Van Gaal Kecam Valdes, Tunjuk Jalan Keluar

Manchester United sedia menjual Victor Valdes selepas Louis Van Gaal mengecam tindakan penjaga gol itu yang enggan bermain untuk skuad simpanan pada musim lepas.


Van Gaal Kecam Valdes, Tunjuk Jalan Keluar

Bekas pemain Barcelona berusia 30 tahun itu tidak dibawa dalam jelajah ke Amerika Syarikat (AS) dan dilihat melaporkan diri kepada skuad physio di Carrington pada Selasa dan Rabu.

Valencia dan kelab Turki antara yang inginkan khidmat Valdes sekiranya United sedia melepaskannya.

"Valdes tidak dipilih kerana dia tidak mahu mengikut falsafah saya. Falsafah ini adalah bagaimana anda bermain bola sepak dan mengekalkan rentak permainan.

"Dia enggan bermain untuk skuad kedua (simpanan) pada tahun lalu. Di situ terdapat banyak aspek bagaimana persediaan untuk bermain sebagai penjaga gol Manchester United.

"Jika kamu enggan mengikut perkara penting dalam falsafah ini, jalannya hanya satu, keluar!.

"Ini adalah salah satu kesilapan. Kami sangka dia akan ikut falsafah ini. Kami telah memberinya banyak peluang untuk menjalani pemulihan," kata Van Gaal pada sidang media di AS-mstar

Wanita Ditinggalkan Di Tepi Jalan Selepas Dibelasah Teruk Oleh Seorang Lelaki

Satu rakaman video yang menunjukkan seorang wanita dibelasah teruk oleh seorang lelaki sedang tersebar di laman sosial.


Wanita Ditinggalkan Di Tepi Jalan Selepas Dibelasah Teruk Oleh Seorang Lelaki

Kejadian itu berlaku di Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah, berdasarkan slang percakapan mereka yang merakam dan melihat kejadian tersebut.

Wanita berkenaan berada di luar pintu kereta penumpang sebelah kiri, sambil sebelah tangannya dilihat sedang bergelut dengan seorang lelaki yang berada di dalam kereta Viva itu.

Tidak lama kemudian lelaki tersebut keluar dari arah tingkap dan membelasah wanita berkenaan dengan menendang, memukul dan menghempasnya ke jalan raya. Lelaki itu turut merampas satu objek dipercayai pisau dari tangan wanita berkenaan. Dia juga turut mengambil beg sebelum masuk sebelum ke dalam kereta dan melarikan diri.

Beberapa orang yang melihat kejadian tersebut cuba membantu wanita yang sedang meraung dan menangis itu. -Siakapkeli



Duduk2 td tiba2 dgr suara pmpuan mjerit...tgk d bawah,astgafirullahulazim...nda tau apa salah pmpuan tu smpai dia buat bgni...?? Mcm binatang d krjakn...sedih sngt tgk pmpuan tu kna kc tinggal bgtu ja,dgn tangan bdarah2...nauzubillahminzalik...kabak2 hati ney tau...!!
Posted by Nurfatiha Jamal on Tuesday, July 14,



Mon Ryanti Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulungnya

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Mon Ryanti dan suami kerana telah pun menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 12 Julai lalu. Bayi lelaki tersebut telah dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram secara normal di  Columbia Asia Hospital, Bukit Rimau, Shah Alam kira-kira jam 7.17 pagi. Untuk makluman, Mon Ryanti dan suami, Mohd Hasrul Ali telah pun disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 13 September tahun lalu.


Mon Ryanti Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulungnya

Pastinya Mon Ryanti dan suami teruja dengan kehadiran anak sulung mereka ini. Selamat berjaga malam diucapkan. Semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua. Banyak cabaran membesarkan anak terutamanya dalam keadaan sekarang. Banyakkan bersabar dan masing-masing kenalah ringan tulang bantu membantu sesama sendiri. Tahniah Mon dan suami!!!-beautifulnara

Schweinsteiger & Schneiderlin Muncul Bersama Jersi United

Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal berlepas ke jelajah pra-musim bersama-sama pasukan barunya dengan satu kepercayaan penuh bahawa dia telah berjaya membawa masuk muka-muka baru yang bakal mengemudi bahagian tengah dan pertahanan skuadnya yang selama ini menjadi kelemahan mereka.


Schweinsteiger & Schneiderlin Muncul Bersama Jersi United

United berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain antarabangsa serentak - diketuai oleh kedatangan kapten skuad kebangsaan Jerman, Bastian Schweinsteiger dari Bayern Munich dengan harga perpindahan sekitar £14 juta pada Isnin diikuti oleh pemain antarabangsa Perancis, Morgan Schneiderlin dari Southampton dan pemain pertahanan antarabangsa Itali, Matteo Darmian dari Torino.

Ketiga-tiga mereka sempat menandatangani kontrak untuk turut serta bersama-sama skuad utama United ke jelajah Amerika pada lewat Isnin.

Van Gaal berkata: "Tidak siapa dapat menafikan bakat semulajadi dan keupayaan Bastian Schweinsteiger mengemudi bahagian tengah. Dia bawa bersama-samanya pengalaman yang tiada tolok bandingnya dan itu merupakan satu kelebihan yang bakal diterima oleh United."

Malah kata van Gaal, rekod Schweinsteiger cukup untuk menjelaskan segala-galanya.

Pemain itu telah memenangi setiap kejohanan di peringkat kelab malah menjulang Piala Dunia pada temasya Piala Dunia 2014 di Brazil bersama skuad Jerman.

Selepas persaraan Philipp Lahm, Schweinsteiger mengambil alih tugasan kapten skuad kebangsaan Jerman.

"Bastian adalah seorang profesional terhebat yang bukan lagi asing buat saya. Kami telah bekerjasama ketika saya di Bayern Munich dan saya sangat-sangat gembira apabila dia membuat keputusan untuk menyertai saya semula di Manchester United," ujar van Gaal.

Selepas berjaya melepasi ujian kecergasan dan perubatan pada Isnin pagi, Schweinsteiger dipetik sebagai berkata: "Saya telah menghabiskan seluruh kerjaya profesional saya di Bayern Munich dan ia merupakan satu perjalanan yang panjang.

"Manchester United hanyalah satu-satunya kelab yang akan saya sertai selain Bayern Munich apatah lagi untuk berpeluang sekali lagi bekerjasama dengan van Gaal."

Dan bukan setakat Schweinsteiger sahaja malah dia disertai oleh pemain antarabangsa Perancis, Morgan Schneiderlin, dari Southampton dan pemain bek kanan Itali, Matteo Darmian dari Torino memperkukuhkan skuad van Gaal musim depan.

United membelanjakan £24 juta untuk mendapatkan khidmat Schneiderlin dari Southampton manakala Darmian pula £12.7 juta. Mereka telah pun memperolehi khidmat penyerang antarabangsa Belanda, Memphis Depay dari PSV Eindhoven pada harga £21.5 juta Mei lalu. Dia adalah penjaring terbanyak Liga Belanda musim lalu.

Schweinsteiger, Schneiderlin dan Matteo Darmian menghabiskan sepanjang Isnin melakukan ujian kecergasan dan selepas itu membuat tempahan sut rasmi United untuk jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat.-mstar

Hasrat Man United Dapatkan Sergio Ramos Mencabar

Manchester United mungkin berdepan kesukaran untuk mendapatkan Sergio Ramos dari Real Madrid apabila pertahanan itu ditawarkan sebagai ketua pasukan.


Hasrat Man United Dapatkan Sergio Ramos Mencabar

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan, Los Blancos telah menawarkan Ramos sebagai ketua pasukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Iker Casillas.

Pemain pertahanan Sepanyol itu merupakan penolong ketua pasukan Real Madrid pada musim lalu kerana dia merupakan atara pemain paling lama di Bernabeu.

Ramos sebelum ini memberitahu Real Madrid untuk meninggalkan kelab itu kerana ingin ke Manchester United.

Tindakan itu berpunca daripada tindakan Real yang enggan mengikut kehendak Ramos yang inginkan kontrak lebih lama.

Kesempatan itu telah digunakan sebaiknya oleh pengendali United, Louis van Gaal yang turut meminati pemain tersebut sejak sekian lama untuk mendapatkannya.-mstar

Gambar Anak Kak Ton Yang Kini Bergelar Pengacara TV3

Siapa Sangka Gadis Host Tv3 Ini Anak Kak Ton. Siapa yang tak kenal dengan tagline memukau di kaca tv “Comel Tak Kak Ton” setiap hari, tagline inilah yang membuatkan kakton fames di seluruh Malaysia.


Gambar Anak Kak Ton Yang Kini Bergelar Pengacara TV3

Dalam kemfamesan kak ton beliau ada seorang anak bernama Nadea merupakan pengacara Malaysia Harini Ini MHI di tv3So, tak hairanlan anak kak ton pon sama comel macam mak dia gak hehehe, bak kata pepatah ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’ ye tak? -sinarbaru


Gambar Anak Kak Ton Yang Kini Bergelar Pengacara TV3

Yuna Dihalau Keluar Kedai Kerana Peminat?

 Hanya kerana ingin memenuhi peminat untuk bergambar, Yuna telah diarah keluar daripada kedai alat solek yang terletak di Pavilion.


Yuna Dihalau Keluar Kedai Kerana Peminat?

