Martin Odegaard Pemain Termuda Beraksi Di Pusingan Kelayakan Euro 2016

Martin Odegaard, yang berumur 16 tahun dan 101 hari, menjadi pemain termuda yang beraksi di pusingan kelayakan kejohanan Eropah apabila dia turun ke padang bermain untuk Norway menentang Croatia dalam Kumpulan H, Sabtu.


Martin Odegaard Pemain Termuda Beraksi Di Pusingan Kelayakan Euro 2016, info sukan, bola sepak, norway, Martin Odegaard, EURO 2016

Pemain tengah itu bagaimanapun tidak dapat menghalang pasukannya daripada mengalami kekalahan 5-1.

Odegaard, yang bermain untuk pasukan pasukan B Real Madrid, sebelum ini menjadi pemain termuda di peringkat kelayakan Euro apabila dia diturunkan sebagai pemain gantian menentang Bulgaria pada usia 15 tahun dan 300 hari.

"Prestasi saya adalah baik tetapi sukar untuk memikirkan apa-apa selain daripada kekalahan 5-1," katanya kepada pemberita.

"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi mereka menjaringkan gol dengan peluang pertama mereka dan ia telah berakhir dengan keputusan yang mendukacitakan.

"Saya rasa kita boleh melihat beberapa perkara melalui perlawanan ini di sini."

Norway berada di tangga ketiga dengan sembilan mata daripada lima perlawanan, di belakang Itali (10) dan Croatia (13).



Sumber : mstar online

Chelsea Sedia Sambar Gareth Bale

Gareth Bale dilapor telah memberitahu rakan sepasukan negaranya, Wales bahawa dia ingin kekal di Real Madrid untuk semusim lagi walaupun Chelsea telah bersedia untuk mendapatkan pemain sayap itu pada musim panas ini.


Chelsea Sedia Sambar Gareth Bale, info sukan, bola sepak, Gareth Bale, chelsea, real madrid

Hasrat Chelsea juga bakal menjadi mudah apabila Real Madrid kini telah sedia untuk melepaskan Bale menerusi penebusan kontrak bernilai £75 juta sebagai usaha mengekalkan Cristiano Ronaldo dalam skuad berkenaan.

Selain itu, Manchester United juga dilapor mahu membawa pulang Ronaldo tetapi skuad gergasi England berkenaan dikatakan lebih mengutamakan usaha bagi mendapatkan Mats Hummels, Paul Pogba dan Dani Alves untuk musim depan.

Chelsea yang sedang bersaing dengan Manchester City untuk mendapatkan Bale dikatakan akan mendapat jalan mudah kerana skuad Manuel Pellegrini berdepan dengan undang-undang kewangan Fifa (FFP) untuk membeli bintang terbabit.

Sementara itu, Real Madrid pula dilapor akan memenangi saingan mendapatkan Marco Reus dari Borussia Dortmund kerana Arsenal tidak mempunyai kelebihan seperti kelab Sepanyol itu.

Sumber : mstar online

Zlatan Ibrahimovic 'Dilahirkan' Untuk Man United

Bekas penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel menggesa bekas kelabnya itu mendapatkan penyerang unik dunia, Zlatan Ibrahimovic untuk mengharungi musim depan.


Zlatan Ibrahimovic 'Dilahirkan' Untuk Man United, info sukan, bola sepak, Zlatan Ibrahimovic,

Schmeichel berkata, usaha itu penting kerana Ibrahimovic 'dilahirkan' untuk menjadi penyerang United.

Sepanjang kariernya penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu telah memenangi 11 kejuaraan liga ketika mewakili tujuh kelab di negara yang berlainan.

Bagaimanapun pemain kelahiran Sweden itu belum diberi peluang mewakili kelab England walaupun pernah dikaitkan untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris beberapa tahun lalu.

Schmeichel memberi cadangan itu apabila Ibrahimovic dilapor akan meninggalkan Paris selepas dia mengkritik mutu pengadilan Ligue 1.

Malah bekas bintang United itu juga yakin Red Devils mampu berusaha untuk membawa penyerang unik berkenaan ke Old Trafford untuk musim depan.


Sumber : mstar online

Jenniffer Lopez Kembali Pada Casper

Jenniffer Lopez dan bekas kekasihnya Casper Smart dikhabarkan sudah kembali sebagai pasangan kekasih semula berikutan gambar cium mereka yang tersebar di laman sosial.


Jenniffer Lopez Kembali Pada Casper, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Jenniffer Lopez, JLo

Biarpun, Casper sebelum ini menafikan mereka kembali semula dan memberitahu hubangan tersebut hanya sekadar teman rapat sahaja.

Bagaimanapun, daripada gambar-gambar mereka di belakang pentas American Idol 14 di West Hollywood menarik perhatian ramai.

Casper juga dikatakan berjalan di belakang Jenniffer sepanjang acara itu.

Sebelum ini, pasangan ini dilaporkan berpisah apabila lelaki itu didapati curang dengan seorang Mak Nyah


Sumber : mstar online

Scha Alyahya Panik Anak Tersedak Susu

Pelakon Scha Alyahya memberitahu beberapa kali berada dalam keadaan cemas apabila anaknya Lara Alana yang kini berusia 7 bulan tersedak susu.


Scha Alyahya Panik Anak Tersedak Susu, info, terkini, hiburan, sensasi, Lara Alana

Scha, 32, berkata, selepas kejadian pertama, dia dan suaminya pengacara Awal Ashaari belajar sedikit sebanyak tentang teknik apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

"Sepanjang tujuh bulan menjaga Lara ada beberapa kali dia buat kami panik apabila tersedak susu.
"Saya takut sangat melihat keadaan itu kerana Lara susah nak bernafas, nasib baik juga ketika itu saya berada dengan dia.

"Bahaya kalau kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur dan kita tidak berada disamping dia," ujarnya kepada mStar Online.

Rumah tangga Awal dan Scha semakin bermakna dengan kehadiran anak mereka.

Scha berkata, biarpun kejadian seperti itu merupakan perkara biasa, namun ia sangat bahaya kepada kanak-kanak dan boleh membawa maut.

Katanya, menyedar tentang kepentingan itu, dia belajar untuk meredakan keadaan tersebut melalui orang yang lebih berpengalaman.
"Ia memang perkara biasa bagi kanak-kanak tetapi bahaya dan selalu kita dengan bayi meninggal dunia kerana tersedak susu.

"Sebab itu juga saya risau untuk tinggalkan dia bersendirian biarpun sedang tidur," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, sepanjang tujuh bulan tersebut, Lara tidak banyak meragam dan membesar dengan baik.

Katanya, dia juga terpaksa membahagikan kerjaya dan keluarga dengan sebaik mungkin.



Sumber : mstar online

Tasik Bakun, Sarawak Destinasi Penggambaran Runnig Man

Jika sebelum ini, lima dari mereka pernah berkunjung ke Malaysia menerusi acara 'Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia' yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada November tahun lalu.


Tasik Bakun, Sarawak Destinasi Penggambaran Runnig Man, info, terkini, sensasi, hiburan, Running Man

Terkini khabarnya kesemua tujuh ahli Running Man iaitu Yoo Jae-suk, Kang Gary, Lee Kwang-soo, Jin Seok-jin, Song Ji-hyo, Kim Jong-kook dan Haha akan menjalani penggambaran Running Man di Tasik Bakun, Sarawak pada April depan.

Difahamkan, pemilihan lokasi tersebut dibuat kerana ia mempunyai landskap yang cukup menarik dengan pelbagai biodiversiti.


Tasik Bakun, Sarawak Destinasi Penggambaran Runnig Man, info, terkini, sensasi, hiburan, Running Man

Apa yang menariknya, ahli Running Man bukan sahaja menjalani pengambaraan di situ, malah mereka juga merupakan antara tetamu khas yang akan menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 9 sehingga 11 April depan.

Selain Running Man, majlis kemuncak anugerah itu nanti akan turut dihadiri selebriti popular serata asia dan antarabangsa termasuk Datuk Jackie Chan.


Sumber : myartis

Fouziah Gous Sambut Birthday Suami Di Jepun

Seronok rasanya melihat aksi-aksi romantis pasangan selebriti Fouziah Gous bersama suaminya, Zhafran yang kini sedang memadu cinta di Jepun.


Fouziah Gous Sambut Birthday Suami Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Fouziah Gous

Hinggakan tidak putus-putus senyuman terukir di wajah pelakon jelita ini ketika sedang makan angin di negara empat musim itu.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya percutian ini sempena sambutan hari jadi suami Fouziah Gous, Zhafran yang menjangkau usia ke-32 tahun, semalam.

Jika dahulu, Fauziah Gous didukung suami sempana hari jadinya kini tiba giliran Zhafran pula dilayan begitu istimewa oleh isteri tercinta.

Ketika di bumi matahari terbit, pengacara Nona ini tidak ketinggalan mengenakan kimono yang merupakan baju tradisional kaum wanita di sana.

Jom kita lihat momen-momen sweet yang dirakam pasangan ini.








A photo posted by @fouziahgous on

Sumber : mynewshub

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Sharifah Sakinah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Aliff Adha di Hotel Shangri-La, Putrajaya pada pukul 5.56 petang sebentar tadi.


Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Lebih manis lagi, Sharifah Sakinah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Abu Bakar dalam majlis pernikahan yang sangat sweet bertemakan garden wedding.


A video posted by 🌸 (@nad.zainal) on

Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Sakinah menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki yang mengandungi tujuh pasang kasut berjenama Adidas dengan rekaan yang berbeza. Manakala, Sakinah pula membalas sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.


Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah


Sebelum ini, Sharifah Sakinah berharap agar cuaca baik sepanjang majlisnya berlangsung namun hujan turun juga membasahi bumi saat pasangan pengantin meraikan hari bahagia mereka. Hujan rahmat. Comel je tengok pengantin dan tetamu berpayung. Nasib baik payung cantik.

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

A video posted by @tashashilla on



Sumber : ohbulan

Ayah maut digilis, anak sempat diselamatkan

Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang merempuh belakang kereta Nissan Sentra menyebabkannya tercampak di tengah jalan lalu digilis beberapa kenderaan di Kilometer 303 Leburaya PLUS arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini, pagi tadi.


Ayah maut digilis, anak sempat diselamatkan, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan

Dalam kejadian 3.15 pagi itu, mangsa, Zainal Abidin Omar, 43, bersama anak lelakinya, 16, menunggang Motosikal Benelli TNT 600 dalam perjalanan ke Kamunting, Taiping untuk menziarahi bapanya yang sakit.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Jasni, 43, berkata, dia memandu lori berada di belakang mangsa melihat sendiri mangsa melanggar belakang kereta lalu tercampak di atas jalan.

"Saya sempat mengelak, lalu berhenti di tepi jalan. Kemudian saya menarik anak mangsa ke tepi jalan tetapi tidak sempat menyelamatkan bapanya yang digilis berkali-kali di depan mata kami.

"Saya cuba menahan kenderaan yang lalu di situ tetapi keadaan jalan yang turun bukit membuatkan semua kenderaan terus menggilis mangsa," katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi kelam kabut sehingga membabitkan beberapa kenderaan lain terbabit dalam kemalangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang datang dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh merempuh belakang sebelah kiri kereta di lorong kiri jalan.
 

Sumber : hmetro

Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah Buat Kali Ke-4?

Semalam ada cerita tentang penangkapan seorang penyanyi popular yang dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah Buat Kali Ke-4?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, berita, Benjy, pelakon

Nampaknya, dunia hiburan dikejutkan lagi apabila seorang pelakon lelaki didakwa ditahan buat kali keempat dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu dalam satu sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.

Menurut Berita Harian, pelakon yang tidak didedahkan namanya itu merupakan anak kepada seorang dramatis terkenal.

Mengikut laporan polis, suspek ditahan bersama seorang lelaki setelah pihak polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 52.27 gram.


Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah Buat Kali Ke-4?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, berita, Benjy, pelakon

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menjumpai satu kotak di dalam but kereta yang mengandungi beberapa botol plastik tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Selain itu, satu paket dadah jenis syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu dengan berat 193 gram turut ditemui.

Malah, pemeriksaan yang dilakukan dalam kenderaan itu turut menjumpai tujuh kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber : mynewshub