Ekin AF3 Kini Hamil 4 Bulan

Berita baik pastinya buat penyanyi kelahiran Akademi Fantasia ini, Ekin AF3 kerana kini sedang sarat mengandung. Ekin berkongsi khabar gembira itu melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini sekaligus menampakkan perutnya yang semakin membesar.

Ekin AF3 Kini Hamil 4 Bulan, info, terkini, hiburan, sensasi,

Menurut Ekin, kini usia kandungan sudah berusia 4 bulan malah dia dalam masa yang sama semapt berkongsi cerita bersama Berita Harian mengenai alahan yang dialaminya sepanjang kali pertama mengandung. Suaminya, Yazer pun turut terkena tempias daripada alahan tersebut.

“Biasalah kehamilan pertama, saya mengalami pengalaman yang agak teruk. Makan pun tak lalu dan muntah teruk. Saya juga lekas nak cirit birit kerana alah susu. Badan pun jadi lesu sampaikan ibu dari Sabah datang KL kerana risaukan kesihatan serta keadaan saya”

“Saya juga alah kepada bau. Bayangkan suami saya datang dekat pun ditanya sudah mandi ke belum. Padahal dia sudah mandi dan saya selamba tanya habis kenapa bau busuk. Saya juga tak tahan dengan bau minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Begitu juga bau rokok, bau tandas dan bau mulut orang. Saya akan rasa macam nak termuntah,” kata bakal ibu ini.

Tahniah kami ucapkan pada pasangan ini dan semoga dengan kelahiran cahaya mata baru nanti dapat menambahakan seri dan cahaya di dalam keluarga ini. Ekin dan Yazer sebelum ini telah bercinta selama sembilan tahun dan sah bergelar suami isteri Disember lalu.

Sumber : rotikaya

Fadlan Hazim Nafi Aibkan Pengurusan MIG Production

Pelakon muda Fadlan Hazim 23, sekeras-kerasnya menafikan keputusannya untuk keluar daripada pengurusan MIG Production Sdn Bhd adalah niat untuk mengaibkan syarikat itu.


Fadlan Hazim Nafi Aibkan Pengurusan MIG Production, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi

Malah dia menganggap cerita sebegini ini tidak wajar diperbesarkan kerana dia amat bersyukur telah diberi peluang dalam syarikat tersebut untuk melebarkan sayap lakonan.

“Sekali lagi saya tegaskan, tiada niat untuk mengaibkan atau memalukan MIG, saya keluar atas kehendak saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Saya berkeputusan untuk keluar daripada pengurusan tersebut kerana mahu mencari pengalaman yang lebih mendalam memandangkan lakonan saya ini belum lagi ditahap yang memuaskan,” kata Fadlan.

Ketika ditanya adakah rundingan masih dibuat agar dia tidak berubah fikiran lantas dengan senyuman manisnya menjawab perundingan masih diteruskan namun dia kekal dengan keputusan untuk bergerak solo.

“Buat masa sekarang memang saya selesa untuk bergerak solo, walaupun ada tawaran daripada syarikat pengurusan artis yang lain, saya belum bersedia untuk mengikat dengan mana-mana kontrak.

“Banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan demi memantapkan lagi ilmu lakonan saya termasuk berguru dengan pelakon otai iaitu Namron untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi bakat saya ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fadlan baru sahaja selesai penggambaran untuk drama terbaru iaitu ‘Dunia Generasi Baru’ yang kini sedang disiarkan di #TV9, setiap hari Khamis jam 8.30 malam.

Antara pelakon-pelakon lain yang membintangi drama tersebut ialah Kaka Azraf, Erwin Dawson, Natasha Elyzza, Zahiran Macwilson dan Ben Amir.


Sumber : murai

Sam (Bunkface) Sah Bergelar Suami Aida Azira

Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam selamat bergelar suami kepada seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira Husin, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.24 pagi, Sabtu.


Sam (Bunkface) Sah Bergelar Suami Aida Azira, info, terkini, hiburan, sensasi,

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, dan Aida Azira dinikahkan oleh jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi.

Aida Azira diwalikan oleh abang kandungnya Azree Husin.

Pada majlis yang diadakan di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan, di sini, Sam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


hiburan, info, Sam (Bunkface) Sah Bergelar Suami Aida Azira, sensasi, terkini,
Sepadan... Sam dan Aida Azira. Foto dari Instagram Sam.


Pengantin lelaki turut menyerahkan empat dulang barangan hantaran iaitu Al Quran, mas kahwin, cincin, sejadah dan set telekung.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas tiga dulang iaitu Al Quran, Cincin, dan sejadah.

Pada majlis itu, seramai 200 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2014.

Pasangan berkenaan terus mengadakan majlis resepsi bagi pihak lelaki di lokasi yang sama selepas sahaja selesai akad nikah.

Majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.

Sumber : mstar online

Manchester United Muktamad Perjanjian Dapatkan Ilkay Gundogan

Manchester United dilaporkan memuktamadkan perjanjian untuk mendapatkan pemain tengah Borussia Dortmund, Ilkay Gundogan.


Manchester United Muktamad Perjanjian Dapatkan Ilkay Gundogan, info sukan, bola sepak, Ilkay Gudogan, Manchester united

Portal Mirror melaporkan pemain tengah Jerman itu mengadakan rundingan bersama United tahun lepas dan beberapa kali dikaitkan dengan perpindahannya ke Old Trafford.

Satu perjanjian sebelum ini gagal dimeterai dengan Gundogan berikutan kecederaan yang dialami pemain itu.

Bagaimanapun, United tidak mempedulikan tentang masalah kesihatan Gundogan dan sedang memuktamadkan perpindahan buat musim panas ini.

Kontrak Gundogan bersama Dortmund akan tamat pada akhir musim depan dan kelab Jerman itu mahu mengelakkan keadaan di mana pemain meninggalkannya secara percuma sebagaimana yang berlaku kepada Robert Lewandowski.

Arsenal dan Manchester City juga dikaitkan dengan pemain berusia 24 tahun itu tetapi tidak dapat menandingi perjanjian yang dibuat United.

Pengurus United, Louis van Gaal tidak menyembunyikan hasratnya untuk memperkukuhkan skuadnya pada musim panas ini bagi merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris. - MIRROR

"Gemuk Is Awesome" Ungkapan Tipu Diri - Aizat Amdan

Penyanyi Aizat Amdan menganggap tagline yang diungkapkan oleh pelawak Abam (Bocey) iaitu "Gemuk Is Awesome" semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) pada 5 April lalu merupakan satu kenyataan bersifat menipu diri sendiri.


"Gemuk Is Awesome" Ungkapan Tipu Diri - Aizat Amdan, info, terkini, hiburan, sensasi,

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 26, berkata, sebagai seorang yang pernah mempunyai obesiti sebelum ini, tagline tersebut tidak wajar diungkapkan kerana ia akan mendatangkan masalah besar kepada seseorang yang mempunyai masalah berat badan.

"Saya juga pernah mempunyai berat badan berlebihan suatu ketika dahulu dan ungkapan itu merupakan penipuan diri sendiri kerana setiap orang harus menggamalkan gaya hidup sihat.

"Ini merupakan mentaliti masyarakat Malaysia yang harus diubah kerana jika perkara ini tidak dibendung ia akan menjadi masalah yang besar pada masa hadapan.

"Jadi tidak hairanlah Malaysia kini menjadi antara negara yang mempunyai ramai orang mengalami masalah obesiti," katanya kepada mStar Online.


"Gemuk Is Awesome" Ungkapan Tipu Diri - Aizat Amdan, info, terkini, hiburan, sensasi,

Perbezaan bentuk badan Aizat semasa menyertai Akademi Fantasia (kiri) dan gambar terbaharu.

Aizat berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Langit Tetap Biru di Paranormal Studio, Bandar Sri Damansara, di sini, Khamis.

Hadir sama pada majlis itu, kumpulan Tona Warna dan The Venopian Solitude.

Bagaimanapun, Aizat berkata dia mengakui proses untuk menurunkan berat badan bukannya mudah kerana sesorang itu harus berkerja keras untuk mendapatkan berat badan ideal.

"Dulu saya pernah mempunyai berat badan 113 kilogram dan saya mengakui tidak senang untuk menurunkan berat badan menjadi ideal kerana senaman yang dilakukan bukanlah mudah seperti orang sangka.

"Sejujurnya, tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan ini jadi seseorang itu harus bekerja keras untuk mendapatkannya dan mereka perlu yakin dengan apa yang dilakukan," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Aizat berkata dia bakal menghasilkan klip video mengenai bagaimana cara yang dilakukan untuk menurunkan berat badan sebagai motivasi kepada orang ramai mengamalkan cara hidup sihat.


Sementara itu bercerita mengenai Langit Tetap Biru Aizat berkata, single tersebut mengisahkan tentang harapan terhadap beberapa tragedi yang berlaku di negara ini pada tahun lalu.

Lagu tersebut diilhamkan Aizat dikala negara sedang berkabung dalam menghadapi tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (Mas), bencana banjir dan musim panas berpanjangan.

"Walaupun apa terjadi pada negara tahun lalu dan awan bersilih ganti antara putih dan gelap tetapi langit tetap biru. Lagu ini merupakan harapan kepada orang ramai untuk meneruskan hidup," katanya.


Sumber : mstar online

Punca Pelakon Iron Man Berang Angkat Kaki

Ia merupakan mimpi ngeri kepada setiap wartawan atau pengacara apabila rancangan yang dikendalikan mereka terpaksa dihentikan akibat kesilapan.


Punca Pelakon Iron Man Berang Angkat Kaki, info, terkini, pelakon hollywood, iron man

Tunggak utama Avengers: Age of Ultron, Iron Man yang dibintangi pelakon Hollywood terkenal,  Robert Downey Jr semalam mengejutkan ramai setelah bertindak meninggalkan wawancara yang sedang berlangsung kendalian pembaca berita Channel 4 Krishnan Guru-Murthy.


Insiden ini berlaku ketika Robert Downey yang berada di UK untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya tetapi terus-menerus ditanya soalan yang pada dirinya tidak relevan dan cuba untuk merosakkan imej Robert yang kini dihormati ramai apatah lagi dengan watak Iron Man sebagai penyelamat.

Krishnan Guru-Murthy yang sememangnya terkenal sering menaikkan kemarahan selebriti yang diwawancaranya sebelum ini tidak terlepas bertanya soalan panas mengenai sejarah hitam Iron Man yang dahulunya ketagihan dadah dan pernah meringkuk didalam penjara.

Dilihat cuba memberikan amaran dengan mengingatkan tujuan utama dia berada disitu untuk mempromosikan filem Avengers: Age of Ultron  bukan bercakap mengenai sejarah hitam dalam hidup pelakon tersebut.

Momentum yang baik dilihat pada permulaan, namun apabila pelakon yang kini berusia 50 tahun  itu ditanya mengenai keadaan diri kini dan adakah sudah benar-benar berubah atau masih lagi bertarung melawan ketagihannya itu..

'I'm sorry, I really don't... what are we doing?' (Maafkan saya, saya tidak faham apa yang sedang kita buat,? Soal Robert Downey Jr beserta riak wajah yang menahan kemarahan.

Rakaman video yang sempat dirakam kan menyaksikan adegan dimana Krishnan terpinga-pinga sebaik Robert Downey bangun dan berlalu pergi sebelum meninggalkan kata-kata bahawa Krishnan cuba meniru Diane Shaw.


Sumber : murai

Video TESCO Kantoi Jual Telur Tiruan

Seorang pengguna Facebook mendedahkan pasar raya Tesco, menjual telur tiruan dan merakam video sebagai bukti dan dimuat naik ke laman Facebook pada 22 April lalu.


Video TESCO Kantoi Jual Telur Tiruan, info, terkini, berita, sensasi, TESCO

    "Sila sebarkan ini!! Saya sedang melakukan demo masakan di pejabat. Kami membeli telur secara online di laman Tesco. Kami sedar yang kami diberikan telur tiruan yang dijual oleh Tesco. Tonton video ini, ini benar-benar gila! Telur ini diedarkan oleh QL Poultry Sdn Bhd di Negeri Sembilan di bawah jenama Deli Fresh. Ewwwww!"



TESCO Kantoi Jual Telur Tiruan
TESCO Kantoi Jual Telur TiruanMore: #MediaVids
Posted by My Media Hub on Thursday, April 23, 2015


 Video yang dimuat naik oleh Sophia Boo itu telah ditonton oleh 35,022 pengguna Facebook dan mendapat 1,258 shares.

Sebelum ini, pengguna di negara ini pernah dikecohkan dengan kewujudan telur tiruan, namun perkara itu dikatakan hanya berlaku di negara China.

Bagaimanapun, perkara yang tidak diingini itu telah menular di negara ini oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Pihak Tesco dan QL Poultry harus memberikan penjelasan mengenai perkara ini. Dan sewajarnya pengguna di Malaysia berhenti membeli telur yang diedarkan oleh QP Poultry sehingga perkara ini diselesaikan.

Sumber : thehypemedia

Jangan Pergi Hospital Swasta Jika Terbeban Dengan GST

Bagi mereka yang tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta, bolehlah mendapatkan perkhidmatan itu di mana-mana hospital kerajaan sekiranya mereka terbeban dengan GST, demikian kata Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas mengenai luahan hati Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris yang kecewa terpaksa membayar caj GST sebanyak RM1,200 untuk kos rawatan anaknya.

Jangan Pergi Hospital Swasta Jika Terbeban Dengan GST, info, terkini, berita, ahmad maslan,

 Jelas Timbalan Menteri Kewangan itu, rakyat mempunyai pilihan sama ada mendapatkan khidmat di hospital swasta ataupun kerajaan.

“Siapa suruh beliau pergi ke hospital swasta. Pilihan di tangan kita sendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang sama serta lengkap dengan semua kelengkapan perubatan.

Bagaimana pula dengan perkongsian rakan ini:-


Orang sakit jantung kana bayar GST. Orang sakit pn bayar GSTOrang sihat pn byr GSTSy masuk wod. 8hari Saluran darah...
Posted by Maradankebindong Maradan on Saturday, 18 April 2015

Diceritakan Hospital yang membuat pemeriksaan dan rawatan adalah hospital KPJ Rawang dan KPJ Tawakal KL.

Adakah kita masih ada pilihan?

Sumber : thehypemedia