Yuna meluahkan perasaan tidak puas hatinya itu melalui akaun Twitter dan mendapat reaksi ramai hari ini. Melalui daripada tweet daripada Yuna itu juga dalam masa mendedahkan perkara yang sama turut dialami orang lain yang senasib dengan penyanyi tersebut yang tidak mendapat layanan sepatutnya sebagai seorang pelanggan.


Yuna Dihalau Keluar Kedai Kerana Peminat?

Daripada muatnaik gambar di Instagram juga, Yuna sedang meluangkan masa bersama ibunya untuk membeli belah di Pavilion. Apa-apa pun, semoga Yuna dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh meriah dan ceria pada tahun ini.-rotikaya

Komen Yang Mendedahkan Perkara Sebenar Pergaduhan Di Low Yat

Telah menjadi viral dan bahan bualan tentang pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat semalam antara pembeli dan penjual.


Komen Yang Mendedahkan Perkara Sebenar Pergaduhan Di Low Yat

Si penjual mendakwa pembeli itu yang mencuri handphone di kedai tebabit namun si pembeli mendakwa penjual itu telah menipunya.

Lelaki Melayu yang dituduh itu mempunyai bukti resit menunjukkan dia membeli barang dari kedai tersebut yang didakwanya menipu.


Komen Yang Mendedahkan Perkara Sebenar Pergaduhan Di Low Yat

Komen Yang Mendedahkan Perkara Sebenar Pergaduhan Di Low Yat

Komen Yang Mendedahkan Perkara Sebenar Pergaduhan Di Low Yat

Namun siasatan masih dijalankan. Harap pihak berkuasa dapat memantau perkara ini. Diharap tiada isu perkauman dimainkan kerana bak kata Najib, kita 1Malaysia.

Harap polis dapat siasat budak ini betul mencuri atau tidak.

Harap pihak KPDNKK dapat siasat penjual-penjual di Low Yat yang dah banyak kes kita dengar sering menipu.-ohkisahnya


Amuk Lowyat: Kenyataan Berani Ayahanda Rani Kulup

Ayahanda Rani Kulup sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan garang tentang isu pergaduhan di Plaza Lowyat.
 

Amuk Lowyat: Kenyataan Berani Ayahanda Rani Kulup

Rani Kulup mengumumkan akan membuat laporan polis esok tentang isu ini kerana ianya harus diberi perhatian penuh oleh pihak yang bertanggungjawab.

Rani Kulup juga mahu Lowyat segera ditutup agar menjadi teladan dan memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas.

Ini komen Rani Kulup:

"Bukan sahaja di Low Yat malah di Jalan Petaling dan beberapa kawasan penjual yang diketahui dijaga kumpulan gangster. Jika ada pelanggan yang membatalkan hasrat untuk membeli, mereka akan diherdik. Ia sekali gus menimbulkan ketakutan kepada pembeli sendiri

"Banyak lagi contoh pembeli yang biadab. Cara mereka menjual juga seolah-olah seperti gangster, bagus juga ada kes sebegini, barulah semua orang buka mata. Biar masyarakat tahu ada situasi begini.

"Penyelesaiannya mudah, tutup sahaja Low Yat dahulu, selain memberi masa agensi berkenaan menyiasat peniaga terbabit, ia satu bentuk teladan tentang memberi kepentingan kepada pengguna di lokasi tumpuan seperi Low Yat ini,"

"Kami akan membuat laporan polis esok. Ia merupakan isu gangster dan harus diberi perhatian sewajarnya.

"Saya mahu tekankan, paling penting mana-mana lokasi termasuk Low Yat ini harus segera ditutup jika insiden seumpama ini berlaku,"

Nampaknya statement Rani Kulup ini mendapat reaksi yang positif dari orang ramai.-ohkisahnya

Pertahanan Antarabangsa Itali Pemain Terbaru Manchester United

Manchester  United menambah seorang lagi pemain baru dengan penyertaan Matteo Darmian dari Torino pada Sabtu selepas pemain itu lulus ujian perubatan dan kecergasan.


Pertahanan Antarabangsa Itali Pemain Terbaru Manchester United

Dia tiba di Manchester dengan menaiki jet peribadi yang diatur oleh kelab berkenaan.

Darmian, 25, menandatangani kontrak empat tahun.

Pemain itu mewakili Torino sebanyak 146 kali dan menjaringkan lima gol.

Bos United, Louis van Gaal berkata; "Matteo adalah pemain bek kanan tetapi mempunyai keupayaan untuk bermain pada mana-mana posisi pertahanan yang lain. Dia bermain dengan pantas dan mampu bergerak ke atas dan rentak permainan dia amat sesuai dengan Liga Perdana Inggeris."

Yuran perpindahan Darmian ke United tidak diumumkan oleh kelab itu.-mstar