Aksi Neelofa Tolak Bersalaman Dengan Lelaki di ABPBH2014

Sebagai seorang muslimah, sememangnya kita dilarang untuk bersentuhan dengan lelaki terutamanya yang bukan muhrim.


Aksi Neelofa Tolak Bersalaman Dengan Lelaki di ABPBH2014 , info, terkini, hiburan,s ensasi, Neelofa,

Ketika aktres cantik Neelofa bangun untuk menuju ke pentas bagi mengambil trofi, seorang lelaki kelihatan cuba menghulurkan tangan untuk bersalaman namun tidak disambut oleh Neelofa.

Pemenang anugerah Pengacara TV Wanita Popular itu kemudiannya terus bertindak memeluk Heliza Helmi yang berada dibelakang lelaki tersebut.


Aksi Neelofa Tolak Bersalaman Dengan Lelaki di ABPBH2014 , info, terkini, hiburan,s ensasi, Neelofa,

Aksi Neelofa Tolak Bersalaman Dengan Lelaki di ABPBH2014 , info, terkini, hiburan,s ensasi, Neelofa,

Rata-rata gembira dengan 'rejection' itu malah memuji sikap dan keperihatinan Neelofa dalam memelihara syariat yang ditetapkan dalam Islam.

Apapun, tahniah buat Neelofa, semoga terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi.

Sumber : ohmedia

Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014

Baru sahaja memenangi Artis Paling Kontroversi ABPBH 2014 bagi kategori online, nampaknya Sharnaaz Ahmad tidak mengambil masa yang lama untuk mencipta kontroversi baru.


Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Sharnaaz ahmad

Mana tidaknya, fesyen yang dikatakan menyerupai pakaian tentera Sharnaaz Ahmad dan kekasih hati Anis Al Idrus pada ABPBH semalam dianggap tidak bersesuaian dan menjadi perdebatan peminat, malah ada anggota  pasukan keselamatan yang turut memberikan komen.

Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Sharnaaz ahmad


Pada masa sama, pingat yang diletakkan pada pakaian Sharnaaz turut menjadi persoalan netizen. Menurut mereka, rupa bentuk pingat tersebut menyerupai salah satu pingat tertinggi bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji.


hiburan, info, kontroversi, sensasi, sharnaaz ahmad, Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014, terkini,

hiburan, info, kontroversi, sensasi, sharnaaz ahmad, Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi Di ABPBH2014, terkini,

Patutlah jadi persoalan sebab pingat tersebut bukan calang-calang pingat, hanya dikurniakan kepada Anggota Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform di Malaysia.




Sharnaaz bagaimanapun melalui post terbarunya di Instagram telah pun memohon maaf kepada pihak yang berkenaan sekiranya fesyen yang digayakan mengundang kemarahan.

Iyalah mana peminat tak persoalkan, tema semarakkan cinta tapi fesyen yang digayakan menyerupai pakaian badan beruniform. Mungkin cintakan negara? Apa-apa pun tahniah Sharnaaz!

Sumber : ohbulan

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih

Tahun 2015 merupakan tahun yang paling meriah dengan majlis pertunangan dan juga perkahwinan barisan selebriti di Malaysia. Malah Izara Aisyah juga tidak terlepas daripada soalan mengenai masa depannya bersama Adib Khalid, yang juga anak lelaki Datuk K, suami kepada Dato’ Siti Nurhaliza ini.



Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah


Baru-baru ini, melalui kenyataan di dalam sebuah majalah, Izara mengakui dia kini mahu mencapai kejayaan di dalam kerjayanya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.

“Walaupun hampir satu tahun mengenali dia, tapi sehingga kini saya belum mahu berfikir mengenai berumah tangga. Banyak yang saya belum capai dalam kerjaya. Sebelum nak jadi isteri, saya nak berjaya dulu dalam bidang yang saya ceburi”

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

“Alhamdulillah, hubungan kami baik. Saya masih lagi berkawan dengannya dan bolehlah saya katakan, dialah teman lelaki paling rapat dalam hidup. Insya-Allah, dah sampai masanya nanti, saya akan berkongsi dengan semua tentang masa depan kami,” kata Izara.

Khabarnya juga, Izara Aishah yang pandai memasak membuatkan keluarga Adib sangat menyenangi pelakon ini. Jika sudah jodoh, pasti tidak ke mana juga, bukan? Apa-apa pun semoga Izara berjaya mencapai apa yang diimpikannya.


Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Sumber : rotikaya

Watak Ainin Julang Nama Dayana

Terdahulu Dayana pernah berada dalam keadaan paling buruk apabila tidak menerima sebarang tawaran berlakon hampir enam bulan. Namanya juga tidak sepopular artis-artis lain.


Watak Ainin Julang Nama Dayana, info, terkini, hiburan, sensasi, Dayana, pelakon

Namun kini Dayana bangkit kembali. Lakonan mantap watak Ainin Sofia yang dibawa menerusi drama “Asam Pedas Untuk Dia” telah menjulang nama Dayana Roza, 23, hingga mula jadi sebutan.

Dayana yang mula terbabit dalam dunia seni apabila menyertai program Anak Wayang musim ketiga pada 2009 ketika usia 18 tahun memberitahu bahawa dia langsung tiada asas lakonan.

Dayana juga pada awalnya tidak berminat dalam bidang seni sebaliknya mahu menjadi pramugari selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, impiannya itu tidak direstui ibunya.

Menang tempat ketiga dalam Anak Wayang, Dayana menyertai pertandingan itu atas permintaan ibunya. Malah, ibunya pernah menyuruh Dayana menyertai uji bakat Pilih Kasih. Selepas tamat Anak Wayang, enam bulan Dayana terkapai-kapai mencari hala tuju.

Watak Ainin Julang Nama Dayana, info, terkini, hiburan, sensasi, Dayana, pelakon

Dia tebalkan muka berjumpa kenalan yang bekerja dengan produksi untuk bertanya mengenai watak sampingan. Hasratnya bukan untuk mengejar populariti tapi sekadar dirinya dikenali sebagai pelakon.

Rezekinya mula terbuka apabila berjaya membintangi filem Apokalips X, Zombi Kilang Biskut dan Hello. Dia juga diberi kepercayaan memegang watak utama dalam beberapa drama.

Kehadirannya mula dirasai apabila berlakon dalam rantaian Melarik Awan dan kemuncaknya Asam Pedas Untuk Dia yang tamat, baru-baru ini. Ibunya bukan saja bangga dengan kejayaannya dalam drama itu, malah terkejut melihatnya boleh menunggang motosikal dengan baik dalam drama itu.

Dayana kini menjalin cinta dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Muslim Ahmad namun setakat ini belum membuat perancangan untuk berkahwin.


Sumber : gosipmalaysia

Nomad Cipta Lagu Sendiri Setelah Dicabar

Setelah dicabar oleh beberapa pihak dalam industri hiburan tanah air, penyanyi Nomad akhirnya tampil dengan lagu terbaru hasil ciptaannya sendiri berjudul Dia.


Nomad Cipta Lagu Sendiri Setelah Dicabar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Pernah popular menerusi lagu ‘Tetap Menanti’, Nomad atau nama sebenarya, Nor Alief Ayub, 27, berkata, ramai yang mahu dia membuktikan bakat sebagai komposer berikutan pernah menyertai program realiti pencarian komposer Keynote lima tahun lalu.

    “Selepas saya dikenali sebagai penyanyi dan menyanyikan lagu komposer lain, ramai yang menegur saya dan bertanya bila saya akan muncul dengan lagu sendiri.

    “Jadi saya pun rasa tercabar dan mengambil keputusan keluar dengan single terbaharu berjudul Dia ciptaan sepenuhnya saya sendiri,”.


Jelas Nomad, lagu tersebut yang hanya mengambil masa dua minggu untuk disiapkan, manakala penggambaran klip video dilakukan di Bali, Indonesia juga akan dijadikan lagu tema sebuah drama terbitan Astro berjudul Cikgu Timah Sekolah Bandar yang bakal disiarkan pada Mei depan.


“Saya dapat idea buat lagu ini tiga hari sahaja, cuma ambil masa dua minggu untuk siapkan sepenuhnya proses rakaman. Selepas itu penggambaran klip video dibuat di Bali, Indonesia bersama produksi drama tersebut,”.

Nomad Cipta Lagu Sendiri Setelah Dicabar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Sementara itu, Nomad yang kini menguruskan kerjaya sendiri mengakui lebih mudah untuk dia membuat keputusan yang dirasakan terbaik buat dirinya.

Jelasnya, pengalaman sepanjang setahun berada dibawah syarikat pengurusan sebelum ini banyak mengajar untuk dia belajar selok belok dalam industri.

    “Saya rasa sudah sampai masa untuk saya bergerak sendiri dan buat keputusan yang dirasakan terbaik untuk diri saya,” katanya.


Sumber : gosipmalaysia

Pelakon Leonardo DiCaprio Bina Eco Resort

Bintang Wolf Of Wallstreet, Leonardo DiCaprio sedang merancang untuk 'menyembuhkan' sebuah pulau dan dijadikan sebuah lokasi pelancongan.


Pelakon Leonardo DiCaprio Bina Eco Resort, info, terkini, sensasi, hiburan, pelakon hollywood, Hero Filem Titanic

Menurut NYTimes, DiCaprio yang juga aktivis alam persekitaran membeli Blackadore Caye, sebuah pulau tidak berpenghuni seluas 104 ekar di Belize, Amerika Utara.

"Seperti syurga di bumi," kata DiCaprio.

"Saya terus dapatkan peluang untuk membeli pulau itu ," katanya.


Pelakon Leonardo DiCaprio Bina Eco Resort, info, terkini, sensasi, hiburan, pelakon hollywood, Hero Filem Titanic

DiCaprio akan bekerjasama dengan Paul Scialla, seorang pemaju dari New York untuk mewujudkan sebuah resort di pulau berkenaan.

"Tujuannya adalah untuk buat sesuatu yang akan mengubah dunia," kata DiCaprio.

"Tak ada alasan lain untuk saya ke Belize selain untuk idea tersebut," akhiri beliau.

Pelakon Leonardo DiCaprio Bina Eco Resort, info, terkini, sensasi, hiburan, pelakon hollywood, Hero Filem Titanic

Sumber : sinarharian

Penyamun Botak Dibelasah Warga Flat Pantai Dalam

Seorang penjenayah botak seolah-olah sengaja menempah bala apabila dibelasah separuh mati oleh penduduk selepas cuba merompak seorang wanita.


Penyamun Botak Dibelasah Warga Flat Pantai Dalam, info, terkini, berita, kes samun,

Dalam kejadian jam 7.31 pagi semalam, suspek berusia 31 tahun dikesan menyamun mangsa di kawasan tangga sebuah pangsapuri di Pantai Dalam di sini.

Suspek dilapor menggunakan sepucuk pistol tiruan dan sebatang besi bagi menakut-nakutkan mangsanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa berusia 28 tahun mendakwa diserang suspek memakai kemeja-T dan seluar jeans.

“Suspek dilapor mencekik leher mangsa sebelum mengacukan pistol tiruan dibawa ke belakang kepala wanita itu.

“Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga seperti wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM1,750 sebelum melarikan diri,” katanya.

Zainuddin berkata, sebaik suspek melarikan diri, mangsa menjerit meminta pertolongan dari orang ramai.

“Jeritan mangsa didengari penduduk kawasan perumahan itu sebelum mereka bertindak mengejar dan menangkap suspek.

“Penduduk terpaksa bergelut dengan suspek selama hampir 10 minit berikutan penjenayah itu bertindak agresif melawan dan cuba memukul penduduk,” katanya.

Menurutnya, tindakan ganas suspek menyebabkan orang awam hilang sabar sebelum membelasah penjenaha itu.

Katanya, suspek dilapor cedera di badan dan kepala akibat dipukul orang ramai.

“Penduduk kemudiannya menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian itu. Sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mereka menahan lelaki terbabit.

“Pihak berkuasa turut merampas sepucuk pistol tiruan dan besi yang digunakan suspek ketika merompak mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pantai di sini, untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber :  myMetro Online

Taska Cuai, Bayi Balik Dengan Tangan Patah

Semalam satu laporan kes seorang bapa kesal apabila mendapati bayinya mempunyai kesan gigitan yang dahsyat di seluruh tubuh dipercayai digigit ketika pengasuh sedang leka membancuh susu.


Taska Cuai, Bayi Balik Dengan Tangan Patah, info, terkini, berita, sensasi,

Menurut si bapa, dia dan isterinya hanya mengetahui kejadian tersebut setelah datang untuk mengambil anak mereka di sebuah taska di Kajang.

Apa yang membuatkan dia kesal, pengurus taska terbabit tidak mahu bertanggungjawab atas kejadian tersebut, malah mencabar si bapa melaporkannya kepada polis.


Itu cerita semalam. Hari ini, melalui akaun Facebook Sukan Star TV, seorang individu turut berkongsi kisah tentang nasib yang menimpa anak kakaknya ketika dijaga sebuah taska di Batu Caves, Selangor.

“Anak kakak saya patah tangan di sebuah taska di Pinggiran Batu Caves. Masa suami kakak saya pergi ambil anak dia, pengasuh tak cakap apa-apa.

“Bila balik rumah time nak dukung tu, tengok tangan anaknya terkulai dan dia menangis. Kakak saya pergi check doktor rupanya tangan patah,” ceritanya.

Apa yang dikesalkan, selepas dihubungi barulah wakil taska terbabit memberitahu seorang kanak-kanak telah duduk di atas tangan anak kakaknya itu.

Alamak… rasanya dah banyak sangat kes kecuaian membabitkan taska dilaporkan.

Kadang-kadang perkara macam ini ‘bermusim’ jadi diharapkan tak adalah kisah bayi dan kanak-kanak cedera atau maut di taska kerana kes kecuaian dilaporkan lagi hendaknya.

Apa-apa pun sebelum ada laporan sedemikian, kementerian berkaitan diharapkan dapat memantau tahap keselamatan di taska seluruh negara sebagai langkah pencegahan.


Sumber : mynewshub

"Tiada Isu Tinggal Bersama Mertua" - Amir (Raja Lawak)

Pelawak Amir (Raja Lawak) merasakan tidak menjadi isu besar untuk dia tinggal bersama keluarga mertuanya di Paya Jaras, Sungai Buloh dekat sini selepas hampir sebulan melangsungkan pernikahan.


Amir (Raja Lawak) , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, berkata, keluarga mertuanya sangat baik dan memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni selain tidak menghalang dia dan isteri membina rumah tangga.

“Keluarga mertua sangat memahami karier saya yang sering pulang lewat ke rumah dan kadang-kadang atas urusan perniagaan tidak menentu masa.

“Mereka faham dan sangat memberi sokongan buat kami berdua,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Selain itu, Amir juga berkata dia belum bersedia untuk berpindah kerana selesa tinggal bersama keluarga mertua selain memudahkan isterinya, Nur Intan Syafinaz Shaari, 21, ke tempat kerja yang terletak di Damansara.

“Saya ada juga merancang untuk tinggal di rumah berasingan tetapi buat masa sekarang kami selesa tinggal di situ kerana tempat kerja isteri saya pun dekat dengan rumah.

“Sekarang nak cari rumah yang betul-betul selesa dan selamat pun susah. Lagipun tugas saya sebagai suami bukan saja nak jaga isteri tetapi nak jaga anak orang,” katanya.

Tambah Amir, keadaan rumah mertua yang selesa turut menjadi faktor buat Amir memilih untuk terus tinggal disitu.

Dalam pada itu, Amir turut berkongsi pengalamannya sepanjang sebulan bergelar sebagai suami.

“Hampir sebulan berumahtangga, saya berasa sangat bahagia kerana isteri saya banyak menjaga makan minum serta penampilan saya.

“Saya kini dah boleh memakai baju kemeja kerana sekarang dah ada orang tolong gosokkan dan sarapan pun isteri saya buat setiap hari, tidak perlu lagi saya habiskan duit di luar.

Terdahulu Amir selamat bergelar suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari dengan sekali lafaz pada 14 Mac lalu.

Majlis resepsi sebelah lelaki diadakan secara sederhana di Kelantan pada Khamis lalu dengan dihadiri saudara dan rakan-rakan terdekat sahaja.


Sumber : mstar online

Cristina Suzanne sangkal dakwaan bersikap sombong

Aktres popular Cristina Suzanne menyangkal dakwaan kononnya dia bersikap sombong, namun tidak menafikan bersikap selektif dalam memilih naskah untuk dijayakan.


Cristina Suzanne sangkal dakwaan bersikap sombong, info, terkini, hiburan, sensasi,

"Sombong?Apa tu sombong? Nama saya Cristina Suzanne dan ayat itu tiada dalam istilah hidup saya.

"Tetapi saya tidaklah terlalu selektif tetapi memilih sesuatu yang saya hendak dan suka. Malah sikap selektif itu juga perlu bersesuaian dengan diri kita serta tahu setakat mana kemampuan kita," katanya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, aktres kacukan Melayu-Jerman ini berkata dia tidak meletakkan eskpektasi pada karakter yang ditawarkan kepadanya kerana dia akan cuba membawakan karakter yang dirasakan mampu dipikulnya.

Sementara itu, Cristina berkata dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul "Cinta Nasi Ambeng" yang bakal bersiaran di saluran RTM tidak lama lagi.

Sumber : tupai