Fouziah Gous Sambut Birthday Suami Di Jepun

Seronok rasanya melihat aksi-aksi romantis pasangan selebriti Fouziah Gous bersama suaminya, Zhafran yang kini sedang memadu cinta di Jepun.


Fouziah Gous Sambut Birthday Suami Di Jepun, info, terkini, hiburan, sensasi, Fouziah Gous

Hinggakan tidak putus-putus senyuman terukir di wajah pelakon jelita ini ketika sedang makan angin di negara empat musim itu.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya percutian ini sempena sambutan hari jadi suami Fouziah Gous, Zhafran yang menjangkau usia ke-32 tahun, semalam.

Jika dahulu, Fauziah Gous didukung suami sempana hari jadinya kini tiba giliran Zhafran pula dilayan begitu istimewa oleh isteri tercinta.

Ketika di bumi matahari terbit, pengacara Nona ini tidak ketinggalan mengenakan kimono yang merupakan baju tradisional kaum wanita di sana.

Jom kita lihat momen-momen sweet yang dirakam pasangan ini.









Sumber : mynewshub

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Sharifah Sakinah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Aliff Adha di Hotel Shangri-La, Putrajaya pada pukul 5.56 petang sebentar tadi.


Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Lebih manis lagi, Sharifah Sakinah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Abu Bakar dalam majlis pernikahan yang sangat sweet bertemakan garden wedding.


A video posted by ๐ŸŒธ (@nad.zainal) on

Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Sakinah menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki yang mengandungi tujuh pasang kasut berjenama Adidas dengan rekaan yang berbeza. Manakala, Sakinah pula membalas sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.


Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah


Sebelum ini, Sharifah Sakinah berharap agar cuaca baik sepanjang majlisnya berlangsung namun hujan turun juga membasahi bumi saat pasangan pengantin meraikan hari bahagia mereka. Hujan rahmat. Comel je tengok pengantin dan tetamu berpayung. Nasib baik payung cantik.

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

Foto Pernikahan Garden Wedding Sharifah Sakinah, info, terkini, hiburan, sensasi, Najlis Pernikahan Sharifah Sakinah

A video posted by @tashashilla on



Sumber : ohbulan

Ayah maut digilis, anak sempat diselamatkan

Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang merempuh belakang kereta Nissan Sentra menyebabkannya tercampak di tengah jalan lalu digilis beberapa kenderaan di Kilometer 303 Leburaya PLUS arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini, pagi tadi.


Ayah maut digilis, anak sempat diselamatkan, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan

Dalam kejadian 3.15 pagi itu, mangsa, Zainal Abidin Omar, 43, bersama anak lelakinya, 16, menunggang Motosikal Benelli TNT 600 dalam perjalanan ke Kamunting, Taiping untuk menziarahi bapanya yang sakit.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Jasni, 43, berkata, dia memandu lori berada di belakang mangsa melihat sendiri mangsa melanggar belakang kereta lalu tercampak di atas jalan.

"Saya sempat mengelak, lalu berhenti di tepi jalan. Kemudian saya menarik anak mangsa ke tepi jalan tetapi tidak sempat menyelamatkan bapanya yang digilis berkali-kali di depan mata kami.

"Saya cuba menahan kenderaan yang lalu di situ tetapi keadaan jalan yang turun bukit membuatkan semua kenderaan terus menggilis mangsa," katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi kelam kabut sehingga membabitkan beberapa kenderaan lain terbabit dalam kemalangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang datang dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh merempuh belakang sebelah kiri kereta di lorong kiri jalan.
 

Sumber : hmetro

Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah Buat Kali Ke-4?

Semalam ada cerita tentang penangkapan seorang penyanyi popular yang dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah Buat Kali Ke-4?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, berita, Benjy, pelakon

Nampaknya, dunia hiburan dikejutkan lagi apabila seorang pelakon lelaki didakwa ditahan buat kali keempat dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu dalam satu sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.

Menurut Berita Harian, pelakon yang tidak didedahkan namanya itu merupakan anak kepada seorang dramatis terkenal.

Mengikut laporan polis, suspek ditahan bersama seorang lelaki setelah pihak polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 52.27 gram.


Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah Buat Kali Ke-4?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, berita, Benjy, pelakon

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menjumpai satu kotak di dalam but kereta yang mengandungi beberapa botol plastik tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Selain itu, satu paket dadah jenis syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu dengan berat 193 gram turut ditemui.

Malah, pemeriksaan yang dilakukan dalam kenderaan itu turut menjumpai tujuh kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber : mynewshub

Pengakuan Juliana Evans Gosip Bercinta Dengan SonaOne

Pelakon Juliana Evans 25, akui selesa berkawan dengan penyanyi Rap popular Sonaone dan tidak ke arah untuk menjadi pasangan kekasih.


Pengakuan Juliana Evans Gosip Bercinta Dengan SonaOne, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Juliana Evans, SoneOne

Jue juga membuat pendedahan yang dirinya sudah lama mengenali SonaOne seawal usia remaja untuk sesi ujibakat.

“Saya dah lama kenal dia, pernah berjumpa untuk ‘casting’ iklan tapi bila timbul gossip bercinta dengan SonaOne saya rasa ia lucu dan tergelak.

“SonaOne ni seorang yang peramah, baik serta periang, sikapnya itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dan pandai bergurau.

“Saya ada bertemu dengannya baru-baru ini dan menceritakan mengenai gossip cinta kami, dia pun rasa ini ‘weird’ begitu juga dengan saya, jadi tak perlu nak ulas panjang-panjang benda yang palsu,” ujar Jue sambil tergelak.

Dalam pada itu, Jue juga bukanlah gadis yang memilih untuk mencari pasangan hidup. Dia tidak kisah sama ada jejaka itu berdarah kacukan mahupan Melayu tulen.

“Saya tak kisahlah mengenai kekasih hati saya, yang penting jejaka itu pandai jaga hati saya dan boleh masuk kepala serta tak cerewet, lagipun sebelum ini saya pernah bercinta dengan lelaki Melayu,” katanya

Mengenai perkembangan karier, Jue Evans sedang sibuk menguruskan hal lakonannya dan baru sahaja selesai ‘shooting’ Tujuh Dimensi Aliff.

“Sekarang ini saya sibuk untuk fokus untuk penggambaran filem Bella dan Jamie dan hal berkaitan dengan lantikan saya sebagai duta produk yang akan diumumkan tidak lama lagi,” Kata Jue Evans mengakhir bicara.


Sumber : murai

Lelaki Ludah Pekerja Petronas Buat Hal Lagi, Gelar Polis Anjing

Sebelum ini, video seorang lelaki, Shahrul Anuar Khalil, meludah seorang pekerja Petronas, viral di media sosial dan dikecam netizen. Namun, lelaki itu telah pun memohon maaf kepada mangsa dan kes itu dianggap sudah selesai.


Lelaki Ludah Pekerja Petronas Buat Hal Lagi, Gelar Polis Anjing, info, terkini, viral, serius

Bagaimanapun, Shahrul sekali lagi dikesan mendatangkan masalah kepada orang lain.

Semalam, Mohamed Firdaus, memuat naik status di laman Facebooknya akan sikap Shahrul yang didakwanya tidak bertimbang rasa.
Lelaki Ludah Pekerja Petronas Buat Hal Lagi, Gelar Polis Anjing, info, terkini, viral, serius

 Status Firdaus itu mendapat perhatian ramai bikers² yang lain sehinggalah sampai ke pengetahuan Shahrul.

Berang dengan dakwaan Firdaus, Shahrul mula menyerang lelaki itu dan mengajaknya bersemuka dan berlumba bagi menyelesaikan masalah di antara mereka.

Lelaki Ludah Pekerja Petronas Buat Hal Lagi, Gelar Polis Anjing, info, terkini, viral, serius

Lelaki Ludah Pekerja Petronas Buat Hal Lagi, Gelar Polis Anjing, info, terkini, viral, serius

Lelaki Ludah Pekerja Petronas Buat Hal Lagi, Gelar Polis Anjing, info, terkini, viral, serius

Ingatkan sudah insaf, rupanya tidak. Sekali lagi, tindakan Shahrul ini memalukan kaki² bikers Malaysia


Sumber : thehypemedia

Sindiket Penipuan Di Depan Bangunan Tabung Haji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya mewakili ibubapa saya ingin berkongsi mengenai satu kejadian yang terjadi pada kedua ibubapa saya pada 25 Mac 2015 di Pejabat TH yang terletak di Batu Caves Selangor. Kejadian ini berlaku di hadapan pejabat TH, sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar dari pejabat tersebut.


Sindiket Penipuan Di Depan Bangunan Tabung Haji, info, terkini, berita, tabung haji, sindiket penipuan

Perlu diingatkan disini, tujuan perkongsian ini bukanlah untuk memburukkan nama Tabung Haji. Kejadian seperti ini juga boleh berlaku dimana-mana institusi kewangan di Negara kita.

Kronologi kisah adalah seperti berikut:

1) Ibubapa saya telah disapa oleh seorang wanita berketurunan India bernama Jessica. Beliau telah menawarkan satu kertas. Ibubapa saya menolak pada mulanya kerana menyangkakan itu adalah skim gores dan menang tetapi wanita india itu meyakinkan ibubapa saya yang tiada wang dikenakan dan sekadar tawaran biasa.

2) Ibu saya kononnya telah memenangi wang tunai berjumlah RM1300 dan perlu diambil di sebuah pejabat yang terletak di Kepong

3) Ibubapa saya bersama Jessica pergi ke pejabat berkenaan dan berjumpa dengan seorang wanita melayu bernama Siti.

4) Siti kemudiaanya mengeluarkan sebuah fail dan menunjukkan bahawa ibu saya bukan sahaja memenangi wang tunai tetapi juga turut berpeluang memenangi pakej umrah untuk 2 orang dan 2 buah kereta – Toyota Camry dan Perodua Viva – kesemuanya adalah percuma.

5) Tetapi untuk mendapatkan kesemua barangan diatas, mereka perlu membayar cas perkhidmatan fotografi sebanyak Rm21,000.

6) Sewaktu menunjukkan pakej yang dimenangi tersebut, ayah saya telah mendapati bahawa salah seorang Ustaz yang kononnya akan mengikuti rombongan umrah tersebut pernah terlibat dengan skim penipuan umrah dikalangan kejiranan kami.

7) Ayah saya mula berasa tidak selesa dan cuba untuk menghubungi rakannya tetapi dihalang oleh mereka yang berada didalam pejabat berkenaan kerana terdapat CCTV. Ayah saya minta untuk keluar dari pejabat tersebut dan membuat panggilan pada seorang teman. Dalam waktu yang sama, ibu saya telah menyerahkan kad pengenalan dan buku tabung haji beliau atas tujuan untuk semakan pekerja terbabit tetapi ianya dipulang kembali selepas itu.

8) Ayah saya kembali ke dalam pejabat dan memanggil ibu saya untuk keluar dari pejabat berkenaan dan mereka selamat keluar dari pejabat itu tanpa memberi wang kepada pihak berkenaan.

Tetapi untuk makluman tuan / puan, perkara diatas bukanlah kali pertama yang berlaku dikalangan kenalan saya sendiri kerana ibu mertua rakan sekerja saya juga turut mengalami modus operandi yang sama (ditegur dan dipelawa untuk mendapatkan hadiah pakej umrah didepan pejabat TH) pada tahun 2014 dan kes tersebut juga berlaku di lokasi pejabat TH di Batu Caves.

Diharap agar perkongsian ini dapat kita saling mengingati bahawa penipuan ini seringkali terjadi tidak kira dimana. Sekiranya berkesempatan, anak-anak boleh menemani ibubapa dan sebolehnya elakkan dari membiarkan mereka bersendirian terutamanya ketika berurusan mengenai kewangan.


Sumber : thehypemedia

Punca Lima Pelajar Kena Denda Buang Seluar Baju

Kerana tidak memakain pakaian yang mempunyai nama sekolah, seramai lima orang pelajar tingkatan satu sekolah menengah lelaki di Ampang diarahkan menanggalkan seluar dan baju.


Punca Lima Pelajar Kena Denda Buang Seluar Baju, info, terkini, berita, sensasi, viral, serius

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 25 Mac lalu dan ibu bapa kanak-kanak tersebut telah tampil membuat pendedahan mengenai kejadian tersebut.

Menurut bapa kepada salah seorang pelajar berkenaan, tindakan itu dikenakan ke atas anaknya telah  mengakibat anaknya berasa malu dan enggan ke sekolah.

“Tindakan guru disiplin sekolah itu adalah tidak wajar memandangkan cara hukuman yang dikenakan ke atas mereka jelas jauh menyimpang dari etika seorang pendidik.

“Saya kecewa dengan guru berkenaan, anak saya dan rakan-rakan diarahkan menanggalkan seluar dan ada juga baju hanya kerana tidak memakai pakaian seragam yang ada nama sekolah.

“Saya akui ada kesilapan anak saya disitu, cuma apa yang saya cukup ralat, mengapa hukuman begitu dikenakan. Dan ada di kalangan lima dari mereka ini pada ketika itu tidak memakai seluar dalam pun.

Punca Lima Pelajar Kena Denda Buang Seluar Baju, info, terkini, berita, sensasi, viral, serius

“Saya tidak faham mengapa cikgu berkenaan mengambil tindakan sedemikian,” katanya dipetik dari The Rakyat Post hari ini.

Mereka telah membuat satu laporan polis dan berharap tindakan sewajarnya diambil kepapa pihak sekolah kerana tindakan denda tersebut adalah keterlaluan.

Malah, mereka turut memanjangkan perkara ini kepada Pejabat Pelajaran dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kes ini mendapat tindakan sewajarnya.


Sumber : siakapkeli