“Kau nak aku rogol kau?”


Seorang wanita yang menyertai himpunan anti-GST pada 1 Mei lalu mendakwa dia diugut untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


“Kau nak aku rogol kau?”, info, terkini,  berita, sensasi, PDRM

Berikutan ugutan itu, Maisara Amira, 21, membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 6 Mei.

Maisara berkata, dia menuntut kesnya disiasat di balai polis berlainan – dan bukannya oleh anggota di IPD Dang Wangi – kerana bimbang berlaku salah guna kuasa dan ketidakadilan.

Dia turut menuntut polis menubuhkan pasukan siasatan bebas untuk menyiasat kes berkenaan.

Maisara ditangkap polis selepas menyertai perhimpunan itu dan direman selama empat hari bersama 22 yang lain.

Sehari sebelum remannya berakhir (pada 5 Mei) Maisara berkata, dia dibawa ke sebuah bilik soal siasat dan dijaga tiga anggota polis, termasuk dua lelaki.

Maisara  mendakwa dia memilih untuk berdiam diri ketika disoal siasat namun tiba-tiba salah seorang daripada anggota polis lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata berupa ugutan, iaitu “Kau nak aku rogol kau? Dalam bilik ini kau dengan aku je ada. Sebab bilik ini ada kamera dengan mic, kalau jual aku boleh kaya.”

Walaupun diugut begitu, Maisara berkata dia masih berdiam diri dan enggan memberi sebarang reaksi, namun anggota polis itu mengugutnya lagi.

Kata Maisara, anggota polis lelaki itu berkata lagi: “Macam ni lah, aku bagi kau peluang. Kau jawab semua soalan yang ditanya oleh cik ni (anggota polis perempuan). Kalau tak, aku akan suruh dia keluar. Aku yang akan masuk dalam. Kau settle dengan aku.”

Menurut Maisara lagi dia berasa sangat takut melihat sikap anggota polis itu namun tetap berdiam diri.

Maisara mengesyaki polis yang mengugutnya itu adalah anggota dari Cawangan Khas (SB) kerana dia tidak berpakaian seragam serta tiada tanda nama pada bajunya, lapor Malaysiakini. - kualalumpurpost

Filled Under: