juta kali di Youtube.

Menerusi video itu, selepas menjerit beberapa kali, wanita itu mula menyedari bahawa dia terpaksa melahirkan serta menyambut anaknya itu sendiri.

Bayi lelaki seberat lebih 4 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut, mereka sudah mempunyai dua anak perempuan.

Sudah pasti ini adalah pengalaman luar biasa yang tidak akan dilupakan mereka.-mynewshub

Untik Menonton : Klik Butang Tonton Video Dibawah
 

Papagomo Cabar Saman Fitnah KPN dan PDRM

Seorang blogger dikenali sebagai Papagomo yang telah di tahan semula oleh polis kerana dikatakan menyiarkan maklumat palsu yang mencetuskan pergaduhan di luar Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada Ahad lalu .


Papagomo Cabar Saman Fitnah KPN dan PDRM

sebelum ditahan Wan Azri @ Papagomo dengan nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris menyatakan

“saya Muhammad Azri @ Papagomo akan mengadakan sidang media bagi menafikan fitnah KPN Khalid Abu Bakar terhadap saya.. Saya mempunyai bukti2 kukuh yg KPN telah menerima rasuah dr sbuah kongsi gelap bagi menafikan kejadian sbenar dan menjadikan budak Melayu itu sbgai mangsa.. dengan ini saya cabar saman fitnah dripada KPN & PDRM dalam masa 48 jam..
Polis pengecut kerana minta SKMM tutup akaun rasmi saya malah sekat internet rumah saya tapi hari ni saya dah kembali ‪#‎beware‬ -Papagomo

Pengendali page kedua papagomo mengesahkan Wan Azri @ Papagomo ditahan semula jam 5:30 petang semalam. admin berada di restoran NZ KLCC duduk berbincang bersama puluhan ayahanda serta wakil NGO sambungnya lagi.

Seperti sedia maklum Antara pos yang disiarkan blogger itu yang mendapat perhatian di media sosial ialah gambar mangsa berlumuran darah daripada kes berbeza, kemudiannya dikaitkan dengan insiden di Low Yat.

Selain dari pada itu Zaharin Mohd Yasin salah seorang saksi beberapa peristiwa bersejarah termasuk peristiwa  saksi mata dalam rusuhan. 1969-Peristiwa 13Mei.mnegeluarkan kenyataan.


Papagomo Cabar Saman Fitnah KPN dan PDRM

Ketua Polis Negara & PDRM kalau betul nak banteras jenayah, sindiket dll, depan mata je di Bukit Bintang tu. Kalau jalan siang-siang hari pun berlambak pelacur tepi jalan duk panggil, “massage, massage..happy ending.”

Kalau masuk cyber cafe, dalam dia semua orang Nepal jadi samseng. Aku hairan sebab apa cybercafe ada VIP room. Ingatkan ada amoy ke, rupa-rupanya dalam tu semua isi mesin judi online.

Padahal IPK Kuala Lumpur berpuluh tingkat, 300 meter je dari sana.

KPDNKK kalau betul nak raid, di sanalah pusat gadget tiruan. Di Petaling Street pulak toksah cakap lah, dah berpuluh tahun mereka berniaga. Alasan basi, tak cukup pegawai. Bila nak serbu kedai Melayu cukup pula pegawai.

Aku tak pasti berapa duit perlindungan untuk ni semua.

Tapi aku tak hairan sangat lah. Pernah menjadi gempar Di Jakarta, ada diskotik Stadium. 4 tingkat isi dia beratus-ratus pelacur dan setiap malam beribu-ribu pil MDMA @ ecstacy @ inex dijual. Bila ada satu pegawai polis overdosis mati kat dalam, kecoh satu negara. Barulah buka siasatan, kononnya mereka tak pernah tahu apa yang terjadi dalam bangunan 4 tingkat tu. Padahal setiap malam kereta peronda polis singgah dan menerima ‘sesuatu’ dari pengawal di sana Nasib baik lah ada Gubernur cina, Basuki Cahya Purnama yang berani tutup tempat tu.

Jujur atau tidak jujur ni bukan soal kaum sebenarnya. Tok lebai pun tak sedikit yang menipu. Peniaga Cina pula tak sedikit yang jujur.

Saya harap kawan saya IGP jangan kata saya buat berita tak tepat pula… Nanti buat kenyataan arah tangkap saya.. Jika nak tangkap, masa dulu2 waktu saya aktivis UMNO, pernah bagi tahu dengan Polis.. bagi saya seround dulu dengan bini. Lepas tu tangkap lah. sekarang biarlah lepas raya…

Sumber : ebrita

Gadis Langgar Kereta Pakcik & Respon Pakcik Ini Pasti Buat Korang Speechless!

Memang perkara biasa kalau dah terlanggar kereta orang tu kita akan bayar ganti rugi atau pun buat polis report kan? Iya lah, kadang-kadang benda macam tu memang tak boleh elak.. Benda tu sebenarnya atas kecuaian sendiri contohnya tengah balas whatsapp, megantuk dan macam-macam lagi.

Gadis Langgar Kereta Pakcik & Respon Pakcik Ini Pasti Buat Korang Speechless!

Baru-baru ni seorang pemandu wanita mengalami eksiden kecil dan terlanggar kereta seorang pakcik ni. Oleh disebabkan rasa bersalah, wanita ni contact balik pakcik tu untuk bayar balik ganti rugi dan kos bahagian kereta yang rosak tu. Tapi korang nak tau tak respon pakcik ni apa? Haaa…


Gadis Langgar Kereta Pakcik & Respon Pakcik Ini Pasti Buat Korang Speechless!





-ohbulan