Demo Besar Jika Najib Tak Letak Jawatan


Berikutan tersebarnya pesanan di laman mikro Twitter yang meramalkan satu demonstrasi besar-besaran akan berlaku sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih memegang jawatan ketua kerajaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kenyataan tersebut.


Demo Besar Jika Najib Tak Letak Jawatan

Menerusi akaun rasmi beliau di laman sosial sama, Khalid menulis, “PRIRC @PDRMsia sila siasat originator message ini yang merupakan satu Ugutan, Hasutan dan mengancam ketenteraman Awam.”

Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan ugutan bertulis ‘Demo besar jika Najib tak letak jawatan’ dalam kemas kini status tersebut.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, ia memaparkan individu yang juga Ahli Parlimen Seremban dari DAP, iaitu Anthony Loke.

Dalam pada itu, Anthony menerusi Sinar TV semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menolak kemungkinan akan berlaku perhimpunan besar-besaran sekiranya Najib tidak meletakkan jawatan atau sekurang-kurangnya berehat sementara siasatan terhadap penyelewengan dana 1MDB disiasat.-mynewshub

Filled Under: