Kanak-Kanak 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal Dan Trauma Teruk


Mangsa dera ibu tiri, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, disahkan oleh pihak hospital telah mengalami kecacatan kekal selepas mengalami patah 13 tulang termasuk tulang belakangnya kerana didera oleh ibu tiri.


Kanak-Kanak 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal Dan Trauma Teruk

Memetik laporan Utusan Malaysia, kecacatan yang dikesan dihadapi oleh Zuliana ialah bongkok kerana masalah tulang belakang dan tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.


Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, kecacatan ini berlaku kerana mangsa tidak pernah menerima sebarang rawatan sejak daripada awal sebaliknya dibiarkan sembuh sendiri kira-kira enam bulan lalu.

"Terdapat 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan."

“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.

“Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.

Zuliana dipercayai telah didera oleh ibu tirinya semasa tinggal di rumah bapanya di Rantau Panjang dan kejadian ini disedari oleh ibu kandungnya selepas cuba mengambil Zuliana.

Mangsa juga dibiarkan tanpa mendapat rawatan setelah didera setelah tinggal dengan bapa dan ibu tirinya sejak dua tahun lalu.

Menurut Ghazali lagi, usaha untuk merawat Zuliana  yang diketuai Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr. Mariana Daud sedikit mengalami kesukaran selepas kanak-kanak malang itu kini dalam keadaan truma yang teruk.


Kanak-Kanak 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal Dan Trauma Teruk

Dia dikatakan mengalami kekurangan zat yang kronik menyebabkan berat badannya telah susur sebanyak 15 kilogram iaitu bersamaan dengan berat budak 3 tahun.

“Mangsa berada dalam kea­daan stabil dan mampu makan melalui mulut dalam proses untuk pemulihan tenaga badan selepas dipercayai tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya. - Siakapkeli.my

Filled Under: