Man United Berjaya Dapatkan Pertahanan Itali

Pertahanan kanan Itali, Matteo Darmian dilapor akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Manchester United apabila perbincangan mengenai jual-beli pemain itu telah dipersetujui.


Man United Berjaya Dapatkan Pertahanan Itali

United dikatakan telah bersetuju dengan yuran pemindahan sebanyak  £12.7 juta yang ditentukan Torino dengan penambahan sehingga £14.4 juta mengikut prestasi.

AC Milan yang merupakan kelab pertama Darmian turut akan mendapat sebanyak £287,000 sebagai terma yang terdapat dalam penebusan kontrak.

United dikatakan perlu menyelesaikan pemindahan pemain baru dengan pantas kerana mereka akan mengikuti jelajah pramusim yang akan diterbangkan pada 13 Julai ini.

Darmian, 25, bakal menjadi pemain kedua yang diikat United untuk musim depan selepas bintang PSV Eindhoven, Memphis Depay.

Pemain pertahanan tinggi lampai itu akan menjalani pemeriksaan perubatan di Kompleks Latihan United AON pada Khamis sebelum menurunkan tandatangan pada kontrak selama empat tahun - lanjutan setahun.-mstar

Dr Mahathir Cabar Najib Tunjuk Akaun Bank

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan akaun banknya bagi menyangkal dakwaan bahawa dana 1Malaysia Development Bhd dana (1MDB) telah dipindahkan kepada akaunnya.


Dr Mahathir Cabar Najib Tunjuk Akaun Bank

"Anda (Najib) menafikannya. Mari kita lihat akaunnya," Dr Mahathir memberitahu Jennifer Pak dalam satu temu bual BBC yang disiarkan di laman web media British pada Rabu.

"Apabila orang mengenakan sesuatu ke atas beliau (Najib), beliau berkata ia adalah drama, 'ia adalah karut, ia tidak benar'.

"Tetapi buktikan bahawa ia tidak benar. Sangat mudah baginya untuk membuktikan semua itu tidak benar.

"Beliau mempunyai akaun-akaun di bank ini. Apa yang perlu beliau katakan ialah 'anda periksa akaun saya, dan lihat'," kata Dr Mahathir, bekas perdana menteri selama 22 tahun.

Najib telah menuduh Dr Mahathir menggunakan kontroversi 1MDB itu sebagai satu cara "sabotaj politik" bagi menjatuhkannya.

Malah beliau mendakwa motif Dr Mahathir berbuat demikian kerana keengganannya untuk melaksanakan beberapa rancangan bagi negara ini.

Namun  Dr Mahathir telah menafikan dakwaan tersebut.

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan Najib bahawa beliau telah bekerjasama dengan pihak asing untuk memaksa Najib keluar.-mstar

Video Rakaman CCTV Pemandu Saga FLX Rempuh Ustaz

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemalangan yang melibatkan seorang pemandu dan seorang penunggang motosikal yang membonceng anaknya di Segamat, Johor tersebar dan menjadi viral di Facebook.


Video Rakaman CCTV Pemandu Saga FLX Rempuh Ustaz

Ekoran daripada kejadian tersebut, mangsa yang merupakan seorang guru agama di sebuah sekolah dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya pula patah kaki.

Melalui video berkenaan, Allahyarham Ustaz Jamal dirempuh sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang hilang kawalan dan dikatakan kereta tersebut jelas melanggar lampu isyarat merah.

Memetik laporan saksi, dikatakan perempuh seakan-akan tidak merasakan bersalah walaupun telah menyebabkan mangsa meninggal dunia dan anak ustaz itu tiba-tiba menjadi yatim.

“Buat laju ikut suka hati, orang lain yang kena kemudian turun kereta buat macam tak bersalah. Al-Fatihah buat Ustaz Jamal yang meninggal di tempat kejadian dan anaknya patah kaki,” ujar Ali Isa

Kepada pemandu-pemandu di Malaysia, memandu secara berhemah, kesian kepada keluarga mangsa yang tak pasal-pasal beraya dengan penuh kesedihan pada tahun ini.

Bila anda pandu laju maknanya anda tahu anda akan membahayakan orang lain dan boleh menyebabkan pengguna jalan raya yang lain terbunuh… Fikir-fikirkan lah.-mynewshub




Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar

Gambar seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia.


Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar

Tindakan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu belajar di kaki lima dengan sebuah meja kecil dan beberapa buku pada waktu malam menyentuh hati sekali gus menjadi inspirasi ramai.

Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Daniel Cabrera ini terpaksa menumpang cahaya restoran tersebut kerana rumahnya musnah dalam kebakaran.

Gambar itu dikatakan dirakam oleh Joyce Torrefranca di restoran McDonald di Manila, Filipina tanpa disedari oleh Daniel yang sedang sibuk menulis.


Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar

Joyce berkata, sebagai seorang pelajar kanak-kanak itu membuatkan dia begitu tersentuh dengan sikap dedikasinya yang mahu belajar.

“Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar,” ujarnya.

Daniel yang kemudian diburu oleh pihak media mendedahkan, akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarga.

Pegawai kebajikan masyarakat tempatan juga dikatakan telah melawat keluarga Daniel untuk membantu keluarga kanak-kanak ini.-mynewshub

Video Ngeri ! Bangkai Tikus Ditarik Keluar Dari Pusat Lelaki

Sebuah video yang menunjukkan bangkai seekor tikus yang telah ditarik keluar daripada pusat seorang lelaki telah mendapat perhatian dan viral di kalangan pengguna media sosial.


Video Ngeri ! Bangkai Tikus Ditarik Keluar Dari Pusat Lelaki

Video yang dimuat naik di Youtube itu kini sudah mencecah lebih 300 ribu tontonan sejak awal Julai lalu.

Rata-rata menyatakan video tersebut adalah palsu dan ada pula yang mendakwa bahawa lelaki yang terbaring itu sedang dirasuk.


Video Ngeri ! Bangkai Tikus Ditarik Keluar Dari Pusat Lelaki

Sumber juga tidak dapat mengenal pasti tempat asal video ini dirakam dan ada yang menyatakan ia berlaku di Brazil.

Betul atau tidak terpulang kepada individu masing-masing untuk percaya tetapi apa yang pasti video yang dirakam ini sangat mengerikan!-mynewshub

Untuk Menonton : Klik Butang Tonton Video Dibawah




Demo Besar Jika Najib Tak Letak Jawatan

Berikutan tersebarnya pesanan di laman mikro Twitter yang meramalkan satu demonstrasi besar-besaran akan berlaku sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih memegang jawatan ketua kerajaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kenyataan tersebut.


Demo Besar Jika Najib Tak Letak Jawatan

Menerusi akaun rasmi beliau di laman sosial sama, Khalid menulis, “PRIRC @PDRMsia sila siasat originator message ini yang merupakan satu Ugutan, Hasutan dan mengancam ketenteraman Awam.”

Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan ugutan bertulis ‘Demo besar jika Najib tak letak jawatan’ dalam kemas kini status tersebut.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, ia memaparkan individu yang juga Ahli Parlimen Seremban dari DAP, iaitu Anthony Loke.

Dalam pada itu, Anthony menerusi Sinar TV semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menolak kemungkinan akan berlaku perhimpunan besar-besaran sekiranya Najib tidak meletakkan jawatan atau sekurang-kurangnya berehat sementara siasatan terhadap penyelewengan dana 1MDB disiasat.-mynewshub

Di 10 Malam Akhir Ramadhan, Nabila Huda Nampaknya Masih Seksi

Nabila Huda sememangnya terkenal dengan imej seksi. Walaupun sebelum ini pernah dipalit kontroversi mengenai gambar yang terdedah sana-sini, nampaknya Nabila Huda sudah lali dengan perkara itu.


Di 10 Malam Akhir Ramadhan, Nabila Huda Nampaknya Masih Seksi

Baru-baru ini Nabila Huda memuat naik gambar bersama anaknya di Instagram. Memang comel habis! Tapi masalahnya pakaian yang dikenakan dalam foto tersebut macam tak berapa nak kena. Segelintir followers Nabila beri respon negatif. Hurmm..

Hot macam Kim Kardashian la!


Di 10 Malam Akhir Ramadhan, Nabila Huda Nampaknya Masih Seksi

Foto Nabila Huda mengundang pelbagai komen dari followers, ada yang cakap hot macam artis popular hollywood, Kim Kardashian. Korang mesti kenal kan? Alaa yang bapak tiri dia tukar jantina jadi perempuan tu.. Hehe

Ada juga yang tak suka foto tersebut sebab dianggap terlalu seksi dan sangat terdedah.
“Ko ingat cantek??”

Memang nampak cantik, seksi, meletup macam Kim Kardashian, tapi dia artis Hollywood.. Diorang kisah apa kan?




