Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah Buat Kali Ke-4?


Semalam ada cerita tentang penangkapan seorang penyanyi popular yang dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah Buat Kali Ke-4?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, berita, Benjy, pelakon

Nampaknya, dunia hiburan dikejutkan lagi apabila seorang pelakon lelaki didakwa ditahan buat kali keempat dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu dalam satu sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.

Menurut Berita Harian, pelakon yang tidak didedahkan namanya itu merupakan anak kepada seorang dramatis terkenal.

Mengikut laporan polis, suspek ditahan bersama seorang lelaki setelah pihak polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 52.27 gram.


Benjy Ditahan Lagi Miliki Dadah Buat Kali Ke-4?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, berita, Benjy, pelakon

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menjumpai satu kotak di dalam but kereta yang mengandungi beberapa botol plastik tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Selain itu, satu paket dadah jenis syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu dengan berat 193 gram turut ditemui.

Malah, pemeriksaan yang dilakukan dalam kenderaan itu turut menjumpai tujuh kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber : mynewshub

Filled Under: