Kanak-Kanak 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal Dan Trauma Teruk

Mangsa dera ibu tiri, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, disahkan oleh pihak hospital telah mengalami kecacatan kekal selepas mengalami patah 13 tulang termasuk tulang belakangnya kerana didera oleh ibu tiri.


Kanak-Kanak 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal Dan Trauma Teruk

Memetik laporan Utusan Malaysia, kecacatan yang dikesan dihadapi oleh Zuliana ialah bongkok kerana masalah tulang belakang dan tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.


Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, kecacatan ini berlaku kerana mangsa tidak pernah menerima sebarang rawatan sejak daripada awal sebaliknya dibiarkan sembuh sendiri kira-kira enam bulan lalu.

"Terdapat 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan."

“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.

“Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.

Zuliana dipercayai telah didera oleh ibu tirinya semasa tinggal di rumah bapanya di Rantau Panjang dan kejadian ini disedari oleh ibu kandungnya selepas cuba mengambil Zuliana.

Mangsa juga dibiarkan tanpa mendapat rawatan setelah didera setelah tinggal dengan bapa dan ibu tirinya sejak dua tahun lalu.

Menurut Ghazali lagi, usaha untuk merawat Zuliana  yang diketuai Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr. Mariana Daud sedikit mengalami kesukaran selepas kanak-kanak malang itu kini dalam keadaan truma yang teruk.


Kanak-Kanak 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal Dan Trauma Teruk

Dia dikatakan mengalami kekurangan zat yang kronik menyebabkan berat badannya telah susur sebanyak 15 kilogram iaitu bersamaan dengan berat budak 3 tahun.

“Mangsa berada dalam kea­daan stabil dan mampu makan melalui mulut dalam proses untuk pemulihan tenaga badan selepas dipercayai tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya. - Siakapkeli.my

Chong Wei Rangkul Trofi Terbuka Kanada

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan prestasi terbaiknya apabila menjuarai Terbuka Kanada, di Calgary, Kanada, awal pagi Isnin.


Chong Wei Rangkul Trofi Terbuka Kanada

Pada saingan itu, Chong Wei menjinakkan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, 21-17, 21-13.

Terdahulu, beliau turut menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat (AS), dua minggu lalu.

Ia adalah kejuaraan pertama dimenanginya selepas menjalani hukuman penggantungan selama lapan bulan akibat kesalahan doping.

Dua kemenangan yang dirangkul Chong Wei membuktikan beliau masih lagi pemain harapan negara.-mstar

Video Satu Keluarga ‘Berjemaah’ Mencuri Di Stesen Minyak

Inilah reaksi pertama kami sejurus melihatkan aksi sekumpulan lelaki dan perempuan yang seakan sebuah keluarga bertindak mencuri barangan runcit di sebuah stesen minyak.


Video Satu Keluarga ‘Berjemaah’ Mencuri Di Stesen Minyak

Perbuatan memalukan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada 25 Jun, di stesen minyak Carltex, manjung, Perak.

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dikatakan didalangi seramai 10 orang kesemuanya.

Menerusi video, ‘ke­luarga pencuri’  ini menggunakan taktik tipu helah apabila beberapa anggotanya dilihat berurusan di beberapa bahagian lain untuk mengkaburi pekerja stesen minyak sebelum seorang ahli keluarganya yang lain bertindak melarikan barangan yang telah dihimpunya.


Video Satu Keluarga ‘Berjemaah’ Mencuri Di Stesen Minyak

Untuk Menonton: Klik Butang Tonton Video 
 


Menurut maklumat juga, seorang suspek yang berperwatakan sebagai wanita tua berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada penjaga kaunter berkenaan sebelum ‘anak-anaknya’ yang lain mengambil kesempatan membawa lari barangan curi.

Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan suspek bukan sahaja memalukan Agama, bahkan menjatuhkan air muka bangsa sendiri.

“Malunye …. Ape la tanggapan org bukan Islam tgk org Islam perangai lahanat mcm ni ? Semoga dorg yg mencuri jemaah ni dpt hidayah di bulan yg mulia ni ..”, Tulis Zana Nawar.

“Org lain taraweh bejemaah kt masjid..die bjemaah 1 family mcuri plak..dunia akhir zaman..”, tulis Daliela Ramlie

Ternayata di bulan yang penuh keberkatan dan mulia ini pun masih tidak dapat mengekang sifat keji segelintir golongan manusia yang bodoh seperti ini.

Imej ‘keluarga Islam’ dan lagak ‘emak-emak’ seakan dibuat main pula oleh mereka.-mynewshub

Man United-Real Madrid Berbalah, De Gea Tunggu Kontrak Tamat

David De Gea terpaksa menunggu di Manchester United sehingga kontraknya tamat jika Real Madrid enggan membayar sebanyak £20 juta seperti yang dituntut Old Trafford.


Man United-Real Madrid Berbalah, De Gea Tunggu Kontrak Tamat

Dua kelab gergasi Eropah itu kini sedang berbalah mengenai yuran pemindahan De Gea.

Penjaga gol United itu yang mahu ke Real untuk musim depan kini mempunyai baki kontrak selama setahun.

Madrid dilaporkan enggan membayar lebih daripada £13 juta kepada United manakala Old Trafford menganggap nilai De Gea lebih daripada itu.

Louis van Gaal yang kini mempunyai penjaga gol berpengalaman, Victor Valdes akan ditugaskan untuk mengambil alih tempat De Gea pada musim depan.- mstar

Rodi Kristal Bakal Bertunang

Satu ketika dulu gitaris Kristal, Rodi pernah bercinta dengan penyanyi Syura selepas digandingkan dalam satu sesi fotografi untuk sebuah majalah.

Rodi Kristal Bakal Bertunang

Bagaimanapun, hubungan itu hanya mampu bertahan seketika dan Syura akhirnya berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Apapun itu kisah lama. Kini Rodi dikatakan sudah bertemu pengganti dan menghadiri kursus perkahwinan dengan bakal suri hidupnya, bintang Akademi Fantasia musim kelapan, Emma Shuhaimi yang juga kakak Adira.

Hadir mempromosikan album solonya di Balai Berita, baru-baru ini, jejaka berusia 29 tahun itu mengesahkan perkhabaran berkenaan namun tidak banyak yang dikongsi kerana perlu menjaga hati keluarga bakal isteri.

“Saya pernah berkawan dengan beberapa wanita tetapi semuanya tidak menjadi. Dengan Syura dulu pun mungkin saya masih belum matang.

“Kalau boleh saya tidak mahu terlalu terbuka bercerita mengenai bakal isteri kerana kami belum bertunang. Ketika keluarga Emma datang ke Kuala Lumpur, baru-baru ini saya hantar rombongan merisik.

“Insya-Allah kami akan bertunang tahun ini juga dan masih mencari tarikh sesuai,” katanya.

Menyingkap detik perkenalan mereka, Rodi berkata, Emma berbakat mencipta lagu dan kerap datang ke studionya.

Apabila sering bekerjasama, timbul rasa sayang di hati dan sepakat untuk ke fasa lebih serius.

“Ketika kenal Emma, saya sudah ada kekasih, begitu juga dia. Apabila sama-sama putus cinta, kami selalu berbual dan semakin rapat.

“Awal tahun ini, kami ambil keputusan untuk berkahwin. Perkara baik seperti ini bagi saya tidak perlu dilengah-lengahkan,” kata Rodi yang turut memuji Emma rajin memasak dan pandai mengambil hatinya serta keluarga.

Hasilkan album selawat

Impian Rodi menghasilkan album solo instrumental gitar berjaya direalisasikan apabila tampil dengan bingkisan selawat pada Apil lalu.

Album berjudul Petikan Gitar Melodi Selawat ini memuatkan lapan lagu iaitu Selawat Nabi SAW, Ya Thoybah, Solla Alaikallah Adnani, Tolaal Badru Alaina, Selawat Nabi SAW (Majlis), Solla Alaikallah, Ya Nabi Salam dan Senandung Selawat.

“Sudah lama saya teringin menghasilkan album solo tetapi syarikat agak keberatan berikutan keadaan pasaran yang lesu.

“Satu hari saya berjumpa dengan Isman Nadim (Hijjaz) dan dia beri idea buat lagu berirama selawat.

“Isman bertindak selaku penerbit album ini dan membimbing saya menghasilkan muzik tidak terlalu berat dan boleh diterima semua golongan pendengar,” katanya yang merakamkan album berkenaan pada tahun lalu.-hmetro

Adira Komen Isu Putus Tunang Dengan Shahrul Dan Kisah Elizabeth Tan

Akhirnya setelah sekian lama, Adira tampil memberi komen tentang kisah putus tunangnya dengan Shahrul Nasrun yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia.

Adira Komen Isu Putus Tunang Dengan Shahrul Dan Kisah Elizabeth Tan

Apatah lagi kini hangat diperkatakan tentang kecurangan Shahrul yang didakwa cuba menggoda dan mengurat penyanyi cantik Elizabeth Tan. Ini komen Elizabeth Tan tentang hal ini.

Shahrul telahpun tampil memberi komen.

Kini giliran Adira pula membuat kenyataan, ini komennya: (BeritaHarian)

Tentang Shahrul

"Kami sudah putus tunang sekitar kira Mei lalu. Punca sebenarnya tiada kaitan dengan sesiapapun termasuklah penyanyi Elizabeth Tan.

"Puncanya biarlah saya dan dia (bekas tunang) saja yang tahu, tak perlulah untuk saya nyatakan satu persatu. Saya terima ini sebagai takdir dan ketentuan yang sudah tertulis.

"Saya memang serius dalam hubungan ini cuma belum ada rezeki saya untuk hidup bahagia berumah tangga. "Biarpun kami sudah tiada apa ikatan, saya tak pernah simpan dendam sekelumit pun di dalam hati. Saya sudah 'move on'. Saya tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Yang lepas itu biarlah berlalu dan tak perlu dikenang lagi.

"Saya doakan yang terbaik untuk dia. Di kesempatan ini juga saya ingin menyusun jari memohon maaf kepada ibu bapanya jika ada khilaf tingkah dan kata daripada diri yang kecil ini. Keluarganya melayan baik saya selama ini. Saya harap keluarganya halalkan makan minum saya. Terima kasih atas segala-galanya,"

Tentang Elizabeth Tan

"Saya ada menghubunginya dan berborak. Saya ambil tindakan ini supaya dia tidak rasa dirinya bersalah.

"Kami berkawan dan jauh sekali bermusuh. Saya sendiri tak suka golongan wanita seperti kami diperkotak-katikkan oleh insan bernama lelaki,"

Itulah komen panjang lebar dari Adira. Diharap Adira dan Shahrul tabah menghadapi dugaan ini dan mengejar kebahagiaan masing-masing. - rakangosip

Kelab Bola Brazil, Fifa Saman Neymar

Kelab bola sepak Brazil, Santos menfailkan saman bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) terhadap pemain utama Barcelona, Neymar Jr kerana melanggar kontrak perpindahan ke Barcelona sehingga membawa kepada peletakan jawatan presiden Barcelona, Sandro Rosell.


Kelab Bola Brazil, Fifa Saman Neymar, info, terkini, sukan, bola sepak, barcelona, Neymar

Presiden Santos, Modesto Roma berkata, pasukannya memfailkan saman terhadap Barcelona, Neymar, bapanya serta firma pemasaran Sport e-Marketing.

"Santos percaya bahawa Barcelona, Neymar dan syarikatnya melanggar kontrak pemindahan dan oleh itu, menuntut gantirugi," jelas Roma dalam satu kenyataan.

Tindakan untuk memfailkan saman timbul apabila pihak berkuasa Brazil mula menjalankan penyiasatan mengenai dakwaan berlakunya rasuah sukan bola sepak, selain penahanan pegawai atasan Fifa.

Pihak berkuasa Sepanyol memberitahu, Barcelona dituduh menipu cukai selepas melakukan pembayaran yuran perpindahan Neymar ke kelab itu, yang pada mulanya dimaklumkan cuma 57.1 juta Euro (RM227 juta), sebaliknya mencecah hampir 100 juta Euro (RM399 juta).

Rosell meletak jawatan tahun lalu selepas timbul dakwaan itu. Pengganti Rosell, Josep Maria Bartomeu serta kelabnya akan dibicarakan atas tuduhan melakukan penipuan cukai dengan menandatangani pemindahan Neymar.- mstar

Van Gaal Sedia Jual Van Persie Kepada Juventus

Finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Juventus akan meneruskan usaha mengumpul bekas pemain Manchester United di kelab itu apabila menjadikan Robin van Persie sebagai bintang terbaru.


Van Gaal Sedia Jual Van Persie Kepada Juventus , info sukan, bola sepak, robin van persie,

Juventus sebelum ini telah membawa masuk Carlos Tevez, Patrice Evra selain bintang muda yang menjadi buruan kelab ternama dunia iaitu, Paul Pogba.

Bagaimanapun usaha Juventus mendapatkan Van Persie tidak sukar kerana Louis van Gaal sedia melepaskan penyerang Belanda berkenaan jika United mampu membawa Gonzalo Higuain ke Old Trafford.

Van Persie, 31, yang mempunyai baki kontrak setahun lagi akan dilepaskan United selepas dia gagal membantu kelab tersebut dengan menjaringkan lebih banyak gol pada musim ini.

Higuain, 27, dilaporkan menjadi buruan Van Gaal untuk digandingkan bersama Wayne Rooney di bahagian serangan.

Sebelum ini, seorang lagi penyerang United, Radamel Falcao telah dibenarkan pulang ke Monaco selepas mempamerkan aksi mengecewakan sepanjang dipinjamkan ke Old Trafford.- mstar

Nazmi Mungkin Dihantar Pulang Walau Mohon Maaf

Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee masih mempertimbangkan untuk menghantar Mohd Nazmi Faiz Mansor pulang jika didapati bersalah walaupun sudah memohon maaf.


info, terkini, berita, sukan, bola sepak, Nazmi faiz

Pemain tengah skuad kebangsaan itu bertindak meludah pemain Timor Leste Filipe Oliviera pada perlawanan pembukaan bagi kumpulan B di Sukan SEA, Sabtu lalu. Malaysia menang tipis 1-0.

Kim Swee yang berang dengan insiden kad merah melibatkan Nazmi Faiz itu berkata, dia akan menunggu keputusan daripada jawatankuasa tatatertib bola sepak Sukan SEA sebelum membuat keputusan untuk menghantar Nazmi pulang ke Malaysia.

"Ia perbuatan yang memalukan untuk melakukan perkara seperti itu dan saya telah memberitahu Nazmi bahawa perkara ini masih belum selesai.

"Kami perlu menunggu keputusan daripada jawatankuasa tatatertib untuk menentukan hukuman yang akan dijatuhkan ke atasnya dalam masa beberapa hari lagi.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa saya mungkin akan menghantarnya pulang atau mendenda Nazmi dan saya juga memberitahunya supaya bersedia dengan apa-apa tindakan yang akan dikenakan," kata Kim Swee selepas sesi latihan pasukannya di Stadium Bukit Gombak.

Akibat kad merah yang diterima, Nazmi kini digantung dua perlawanan.

Walau bagaimanapun dia tetap menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukannya seperti biasa pada Ahad.

"Saya akan menunggu keputusan daripada jurulatih serta jawatankuasa tatatertib dan saya akan menerima apa-apa tindakan yang akan dibuat akibat perbuatan saya itu," kata Nazmi lagi.

Sementara itu, pemain berusia 20 tahun itu berkata, tindakan yang membuatkan dia dibuang padang itu merupakan reaksi spontan selepas menerima terjahan Filipe.

"Saya akan meludah ke mukanya sekiranya saya benar-benar mahu melakukannya tetapi saya tidak buat sedemikian kerana itu bukanlah niat saya.

"Insiden ini akan menjadi pengajaran buat saya dan saya berharap akan menjadi pemain yang lebih baik selepas ini.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan sepasukan kerana mereka terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 orang," kata pemain Selangor itu.- mstar

TERKINI: MH 370- Pesawat Tersebut Berada Di Ukraine Dan Telah Ditukar Kepada Dutch Airlines?

TERKINI: MH 370


info, terkini, berita, sensasi, MH370,


Sah pesawat tersebut berada di Ukraine dan telah ditukar kepada Dutch Airlines

18/06/15 = Ketibaan 1 Ramadhan 1436H
17/07/15 = Ketibaan 1 Syawal 1436H
31/08/15 = Sambutan Kemerdekaan
Sepanjang Bulan 9 = Berjuta warga asing datang dan menguasai ekonomi M'sia dan pelbagai kes jenayah seperti bunuh , rogol, dadah, khidmat seks dan penyeludupan manusia akan dipertontonkan.
Bulan 10 = Dijangka tentera US masuk M'sia campurtangan dlm krisis IS dan penyeludupan manusia.
Bulan 11 = Rakyat m'sia ditawan
Bulan 12 = China dan Russia attack US
Dunia diambang Kiamat. Ni sebahagian maklumat terkini yg sempat dikongsikan utk jutaan rakyat M'sia. Terpulang pada semua nak beranggapan ini suatu teori mahupun spekulasi..
Tepuk dada .. Tanya Iman.....

SUMBER: FB
 
info, terkini, berita, sensasi, MH370,
 

Sumber : harian-now