“Kalau tak suka jangan tengok lah tengok”




Walaupun Nabila dapat beberapa komen negatif dari followers, ramai juga yang back up agar jangan jealous dan jangan nak sibuk sangat dengan Nabila. Dia sexy, kau hado?? (merujuk kepada komen diatas.-ohbulan

Laman Sosial Facebook, Twitter Dan Instagram Disekat???

Instagram kini tidak membenarkan pengguna Twitter untuk melihat gambar-gambar yang dimuat naik ke dalam laman perkongsian gambar tersebut, dalam usahanya untuk menggalakkan orang ramai menggunakan laman web sosialnya, facebook.


Laman Sosial Facebook, Twitter Dan Instagram Disekat???

Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom hari ini mengumumkan, pihaknya telah menghentikan khidmat sokongannya kepada Twitter, sekali gus memberi petunjuk kepada perselisihan yang semakin mendalam antara dua gergasi media sosial itu.

Pengguna Twitter mula membuat aduan awal minggu ini di mesej awam berhubung gambar-gambar Instagram yang tidak dipaparkan dengan elok di akaun Twitter mereka.

"Sebelum ini kami memberi sokongan kepada Twitter kerana kami mempunyai ciri-ciri laman web yang minimum.

"Sekarang, kami telah memperkenalkan perisian baru yang membolehkan pengguna mengulas atau menandakan "like" pada gambar di laman web Instagram secara langsiung,"kata Systrom.

Perisian antara Facebook dan Twitter bertambah hebat pada April lalu selepas Facebook membeli Instagram.

Sejak itu hubungan kedua-dua syarikat tersebut menjadi tegang dan pada Julai lalu Twitter menyekat Instagram daripada menggunakan datanya untuk membantu pengguna baru laman perkongsian gambar itu untuk mencari teman.-AGENSI

Video Pergaduhan dua Gadis Berebut Lelaki

Kejadin dikatakan berlaku di negara jiran.... Dalam kejadian tersebut kelihatan dua wanita sedang berusaha untuk memujuk seorang lelaki supaya dapat memilih salah seorang dari mereka dan kejadian itu juga telah disaksikan oleh orang ramai.


Video Pergaduhan 2 Gadis Berebut Lelaki

Kalau menurut video tersebut, kelihatan lekai itu sukar untuk membuat pilihan dan mungkin agak sukar untuk memilih kerana desakan yang dibuat oleh kedua-dua wanita itu tambahan lagi disaksikan oleh orang ramai yang berada disitu.-kaki-heboh


Awex berebut teman lelaki. Mengikut maklumat yang diterima, berlaku di negara jiran..
Posted by Giler Kentang on Sunday, April 19, 2015

Punca Perceraian Pelakon Raja Farah dan Suami

Raja Farah berasa sedih dan agak terkilan apabila ada pihak menyalahkan dirinya dengan memberi anggapan gagal mendapat zuriat sebagai punca perpisahan dia dengan bekas suami.


Punca Perceraian Pelakon Raja Farah dan Suami

Sebeum itu Raja farah disahkan bercerai talak satu dengan bekas suami iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 25 Mei lalu setelah 5 tahun berkahwin.

Punca Sebenar Penceraian
Raja Farahh berkata tiada anak bukan punca sebenar kegagalan hubungan mereka, sebaliknya keputusan perceraian dibuat selepas tiada lagi persefahaman.

Ini komennya: (mStar)

"Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak.

"Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi,"

Tinggal Jauh Mula Masalah

"Pada tahun pertama dan kedua tiada masalah sehinggalah apabila kami mula berjauhan. Dari situ, satu persatu masalah timbul.

"Mungkin betul juga kata orang kami berkahwin pada usia yang terlalu muda dan ketika itu masih belum matang,"

Mertua Masih Tak Boleh Terima

Sementara itu apabila ditanya tentang hubungan dengan keluarga bekas suami, Raja Farah akui keluarga mertuanya masih belum boleh menerima perpisahan yang berlaku.

"Hubungan dengan keluarga mertua agak dingin, mungkin mereka perlu masa untuk terima perpisahan ini. Namun saya tetap anggap mereka seperti ibu bapa saya sendiri. Kalau ada kelapangan saya mungkin akan menziarahi mereka,"

"Banyak perkara yang saya belajar tentang lelaki dan kualiti seorang lelaki untuk dijadikan suami. Saya masih muda dan tidak menolak untuk kembali berumah tangga semula selain mahukan cahaya mata sendiri,"- rakangosip