Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri

Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang.
Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan.
Terima kasih sudi menjadi isteri Yat yang IKHLAS..
Cuma awak dan awak hingga akhir.
Demi Allah, suamimu yang malang.
Yang terlalu rindukan EMAK !
Assalamualaikum…

Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri, info, terkini, berita, renungan


Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor Bahru, jumaat.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui bersama kabel elektrik berjerut di lehernya pada jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur.

Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur.

Memetik Harian Metro, pada malam sebelum kejadian, isterinya pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian.

Isteri mangsa, 38, berkata, sejak kebelakangan ini, suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya.

“Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya juga ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu,” katanya.


Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri, info, terkini, berita, renungan

Menurutnya lagi, berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa pada awal pagi sebelum kejadian dan mangsa juga cuba mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau.

“Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami.

“Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal kecuali di leher akibat tergantung,” katanya.


Sumber : mynewshub

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10

Beberapa wanita dipercayai warga asing berpakaian mencolok mata dan dipercayai menjadi GRO ditahan malam tadi dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) edisi ke-10 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.


Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Selain mereka, dua pondan warga Malaysia yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Berikut merupakan beberapa gambar serbuan ketika di premis Queenway Club di jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan statistik serta laporan penuh akan menyusul.
Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri-10, info, terkini, berita, kelab malam

Sumber : mynewshub

Majlis Ulangtahun Kelahiran Ke-6 Aleesya, Puteri Erra Fazira Dan Engku Emran

Diam tak diam rupanya puteri kesayangan Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-6 hari ini. Dalam satu majlis bertemakan puteri Disney, kedua-dua Erra dan anak kesayangannya itu mengenakan gaun seperti Cinderella.

Majlis Ulangtahun Kelahiran Ke-6 Aleesya, Puteri Erra Fazira Dan Engku Emran, info, terkini, sensasi
Walaupun telah berpisah, kedua Erra dan Emran tidak mempunyai masalah untuk bersama-sama menyambut hari kelahiran anak mereka itu. Pasangan anak-beranak ini kelihatan comel sekali dalam gaun Cinderella mereka.
 
lagi 46 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Bersama Erra.