Mila Jirin Bakal Nikah Dengan Pengurus Sendiri

Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin mengakui bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya, Isz Mustapha yang juga merupakan pengurusnya sendiri.


Mila Jirin Bakal Nikah Dengan Pengurus Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, mila jirin,

Penyanyi kecil molek yang turut melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini masih belum mendedahkan tarikh sebenar namun memberi hint majlis pernikahannya itu akan berlangsung selepas hari raya.

“Memang kami merancang untuk berkahwin dalam tahun ini. Mungkin selepas raya. Nak cakap bila tu memang tak dapat lagi.

Artikel Terdahulu : Tasha Shilla Kembali Kepada Hans Wong


“Saya dan bakal suami juga perlu menguruskan banyak perkara membabtikan selok belok agama seperti kursus kahwin dan menanti tarikh dari tok kadi,” ujar Mila kepada BH Plus.


Mila Jirin Bakal Nikah Dengan Pengurus Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, mila jirin,

Menurut bintang realiti yang mempunyai perniagaan katering, restoran dan butik ini, bibit cinta bersama Isz berputik selepas hubungan cinta dengan bekas kekasih masing-masing terputus di tengah jalan.


Mila Jirin Bakal Nikah Dengan Pengurus Sendiri, info, terkini, hiburan, sensasi, mila jirin,

Semoga urusan Mila dan bakal suami dipermudahkan. Tahniah in advance kami ucapkan!


Sumber : mynewshub

Teguran ‘Makan Dalam’ TMJ Kepada KJ

Artikel bertajuk Malaysia VS Liverpool, Peminat Bola Sepak Gesa Henti Sarkas! yang menyiarkan kritikan peminat bola sepak tempatan terhadap perlawanan antara pasukan Malaysia menentang dua pasukan tersohor liga Inggeris, Tottenham Hotspur dan Liverpool yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini dan Jun depan.


Teguran ‘Makan Dalam’ TMJ Kepada KJ, info, terkini, sensasi, berita,

Apa yang membuatkan perlawanan tersebut dikritik adalah tarikh perlawanan yang dianggap tidak kena memandangkan pasukan Malaysia seharusnya bersedia untuk perlawanan penting di Sukan Sea Singapura tidak lama lagi.

Memandangkan perlawanan tersebut bakal menentukan ranking dan prestasi pasukan bola sepak Malaysia, rata-rata berpandangan bertemu saingan yang bukan lawan ketika game penting terlalu hampir hanya mendatangkan risiko kecederaan kepada pemain sekaligus memudarkan harapan pasukan negara untuk terus mara mengutip mata.

Dek terlalu geram ada yang memberi jolokan perlawanan menentang pasukan Liga Inggeris itu sebagai “circus game” kerana pasukan Malaysia hanya bermain untuk kalah, malah hashtag #SayNoToCircusGame kian trending di laman makro Twitter.

Kali ini, pendirian penyokong bola sepak Malaysia nampaknya senada dengan Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik Persatuan Bola Sepak Johor.

Tanpa berniat mahu memetik kata-kata baginda kerana moleklah jika dibaca sendiri nukilan di bawah, kandungan nota dimuat naik di Facebook JOHOR Southern Tigers ini jelas menegur Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan FAM berkaitan isu di atas.

Bagi kami memang agak “makan dalam” nota tulisan baginda ini yang secara ironinya, disifatkan sesetengah peminat bola sepak tempatan (dan diakui baginda sendiri) sebagai Orang Yang Paling Dibenci Dalam Bolasepak Malaysia.

Bagaimanapun kami berasakan ada kebenaran di sebalik teguran ini dan sekiranya diterima KJ, beliau tak perlu bimbang kerana “ular menyusur akar takkan hilang bisanya”.


Teguran ‘Makan Dalam’ TMJ Kepada KJ, info, terkini, sensasi, berita,

Jom baca apa kata TMJ dan nilaikan sendiri sama ada anda setuju dengan baginda..

Kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM…

Saya jujur, neutral dan saya sebenarnya lebih suka mendiamkan diri, tetapi kadangkala saya terpanggil untuk bersuara. Terdapat satu yang telah dipolitikkan.

Baru-baru ini, Malaysia telah mengaturkan satu perlawanan dengan Tottenham Hotspur. Saya ada satu soalan… Sebagai Menteri Belia dan Sukan serta ahli politik, anda bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Selain itu, anda juga bertanggungjawab memegang jawatan tersebut dengan penuh dedikasi dan integriti. Saya ingin juga mengucapkan syabas kerana telah menjalankan tugas dengan baik untuk sukan negara.

Anda tentu tahu bahawa perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Malaysia tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada pasukan kebangsaan, tetapi saya terkejut anda berkata sebaliknya dan berpendirian seperti FAM. Perlawanan ini hanya mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk meraih keuntungan bagi FAM dan pihak penganjur yang membawa pasukan tersebut ke Malaysia. Adakah ianya membawa sebarang manfaat kepada pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia?

Anda, saya, dan seluruh rakyat Malaysia tahu ianya tidak mendatangkan faedah. FAM mendakwa perlawanan ini adalah salah satu perlawanan sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Dunia. Pertama sekali, ianya tidak membantu ranking dunia kita; dan keduanya, ianya tidak membantu persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih untuk bermain. Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA Match Dates kerana ianya boleh memberi lebih manfaat kepada performance dan ranking.

Pandangan dan nasihat saya kepada YB Khairy… Berdiri teguh bersama penyokong bolasepak negara, dan perjuangkan perkara yang betul. Sebagai seorang yang akan memimpin pada masa akan datang, rakyat perlu tahu bahawa sebagai pemimpin mereka, anda akan memperjuangkan kebenaran. Anda patut berkhidmat kepada mereka dengan menyuarakan permasalahan dan ketidakpuasan hati mereka terhadap FAM, yang telah menguruskan bolasepak negara dengan tidak memuaskan selama 30 tahun kebelakangan ini. Untuk maju ke hadapan demi bolasepak negara, kita perlu menumpukan usaha terhadap prestasi dan ranking pasukan kebangsaan. Tidak lupa juga untuk mengagihkan hasil dan hak penyiaran secara adil kepada setiap pasukan yang bertanding.

Saya tahu, anda sentiasa ada jawapan bagi segala persoalan. Contohnya, anda pernah menyatakan bahawa Bukit Jalil merupakan Stadium Kebangsaan dan selaku Stadium Kebangsaan, “cow grass” tidak sesuai digunakan dan rumput yang lebih berkualiti diperlukan. Namun hari ini, anda mengambil khidmat jururunding padang PBNJ bagi menggantikan rumput di SNBJ dengan “cow grass” dan memuliharanya sebagaimana dilakukan di Larkin.

Anda seorang menteri yang baik, berkeazaman, dan berdedikasi untuk masa hadapan, tetapi saya nasihatkan supaya anda mula lakukan apa yang betul demi pembangunan sukan terlebih dahulu, dan sentiasa tegur FAM jikalau ada perkara yang salah supaya rakyat akan sentiasa ingat anda mempertahankan perkara yang betul dengan penuh integriti; dan ini tentu membantu dalam perjalanan politik anda pada masa akan datang.

<b>Artikel Terdahulu : <a href="http://perihalnegara.blogspot.com/2015/05/farid-kamil-pendam-cinta-terhadap-nur.html" rel="nofollow" target="_blank"><span style="color: blue;">Thierry Henry Sah Gantung Kasut</span></a></b></div>
<div style="text-align: justify;">

Akhir sekali, berkenaan “perlawanan sarkis” tersebut, saya tidak mengatakan supaya ianya dibatalkan, cuma saya berharap anda pastikan bahawa ianya tidak berulang, kerana kita perlu mula melakukan perkara yang bermanfaat untuk bolasepak negara, bukannya menguntungkan mereka yang berada dalam FAM. Anda telah mengendalikan sukan dengan baik, tetapi juga anda perlu memartabatkan bolasepak negara. Jangan biarkan bolasepak dipolitikkan sebagaimana beberapa isu telah dipolitikkan dalam negara sejak kebelakangan ini.

Saya bersuara bukan kerana hendak menjadi Presiden FAM. Saya takkan sekali-kali menjadi Presiden FAM. Saya bersuara kerana cintakan sukan bolasepak. Bolasepak seharusnya ditadbir dengan penuh integriti dan ketelusan, yang seterusnya akan menguntungkan semua pasukan yang bertanding di Malaysia. Dengan itu, adalah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh pencinta bolasepak tanah air.

Pandangan ikhlas daripada,
Orang yang paling dibenci dalam bolasepak Malaysia.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor


Sumber : mynewshub

Tasha Shilla Kembali Terima Hans

Kisah percintaan antara Tasha Shilla dan Hans Wong sudah macam drama yang penuh dengan kejutan, pendedahan dan ‘plot twist’ yang tidak dijangka.

Tasha Shilla Kembali Terima Hans, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, tasha shila

Terbaharu, aktres sensasi ini mengakui kembali menerima Hans Wong dalam hidupnya sebagai sahabat baik selepas muhasabah diri dan membuang perasaan marah.

“Tidak semestinya bila sudah berpisah kita tidak boleh berkawan semula dengan bekas kekasih kerana ia merupakan perkara biasa untuk pasangan yang pernah bercinta.

“Setelah bermuhasabah diri, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berdendam dengannya kerana di dunia ini tidak baik untuk bermusuhan sesama manusia,” kata Tasha.

Memilih untuk melenyapkan kisah duka percintaannya, bintang drama Nasuha ini berkata, dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

This is our first picture when we first met.Thank you to @sharifah_sakinah @pretty6oy1 who intro me to this bad boy! when i first got to know him i already fell in love with his character..although with all his tattoo on his body ppl might perceive him as a bad person but not me.. I dont judge him by his appearance but i see him through his deep sincere heart. Whatever happened to us before is past gone.. What matters now is only the future. Yes we were very much in love for 3 years and plan to nikah this year as u guys know but maybe our jodoh tak sampai lagi.. Now our relationship is more meaningful as we appreciate each other as 'Sahabat' with most respect. U will always have my sincere support no matter what. U know what Han? Maybe u can perceive ppl with ur outlook but deep inside i know u as soft as tissue bro 😂🙊 Heyy macha, today is ur day.. may Allah bless u with forever happiness and never ending success with ur life and passion.. Amin. Happy Birthday Sahabat Iman Han 25th 🎉🎁🎂😉🙏💗 @h4n_2
A photo posted by @tashashilla on

“Kami pernah mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi tidak jadi kini saya serahkan semuanya kepada Allah mengenai soal jodoh kerana itu merupakan perancangan terbaikNya,” jelas Tasha lagi.

Pasangan ini mengakhiri hubungan cinta mereka beberapa bulan lalu setelah menyimpul kasih semenjak 2013.

Kisah perpisahan mereka pernah menghangatkan dunia hiburan apabila nama penyanyi Kaka Azraff dikaitkan sebagai orang ketiga.

Bagaimanapun, Kaka menafikan dakwaan tersebut.


Punca Adi Putra DIlarang Berlakon Selama 6 Bulan DISINI

Sumber : mynewshub

Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah

Dua pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Duke awal pagi sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.


Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah, info, terkini, berita, nahas DUKE

Tertuduh, Siti Nor Aini, 35, dan Mohamad Fizal Reza Jamauddin,31,  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE).


Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah, info, terkini, berita, nahas DUKE

Tertuduh pertama, Siti Nor Aini diwakili peguam bela S. Ravenesan, S Preakas dan Cantius Leo Camoens manakala Mohamad Fizal Reza diwakili Hashim Ibrahim.

Artikel Terdahulu : Dua Pemandu Myvi Bakal Didakwa


Timbalan pendakwaraya, Suhaimi Ibrahim mencadangkan pihak mahkamah agar mengenakan jumlah ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang serta lesen memandu mereka ditarik.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, seksyen 41(5) lesen memandu serta pasport tertuduh boleh digantung sehingga kes selesai.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan memutuskan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 beserta seorang penjamin bagi setiap seorang.

Lesen memandu kedua-dua tertuduh turut digantung manakala pasport antarabangsa mereka ditahan.

Mahkamah memutuskan sebutan semula kes pada 22 Jun 2015.


Sumber : mynewshub

Luis Enrique Sasaran Man City

Jurulatih Barcelona, Luis Enrique mahu meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini walaupun berjaya memenangi gelaran treble.


Luis Enrique Sasaran Man City , info sukan, bola sepak, Man City

Enrique percaya pemilihan jawatan pihak atasan kelab yang akan diadakan pada Julai ini pasti akan mambawa presiden baharu dan oleh itu jurulatih baru juga akan dilantik.

Kesediaan Enrique diluahkan ketika Barcelona kini hanya berbaki enam perlawanan untuk bergelar juara bagi Liga Juara-Juara Eropah, La Liga dan Piala Raja Sepanyol.

Artikel Terdahulu : Barcelona Malukan Bayern Munich


Kesempatan itu bagaimanapun digunakan sepenuhnya oleh kelab di Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester City yang terdesak untuk mendapat jurulatih baharu bagi musim depan.

Menurut Dailymail Online, Enrique menjadi sasaran City sekiranya Pep Guardiola terus menolak tawaran untuk mengendali kelab berkenaan.

Sumber : mstar

Inilah Busana Rihanna Yang Dibuat Selama Dua Tahun

Penyanyi Rihanna menjelaskan pakaian yang digayakannya semasa menghadiri majlis Met Gala 2015 dibuat selama dua tahun.


Inilah Busana Rihanna Yang Dibuat Selama Dua Tahun, info, terkini, hiburan, sensasi, Rihanna

Menurut laporan Daily Mail, Rihanna dilihat sangat menarik dan anggun dengan pakaian yang digayakannya serta ia sesuai dengan tema pada malam itu, 'Through the Looking Glass'.

Artikel Terdahulu : Kapsyen Demi Lovato Cetus Kontroversi


"Jika dilihat dengan teliti pada pakaian tersebut ia sangat cantik dan rapi jadi tidak mustahil jika proses pembuatannya itu mengambil masa yang lama," kata sumber.

Rihanna tampil berani dengan busana mewah berwarna kuning diraja rekaan Gup Pei dan dilengkapi dengan sepatu dari Christian Loubotin.

Bekas kekasih kepada penyanyi Chris Brown itu berjaya mencuri perhatian pihak media dengan busana yang digayakannya itu.

Sumber : mstar

Majlis Perkahwinan Mewah Lana Nodin & David Bernilai Lebih RM 2 Juta

Seronok jadi selebriti ni. Dahlah selalu dapat berjalan ke tempat-tempat menariklah, kadang-kadang dapat gift daripada peminat, yang paling penting, kahwin pun dapat tajaan.


Majlis Perkahwinan Mewah Lana Nodin & David Bernilai Lebih RM 2 Juta, info, terkini, hiburan, sensasi,

Rasanya, ramai juga selebriti Malaysia yang ditaja perkahwinannya. Terbaru, Pamela Anderson Malaysia, Lana Nodin khabarnya dapat tajaan bernilai RM2 juta.

Dengar-dengar, yang bakal taja Lana dan pasangannya nanti bukan calang-calang penaja tau! Tahniah Mek ucapkan pada Lana. Mesti meletops wedding Lana nanti.

Artikel Terdahulu : Filem Pilot Cafe Rain RM1.1 Juta dalam 6 Hari

Kalau korang nak tahu, dek kerana terlalu ramai yang nak sponsor majlis Lana ni, dia terpaksa menolak beberapa sponsor tau.

Eh, bukan berlagak diva, tetapi Lana terpaksa berbuat demikian kerana tak dapat memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

    Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka dalam masa lebih sebulan sahaja saya telah mendapat tajaan RM2 juta untuk perkahwinan saya.

    Sejak pengumuman perkahwinan saya itu dibuat, ramai yang menelefon untuk menaja sehingga saya perlu menolak beberapa tajaan kerana ada yang terma dan syaratnya tidak dapat dipenuhi.


Selain itu, perkahwinan Lana nanti bukanlah 100 peratus ditaja. Sebaliknya, Lana hanya menerima 90 peratus jumlah tajaan. Selebihnya, semua Lana uruskan sendiri.

    Saya bersyukur kerana hampir 90 peratus persiapan perkahwinan saya mendapat tajaan dan selebihnya saya uruskan sendiri seperti malam berinai dan makan malam,

Hmm, tak kisahlah ditaja atau tidak. Dah namanyapun rezeki. Buat apa tolak tuah. Tak gitu?

Sumber: Murai

Rosshida Dibunuh, Tunang Mengaku Campak Dari Jambatan

Semalam kita dikejutkan dengan penemuan satu mayat dalam belukar di bawah jambatan di susur keluar Pulau Meranti Cyberjaya.

Susulan daripada kes tersebut, hari ini, seorang lelaki yang berusia 26 tahun telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan itu.


Rosshida Dibunuh, Tunang Mengaku Campak Dari Jambatan , info, terkini, berita, kes bunuh,


Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali, lelaki tersebut yang juga merupakan tunang kepada mangsa bagaimanapun telah mengaku mencampak Rosshida dari jambatan berkenaan ketika disoal siasat.

"Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya memetik myMetro.

Suspek telah ditahan di sekitar kawasan Cyberjaya dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang pada jam 10.30 pagi tadi.

Setakat ini suspek dalam tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Pada jam kira-kira 5 petang semalam, mayat mangsa, Rosshida Abdullah, 30 yang berasal dari Repek, Pasir Mas, Kelantan telah dijumpai oleh orang awam di bawah jambatan berkenaan.

Selain itu, bersama mayat ditemui sekeping nota yang juga menceritakan tentang masalah yang dihadapinya termasuklan tekanan akibat diburu along. Turut ditemui adalah sebuah beg tangan. 


Sumber : Siakapkeli.my

Kemalangan DUKE, Dua Pemandu Bertanggungjawab Akan Didakwa Esok

Beberapa hari lalu seluruh Malaysia kecoh membicarakan berkenaan kemalangan di DUKE yang meragut tiga nyawa termasuk bayi berusia enam bulan.


Kemalangan DUKE, info, terkini, berita, FMC,


Menurut laporan myMetro, dua orang pemandu yang bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta esok.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada akhbar berkenaan.

Dua orang pemandu berkenaan adalah seorang lelaki berumur 31 tahun dan seorang wanita berumur 35 tahun bakal dihadapkan ke mahkamah pada pagi esok.

Dalam kemalangan di lebuhraya DUKE pada jam 1.05 pagi Sabtu lalu sepasang suami isteri, Fairuz Nizam Husain, 35 dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27 serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa berusia enam bulan disahkan meninggal dunia di di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dua orang pemandu tersebut dan saksi utama serta 8 orang lain telah membuat keterangan berkenaan kejadian.

Video rakaman CCTV KEmalangan Di Jalan DUKE DISINI

Sumber : Siakapkeli.my

Pilot Cafe Raih Lebih RM 1.1 Juta Dalam Masa 6 Hari

Filem arahan Osman Ali Pilot Cafe telah berjaya meraih RM 1.1 juta setelah 6 hari tayangan dan menunjukkan filem ini berada di landasannya yang tersendiri.


Pilot Cafe Raih Lebih RM 1.1 Juta Dalam Masa 6 Hari , info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan

Walaupun bersaing dengan pelbagai genre filem yang ditayangkan di pawagam namun peminat filem melayu tetap terus menyokong tanpa sebarang prejudis.

Menurut pengarahnya, situasi kutipan filem melayu agak suram namun kutipan bagi filemnya nampak positif dan rasa amat bersyukur dengan sokongan semua pihak yang tidak henti-henti.

Artikel Terdahulu : Punca Adi Putra Dilarang Berlakon 6 Bulan


Pilot Cafe kini sedang bersaing dengan filem Hollywood iaitu Avengers, tetapi sambutan yang diberikan amat menggalakan dan menunjukkan filem melayu masih kekal utuh di hati peminat.

“Insha-Allah untuk minggu kedua dan minggu seterusnya, kutipan Pilot Cafe akan terus bertambah dan meningkat sehingga mencecah RM 2 juta, mudah-mudahan ia tercapai,” kata Osman ketika dihubungi Murai.com.my

Dalam pada itu, Osman secara peribadi amat berbesar hati dengan komen dan maklum balas penonton yang sudah menonton filem ini yang amat positif dan bermakna.

“Rata-rata penonton yang menontonnya begitu menyukai filem Pilot Cafe serta member komen yang baik terutama di laman-laman sosial seperti Instagram dan Facebook.

“Jadi kepada sesiapa yang belum menonton, saya menyeru kepada semua menontonlah filem Pilot Cafe yang penuh dengan pengajaran,” katanya mengakhiri bicara.


Sumber : murai