Pengakuan Juliana Evans Gosip Bercinta Dengan SonaOne


Pelakon Juliana Evans 25, akui selesa berkawan dengan penyanyi Rap popular Sonaone dan tidak ke arah untuk menjadi pasangan kekasih.


Pengakuan Juliana Evans Gosip Bercinta Dengan SonaOne, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Juliana Evans, SoneOne

Jue juga membuat pendedahan yang dirinya sudah lama mengenali SonaOne seawal usia remaja untuk sesi ujibakat.

“Saya dah lama kenal dia, pernah berjumpa untuk ‘casting’ iklan tapi bila timbul gossip bercinta dengan SonaOne saya rasa ia lucu dan tergelak.

“SonaOne ni seorang yang peramah, baik serta periang, sikapnya itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dan pandai bergurau.

“Saya ada bertemu dengannya baru-baru ini dan menceritakan mengenai gossip cinta kami, dia pun rasa ini ‘weird’ begitu juga dengan saya, jadi tak perlu nak ulas panjang-panjang benda yang palsu,” ujar Jue sambil tergelak.

Dalam pada itu, Jue juga bukanlah gadis yang memilih untuk mencari pasangan hidup. Dia tidak kisah sama ada jejaka itu berdarah kacukan mahupan Melayu tulen.

“Saya tak kisahlah mengenai kekasih hati saya, yang penting jejaka itu pandai jaga hati saya dan boleh masuk kepala serta tak cerewet, lagipun sebelum ini saya pernah bercinta dengan lelaki Melayu,” katanya

Mengenai perkembangan karier, Jue Evans sedang sibuk menguruskan hal lakonannya dan baru sahaja selesai ‘shooting’ Tujuh Dimensi Aliff.

“Sekarang ini saya sibuk untuk fokus untuk penggambaran filem Bella dan Jamie dan hal berkaitan dengan lantikan saya sebagai duta produk yang akan diumumkan tidak lama lagi,” Kata Jue Evans mengakhir bicara.


Sumber : murai

Filled Under: