Michelle Yeoh akhirnya bakal tamat zaman bujangnya

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya yang merupakan Pengerusi FIA, Jean Todt.


Michelle Yeoh, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

"Michelle dan Jean sudah menjalin hubungan cinta hampir 10 tahun. Bagaimanapun dengan jadual mereka yang padat dan sibuk membuat mereka tidak memikirkan soal perkahwinan ketika itu.

"Sekarang ini, kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana dengan keluarga dan rakan terdekat sahaja di Ipoh.

"Semua rakan-rakan sahaja nyata gembira dengan berita perkahwinan anak saya. Tetapi sehingga kini Michelle belum memberitahu saya mengenai tarikh perkahwinan mereka," kata ibu Michelle, Janet Yeoh yang dipetik dari The Malay Mail Online.

Tambah Janet lagi, dia sangat gembira dengan berita tersebut kerana sudah menunggu hampir sedekad untuk mendengar berita gembira ini.

Terdahulu, bintang filem Bond "Tomorrow Never Dies" ini mendedahkan perancangannya untuk berkahwin dengan Jean ketika membuat penampilan pada pertunjukkan fesyen Roberto Cavalli 2015 di Milan, Itali.


Sumber : tupai.com.my

Fazura Jumpa Keluarga Baru Di Hollywood?

Sebaik sahaja berakhirnya gelanggang pencarian Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang menobatkan Zero sebagai johan pada awal Februari lalu, salah seorang juri tetap MLM 2014 pun seakan menjejaki rancangan lawak itu, sepi seketika dari industri.


Fazura Jumpa Keluarga Baru Di Hollywood?, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura

Aktres cantik, Nur Fazura Sharifuddin yang diangkat sebagai juri tetap MLM 2014 ini dilihat menghabiskan cuti dan masa rehatnya dengan terbang ke Amerika Syarikat sejak awal Februari lalu dan mengunjungi beberapa bandar di negara tersebut.

Selain daripada foto dirinya melawat Central Park dan muzium di kota New York, hari ini Fazura yang turut dikenali menerusi rancangan realiti pertama menampilkan selebriti daripada Malaysia, Facing Up To Fazura tersebut menghabiskan waktu bersama tulang belakang E News! di studio saluran tersebut di Hollywood, California.

Fazura Jumpa Keluarga Baru Di Hollywood?, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura

Dia yang dihubungi lewat aplikasi pesanan ringkas Whatsapp itu memberitahu bahawa pemergiannya ke Amerika Syarikat kali ini untuk berlibur dan memenuhi jemputan saluran E! untuk bertemu dengan 'keluarga barunya' di sana.

"Tujuan utama saya berada di Amerika Syarikat kali ini bukan sahaja untuk bercuti sambil merehatkan minda setelah penat bekerja pada tahun 2014 dengan projek filem dan rancangan realiti khususnya.

"Ia juga sebagai memenuhi jemputan daripada saluran E! yang juga telah mempertemukan saya dengan keluarga baru saya di sini. Giuliana Rancic dan Catt Sadler antara personaliti saluran E! yang sempat saya temui.

"Keduanya memberitahu bahawa mahu berkunjung ke Kuala Lumpur dan Catt seorang yang sangat ramah dan telah berpesan jika berpeluang ke Malaysia dia mahu saya jadi pemandu pelancongnya di sini,"kata Fazura yang juga telah menjayakan beberapa promo istimewa untuk saluran hiburan tersebut.

Bintang program realiti pertama negara ini juga dilihat menemui hos popular lain di saluran NBC Universal seperti Terrence J dan Jason Kennedy yang merupakan sebahagian daripada keluarga besar saluran E! yang mana E! News Asia bernaung dan bertanggungjawab menghasilkan Facing Up To Fazura.
Apa lagi agaknya yang sedang direncanakan aktres ini di Hollywood itu ya? Ada sekeping foto dia dilihat seakan sedang bercakap kearah kamera di studio milik kumpulan gergasi media di Amerika Syarikat tersebut. Mungkin mengacara rancangan baru? Tunggu sahaja jika ada sebarang berita gembira darinya nanti.


Fazura Jumpa Keluarga Baru Di Hollywood?, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura

Fazura Jumpa Keluarga Baru Di Hollywood?, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura

Fazura Jumpa Keluarga Baru Di Hollywood?, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura

Fazura Jumpa Keluarga Baru Di Hollywood?, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura

Fazura Jumpa Keluarga Baru Di Hollywood?, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura

Sumber : murai.com.my

PSG Mahukan Di Maria Jika United Lamar Lavezzi

Manchester United dilapor telah menyertai persaingan bersama beberapa kelab lain untuk mendapatkan pemain tengah PSG, Ezequiel Lavezzi.


PSG Mahukan Di Maria Jika United Lamar Lavezzi, info sukan, Manchester united, PSG, Ezequiel Lavezzi, bola sepak

Di antara kelab tersebut, Liverpool dilaporkan antara pasukan yang sedang giat berusaha mendapatkan pemain Argentina itu.

Bagaimanapun, United mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan Lavezzi jika kelab itu sedia menyerahkan Angel Di Maria.

Hal ini kerana, PSG sedia melepaskan pemain terbabit jika United bersetuju menyerahkan bekas pemain Real Madrid terbabit.

Media Perancis melaporkan, tidak menjadi sesuatu yang mustahil untuk Di Maria ke PSG pada musim depan berdasarkan prestasinya yang semakin dikritik penyokong.

Malah pemain terbabit juga seakan tidak gembira berada di United ketika ini.

Sumber : mstar.com.my

Rakaman Penumpang Keluar Dari Pesawat Turki Tergelincir Ketika Mendarat

Rakaman ini menunjukkan situasi dramatik penumpang yang menyelamatkan diri selepas sebuah pesawat Turkish Airlines tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Kathmandu, Nepal pada Rabu.


Rakaman Penumpang Keluar Dari Pesawat Turki Tergelincir Ketika Mendarat, info, terkii, berita, sensasi,

Ia menunjukkan para penumpang dalam keadaan ketakutan menggelongsor turun menggunakan luncur kecemasan sewaktu proses pemindahan selepas pesawat Airbus A330 itu terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu akibat masalah teknikal.


Rakaman itu dibuat oleh salah seorang daripada 238 orang yang menaiki pesawat berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada pagi Rabu.

Beberapa orang mengalami kecederaan ringan, namun tiada kecederaan parah dilaporkan.

Pesawat TK726 membuat pusingan di ruang udara di lapangan terbang selama setengah jam sebelum membuat percubaan kedua untuk mendarat dalam keadaan kabus tebal, selepas membuat penerbangan selama tujuh dari Istanbul.

Salah seorang penumpang yang tidak mahu dikenali berkata: "Pesawat itu tidak dapat mendarat kerana cuaca buruk, dan kami mengelilingi di udara.

"Juruterbang memaklumkan kepada kami untuk tunggu antara 30 sehingga 60 minit, dan selepas setengah jam dia cuba untuk mendarat dengan kesannya yang amat kuat.

"Saya dengar bunyi dentuman yang sangat kuat, selain bunyi tangisan dan jeritan penumpang, dan pintu kecemasan dibuka serta-merta sebaik sahaja pendaratan cemas dilakukan."

Turkish Airlines dalam satu kenyataan rasminya berkata: "Kesemua penumpang dan anak kapal telah selamat dipindahkan dari pesawat dan dibawa ke terminal.

"Salah seorang daripada penumpang kami mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

"Langkah berjaga-jaga juga perlu diambil untuk membawa keluar pesawat itu dari tempat ia mendarat dan kerja-kerja berkaitan berhubung insiden ini sudah dimulakan.

"Pemeriksaan teknikal akan menentukan punca insiden," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Sumber : mstar.com.my

Ashley Young Bantu Man United Menang Saat Akhir

Ashley Young menjadi penyelamat buat Manchester United apabila menjaringkan gol pada saat akhir ketika menentang Newcastle dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di St James Park, Newcastle.

Ashley Young Bantu Man United Menang Saat Akhir, info, terkini, berita sukan, bola sepak, EPL, Man United

Dengan masa semakin suntuk dan pesaing-pesaingnya pula menang dalam perlawanan liga di tempat lain, Manchester United dilihat buntu untuk menyusun strategi kemenangan namun Young berjaya membuat tendangan membolosi gawang yang dikawal Tim Krull pada minit ke-89.

'Kesilapan' Krull membuatkan pemain berusia 29 tahun itu memperoleh kemenangan tipis ke atas Newcastle 1-0.

Manchester United menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris di belakang Arsenal dan dihadapan satu tangga dengan Liverpool, masing-masing memenangi perlawanan di tempat lain.

Dengan kemenangan pasukan lain dalam kedudukan lima teratas, memberi cabaran buat Manchester United untuk merebut gelaran juara liga.

Sumber : mstar.com.my

Ibu Muda Ditemui Mati Bersebelahan Bayi Dua Bulan

Seorang wanita yang baru bersalin dua bulan lepas, ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di sini malam Rabu.


Ibu Muda Ditemui Mati Bersebelahan Bayi Dua Bulan, info, terkini, berita, kejam
Aggota Polis Forensik membawa mayat wanita dipercayai mangsa bunuh untuk dibedah siasat, di Kuala Lumpur malam Rabu. Foto BERNAMA

Ibu berusia 26 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan terikat bersebelahan dengan bayinya itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu kassim berkata, suami mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, terpaksa memecah masuk ke dalam rumah yang berkunci dari dalam itu kira-kira 8 malam.

Beliau berkata, mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.

Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh.

Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, bayi mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Duta AS Diserang Di Seoul

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Korea Selatan, Mark Lippert cedera dalam satu serangan mengunakan pisau cukur di Seoul pada Khamis.


Duta AS Diserang Di Seoul , info, terkini, berita, AS, soul korea
Keadaan Mark Lippert yang berlumuran darah selepas diserang oleh individu tidak dikenali menggunakan pisau cukur. Foto AP

Saluran berita YTN yang memetik sumber polis berkata, seorang lelaki yang mempunyai pisau cukur pada tangan kanannya menyerang Lippert sewaktu duta besar itu menghadiri majlis sarapan pagi di tengah bandar Seoul.

Saluran berita itu memaparkan sekeping gambar menunjukkan duta itu berlumuran darah sambil tangan kanannya memegang pipi kanannya, dengan tangan kirinya juga mempunyai kesan darah.

Lippert, 42, dibawa ke hospital, tetapi kecederaan yang dialaminya dilaporkan tidak parah.

Penyerang yang dilaporkan melaungkan slogan anti peperangan ketika membuat serangan ke atas Lippert yang baharu sahaja memegang jawatan tersebut di Seoul pada Oktober tahun lalu, telah ditahan serta-merta.

Amerika Syarikat dan Korea Selatan melancarkan gerakan tentera bersama pada minggu ini, menimbulkan ketegangan dengan Korea Utara.

Sumber : mstar.com.my

Ada Gerakan Jatuhkan Zizan Razak - Norman KRU

Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim merasakan terdapat gerakan yang cuba menjatuhkan imej dan reputasi pelawak Zizan Razak, 31.



Norman berkata, perkara itu disedarinya sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila nama pelawak itu sering dikaitkan dengan beberapa berita buruk.

"Saya perhatikan sepanjang beberapa bulan ini seperti ada satu gerakan yang cuba untuk menjatuhkan Zizan.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu siapa di belakang dia atau mungkin ada orang tidak suka pada dia, itu saya tidak tahu," ujarnya ketika sidang media selepas majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 yang diadakan di Cathay Cineplax, di sini, malam Selasa.

Norman berkata demikian dalam memberi pandangan terhadap isu-isu negatif yang timbul terhadap Zizan sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.

Selain itu, katanya, kontroversi bercinta dengan Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin itu juga merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.


"Saya dengar tentang kisah cinta dia, saya tergelak, dan bila saya tahu siapa wanita itu, lagilah saya tergelak. Tidak payah beratkan isu ini.

"Bila orang cari salah dia itu akan membuatkan dia tertekan dan sentiasa melarikan diri. Saya pernah lalui apa yang dia lalui sekarang. Kadang-kadang kontroversi itu berat sangat sampai kita tidak mahu berhadapan dengan orang ramai," ujarnya.

Tambahnya, jika perkara buruk itu berlarutan ia mampu menyekat bakat pelawak tersebut sebagai seorang pelakon yang baik.

"Saya kenal dia sudah lama dan menganggapnya sebagai sahabat, bagi saya jika perkara remeh ini diperbesarkan ia akan menyekat bakat dia.

"Sayang bakat yang dia ada, dia bukan sahaja boleh melawak, tetapi boleh juga berlakon dengan baik dan saya berharap kita tidak membesarkan isu-isu remeh itu," ujarnya.

Sementara itu, Zizan ketika minta mengulas tentang gerakan menjatuhkannya, dia menganggap itu merupakan persepsi orang luar yang melihat perkembangan kerjayanya.

Katanya, ia adalah perkara negatif itu sebagai satu dugaan yang perlu dilaluinya.

"Saya tidak tahu tentang itu, pada saya itu adalah persepsi orang lebih profesional yang nampak apa berlaku kepada saya.

"Semakin saya buat perkara yang positik, semakin banyak pula perkara negatif yang datang. Ini semua adalah dugaan dalam hidup," ujarnya.

Sumber : mstar.com.my

Isu Dipinggirkan, Indah Ruhaila Tidak Salahkan Sesiapa

Penyanyi Indah Ruhaila tidak menyalahkan mana-mana pihak apabila isu kononnya dia dipinggirkan oleh syarikat pengurusannya iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) terus diperkatakan biarpun pernah menyangkal mengenai perkara itu.


Indah, atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 27, berkata, dia juga tidak berhasrat untuk meninggalkan AESB kerana selesa dan berpuas hati dengan cara kerjayanya diuruskan oleh pihak tersebut.

"Saya sebenarnya masih cuba untuk memahami apa sebenarnya masalah yang dikatakan berlaku diantara pihak saya dan AESB kerana setakat ini tidak ada sebarang masalah.

"Saya masih berada dibawah naungan AESB dan semua gosip yang diperkatakan adalah tidak benar," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun Indah berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana menghormati pihak pengurusannya selain bimbang akan menimbulkan isu lain selepas ini.

"Saya tidak mahu terlalu fikirkan mengenai perkara ini dan adalah lebih baik saya fokus kepada langkah seterusnya dalam karier saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Indah berkata, dia bersyukur kerana para peminatnya sentiasa memberi kata-kata semangat di laman sosial sejak namanya dikaitkan dengan beberapa kontroversi.

Jelas Indah, sokongan yang diterimanya adalah pemangkin semangat untuk dia meneruskan kerjaya seninya biarpun kadang-kala berasa terganggu dengan cakap-cakap serong mengenainya.

"Saya bertuah dan berterima kasih kerana mempunyai peminat yang cukup memahami dan sentiasa berada di belakang saya dalam apa juga keadaan.

"Keperihatinan itulah membuatkan saya kuat menghadapi semua cabaran dan sentiasa bersemangat untuk terus memperbaiki diri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Indah berkata, dia bakal melancarkan single terbaharunya dalam masa terdekat ini selain semakin sibuk dengan undangan nyanyian.


Sumber : mstar.com.my

Punca 6ixth Sense Terbit Album Sendiri

Kumpulan Sixth Sense mengambil keputusan untuk bergerak sendiri tanpa pengurusan mana-mana syarikat rakaman adalah kerana tidak mahu karya mereka terbatas.



Vokalisnya, Adi Priyo Sambodo, berkata, mereka ingin mencuba pelbagai genre dalam industri dan tidak mahu hanya tertumpu kepada genre yang ditetapkan syarikat rakaman.

"Kami tamat kontrak dengan syarikat rakaman pada penghujung 2013 dan memilih untuk bergerak secara sendiri kerana lebih bebas untuk berkarya.

"Kalau dengan syarikat rakaman terlalu banyak peraturan dan kami terpaksa ikut apa yang mereka tentukan," ujarnya kepada mStar Online.

6ixth Sense ditemui pada sidang media pelancaran album kompilasi 6ixth Sense yang diadakan di Hard Rock Cafe, di sini, pada Selasa.

Tambah Adi, melalui pengalaman menerbitkan beberapa lagu hit sebelum ini membuatkan mereka yakin untuk berada secara serius dalam bisnes muzik ini.

"Perkara ini kami sudah fikir tiga tahun lepas selepas menerbitkan beberapa lagu yang berjaya hit dan mendapat pulangan yang baik, kami terfikir untuk bergerak sendiri sahaja.

"Insya-Allah sekarang kita melabur dahulu dan nanti kita dapat hasilnya semula lebih banyak daripada sebelum ini," ujarnya.

Adi sebelum ini, pernah menerbitkan lagu berjudul Kisah Hati nyanyian Alyah, Risalah Hati ( Ella dan Anji), Relakan Jiwa (Hazama) dan Muara Hati nyanyian Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip.

Selain Adi, 6ixth Sense turut dianggotai oleh Gjie, Wan, Ayoy dan Athan.

Sementara itu, Adi berkata, mereka baharu sahaja muncul dengan lagu genre dangdut berjudul 7 Kali Malam Minggu yang turut diselitkan dalam album tersebut.

"Kami cuba lagu baru dengan genre dangdut iaitu 7 Kali Malam Minggu yang mana kami ingin cuba sejak dahulu lagi tetapi tidak dibenar oleh pihak syarikat rakaman.

"Kami rasa lagu ini akan mengembalikan semula zaman kegemilangan irama dangdut di negara ini," ujarnya.

Adi berkata, dalam album kompilasi tersebut mereka turut menyelitkan lagu daripada tiga artis baharu yang bernaung di bawah syarikat 6ixth Sense Production iaitu Sakura Band, Cherpen Band, dan Zara Ali.

Sumber : mstar.com.my