“Kau nak aku rogol kau?”

Seorang wanita yang menyertai himpunan anti-GST pada 1 Mei lalu mendakwa dia diugut untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


“Kau nak aku rogol kau?”, info, terkini,  berita, sensasi, PDRM

Berikutan ugutan itu, Maisara Amira, 21, membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 6 Mei.

Maisara berkata, dia menuntut kesnya disiasat di balai polis berlainan – dan bukannya oleh anggota di IPD Dang Wangi – kerana bimbang berlaku salah guna kuasa dan ketidakadilan.

Dia turut menuntut polis menubuhkan pasukan siasatan bebas untuk menyiasat kes berkenaan.

Maisara ditangkap polis selepas menyertai perhimpunan itu dan direman selama empat hari bersama 22 yang lain.

Sehari sebelum remannya berakhir (pada 5 Mei) Maisara berkata, dia dibawa ke sebuah bilik soal siasat dan dijaga tiga anggota polis, termasuk dua lelaki.

Maisara  mendakwa dia memilih untuk berdiam diri ketika disoal siasat namun tiba-tiba salah seorang daripada anggota polis lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata berupa ugutan, iaitu “Kau nak aku rogol kau? Dalam bilik ini kau dengan aku je ada. Sebab bilik ini ada kamera dengan mic, kalau jual aku boleh kaya.”

Walaupun diugut begitu, Maisara berkata dia masih berdiam diri dan enggan memberi sebarang reaksi, namun anggota polis itu mengugutnya lagi.

Kata Maisara, anggota polis lelaki itu berkata lagi: “Macam ni lah, aku bagi kau peluang. Kau jawab semua soalan yang ditanya oleh cik ni (anggota polis perempuan). Kalau tak, aku akan suruh dia keluar. Aku yang akan masuk dalam. Kau settle dengan aku.”

Menurut Maisara lagi dia berasa sangat takut melihat sikap anggota polis itu namun tetap berdiam diri.

Maisara mengesyaki polis yang mengugutnya itu adalah anggota dari Cawangan Khas (SB) kerana dia tidak berpakaian seragam serta tiada tanda nama pada bajunya, lapor Malaysiakini. - kualalumpurpost

Dua Kenderaan Terbabas Dalam Lubang TNB

Dua kereta yang terlanggar penghadang jalan terbabas ke dalam lubang yang digali Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kerja-kerja pemasangan kabel ketika hujan lebat di Bandar Baru Air Itam kira-kira pukul 6 pagi, Selasa.


Dua Kenderaan Terbabas Dalam Lubang TNB , info, terkini, berita, kemalangan

Jarak penglihatan yang kurang menyebabkan kenderaan itu melanggar penghadang yang diletakkan di laluan itu terperangkap dalam lubang sedalam enam meter itu.

Kenderaan kedua yang turut terbabas bagaikan terbang apabila tayar belakangnya mendarat pada cermin depan kenderaan pertama.

Difahamkan pemandu kedua-dua kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. - mstar

Zamarul Hisham & Diana Rafar Kahwin Semula 16 Mei Ini

Nampaknya doa peminat untuk melihat pasangan Zamarul Hisham dan Diana Rafar untuk bersatu semula sebagai suami isteri akhirnya termakbul apabila  pasangan tersebut bakal nikah semula tanggal 16 Mei ini.


Zamarul Hisham & Diana Rafar Kahwin Semula 16 Mei Ini, info, terkini, hiburan, sensasi

Diana mengakui ia bukan satu tanggungjawab yang mudah untuk menjadi seorang ibu tunggal selama empat bulan lepas. Dalam tempoh perpisahan mereka, Zamarul juga tidak berhenti untuk mendapatkan semula kasih sayang bekas isterinya dan yakin jodoh di antara mereka masih lagi kuat.

    Mungkin jodoh kami masih kuat bersama, keputusan untuk rujuk semula adalah yang terbaik buat kami sekeluarga. Memandangkan saya dan Zamarul pernah bernikah pada 16 Mei 2009, jadi tarikh sama dipilih untuk rujuk semua. Doakan semoga segalanya dipermudahkan.

Buat Diana, segala yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri dan kasih sayang beliau kepada Zamarul semakin bertambah selepas berpisah.


Alhamdullillah, ini adalah berita yang cukup menggembirakan. Kami harap selepas ini Dina Rafar dan Zamarul Hisham terus tabah bersama dan lebih mencintai di antara satu sama lain. Semoga peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT ini tidak di sia-siakan. - beautifulnara

Punca Sebenar Kejadian Cermin Tabung Haji Kangar Pecah

Semalam tersebar dilaman sosial Facebook, Twitter dan Aplikasi Whatapps tentang kejadian cermin sebuah premis milik Lembaga Tabung Haji yang dikatakan dipecahkan angkara perbuatan khianat.


info, terkini, berita, isu Tabung Haji, 1MDB, TRX

Kami telah cuba menghubungi pihak berkaitan tentang kejadian ini dan mereka menolak segala andaian yang dibuat tersebut.

Ini kerana kejadian tersebut adalah berlaku hanya kerana masalah teknikal biasa dimana dikatakan pintu tersebut telah rosak dibahagian engselnya menyebabkan pintu tersebut jatuh.

Ia berlaku petang semalam ketika premis tersebut sudah ditutup dan pintu dijaga oleh seorang polis bantuan bertugas. Pintu dijaga untuk membenarkan pelanggan-pelanggan terakhir Tabung Haji tersebut keluar kerana sudah tamat waktu operasi.

Semasa pintu kaca tersebut cuba ditutup, engsel pintu itu telah tertanggal dan jatuh menyebabkan ia pecah.

Kami cuba telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk pengesahan kejadian tersebut tetapi menurut seorang pegawai polis, mereka tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan kerana pihak polis tidak menerima sebarang report dan sekaligus ia bukan merupakan perbuatan khianat.

info, terkini, berita, isu Tabung Haji, 1MDB, TRX

Selain itu, kami juga menjumpai satu pesanan Whatapps di laman sosial yang dikatakan perbualan antara pekerja Tabung Haji di situ dimana dia menceritakan kejadian tersebut seperti apa yang SK sendiri dapat.

Cerita mengenai Tabung Haji sejak dua tiga hari ini menjadi panas selepas tersebar surat rahsia pembelian tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta yang didakwa bertujuan untuk menyelamat syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB. - Siakapkeli

Man United Boleh Dapat Harga 'Diskaun' Beli Radamel Falcao

Radamel Falcao mungkin dilepaskan oleh AS Monaco dengan harga 'diskaun' sebagai pemain tetap kepada Manchester United.

Falcao yang sebelum ini dipinjamkan daripada Monaco dilaporkan dijangka menjadi pemain tetap di Old Trafford pada musim depan.


Man United Boleh Dapat Harga 'Diskaun' Beli Radamel Falcao , info sukan, bola sepak, radamel falcao, man united

AS Monaco dilaporkan bakal dikenakan sekatan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dengan 9.5 juta pound (RM52.75 juta) kerana kelab liga Perancis itu telah melanggar undang-undang Financial Fair Play (FFP).

Skuad mereka juga hanya terhad kepada 22 pemain sahaja.

Monaco membeli Falco pada harga 50 juta pound (RM277.61 juta) daripada Atletico Madrid pada musim panas 2013.

Mereka merupakan antara 10 kelab termasuk Inter Milan, Roma dan Sporting Lisbon yang bersetuju untuk mengurangkan bajet mengikut peraturan EUFA.

Inter Milan menerima denda paling berat dengan 14.5 juta pound (RM80.56 juta) dengan terhad kepada 21 pemain dalam skuad mereka berikutan terlalu banyak berbelanja pada musim lalu.

Artikel Terdahulu : Cristiano Ronaldo Derma RM27 Juta Untuk Mangsa Nepal


Sementara itu, hukuman terhadap Monaco memberi kesan kepada Falcao. Perpindahan penyerang kelahiran Colombia ke Manchester United, dapat mengurangkan kepada beban kewangan Monaco tahun depan.

Manchester United dan Monaco bersetuju dengan nilai perpindahan pemain itu dengan 43.2 juta pound (RM239.94 juta) pada musim panas lalu.

Namun, pemain berusia 29 tahun itu baharu meraih empat gol dalam 27 permainannya. Maka, Falco tidak menjadi menjadi pilihan teratas buat pengurus Manchester United, Louis van Gaal.

Gaji Falcao sangat tinggi, manakala Monaco pula perlu memotong perbelanjaannya dan mengurangkan jumlah skuad.

Oleh itu, pemilik kelab Monaco mungkin akan mempertimbangkan untuk memberi diskaun harga yang diminta untuk memindahkan Falcao sebagai pemain tetap di Old Trafford.

Sumber : mstar

Christiano Ronaldo Derma RM27 Juta Kepada Mangsa Gempa Bumi Nepal

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang merupakan seorang dermawan dilaporkan menghulurkan bantuan sebanyak £5 juta (RM27 juta) kepada mangsa gempa bumi Nepal.


Christiano Ronaldo Derma RM27 Juta Kepada Mangsa Gempa Bumi Nepal, info, terkini, berita, sensasi, cristiano ronaldo

Menurut syarikat penerbitan Perancis, So Foot, Ronaldo menghulurkan sejumlah besar wang kepada sebuah organisasi kemanusiaan sedunia, 'Save The Children'.

'Save the Children' merupakan salah satu pertubuhan amal utama yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi Nepal yang berlaku bulan lalu sehingga mengorbankan seramai 7,000 mangsa.

Tambahnya lagi, Ronaldo, 30, turut menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter pada bulan lalu untuk mendorong peminat menghulurkan bantuan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mangsa bencana.

Ronaldo, yang juga merupakan seorang bintang kelab ternama Sepanyol, Real Madrid mencipta sejarah sebagai seorang dermawan, disamping prestasinya yang kurang melakukan kesalahan semasa di padang.

Pada tahun lalu, Ronaldo dilaporkan menghulurkan sumbangan berjumlah €60,000 (RM241 ribu) untuk membiayai pembedahan otak kanak-kanak lelaki berusia 10 bulan.

Bintang Portugis tersebut mempamerkan prestasi cemerlang demi pasukannya pada pertengahan minggu lalu walaupun menanggung kekalahan tipis 2-1 kepada Juventus dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Ronaldo membatalkan hasrat pemain lawan, Alvaro Morata untuk melakukan serangan pembukaan namun sepakan penalti yang disempurnakan Carlos Tevez menjadikan kelab Itali tersebut mendahului kemenangan pusingan pertama untuk memudahkan perlawanan pusingan kedua di Bernabeu minggu hadapan.

Disamping itu, tandukan jarak-dekat Ronaldo di Turin merupakan tandukan ke-54 pada musim ini.


Sumber : mstar

Inilah Elena Hani, Isteri Fahrin Ahmad

Ketika ini Fahrin Ahmad sedang berdebar-debar menunggu saat pernikahannya. Majlis pernikahan sedang berlangsung dan akhirnya wajah bakal isteri pelakon kacak ini telah pun didedahkan. Wanita bertuah yang berjaya mencuri hati Fahrin ialah Elena Hani Aleas, 36 tahun. Cantik molek orangnya. Memang sama cantik sama padan.

Inilah Elena Hani,  Isteri Fahrin Ahmad, info, terkini, hiburan, sensasi,


Memang berseri-seri Elena Hani di majlis pernikahannya. Mungkin video dan gambar di bawah membolehkan anda melihat dengan lebih jelas wajah bakal isteri Fahrin ini.

Artikel Terdahulu : Mila Jirin Bakal Bernikah Dengan Pengurus Sendiri


Tahniah Fahrin dan Elena atas masjid yang bakal dibina sebentar lagi. Sekejap lagi Abang Nara update lagi. Sumber MediaHiburan dan H!Live.




Alhamdulillah.. Dengan sekli lafaz. @fahrinahmad_fa sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas. #hlive #hliveupdate #hliveeksklusif #fahrinahmadnikah #fahrinahmad
Posted by HLive on Friday, 8 May 2015

Lagi gambar dan video dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


Inilah Elena Hani,  Isteri Fahrin Ahmad, info, terkini, hiburan, sensasi,

Inilah Elena Hani,  Isteri Fahrin Ahmad, info, terkini, hiburan, sensasi,

Sumber : beautifulnara





Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang

Sekumpulan penyimpan di Tabung Haji (TH) menunjukkan slip pengeluaran wang dan poster kecil mendesak Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan sebagai pengerusi TH di depan pejabat TH cawangan Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal


Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang, info, terkini, berita, sensasi, Tabing Haji, 1MDB

Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

“Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi,” kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.

Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini.

Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik.

“Sebelum ni ok je. Bagi saya, Azeez kena letak jawatan,” katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya.

Turut hadir ialah seorang guru, yang mengambil cuti sekejap dari tempat kerjanya bagi urusan mengeluarkan wang simpanannya hari ini.

“Saya memang marah bila dengar berita ini, sebab itu saya ambil keputusan keluarkan wang saya dari Tabung Haji.

“Dia pandai-pandai guna wang kita untuk selamatkan kroni dia,” kata guru berusia 29 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad itu.

Rafizal Ali, 36, mengeluarkan RM1,500 hari ini dan menuntut Azeez meletak jawatan.

“Saya hilang keyakinan kepada TH selagi Azeez memimpinnya,” kata Rafizal kepada The Malaysian Insider.

Beliau berjanji akan menyimpan semula wangnya selepas Azeez meletak jawatan dan TH membatalkan pembelian tanah 1MDB itu.

Artikel Terdahulu : Wajah Pembunuh Tunang Sendiri


TH semalam mengesahkan ia membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX), iaitu projek utama oleh 1MDB, yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

TH mendakwa pembelian itu mendapat “diskaun” harga berbanding nilai pasaran semasa.

Badan pengelola dana simpanan itu merancang membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat hartanah dan pembinaan yang terlibat dalam pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pelaburan itu berdasarkan kepada keputusan komersial yang sesuai dengan risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya,” kata Johan dalam kenyataannya, semalam.

Bagaimanapun, TH menafikan kumpulan itu membeli sebidang tanah daripada 1MDB di parcel kedua TRX seperti diperkatakan blog “The Benchmark” yang membocorkan dokumen didakwa memperincikan pembelian TH sebanyak 2 plot tanah di TRX dengan jumlah modal RM772 juta.


Sumber : masturajebat

Wajah suspek kejam bunuh cekik, campak tunang dari jambatan

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti Cyberjaya untuk membantu siasatan.


Wajah suspek kejam bunuh cekik, campak tunang dari jambatan, info, terkini, berita, sensasi,

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, ketika disoal siasat suspek yang juga tunang wanita itu mengaku mencampakkan mangsa dari jambatan berkenaan.

Wajah suspek kejam bunuh cekik, campak tunang dari jambatan, info, terkini, berita, sensasi,


Artikel Terdahulu : TMJ Tegur KJ

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya ketika dihubungi di sini.

Wajah suspek kejam bunuh cekik, campak tunang dari jambatan, info, terkini, berita, sensasi,


Suspek ditahan di sekitar Cyberjaya sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang 10.30 pagi tadi dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Wajah suspek kejam bunuh cekik, campak tunang dari jambatan, info, terkini, berita, sensasi,



Mayat Rosshida Abdullah, 30 berasal dari Repek, Pasir Mas, Kelantan ditemui orang awam di bawah jambatan berkenaan kira-kira 5 petang, semalam.


Wajah suspek kejam bunuh cekik, campak tunang dari jambatan, info, terkini, berita, sensasi,

Turut ditemui bersama mayat itu ialah sekeping nota yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tertekan kerana diburu along, serta beg tangan berwarna putih. 


Sumber : mestimauu

SPR Akan Siasat Kewujudan Poster ‘Melayu Bayar Lebih GST’

Kewujudan poster yang memaparkan tulisan ‘Melayu bayar lebih GST, GST manfaat kita (orang Cina)‘ akan disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


SPR Akan Siasat Kewujudan Poster ‘Melayu Bayar Lebih GST’, info, terkini, sensasi, berita, GST

Poster yang turut memaparkan wajah Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie itu menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat Melayu kerana ia berbaur perkauman.

Memetik kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dari portal Malaysiakini, “Pegawai kempen di Permatang Pauh akan menyiasat hal ini.”

Ujarnya lagi, tindakan susulan bakal dibuat selepas pasukannya berjaya menyelesaikan kes iu.

Sebelum ini, satu dakwaan timbul apabila pihak pembangkang menuduh Seai Kie mengeluarkan kenyataan tersebut dalam salah satu ceramahnya di sana.

Namun, dia kemudiannya menafikan sambil menambah pihak pembangkang sengaja memutar belitkan kenyataannya atas isu GST.

Sumber : mynewshub